Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN BERBASIKAL 2021

SKIMA 1
4 UNDANG-UNDANG JALANRAYA SEMASA BERBASIKAL

Sebagai penunggang basikal pula, kita harus sentiasa memakai topi keledar basikal untuk
melindungi bahagian kepala daripada tercedera. Menunggang di bahagian kiri jalan
sealiran dengan trafik merupakan perkara yang selamat dilakukan. Kita patut
menggunakan isyarat tangan apabila hendak membelok dan berhenti. Beri laluan kepada
kenderaan yang lebih besar. Patuhilah semua papan tanda semasa menunggang basikal
di jalan raya.

- Contoh Isyarat Jalan Raya - Gunting dan tampal dalam 1-2 muka surat.
- 10 Isyarat Jalan Raya bentuk Papan Tanda - Warna dan gunting setiap satu.
Jelaskan maksudnya dalam 3-4 muka surat.

SKIMA 2
10 PERATURAN BERBASIKAL
1. Tentukan yang basikal anda dalam keadaan baik - keadaan brek, tayar berbunga dan
tekanan angin, lampu depan dan lampu pemantul cahaya.
2. Tunggang dengan cermat mengikut tepi jalan dalam satu barisan disebelah kiri.
3. Jangan bertolak, belok ke kanan atau kiri atau berhenti tanpa menoleh ke belakang
dahulu. Beri isyarat tangan bila hendak belok kiri kanan dan berhenti.
4. Gunakan topi keledar khas, jaket pantul cahaya serta aksesori seperti lapik bahu, siku
dan lutut. Pakai kasut berstoking.
5. Sentiasa pegang "Handle" dan kaki berada di atas pengayuh.
6. Jangan menunggang secara zig zag- menciluk, wheelie ( angkat tayar satu)
7. Jangan bawa benda yang boleh mengganggu imbangan badan anda.
8. Bila ada kereta berhenti, awasi penumpang yang membuka pintu kereta itu.
9. Menggunakan lorong basikal yang disediakan.
10. Basikal lajak DIHARAMKAN jika anda ahli pengakap.
SKIMA 3
MENUNJUK CARA MEMBERI ISYARAT TANGAN SEMASA BERBASIKAL:

a) Belok Kanan b) Belok Kiri c) Berhenti

Lukis dan warnakan

SKIMA 4
10 PERKARA YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN SEMASA BERBASIKAL

1. Basikal dalam keadaan yang tidak baik – brek rosak, tayar tiada bunga dan kurang
tekanan angin, tiada lampu depan dan lampu pemantul cahaya.
2. Menunggang dengan cara tidak selamat dan secara berkumpulan di tengah jalan.
3. Membelok ke kanan atau kiri atau berhenti dengan tidak menoleh ke belakang dahulu.
Tidak memberi isyarat tangan bila hendak belok kiri kanan dan berhenti.
4. Tidak menggunakan topi keledar khas, jaket pantul cahaya serta aksesoris seperti lapik
bahu, siku dan lutut. Tidak memakai kasut dan stoking.
5. Tidak memegang "Handle" dan kaki tidak berada di atas pedal pengayuh.
6. Menunggang secara zig zag - menciluk, wheelie ( angkat tayar satu)
7. Membawa benda yang boleh mengganggu imbangan badan.
8. Bila ada kereta berhenti, penunggang tidak awasi penumpang yang membuka pintu
kereta itu.
9. Tidak menggunakan lorong basikal yang disediakan.
10. Seorang pengakap menunggang basikal lajak.

SKIMA 5
MEMBAIKI KEROSAKAN KECIL

1. Membuka dan memasang getah brek.

UJIAN AMALI : Boleh buat pilihan. Membuka brek hadapan atau belakang.
Boleh dirakam dan hantar kepada Penilai.

- Buka skru dan getah brek.

- Susun atas lantai untuk Penilai lihat dan pasang semula dengan betul.

2. Lukis basikal anda dan label bahagian penting.


Label Penerangan Label Penerangan
1 Pemegang /handle bar 17 Gear belakang/Rear derailer
2 Penukar gear/Shifter 18 Kaset/Cog, Cassette
3 Tuas brek/Brake lever 19 Rim /Rim
4 Kabel/Cable 20 Tayar/Tire
5 Tiub kepala/Head tube 21 Palang pelana/Seat stay
6 Sepit udang, semanggang/Fork 22 Brek-V/V-brake
Kaliper brek cakera/Disc Brake
7 23 Gear hadapan/Front derailer
Caliper
8 Cakera brek/Brake disc 24 Tiub pelana/Seat tube
9 Gelendong, buyong/Hub 25 Batang pelana/seat post
10 Jejari/Spoke 26 Pelana/Saddle
11 Injap/Valve 27 Penegang Rantai/ Chain control
12 Rakap/Pedal 28 Tiub atas/Top tube
13 Engkol/Crank 29 Tiub bawah/Down tube
14 Gegancu/Chainring 30 Set kepala/Head set
15 Rantai/Chain 31 Dahan/Stem
16 Palang rantai/Chain stay
SKIMA 6
UJIAN AMALI : Menunggang Basikal- diperhatikan oleh penguji

1. Sebelum memulakan kayuhan, pandang ke belakang dahulu. Jika tiada


kenderan, boleh teruskan kayuhan.

2. Beri isyarat belok kanan atau belok kiri.

3. Kayuh dgn STABIL.

4. Beri isyarat perlahan dan berhenti.

5. Brek tangan kiri dahulu (brek belakang) kemudian brek tangan kanan.

6. Berhenti dengan stabil dan tongkat basikal.

7. Tidak dibenarkan brek menggunakan kaki.

Anda mungkin juga menyukai