Anda di halaman 1dari 10

Konsep Kendiri dan Motivasi Date: Saturday, August 13 @ 00:07:04 MYT Topic: Pendidik Menurut Rogers (1980), konsep

kendiri bermaksud definisi diri yang diberikan pada diri secara sedar apabila menggunakan perkataan saya. Ia adalah gambaran persepsi kendiri yang tersusun yang dapat dibawa ke peringkat sedar. Menurut Mc. Candles (1970), konsep kendiri mempunyai tiga kon-sep iaitu struktur, konsep dan kualiti. Struktur mempunyai sifat-sifat sama ada kaku ataupun fleksibel, kendiri sejati dan yang ideal perlu selaras, mudah ataupun kompleks dan luas ataupun sempit. Fungsi pula merangkumi penilaian kendiri betul ataupun salah, ramalan berjaya ataupun tidak dalam pelbagai aktiviti, penentuan tingkah laku seseorang iaitu ganjaran dalaman, kehendak ganjaran daripada luaran serta mempunyai pelbagai fungsi seperti pengukuhan kendiri, kesem-purnaan diri, mempunyai kecekapan peribadi dan lain-lain. Kualiti pula termasuk baik ataupun tidak baik penerimaan dan penolakan kendiri iaitu setakat mana seseorang itu dapat hidup dengan rela hati dengan menyedari dirinya tidak berkeadaan baik. Maslow (1970) menjelaskan, keperluan manusia adalah secara berperingkat-peringkat. Sekiranya keperluan pada sesuatu peringkat dipenuhi, maka keperluan pada peringkat yang lebih tinggi pula tim-bul. Menurut teori ini, susunan keperluan adalah daripada fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghormatan diri dan kesempurnaan diri. Satu unsur besar dalam pembinaan konsep kendiri adalah penerimaan. Penerimaan bererti memberi peluang kepada individu sebagai manusia yang unik menerima diri mereka sendiri. Keperluan kendiri positif dapat dipenuhi sekiranya seseorang itu mempunyai keyakinan diri dan kehendak yang ingin disempurnakan. Oleh itu, keinginan ini mendesak dan menggerakkan tingkah laku se-seorang bagi mencapai apa yang diingini. Inilah dikatakan motivasi. Menurut Bernard, minat itu dibina akibat hubungan, pengalaman, kejayaan, maklumat dan kebiasaan. Guru bertanggungjawab menye-diakan keadaan bagi membolehkan minat itu wujud dan berkembang. Oleh itu, guru perlu mengetahui jenis motivasi yang dapat membantu pelajar mencapai potensi sepenuhnya. Mengapa Kita Perlu Memotivasikan Diri? 1. Memotivasikan diri sendiri adalah tenaga yang mengangkat diri ke tahap yang diingini. 2. Orang yang benar-benar berjaya sentiasa sedar tanggung-jawabnya dalam memotivasikan diri sendiri. Dia akan me-mulakan daripada dirinya sendiri, kerana dialah yang memiliki kunci penggerak dirinya. 3. Mustahil bagi memotivasikan diri orang lain sebelum kita belajar memotivasikan diri sendiri. 4. Alasan yang sering menyebabkan kegagalan seseorang itu ada-lah kerana mengabaikan tenaga motivasi diri sendiri. 5. Peluang berada di mana-mana bagi orang yang mengerti dan menggunakan motivasi diri sendiri. 6. Orang yang bermotivasi melibatkan diri sendiri manakala orang biasa hanya berjanji. 7. Pada asasnya, apa yang kita peroleh daripada hidup ini ber-gantung pada bagaimana kita menyesuaikan apa yang kita mahu dengan motivasi diri sendiri. 8. Tenaga motivasi diri datang daripada satu tindakan rancangan peribadi yang teguh dan pelaksanaan rancangan itu dalam kehidupan

setiap hari. 9. Sekiranya kita tidak dapat memanfaatkan tenaga dan potensi sendiri, mental akan terlantar sepanjang hayat. Sifat Kegagalan Tidak yakin pada diri sendiri Tidak yakin pada diri sendiri dalam melaksanakan tugas ataupun usaha yang dihadapi. Ketidakyakinan ini menjadikan seseorang itu tidak berani menghadapi cabaran hidup. Sikap melengah-lengahkan kerja Sentiasa melengahkan kerja yang diberikan, tidak mahu menghadapi risiko dan berharap masalah itu selesai dengan sendirinya. Sikap ini menyebabkan seseorang itu sentiasa bergantung pada orang lain dan memburukkan keadaan yang sedia ada. Sifat berpura-pura Orang yang mempunyai sikap egoistik dan memandang status akan hidup dalam dunia yang bukan realiti iaitu sentiasa ingin disanjung tetapi tidak mahu berusaha supaya maju ke hadapan. Sifat mementingkan diri sendiri Orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengambil berat dengan apa sekali pun dan sentiasa berpuas hati dengan apa yang ada tanpa berusaha lagi. Hidup tanpa tujuan Tidak mempunyai cita-cita hendak menikmati kehidupan yang lebih bermakna. Tidak mempunyai matlamat ataupun impian hidup. Sifat Kejayaan Fikiran yang tetap Tetapkan matlamat bagi diri sendiri dalam jangka masa yang di-tentukan. Sentiasa mengatur langkah bagi mengecap matlamat yang diimpikan dalam masa yang dirancang. Perancangan Kemahuan perlu dirancang terlebih dahulu. Perancangan yang leng-kap perlu dibuat supaya proses mengecap matlamat berjalan dengan lancar. Semangat dan keazaman Azam yang kuat dan semangat yang kental perlu dipupuk dengan sem-purna. Kekuatan dari dalam diri penting bagi mengatasi masalah yang timbul. Percaya pada diri sendiri Percaya pada diri sendiri dan kebolehan diri perlu diutamakan. Kepentingan Konsep Kendiri kepada Individu Memperoleh kekuatan fizikal dan autonomi Konsep kendiri penting kepada individu kerana daripadanya individu memperoleh kekuatan dan autonomi. Contohnya, sewaktu zaman remaja, mereka mula mempunyai darjah kebebasan dalam hal tertentu dan pada waktu ini juga remaja mengalami perkembangan fizikal dan mental yang pesat. Pembentukan imej diri Konsep kendiri penting dalam pembentukan penampilan atau imej diri seseorang. Konsep kendiri yang terbentuk daripada persepsi re-maja pada diri ataupun daripada pembelajaran persekitaran serta hasil daripada interaksi dengan orang lain akan menentukan sama ada remaja itu mempunyai konsep kendiri tinggi ataupun rendah. Orang yang mempunyai konsep kendiri tinggi biasanya mempamerkan sifat-sifat positif seperti berpandangan jauh, bercita-cita tinggi, bersedia menerima tanggungjawab yang diberikan, berpuas hati dengan apa yang dicapai, sentiasa berusaha memajukan diri, tahu memperbaiki kelemahan diri, keyakinan diri, mempunyai kesedaran dan motivasi dalaman. Mempengaruhi tingkah laku Konsep kendiri juga penting kerana ia mempengaruhi tingkah laku seseorang. Kajian-kajian lalu menunjukkan, konsep kendiri mem-pengaruhi tingkah laku individu. Contohnya, sekiranya seseorang mempunyai konsep kendiri rendah, dia akan membenci dirinya. Ini adalah akibat daripada sistem kepercayaan dan penilaian yang ditu-jukan pada dirinya yang secara tidak langsung. Persepsi diri secara fizikal Konsep kendiri berkait rapat dengan cara individu mempersepsi dirinya secara fizikal. Lantaran itu, individu menjadi terlalu prihatin dengan keadaan dirinya daripada segi tubuh badan, fesyen rambut dan pakaian yang menjadi lambang diri. Motivasi Motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya ataupun hendak mencapai sesuatu. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rancangan untuk kejayaan seseorang ataupun rang-sangan hendak mengelakkan diri daripada kegagalan. Orang yang mempunyai motivasi bererti dia sudah memperoleh kekuatan bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup sama ada di dunia ataupun akhirat ataupun keduanya sekali. Ahli psikologi memfokuskan pada tiga

persoalan asas mengenai motivasi iaitu apakah yang menyebabkan seseorang memulakan satu tingkah laku? Apakah yang menyebabkan seseorang bergerak ke arah matlamat atau impian? Apakah yang menyebabkan seseorang tabah dan berkeras hendak mencapai impian itu? Motivasi berasal daripada perkataan Inggeris iaitu motivation yang bermakna bersemangat. Motivasi adalah sesuatu yang ada (ataupun tiada) dalam diri dan minda yang akan menentukan kejayaan ataupun kegagalan dalam apa jua perkara yang dilakukan. Jenis-jenis Motivasi Motivasi berpunca dari dalam ataupun dari luar diri seseorang. Dalam bidang pelajaran, guru perlu tahu sama ada pelajarnya cenderung ke arah motivasi yang timbul dari dalam ataupun dari luar diri mereka. Ini perlu supaya guru dapat bertindak dengan sewajarnya bagi mem-berikan rangsangan kepada pelajarnya supaya berusaha. Motivasi yang berpunca dari dalam diri iaitu yang didorong oleh faktor kepuasan dan ingin tahu disebut motivasi intrinsik. Motivasi yang berpunca dari luar iaitu apabila kita buat sesuatu bagi mendapatkan ganjaran adalah motivasi ekstrinsik. Motivasi ekstrinsik Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik ini dapat dirangsang dalam bentukbentuk seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan mem-bentuk suasana dan iklim persekitaran yang kondusif bagi men-dorongkan pelajar belajar. Contohnya, pujian yang diberikan oleh guru kepada seseorang pelajar kerana kerjanya yang baik akan menyebabkan daya usaha pelajar itu meningkat. Kajian itu mengukuhkan respons pertama iaitu perlaksanaan kerja. Suatu stimulus tau 'peristiwa yang diakibatkan' memperkuatkan kemungkinan respons itu berlaku lagi dipanggil peneguhan. Peneguhan positif ialah stimulus atau peristiwa yang menyebabkan kemajuan dalam pembelajaran ataupun perubahan kelakuan positif. Peneguhan ini lazimnya menggembirakan dan dipanggil sebagai ganjaran. Peneguhan yang tidak menyebabkan ke-majuan dalam pembelajaran adalah peneguhan negatif. Peneguhan negatif adalah stimulus atau peristiwa yang sekiranya dielakkan selepas sesuatu respons berlaku akan mengakibatkan peningkatan respons itu. Umpamanya, guru dapat mengelakkan sesuatu yang menghalang pelajar daripada memberikan perhatian dalam kelas supaya pelajar itu dapat menumpukan perhatian pada peneguhan utama. Antara jenis peneguhan, terdapat peneguhan utama dan pene-guhan sekunder. Peneguhan utama terdiri daripada benda ataupun peristiwa yang memberi kesan langsung kepada kelakuan seseorang dan tidak bergantung pada pembelajaran bagi kuasa peneguhan. Contohnya, gula-gula dan mainan. Sekiranya kanak-kanak diberikan gula-gula apabila dia berkelakuan baik akan terus berkelakuan baik kerana mereka tahu mereka akan mendapat ganjaran itu. Peneguhan utama ini diberikan kepada pelajar kerana mereka belum tahu cara bertindak apabila mendapat peneguhan sekunder. Peneguhan sekunder ialah stimulus atau peristiwa yang memper-kukuhkan sesuatu respons melalui pembelajaran. Peneguhan ini selalunya bersifat linguistik ataupun sosial. Contohnya pujian daripada guru, perhatian guru, markah, senyuman daripada guru ataupun apa-apa isyarat pengiktirafan daripada guru. Peneguhan ini menjadi pene-guhan sekunder selepas berlakunya pembelajaran beberapa lama. Menurut Walberg (1986), kedua-dua jenis peneguhan ini penting bagi mempertingkatkan kualiti dan kuantiti pembelajaran pelajar. Di dalam kelas, guru perlu tahu jenis peneguhan yang hendak diberikan dan sekerap mana ia perlu diberikan. Ada peneguhan yang dapat diberikan dengan kerap, contohnya pujian sokongan ataupun pujukan. Menurut Kazdin(1984), peneguhan lebih berkesan sekiranya diberikan dengan kerap pada peringkat pembelajaran baru. Oleh itu, semasa pelajar mula mempelajari sesuatu tugasan yang baru, mereka sebaik-baiknya diberikan pujian dan sokongan

dengan kerap. Hukuman ataupun deraan adalah suatu bentuk peneguhan negatif dan ia sebaik-baiknya tidak diberikan. Hukuman lazimnya digunakan oleh guru bagi menghapuskan kelakuan pelajar yang tidak baik. Hukuman ini mungkin sebagai kerja tambahan, kelas tahanan, deraan fizikal dan pelbagai jenis hukuman lagi. Guru juga menggunakan sindiran, kemarahan dan kritikan bagi mengawal kelakuan pelajar. Hampir semua jenis hukuman memberikan kesan buruk kepada pelajar. Oleh itu, peneguhan jenis ini lebih baik dielakkan. Hukuman boleh diberikan sekiranya jenis hukuman itu dibenarkan oleh pihak sekolah, Jabatan Pendidikan ataupun Kementerian Pendidikan. Motivasi intrinsik Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman. Ia terdiri daripada dorongan dan minat individu bagi melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap ataupun meminta ganjaran. Sebagaimana yang sudah dibincangkan, Bruner (1966) mengaitkan motivasi intrinsik ini dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan bagi murid yang baru masuk sekolah. Bagaimanapun, bukan semua motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi. Terdapat juga motivasi intrinsik dibentuk kepada pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan. Contohnya, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik adalah gerakan motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalamannya. Harter (1981) mengenal pasti lima dimensi kecenderungan motivasi intrinsik dalam bidang pembelajaran. Dimensi-dimensi ini adalah cabaran, insentif bekerja bagi memuaskan minat dan sifat ingin tahu, percubaan penguasaan yang bebas, penilaian yang bebas ber-kenaan apa yang hendak dilakukan di dalam kelas dan kriteria dalaman untuk kejayaan. Pelajar yang lebih cenderung ke arah motivasi intrinsik sukakan pekerjaan yang mencabarkan. Mereka mempunyai insentif yang lebih untuk bekerja bagi memanfaatkan kepuasan diri sendiri daripada mengambil hati guru bagi mendapat gred yang baik. Mereka lebih suka mencuba mengatasi masalah dengan sendiri daripada bergantung pada bantuan ataupun bimbingan guru. Mereka juga menerapkan suatu sistem penguasaan matlamat dan taraf pe-nilaian yang membolehkan mereka membuat penilaian bebas ber-kenaan kejayaan ataupun kegagalan mereka di dalam kelas tanpa bergantung pada guru bagi mendapat maklumat ataupun penilaian. Menurut Deci (1975), motivasi intrinsik dapat diterangkan sebagai suatu keadaan psikologi yang diakibatkan apabila individu mengang-gap diri mereka berkebolehan dan dapat menentukan sesuatu dengan sendiri. Kedua-dua persepsi diri ini mengesahkan perihal kawalan. Contohnya dalam satu kes, satu keadaan adalah berkenaan kebolehan mengawal manakal satu keadaan lagi berkenaan mendapat peluang hendak mengawal. Seseorang itu mengalami motivasi intrinsik yang tinggi sekiranya dapat melakukan sesuatu yang digemari seperti memandu kereta, melawat tempat-tempat yang disukai, memilih tempat penginapan dan memilih makanan yang diidamkan. Sekiranya dia diberikan hadiah seperti lawatan ke tempat-tempat yang ditentu-kan oleh badan penganjur, tempat penginapan dan jenis makanan juga ditentukan oleh pihak itu, dia tidak mendapat peluang hendak menentukan segala-galanya sendiri. Oleh itu, motivasi intrinsiknya menjadi terlalu rendah. Menurut Weisz dan Cameron (1985), individu yang mempunyai persepsi yang mereka berkebolehan dalam sesuatu keadaan juga mem-punyai persepsi dapat mengawal situasi itu. Sekiranya peluang hendak bertindak dengan cara yang ditentukan oleh diri sendiri diberikan individu yang mempunyai persepsi kebolehan diri yang rendah, dia tidak dapat menggunakan peluang itu bagi memberikan manfaat kepada dirinya (Locke, Federick, Lee dan Bobko, 1989: Spaulding, 1992). Guru yang mahu meningkatkan motivasi intrinsik pelajar dalam bidang akademik perlu mewujudkan suasana akademik yang memberi peluang kepada pelajar mengawal. Guru juga perlu menentukan pelajar itu

dapat melakukannya dengan cemerlang dalam keadaan itu. Walau bagaimanapun, perlu ditentukan terlebih dahulu yang pelajar itu mempunyai persepsi yang diri mereka berkebolehan. Sekiranya mereka tidak mempunyai persepsi seperti itu, peluang-peluang yang diberikan bagi mengawal tidak akan digunakan dengan sempurna. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Motivasi Intrinsik Persepsi kebolehan Seseorang itu membentuk kebolehan yang dipersepsi daripada peni-laian berkenaan kebolehannya oleh orang lain. Kebolehan yang diper-sepsi daripada penilaian berkenaan kebolehannya yang sebenar. Se-makin tinggi pencapaian seseorang pelajar, semakin besar kemung-kinan pelajar itu menilai dirinya sebagai berkebolehan. Kebolehan yang dipersepsi ini mempengaruhi bagaimana pelajar itu rasa berkenaan dirinya. Pelajar yang mempunyai kebolehan yang dipersepsi yang tinggi kemungkinan besar mempunyai keyakinan diri sendiri. Pelajar ini sukakan cabaran, mempunyai sifat ingin tahu dan bertindak bebas bagi mencapai kemahiran. Persepsi kawalan Menurut Cole dan Chan (1987), pendapat pelajar berkenaan punca kawalan iaitu sebab-sebab kejayaan dan kegagalan adalah persepsi kawalan. Kajian-kajian yang dijalankan oleh Harter (1981), Nicholls (1984) dan Weiner (1984) menunjukkan, pelajar menyatakan kejayaan dan kegagalan mereka di sekolah disebabkan oleh punca-punca da-laman yang dapat dikawal seperti usaha sendiri dan berupaya berusaha dalam keadaan sebenar. Perasaan dalam pembelajaran Perasaan merangkumi sikap, nilai, minat dan pilihan yang ditunjukkan oleh individu pada sesuatu benda, perkara ataupun orang. Di sekolah, perasaan yang ditunjukkan oleh pelajar berkait dengan mata pelajaran yang dipelajari, guru dan sekolah. Seseorang pelajar mungkin mem-punyai perasaan positif pada sesuatu mata pelajaran. Dia lebih sukakan mata pelajaran ini daripada mata pelajaran lain. Dia akan berusaha dengan giat bagi mendapatkan gred yang tinggi bagi mata pelajaran ini. Gred yang baik akan meyakinkannya yang dia betul-betul berke-bolehan dalam bidang itu. Di sini, dapat dikatakan yang perasaan pelajar pada sesuatu mata pelajaran mempengaruhi pencapaiannya dan pencapaian ini mempengaruhi motivasinya. Cara Mempertingkatkan Konsep Kendiri pada Kebolehan dan Kawalan Konsep kendiri individu adalah elemen penting dalam menentukan kelakuan dan tugasan yang dilakukan. Kelakuan dan tugasan individu dipengaruhi oleh kebolehan dan caranya mengawal keadaan. Konsep kendiri positif memberi keyakinan kepada individu yang dia mampu melakukan sesuatu tugasan. Selain itu, individu dapat menentukan sendiri tugasannya. Dia akan melibatkan diri dalam tugasan itu dan juga matlamat yang mendatang-kan kejayaan kepadanya. Individu hanya akan mempunyai konsep kendiri yang dia berkebolehan dan dapat mengawal usahanya sekira-nya dia mempunyai motivasi intrinsik untuk berusaha tinggi. Terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan bagi membantu pelajar dalam mempertingkatkan motivasi intrinsik mereka. Ramalan keadaan Rothaum, Weisz dan Synder (1982) berpendapat, cara bagi memper-tingkatkan persepsi diri pelajar pada kebolehan dan kawalan usaha adalah dengan mewujudkan keadaan yang dapat diramalkan bagi membolehkan mereka belajar. Tingkah laku produktif wujud sekira-nya keadaan dapat diramal. Bandura (1986) pula mengatakan, individu mengalami ketegangan sekiranya dia bekerja dalam suasana yang dia tidak dapat mengawalnya dan dia tidak mempunyai kebolehan. Ini mendatangkan dua implikasi. Pertama, dia mungkin menarik diri iaitu tidak melakukan tugasannya. Kedua, dia mungkin menjadi terlalu bergantung pada orang lain dalam melakukan tugasannya. Guru dapat memainkan peranan dalam mengurangkan ataupun menangani ketegangan ini. Contohnya, dengan menganjurkan program orientasi kepada pelajar baru. Ini dapat mendedahkan mereka kepada situasi baru di sekolah itu. Keseimbangan dalam tugasan Ahli psikologi Rusia, Vygotsky (1978)

mengemukakan konsep zon perkembangan proximal atau the zone of proximal development. Zon per-kembangan proximal seseorang merangkumi tugasan yang terlalu mencabar sehingga seseorang itu tidak dapat menyempurnakan tugasan itu dengan cemerlang. Dia memerlukan bantuan daripada orang lain yang lebih mahir. Tugasan dalam zon perkembangan semasa seseorang adalah tugasan yang mudah. Seseorang itu tidak memerlukan bantuan orang lain. Minat intrinsik dalam pelajaran dapat dikekalkan dengan mem-beri tugasan yang seimbang. Tugasan itu sebaik-baiknya tugasan yang berada dalam zon perkembangan proximal dan zon perkembangan semasa. Ini bermaksud, tugasan itu perlu seimbang iaitu ada soalan yang mudah dan ada soalan yang sukar. Yang penting, persepsi diri pelajar tidak terjejas. Pelajar perlu melahirkan kebolehan yang baru bagi mengekalkan motivasi intrinsik. Bantuan pengajaran Faktor yang dapat meningkatkan konsep kendiri pelajar berkenaan kebolehannya adalah kejayaan dalam sesuatu tugasan. Biasanya pelajar memerlukan bimbingan guru dalam melaksanakan tugasan yang sukar. Guru biasanya memberitahu pelajar prosedur bagi menyelesaikan tugasannya. Guru jarang memberi peluang kepada pelajar memikirkan cara tersendiri bagi memperoleh kejayaan dalam tugasannya. Guru sebaik-baiknya mendedahkan pelajar kepada kemahiran membuat keputusan sendiri. Biarkan pelajar membuat keputusan sendiri tetapi dengan bimbingan guru. Ini dapat meningkatkan motivasi intrinsik pelajar. Cara lain yang dapat dilakukan adalah dengan memberi bantuan pengajaran kepada mereka. Ini dapat dilaksanakan melalui tiga cara: 1. Menunjukkan contoh Guru perlu menunjukkan contoh berkenaan apa yang pelajar perlu lakukan. Ini lebih baik daripada memberitahu pelajar berkenaan apa yang mereka perlu buat. Ini membolehkan pelajar menghayati sifat-sifat yang terdapat dalam contoh itu. Dalam keadaan ini, guru memberi peluang kepada pelajar supaya berfikir, mengawal usaha dan menentukan bagaimana serta sejauh mana pelajar bergantung pada contoh-contoh yang diberi. 2. Pembahagian tugas Strategi ini membolehkan guru memberi tugasan yang mencabar kepada pelajar. Tugasan dapat dibahagi kepada bahagian-bahagian kecil dan setiap bahagian dilakukan oleh beberapa orang pelajar. Contohnya, sebelum guru meminta pelajar mengarang sebuah esei, guru akan meminta pelajar menyediakan rangka esei. Guru terlebih dahulu membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan diberi tugasan kecil seperti bahagian penge-nalan, isi-isi penting dan penutup. Perbincangan diadakan sebelum setiap pelajar mengarang esei itu secara individu. 3. Berkongsi tugasan Pendekatan ini hampir sama dengan pendekatan pembahagian tugasan. Kedua-dua pendekatan ini memerlukan tugasan dibahagi-kan kepada tajuk-tajuk ataupun bahagian-bahagian yang lebih kecil. Contohnya, dalam aktiviti menghasilkan dokumen berkenaan sejarah Malaysia. Tajuk ini dapat dipecahkan kepada beberapa contoh kecil dan kumpulan kecil pelajar hanya perlu membuat satu tajuk kecil. Kemudian, maklumat tajuk-tajuk kecil ini digabungkan bagi menghasilkan satu dokumen yang lengkap. Mewujudkan peluang kawalan Terdapat dua cara bagi meningkatkan motivasi intrinsik pelajar. Pertama, mengadakan pengajaran yang tidak menjejaskan persepsinya berkenaan kawalan. Ini bermaksud, pelajar perlu diberi peluang bagi menentukan matlamat dalam membuat pilihan yang penting dalam pembelajaran. Kedua, membenarkan mereka membuat pilihan tanpa menjejaskan kebolehan mereka berusaha dengan jayanya. Mereka memerlukan bantuan guru kerana kadang-kadang mereka tidak mem-buat pilihan dengan cermat. Contohnya, semasa proses pembelajaran dan pengajaran, guru boleh memberi bantuan daripada segi isi kandungan dan prosedur pelaksanaan tugasan. Mengelakkan perbandingan sosial antara pelajar Persaingan antara pelajar di sekolah menggalakkan perbandingan sosial yang mengakibatkan penglibatan

ego daripada penglibatan tu-gasan. Pelajar bersaing bagi mendapatkan gred yang baik kerana ingin mendapatkan pangkat dan perhatian guru. Pelajar seperti ini berasa puas sekiranya dia dapat menandingi orang lain tanpa mengambil kira pencapaiannya yang lalu. Guru dapat memainkan peranan mereka dengan cuba mengelak-kan perbandingan sosial antara pelajar dengan beberapa cara. Pertama, guru menggalakkan pelajar menyimpan rekod pencapaian supaya mereka dapat memantau kemajuan diri. Kedua, guru melibatkan pelajar dalam tugasan dengan menyatakan kriteria bagi penilaian sesuatu tugasan. Tugasan pelajar akan dibandingkan dengan kriteria itu. Ketiga, guru menggalakkan pelajar menentukan sendiri kriteria dalam sesuatu tugasan. Mengadakan pembaharuan, ketidaktentuan dan cabaran Lepper dan Hoddell (1989) mengatakan, minat pelajar dapat ditimbul-kan apabila guru mengadakan sesuatu yang baru ataupun luar biasa. Ini memerlukan guru yang kreatif dan inovatif. Pendekatan yang di-gunakan perlu dipelbagaikan. Keseimbangan daripada segi sukar dan mudahnya tugasan perlu diambil kira. Selain itu, guru juga perlu memberitahu pelajar berkenaan ran-cangannya supaya pelajar tidak rasa terancam oleh sesuatu yang tidak diduga. Pelajar juga dapat membuat ramalan berkenaan apa yang akan dipelajari. Contohnya, guru memberi gambaran berkenaan apa yang akan diajar sebelum memulakan sesuatu tajuk baru. Kaitan antara Motivasi Intrinsik dan Motivasi Ekstrinsik Setiap manusia dapat dimotivasikan secara intrinsik ataupun eks-trinsik. Individu yang bermotivasi intrinsik mempunyai dorongan da-laman. Mereka melakukan sesuatu atas kesedaran diri sendiri. Mereka tidak memerlukan unsur-unsur luar seperti orang lain ataupun peristiwa luar bagi menggiatkan mereka mencapai sesuatu matlamat. Mereka sendiri menentukan objektif dan seterusnya mencapai objektif itu. Deci dan Ryan (1985) berpendapat, manusia akan bermotivasi intrinsik apabila mereka mempunyai persepsi ataupun konsep kendiri yang mereka berkebolehan dan mampu membuat keputusan sendiri. Sebaliknya, orang yang bermotivasi ekstrinsik tidak yakin mereka berkebolehan ataupun mampu membuat keputusan. Mereka ber-gantung pada orang lain dalam membuat keputusan dan melaksanakan tugasan mereka. Kadang-kadang mereka bekerjasama dengan orang lain yang lebih berkebolehan bagi mendapatkan kebaikan. Mereka juga kadang-kadang memberontak pada orang yang lebih berkebolehan. Manusia biasanya tidak akan berada pada satu jenis motivasi sahaja. Kadang kala, individu bermotivasi intrinsik dan kadangkadang ber-motivasi ekstrinsik. Ini bergantung pada situasi dan keperluan individu. Aspek-aspek Diri Aspek diri penting dalam motivasi dan pembelajaran. Teori motivasi hari ini memberi penekanan kepada pentingnya peranan diri dalam motivasi dan pembelajaran kawalan diri. Sekiranya dikaji situasi hari ini, ramai pelajar meluangkan masa bersendirian. Mereka kurang mendapat bimbingan daripada ibu bapa ataupun penjaga. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan dalam memberi perhatian pada pendapat pelajar berkenaan diri mereka. Dickstein (1977) mengemukakan lima pendapat berkenaan diri. Diri yang dinamik Dinamik yang dimaksudkan di sini adalah diri yang mempunyai kuasa, kawalan dan perasaan berkenaan agensi peribadi. Diri individu sendiri yang mempunyai kuasa membuat keputusan berkenaan sesuatu yang akan dilakukan. Selain itu, dia sendiri yang mengawal diri dan menen-tukan perasaannya sama ada positif ataupun negatif. Diri sebagai objek Objek yang dimaksudkan adalah objek yang membekalkan penge-tahuan dan penilaian pada diri. Individu memperoleh pengetahuan dan penilaian daripada dirinya sendiri. Dia adalah objek yang akan memberi pengetahuan kepada dirinya sendiri. Selain itu, dirinya sendiri adalah objek yang dapat memberi penilaian berkenaan dirinya sendiri. Diri sebagai orang yang mengetahui Kita sendiri mengetahui dan mengenali diri sendiri melalui refleksi diri.

Manusia mempunyai kebolehan membuat refleksi diri bagi mem-bolehkan mereka mengetahui dan mengenali diri. Diri sebagai sesuatu yang berintegrasi Diri sebagai sesuatu yang berintegrasi merangkumi segala aspek sifat dan potensi individu melalui pengalaman hidup. Diri yang tidak memikirkan diri sendiri Diri yang tidak memikirkan diri sendiri dianggap sebagai satu kejayaan dalam perubahan dan keadilan. Diri di sini adalah orang yang ber-pengaruh dan berkebolehan menyelesaikan perbalahan antara dua pihak. Mill (1991) pula membentangkan beberapa prinsip model kesihatan minda iaitu: Prinsip minda Setiap individu dapat meneroka keadaan mindanya. Ini memboleh-kannya berfikir seperti: . Kebolehan membuat penilaian yang matang. . Kefahaman berkenaan tindakan yang sesuai. . Perasaan bangga dan selesa yang tidak bersyarat. . Sifat ingin tahu yang semula jadi dan kegemaran belajar. . Motivasi yang terpendam dan pandangan yang mendalam daripada segi kreativiti. Keadaan minda wujud sebelum kita berfikir secara intelektual. sekira-nya individu mengalami pengalaman yang tidak stabil, ini bermakna ada kemungkinan keadaan semula jadi ini hilang. Oleh itu, individu perlu memahami bagaimana fungsi psikologi dan pemikiran bertindak bagi membantu mendapatkan semula keadaan mentalnya. Prinsip pemikiran Model ini memberi penekanan kepada fungsi pemikiran. Dengan pemikiran yang rasional, seseorang dapat mengawal apa yang difikir-kan. Ini membolehkan seseorang itu memilih sama ada apa yang mereka fikirkan akan memberi kesan kepada mereka dan sejauh mana apa yang difikirkan itu mempengaruhi mereka. Prinsip kesedaran Kesedaran bermaksud pemahaman dan pengalaman berkenaan bagai-mana tiga elemen iaitu pemikiran, kesedaran dan minda sama-sama berkembang. Individu berada pada tahap pemikiran yang tinggi apa-bila dia berada pada tahap kesedaran tinggi yang ditunjukkan oleh perasaan yang positif ataupun keadaan jiwa yang tenang. Tahap kesedaran yang rendah membuatnya cemas dan tidak dapat berfikir dengan waras. Ini dapat dilihat melalui tindakannya. Maslow (1970) secara kasar mengkategorikan sifat semula jadi manusia kepada sembilan jenis: Kebebasan - Keazaman Menurut Maslow, manusia pada asasnya bebas dan bertanggungjawab di atas keperluannya. Selain itu, manusia juga dikatakan bebas bagi memperoleh kepuasan terutama sekali apabila individu bergerak ke arah mencapai penyempurnaan kendiri. Manusia mempunyai kebe-basan bagi menentukan cara menyempurnakan potensi sendiri. Teori Maslow, menjelaskan, faktor usia dan kematangan memain-kan peranan dalam menentukan kebebasan seseorang. Apabila individu meningkat usia dan sudah menaiki tangga keperluan yang lebih tinggi, dia mempunyai lebih kebebasan apabila dibandingkan dengan seseorang bayi. Semakin tinggi individu bergerak menaiki tangga keperluan, lebih bebas dia menekan motivasi jenis D dan lebih bebas dia menentukan masa depannya sendiri. Motivasi jenis D dikenali sebagai motivasi deficit. Ia adalah keperluan yang tinggi sedikit daripada keperluan asas dalam hierarki keperluan Maslow terutama yang menyentuh berkenaan keperluan psikologi dan keselamatan. Maslow menggambarkan individu yang tidak memiliki kesempurnaan kendiri sebagai D-motivation. Ia melibatkan usaha mendapatkan sesuatu yang kekurangan. Sebagai contoh, keperluan (lapar) bagi mencapai sesuatu (makanan) menghasilkan motivasi hendak memperoleh sesuatu yang kurang (mendapatkan makanan). Rasional Tidak rasional Dalam teori Maslow, rasional adalah ciri utama tingkah laku manusia. Sikap rasional manusia digunakan bagi menangani kelemahan atau kekurangan diri. Maslow tidak menafikan sikap tidak rasional manusia seperti dalam keadaan konflik keperluan, desakan, ketidaktekalan dalam tingkah laku dan pada peringkat minda tidak sedar. Walau bagaimanapun bagi Maslow, manusia lebih dikawal oleh kuasa rasional. Holisme Elementalisme Maslow berpendapat, manusia

adalah suatu integrasi secara me-nyeluruh. Maslow tidak melihat manusia sebagai beberapa bahagian yang berasingan. Ini bermakna, Maslow melihat semua aspek ataupun keperluan manusia. Itu sebabnya Maslow menekankan lima skema keperluan manusia yang saling berkaitan iaitu daripada yang paling asas kepada yang paling tinggi. Konstitutionalisme Persekitaran Manusia pada asasnya bebas membentuk diri mereka sendiri dan secara kreatif menentukan nasib mereka. Namun demikian, manusia juga terikat dengan beberapa prinsip semula jadi seperti keperluan psikologi yang dianggap sebagai suatu konstitutional. Selain itu, manusia juga dipengaruhi oleh persekitaran. Di sini Maslow memberi lebih pemberatan pada aspek konstitutional. Bukti konstitutional terdapat pada motif jenis B Maslow dan peringkat penyempurna kendiri. Motif jenis B juga dinamakan meta-motivasi. Meta bermakna melangkaui yang bermaksud memaksimum-kan potensi seseorang. Maslow percaya motivasi tidak memainkan peranan dalam penyempurnaan kendiri. Sebaliknya, ia berkembang daripada dalaman bagi mencapai potensi yang maksimum dengan memahami persekitaran. Maslow juga berpendapat, dorongan ke arah mencapai penyempurnaan kendiri adalah suatu aspek semula jadi. Maslow juga mengiktiraf peranan persekitaran dalam pembentukan personaliti seseorang tetapi dalam aspek yang memusnahkan. Ini bermaksud, persekitaran dilihat sebagai agen pemusnah yang meng-ganggu emosi individu. Perubahan Tiada perubahan Dalam teori Maslow, manusia mempunyai ruang bagi menentukan pemilihan masa depan mereka. Ini berlaku semasa proses perkem-bangan menuju kepada pelbagai arah. Semasa proses ini, perubahan personaliti berlaku. Perubahan ini adalah perubahan ke arah mencapai penyempurnaan potensi individu. Oleh itu, dalam proses hendak bergerak daripada motif D kepada motif B, biasanya manusia mem-buat pilihan berkenaan arah kehidupan mereka dan ini memerlukan perubahan. Subjektiviti Objektiviti Maslow percaya manusia tidak dapat difahami tanpa merujuk kepada dunia kehidupannya yang tersendiri. Dalam psikologi, pengalaman subjektif individu lebih penting daripada pemerhatian tingkah laku. Maslow (1964) menegaskan, keperluan asas dalam hierarki keperluan manusia adalah khusus bagi seseorang individu sahaja dan cara pen-capaiannya adalah berbeza. Mengikut psikologi kemanusiaan, setiap individu bergerak ke arah penyempurnaan kendiri dengan caranya tersendiri yang dia sahaja yang dapat mengalami dan menghargai. Proaktif Reaktif Maslow (1970) percaya dengan sikap sifat proaktif yang ada pada manusia. Manusia tidak bertindak balas pada rangsangan luar. Sebalik-nya, manusia lebih bertindak daripada bertindak balas. Maslow men-jelaskan, manusia sentiasa berusaha bagi memuaskan keperluan intrinsik mereka. Keperluan ini menggiatkan mereka bertingkah laku secara semula jadi. Penyempurnaan kendiri adalah suatu konsep yang proaktif. Manusia digambarkan bergerak ke arah masa depan. Mereka sedar dengan potensi mereka dan sentiasa berusaha memanusiakan diri. Satu-satunya cara bagi mencapai kesempurnaan kendiri adalah melalui tindakan gerakan dalaman. Dalam sistem Maslow, manusia adalah sangat proaktif. Homeostasis Heterostasis Maslow lebih cenderung ke arah andaian mengenai heterostasis. Teori Maslow menjelaskan berkenaan bagaimana individu terus bergerak ke arah mencapai perkembangan psikologi. Tetapi Maslow juga meng-iktiraf dua kategori motivasi manusia iaitu motivasi jenis D dan motivasi jenis B. Jelas menunjukkan motivasi jenis D berbentuk homeostasis dan motivasi jenis B berbentuk heterostasis. Homeostasis bermakna kecenderungan ke arah keadaan seimbang yang optimum dalam proses fisiologi dalaman. Heterostasis pula ber-maksud keadaan individu mencari sesuatu keadaan yang stabil dan mereka memerlukan rangsangan yang maksimum. Ini bermaksud, manusia tidak berusaha

hendak berkembang setiap masa. Manusia juga perlu mengurangkan tekanan mereka. Diketahui Tidak diketahui Apa yang tersirat dalam penulisan Maslow adalah imej kemanusiaan seseorang manusia tidak dapat digambarkan sepenuhnya oleh mode penyelidikan saintifik tradisional. Oleh itu, kita dapat membuat ke-putusan yang manusia mengikut pandangan Maslow tidak dapat diketahui dalam lingkungan domain tradisional sains psikologi. Kesimpulan Memahami konsep kendiri pelajar dan remaja penting kepada ibu bapa kerana ibu bapa dapat membentuk sikap dan sahsiah pelajar hingga mereka remaja dengan lebih sistematik. Ibu bapa dapat meng-gunakan beberapa teori motivasi dalam memantapkan remaja supaya berusaha lebih tekun lagi. Dorongan dan galakan ibu bapa dapat membantu remaja lebih bersikap terbuka dan akhirnya menjadi remaja yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin.

This article comes from PTS Publications & Distributors Sdn Bhd http://www.pts.com.my The URL for this story is: http://www.pts.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=416

Anda mungkin juga menyukai