Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan Kepada STEM

Cikgu Ridzuan Al-Kindy3:38 PM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, pada awal Ogos 2019 yang lepas, saya dan rakan-rakan guru Matematik
telah berpeluang mengikuti Bengkel Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri (PMSI)
anjuran Pusat STEM Negara. Bengkel PMSI ini adalah melibatkan guru-guru yang dipilih
oleh Pusat STEM Negara dari zon utara (Kedah, Perlis dan Pulau Pinang). Bengkel ini
diadakan di The Jerai Hotel, Sungai Petani, Kedah. Tetapi perkongsian pada kali ini
adalah berkenaan dengan konsep STEM. 

Pengenalan Kepada STEM

Kami peserta bengkel sangat bertuah kerana Pengarah Pusat STEM Negara, Dr. Ihsan
Ismail turun ke utara bagi merasmikan Bengkel PMSI Zon Utara serta berkongsi input
dengan kami tentang bidang STEM. Apakah itu STEM? 
Berdasarkan infografik di atas, STEM merupakan suatu bidang ilmu yang menyepadukan
pembelajaran bagi bidang Sains (S), Teknologi (T), Kejuruteraan (E) dan Matematik (M).
Bagi mencapaikan hasrat penyepaduan tersebut, dua bidang lain iaitu bidang seni (Art -
A) dan bacaan (Reading - R) turut terlibat secara tak langsung. Ini adalah untuk
melahirkan murid / pelajar yang kreatif, imaginatif, inventif dan mempunyai nilai estetik
dalam mengamplikasikan STEM semasa penyelesaian masalah dalam kehidupan. 

Keperluan Kepada Pendidikan STEM

Selaras dengan Revolusi Perindustrian 4.0, bidang STEM merupakan bidang yang
berkembang pesat di serata dunia. Ianya kini menjadi bidang perlu diberi perhatian
bermula seawal peringkat sekolah rendah dan prasekolah lagi. 
Rentetan daripada perkembangan pesat ini, lanskap perkerjaan pada masa-masa akan
datang juga kian berubah. Berikut adalah bidang-bidang pekerjaan yang akan terus
berkembang dan yang akan dijumudkan seiring dengan perkembangan bidang STEM.
Berdasarkan senarai pekerjaan dan bidang pekerjaan di atas, selaku guru kita haruslah
melakukan transformasi bermula dalam diri kita. Kita berhadapan dengan generasi kini
yang perlu dipersiapkan dengan pemikiran, pengalaman dan pengetahuan yang
sewajarnya tentang STEM bagi membolehkan mereka menempuh masa hadapan
mereka yang kian mencabar. 

Justeru, sememangnya guru sebagai agen perubahan mempunyai suatu tugas yang
berat untuk menyediakan murid-murid dan pelajar-pelajar di sekolah agar bersedia
dengan perubahan yang bakal berlaku ini. Dan ingatkan menyediakan anak-anak didik
kita dengan ilmu STEM ini tidaklah terletak atas bagu guru-guru Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik sahaja. Malah, ianya melibatkan semua guru di Malaysia
khususnya dan seluruh dunia amnya. 
Kenangan bersama-sama dengan rakan-rakan dan Tenaga Pengajar Utama
yang hebat.

Sekian sahaja perkongsian kali ini.

Mohon tinggalkan komen di bawah. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai