Anda di halaman 1dari 2

2.2.

1 Elemen dan Ciri-ciri STEM Dalam Kurikulum

Pengetahuan STEM

- Idea, konsep, prinsip, teori dan pemahaman


- Pemerolehan pengetahuan STEM
- Murid sentiasa berpengetahuan dan peka terhadap perkembangan terkini dalam bidang STEM

Kemahiran STEM

- Kecekapan dan kompetensi


- Penerokaan, penyelesaian masalah, pereka bentuk dan penghasilan produk
- Melalui aktiviti, projek atau tugasan dalam kumpulan semua mata pelajaran STEM

Pengintegrasian STEM

Nilai STEM – sistematik, objektif, tekal, berfikir secara rasional, tabah, komited, menyaut cabaran,
berani mencuba, berfikiran terbuka, inovatif dan lain

Etika STEM – peraturan makmal, peraturan bengkel dan langkah-langkah keselamatan

Yang harus dipatuhi oleh murid STEM – 1) Nilai STEM harus ditekankan; 2) Akhlak dan Moral Setiasa
diamalkan; 3) Etika STEM perlu dipatuhi.

CIRI-CIRI STEM DALAM KURIKULUM

1. Melibatkan murid dalam inkuiri dan penerokaan terbuka

o guru perlu menyediakan soalan-soalan yang boleh menggalakkan murid perasaan ingin tahu
terhadap fenomena yang berlaku di alam persekitaran mereka melalui model pembelajaran
inkuiri 5E (Ask, Investigate, Create, Discuss and Reflect)
o guru berperanan sebagai pembimbing yang fokus dalam membimbing dan membangunkan
kemahiran berfikir murid.

2. Meningkatkan kepekaan murid kepada isu dan masalah dunia sebenar.

o Guru perlu mengaitkan kandungan pelajaran berdasarkan isu/perkara yang berlaku di


persekitaran kehidupan harian murid supaya PdP pada hari itu adalah relevan kepada murid.
o PdP yang dilaksanakan adalah bermakna kepada murid dan boleh menarik minat mereka
untuk melibatkan diri dalam PdP secara aktif.

3. Melibatkan murid dalam kerja berpasukan yang produktif

o Guru harus merancang aktiviti dan tugasan yang boleh menggalakkan murid bekerjsama
sebagai satu pasukan
o Setiap murid perlu diberi peranan yang khusus untuk sama-sama menjayakan tugasan yang
diamanahkan
o Data pelbagai kecerdasan murid merupakan salah satu sumber penting untuk pembentukan
kumpulan murid

4. Memerlukan murid mengaplikasikan pemahaman kandungan STEM


o Guru perlu peka dan cuba mengaplikasikan dan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran
dan nilai STEM dengan betul dan mendalam dengan mata pelajaran yang perlu disampaikan.
o Aktiviti PdP yang dirancang melibatkan aktiviti inkuiri/penyelesaian masalah dalam
kehidupan, masyarakat dan persekitaran, secara tidak langsung murid akan diberi peluang
untuk mengaplikasikan dan mengintergrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dengan
betul dan mendalam.

5. Melibatkan murid mengaplikasikan kemahiran proses mereka bentuk

o Guru hendaklah merancang aktiviti PdP yang boleh memberi murid peluang untuk mereka
bentuk sesuatu produk/prototaip yang menekakan proses pemikiran pereka bentuk yang
lain.
o Kemahiran ini adalah penting untuk melatih murid menyelesaikan masalah secara kritis dan
analitik dengan mengamalkan penaakulan secara analogi dan interdisiplin

6. Memelukan murid beri pelbagai jawapan atau penyelesaian dengan justifikasi

o Guru perlu memperuntukkan peluang dan masa yang mencukupi bagi murid berkongsi
jawapan yang disokong dengan penjelasan mereka.
o Membenarkan murid memberi pelbagai jawapan atau penyelesaian, yang penting adalah
setiap jawapan atau penyelesaian mesti disokong dengan maklumat yang sahih atau
penaakulan yang logik.

7. Memberi peluang murid menambah baik jawapan atau produk

o Sentiasa menggalakkan murid menambah baik rumusan/produk agar murid berani mencuba
sesuatu yang baharu
o Memastikan cadangan dan komen yang diberi adalah membangun terhadap jawapan dan
produk yang dihasilkan murid-murid

Anda mungkin juga menyukai