Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGETUA

Yang berusaha Pn. Norihan Binti Kassim Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Wan Zaleha
Binti Wan Jusoh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Norhayati Binti Samad Penolong
Kanan Kokurikulum, Guru Kanan Mata Pelajaran, Kaunselor-Kaunselor, guru-guru dan para
pelajar yang sentiasa dihati.
Ramadan kembali lagi dengan janji-janji kebaikan dan harapan daripada Allah S.W.T kepada
para hamba-Nya yang sentiasa menunggu kehadiran bulan mulia yang penuh keberkatan dan
kemuliaan ini. Tiada siapa dapat menolak betapa bulan rahmat ini membawa satu perasaan dan
jiwa baru buat mereka yang menagih rahmat Allah di muka bumi ini. Ini jelas dari sabda
Rasulullah SAW maksudnya : Dialah (bulan Ramadan) bulan kesabaran dan pengajaran.
Ganjaran kesabaran ialah Syurga. Di awalnya kerahmatan, ditengahnya pengampunan dan
diakhirnya dibebaskan dari api neraka.
Hadirin sekalian,
Setiap tahun Panitia Pendidikan Islam mengadakan satu program untuk meraikan kedatangan
bulan Ramadan yang dinamakan program Ihya Ramadan. Program Ihya Ramadan yang
membawa maksud “menghidupkan Ramadan” yang berlangsung dalam bulan Ramadan,
objektifnya adalah untuk menggalakkan warga Victoria Insitution supaya merebut peluang
untuk mempertingkatkan amal ibadat sepanjang bulan Ramadan secara istiqamah dan
berdisiplin.
Walaupun pada waktu siang kita berpuasa dan masa kita diisi dengan belajar, bekerja dan
malamnya disisi dengan pelbagai amalan sunat seperti solat sunat tarawith, para pelajar
diingatkan supaya mengekalkan prestasi pelajaran walaupun sedang menjalani ibadah puasa.
Jangan jadikan alasan berpuasa untuk membolehkan para pelajar tidur dan tidak fokus semasa
PdPc. Perlu diingatkan juga minggu peperiksaan sudah dekat dan pada bulan Ramadan inilah
semua pelajar khususnya kelas peperiksaan sepatutnya mengambil peluang memperbanyakan
doa kerana doa orang yang berpuasa akan dimakbulkan.
Jadikan Ramadan pada kali ini Ramadan yang sangat berkualiti dari yang sebelumnya
Gunakanlah peluang yang ada ini untuk meningkatkan amalan seperti bertadarus, bersedekah,
qiyamullail dan sebagainya. Amatlah rugi sekiranya Ramadan yang mempunyai banyak
kelebihan kita sia -siakan dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.
Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada semua
jawatankuasa yang akan menjayakan setiap aktiviti ihya Ramadan. Diharapkan semua yang
terlibat akan sentiasa memberi komitmen yang terbaik bagi memastikan setiap program
berjalan dengan lancar.
Sebagai pengakhir kata marilah kita renung bersama semoga Ramadan ini dapat meningkatkan
iman kita.
Bulan Ramadan sudah Tiba,
Berpuasa Itu Tanggungjawab Kita,
Banyakkan Beramal Bekalan Di Sana,
Moga Hidup Berkat Hendaknya
Selamat Berpuasa Kepada Semua yang beragama Islam

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Program Ihya’ Ramadan
& Bulan Dakwah, Peringkat Sekolah SMK LEMBAH SUBANG 1440 H/2019 M.
Sekian saya akhiri dengan Wabillahi Taufik Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai