Anda di halaman 1dari 1

Wakil Ketua Blok/ Imam Surau Tarikh: 1 Februari 2024

Blok C, Taman Putra Damai,


PPR Lembah Subang, 47301
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN RUANGAN SURAU UNTUK KELAS
TAMBAHAN
Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa pelajar pelajar tingkatan 5 akan menghadapi
peperiksaan SPM yang akan berlangsung sepanjang Januari sehingga Februari 2024.
2. Sehubungan dengan itu, kelas tambahan Pendidikan Islam perlu dilaksanakan bagi
memberi ruang dan masa yang sewajarnya untuk pelajar dan guru mengulang kaji
pelajaran. Ini juga sebagai satu penyuntik semangat kepada pelajar agar sentiasa berusaha
selagi masih ada masa.
3.Oleh hal yang demikian, kami ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk membenarkan
kami menggunakan surau dan kelengkapan yang ada di dalam surau pada masa masa
tertentu bagi tujuan tersebut.
Diharapkan permohonan kami mendapat perhatian dan kerjasama dari pihak tuan.
Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

(NUR MAIZATUL KAUTSAR BINTI AZMI )


Guru Matapelajaran Pendidikan Islam
SMK Lembah Subang.

Anda mungkin juga menyukai