Anda di halaman 1dari 1

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM),

SMKA Tun Rahah,


45300 Sg Besar, Selangor

Pengetua,
SMKA Tun Rahah,
45300 Sg Besar, Selangor

MEMOHON KEBENARAN MENGIKUTI LATIHAN PERKHEMAHAN PPIM

Dengan sukacitanya, perkara di atas adalah dirujuk.

2 Untuk pengetahuan pihak sekolah, PPIM SMKA Tun Rahah akan menyertai Perkhemahan
PPIM Peringkat daerah pada 6-7 Mac 2020 di SMK Munshi Abdullah.

3. Untuk makluman juga, terdapat pertandingan masakan yang diadakan dalam program
tersebut. Oleh itu, kami ingin memohon kebenaran dari pihak Tuan/ Puan untuk membawa 4 orang
murid daripada Ting 5 pada hari ini, Isnin jam 2.30-4.30 untuk menjalani latihan di rumah Pn Rafidah
bt Sitam. Hal ini kerana ia memerlukan peralatan masakan yang lengkap. Senarai nama yang terlibat
adalah seperti berikut:

1. Nur Insyirah bt Hashim 5 Firdaus


2. Nur Fasihah Najwa bt Mohd Asri 5 Adnin
3. Nurul Farhah bt Ab Fatah 5 Naim
4. Nafeesa Hanis bt Mazrul Nizam 5 Firdaus

4. Justeru, pihak kami berharap agar permohonan kami ini diluluskan bagi memberi semangat
dan galakan agar peserta yang akan menyertai pertandingan ini mampu bersaing sekaligus mencapai
kemenangan.

5. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan sokongan daripada pihak
tuan.

Sekian.

Yang menjalankan amanah,

…………………………………………
(SITTI NOR THURAYYA BT KHODARI)
Guru PPIM,
SMKA Tun Rahah.
Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Anda mungkin juga menyukai