Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SAMA GAGAH,

34400 SIMPANG EMPAT, SEMANGGOL,


PERAK DARUL RIDZUAN.
Kod Sekolah : ABA3032
Tel : 05-8993320
email : sksamagagah@ppdkerian.edu.my
__________________________________________________________________________________

MESYUARAT PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA KALI-1 / 2015

Tarikh : 14 Januari 2015


Masa : 3.30 petang
Tempat : Kantin Sekolah

Kehadiran Guru Pembimbing :

En. Azahar bin Awang


En. Osman bin Achil
En. Mohd Nor Jismi bin Ahmad Zakaria
Pn. Safiah bt Abd Rahim
Pn. Harliza bt Jaamat

1.0. Ucapan Guru Pembimbing

1.1. En Azahar sebagai Ketua Guru Pembimbing mengucapkan selamat datang dan
merakamkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan murid yang hadir dalam
mesyuarat kali ini.
1.2. En Azahar meminta mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dan Ummul Kitab.
1.3. En Azahar mengharapkan kerjasama guru dan ahli PBSMM untuk bergerak aktif dan
menunjukkan minat bagi mewujudkan sebuah unit yang efektif, berdaya saing dan
menyeronokkan.

2.0. Ucapan Penasihat – En. Mohd Nor Jismi

2.1. En. Mohd Nor Jismi sebagai PK Kokurikulum merakamkan ucapan terima kasih kerana
semua guru dan murid sudi hadir dalam perjumpaan kali pertama ini.

2.2. Beliau berharap semua murid akan mendapat manfaat dalam menyertai setiap aktiviti yang
akan disediakan sepanjang tahun bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran
dalam pertolongan cemas asas.

2.3. Beliau juga mengharapkan agar semua murid berusaha untuk terlibat dalam semua aktiviti
yang dirancang serta berusaha bersaing secara sihat dalam menonjolkan bakat serta
kebolehan diri untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pertolongan cemas
asas masing-masing yang mungkin akan berguna apabila diperlukan nanti.
3.0 Perlembagaan

3.1 Perlembagaan PBSMM telah ditetapkan dan dibentangkan kepada semua


ahli kelab oleh guru penasihat PBSMM.

3.1 Norshawalriah dari Tahun 5 mencadangkan agar kutipan yuran bagi kelab adalah
sebanyak RM 0.30 setiap bulan dan cadangan telah disokong oleh Nur
Shazwana binti Sheharuddin dari Tahun 5 serta dipersetujui oleh ahli-ahli kelab yang
lain.

3.2 Perkara-perkara lain akan dibincangkan dari semasa ke semasa.

4.0 Perlantikan Ahli Jawatankuasa

4.1 En Azahar mempengerusikan sementara pelantikan ahli jawatankuasa Persatuan Bulan


Sabit Merah bagi tahun 2015.

4.2 Mohamad Syazwan dari Tahun 6 mencadangkan Mohamad Haikal dari Tahun 6 sebagai
Pengerusi dan disokong oleh Mohd Yusmaniezal dari tahun 6. Cadangan ini dipersetujui
sebulat suara.

4.3 Mohamad Redzuan dari Tahun 5 mencadangkan Mohamad Yusmaniezal dari Tahun 6
sebagai Naib Pengerusi dan disokong oleh Mohd Hafizul dari Tahun 5. Cadangan ini
juga dipersetujui sebulat suara.

4. 4 Mohamad Aiman dari Tahun 5 mencadangkan Mohamad Syazwan dari Tahun 6


sebagai Setiausaha dan disokong oleh Mohd Hafizan dari Tahun 5. Cadangan ini juga
dipersetujui sebulat suara.

4.4 Nur Shazwana dari Tahun 5 mencadangkan Nur Norshawalriah dari Tahun 5 menjadi
Bendahari dan disokong oleh Nur Nur Alia Nabila dari Tahun 5. Cadangan ini turut
dipersetujui sebulat suara manakala Ahli Jawatankuasa setiap kelas dilantik oleh
guru pembimbing berdasarkan kemahiran berkomunikasi, sosial dan disiplin murid di
dalam kelas.
5.0 Hal-hal Lain

5.1 Semua kutipan yuran harus dibuat kepada Bendahari dan Bendahari akan menyerahkan
kepada guru pembimbing untuk simpanan.

5.2 Semua ahli diminta menepati masa perjumpaan, berpakaian kemas dan sentiasa
membawa alat tulis untuk aktiviti persatuan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.10 petang.

Disediakan oleh,

………………………………………………….
( EN AZAHAR BIN AWANG )
Guru Pembimbing,
PBSMM,
SK SAMA GAGAH.

Anda mungkin juga menyukai