Anda di halaman 1dari 3

KISAH PEDOMAN DI SMK SENYUM SELALU

SMK SENYUM SELALU


SITUASI 1
Cikgu Sarimah mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di tingkatan 1 Ehsan. Ketika cikgu sarimah

menyampaikan pengajaran, beberapa orang pelajar lelaki sedang asyik berbual dengan beberapa

orang rakan mereka di belakang kelas. Apabila disedari cikgu sarimah, cikgu sarimah menegur sikap

mereka tersebut. Namun begitu salah seorang daripada mereka bernama Akim melawan teguran guru

dengan begitu kasar dan tidak menghiraukan keberadaan guru di dalam kelas. Akim dan kawan

kawannya ketawa apabila mereka dapat melawan teguran guru tersebut dan meneruskan perbualan

kosong mereka.

Berbeza dengan situasi Asrul dan Muhammad . Mereka merupakan pelajar yang sangat rajin dan

sentiasa mengulangkaji pelajaran jika guru mereka tiada di dalam kelas. Di sebabkan sikap mereka

yang baik dan sentiasa memanfaatkan masa yang ada, mereka sentiasa mendapat pujian oleh guru

guru. Rakan rakan mereka juga suka bergaul dan bertanyakan soalan daripada mereka.
SITUASI 2

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Pada tanggal 14 September semua pelajar di SMK SENYUM SELALU menduduki

peperiksaan pertengahan tahun. Asrul dan rakan rakan nya begitu tekun menjawab

soalan . Namun begitu Akim dan kawan kawannya tidak menjawab soalan malahan

mereka tidur ketika peperiksaan matapelajaran Bahasa Melayu sedang berjalan. Akibat

daripada perbuatan tersebut, mereka gagal dalam matapelajaran Bahasa Melayu . Asrul

dan Ahmad Berjaya mendapat A dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Cikgu Sarimah

berbaangga dengan asrul serta Muhammad namun sangat kecewa dengan Akim dan

kawannya.
Sayidina Ali karamullahu wajhah telah menjelaskan kelebihan orang yang berilmu

1- Pewaris para Nabi

Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi, ” Orang-orang
yang berilmu adalah pewaris para nabi” hadis riwayat Imam muslim daripada Abu Hurairah r.a., sabda
Rasulullah SAW, ” sesiapa yang berusaha untuk menuntut ilmu pengetahuan, Allah akan
menganugerahkannya jalan ke syurga”

2- Pengawal yang setia

Saidina Ali berkata, “kita terpaksa menjaga harta kekayaan yang ada pada kita. semantara ilmu pula
bertindak sebaliknya, ia sentiasa menjaga dan mengawasi kita”

3- Banyak kawan

Kata Ali,” para hartawan mempunyai ramai musuh, sama ada yang dikenali atau tidak. Sedangkan org
yang berilmu mempunyai ramai kawan”

4- Dimuliakan orang

Sabda Rasulullah SAW, riwayat Abu Naim daripada Anas r.a, “ilmu pengetahuan itu menambahkan mulia
dan meninggikan taraf seorang hamba kepada raja.”

5- Ilmu tidak boleh dicuri

ilmu hanya akan hilang dengan cara kematian. Sabda Rasulullah SAW dlm hadis riwayat Imam Bukhari dan
muslim, ” bahawa Allah swt tidak akan mencabut ilmu daripada manusia yang dianugerahkanNya. Tetapi
ilmu itu akan pergi dengan perginya (meninggal dunia) orang-orang yang berilmu itu.”

6- Tidak pernah habis

tidak seperti harta yang akan habis semakin hari ia digunakan. apabila diajukan soalan kepada yang cerdik
pandai, “apakah barang yang boleh disimpan lama?” jawab mereka, ” iaitu barang-barang yang apabila
kapal kamu tenggelam, maka ia akan berenang bersama kamu, iaitu ilmu yang kamu miliki.”

7- Menyinari jiwa

Lukman al Hakim berkata kepada anaknya, “wahai anakku, duduklah bersama orang yang berilmu
(ulama). Sesungguhnya Allah SWT menghidupkan hati dengan Nur Hikmah (sinar ilmu) seperti
menghidupkan bumi dengan hujan dari langit”

8- Tiada terbatas, sentiasa bertambah Taat kepada Allah SWT. Firman Allah, Surah Al-Fathir, ayat 28, ”
sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambanya hanyalah ahli-ahli ilmu”

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu abdil Birri, ” orang yang berilmu itu merupakan
kepercayaan Allah di muka bumi”

Akhirnya ingatlah pesanan Rasulullah SAW ini, “sesungguhnya amal yang sedikit tetapi disertai dengan

Anda mungkin juga menyukai