Anda di halaman 1dari 7

ACARA-ACARA OLAHRAGA BALAPAN Sebelum kita mempelajari prinsip dan teknik sesuatu yang terdapat dalam sukan olahraga,

adalah perlu kita ketahui apa acara yang tergolong dalam acara balapan atau trek. Dengan mengetahui acara-acara ini barulah mudah bagi kita mempelajari satu demi satu sebagai panduan kepada mereka yang ingin melibatkan diri dalam mana-mana acara yang mereka ingini. Sukan olahraga merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada sukan-sukan lain. Ini disebabkan dalam olahraga terdapat banyak acara baik untuk lelaki mahupun wanita, dan acara-acara ini sama ada secara perseorangan ataupun berpasukan. Jika dalam sukan bola sepak, hanya satu pingat emas dijadikan rebutan dalam kebanyakkan sukan terbesar dunia seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia atau Sukan SEA, walaupun terdapat sekurang-kurangnya 11 orang pemain dalam sesebuah pasukan. Dalam olahraga setiap acara mempertaruhkan pingat emas. Dengan hanya memenangi satu acara sahaja sudah cukup untuk mendapatkan pingat. Ini bermakna dalam kebanyakan perjumpaan sukan yang dinyatakan, hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara olahraga. Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan lontaran. Seorang atlit mungkin berkemampuan dalam satu atau dua aktiviti, tetapi adalah sukar bagi seseorang itu mahir dalam ketiga-tiga acara ini. Kebanyakkan atlit lebih suka mengkhususkan penyertaan dan penglibatan mereka, terutamanya di peringkat antarabangsa. Dengan itu mereka lebih mudah meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa dengan hanya mengambil bahagian dalam satu atau dua acara.

PENGKHUSUSAN

Di peringkat sekolah, seseorang murid dibenarkan mengambil bahagian dalam sejumlah tertentu acara yang mereka gemari atau yang mereka kuasai, sama ada daripada kumpulan larian, lompatan atau lontaran. Selain mengambil bahagian dalam acara-acara individu, mereka juga digalakkan mengambil bahagian dalam acara-acara berpasukan seperti lari berganti-ganti. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika kita dapati dalam sesuatu perjumpaan olahraga peringkat sekolah, seseorang murid mampu merangkul banyak pingat menerusi berbagai acara.

Bagaimanapun guru pengawas atau jurulatih akan memberi nasihat dan panduan tentang sesuatu acara yang harus disertai atau dikhususkan. Ini disebabkan peringkat yang lebih tinggi, teknik sesuatu acara sukan menjadi lebih rumit. Tidak mungkin seseorang atlit itu mampu meraih kejayaan dalam semua acara yang disertainya. Jadi bagi mengelakkan daripada menemui kegagalan, sudah tentu peserta akan memilih acara yang sesuai baginya yang mampu menjanjikan sesuatu kejayaan. Malah diperingkat antarabangsa sekalipun, dengan hanya mengambil bahagian dalam satu acara tertentu sahaja seseorang olahragawan mampu mencatat nama di peringkat tertinggi, dan mampu dijadikan contoh kepada ol;ahragawean lain di seluruh dunia. Dengan melakukan pengkhususan begini, mereka dapat menumpukan seluruh perhatian kepada setiap aspek latihan yang bakal mereka ikuti. Malah mereka akan mempunyai jurulatih khas mengikut jenis acara yang mereka ceburi. Dengan itu sudah tentu bentuk latihan yang lebih khusus dan merndalam akan mereka ikuti, dan bentuk ini mungkin berbeza mengikut perbezaan acara, walaupun semua mereka akan mengikuti latihan umum secara bersama.

JENIS-JENIS ACARA BALAPAN Pelbagai acara terdapat dalam sukan olahraga, walaupun olahraga merupakan salah satu acara sukan sejak berabad-abad lagi. Perbezaan yang ketara antara olahraga dengan jenis sukan lain ialah bilangan acara yang banyak dan menyebabkan banyak jumlah pingat yang boleh dimenangi menerusi olahraga, berbanding hanya satu pingat dalam sukan bola sepak atau hoki. Secara logiknya, adalah lebih ekonomik dan mudah jika penumpuan diberikan kepada sukan olahraga kalau pungutan pingat dijadiakn ukuran tidak rasmi dalam menentukan keupayaan sesebuah pasukan atau negara. Seperti yang dinyatakan terdahulu, acara-acara olahraga dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu larian, lompatan dan lontaran. Terdapat acara-acara yang dikhaskan untuk lelaki sahaja, dan ada pula acara yang boleh desertai oleh lelaki dan wanita. Setiap acara mempunyai undang-undang dan peraturan tersendiri, yang harus dipatuhi oleh semua peserta. Dengan itu penentuan pertandingan adalah mengikut penyertaan dalam sesuatu acara dan bukan olahraga secara keseluruhannya. Justeru itu pemenang dalam sesuatu acara dipilih daripada kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam acara itu sahaja.

Penganjur sesuatu perjumpaan olahraga boleh menentukan jenis atau bilangan acara yang mereka akan pertandingkan. Faktor-faktor seperti bilangan peserta, tingkat keupayaan mereka, kemudahan peralatan, keupayaan pihak penganjur, kewangan, keselamatan, keupayaan pegawai dan kakitangan pengelola dan tempoh pertandingan akan menentukan bilangan dan jenis acara yang akan di pertandingkan dalam sesuatu perjumpaan. Umpamanya di peringkat sekolah, bilangan acara sukan mudah tentu berkurangan daripada jumlah acara untuk sukan-sukan seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel atau Sukan Olimpik. Dalam Sukan Olimpik, walaupun dianggap mempunyai jumlah acara olahraga yang maksimum, tetapi masih belum lengkap sepenuhnya. Biasanya dalam kejohanan balapan dan padang antarabangsa, semua acara olahraga dipertandingkan, termasuk wanita. Senarai lengkap acara-acara olahraga yang sering dipertandingkan di peringkat aanatarabangsa, dan juga kebangsaan adalah seperti berikut : Kategori Lari jarak dekat (pecut) Lari jarak sederhana Lari jarak jauh Lari berhalangan Lari berpagar Lari berganti-ganti Marathon Heptathlon Decathlon Berjalan kaki Acara 100 meter 200 meter 400 meter 800 meter 1500 meter 3000 meter 5000 meter 10 000 meter 3000 meter 100 meter 110 meter 400 meter 4x100 meter 4x400 meter 7 acara 10 acara 5000 meter 10000 meter 20000 meter 50000 meter Peserta Lelaki/wanita Lelaki/wanita Lelaki/wanita Lelaki/wanita Lelaki/wanita Wanita Lelaki/wanita Lelaki Lelaki Wanita Lelaki Lelaki/wanita Lelaki/wanita Lelaki/wanita Lelaki/wanita Wanita Lelaki Wanita Lelaki/wanita Lelaki

ACARA-ACARA KHAS Selain acara-acara yang dinyatakan, terdapat beberapa acara lain lagi yang juga turut dipertandingkan sebagai acara olahraga. Oleh sebab ciri-ciri acara ini agak berbeza dan tersendiri, agak sukar untuk di kategorikan sebagai acara balapan, atau acara padang. Umpamanya, acara dekathlon dan heptathlon yang merupakan gabungan ketiga-tiga kumpulan cara tersebut, mungkin juga boleh dikategorikan sebagai balapan dan juga padang. Begitu juga dengan acara marathon dan lumba jalan kaki. Satu lagi acara yang sering diadakan di peringkat sekolah dan mendapat sambutan yang menggalakkan ialah tarik tali tetapi di kebanyakan perjumpaan olahraga dunia, acara ini tidak diadakan. Di negara kita pertandingan tarik tali lebih merupakan salah satu acara dalam sukaneka yang dianggap sebagai sukan sambil bergembira dan bukan pertandingan. Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu ada pihak yang menganjurkan pertandingan tarik tali secara khusus, dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Marathon Acara marathon juga merupakan acara olahraga yang disertai oleh lelaki dan perempuan. Marathon juga sering diadakan dalam perjumpaan olahraga utama duania, walaupun di negara kita, khususnya di peringkat sekolah tidak diadakan. Marathon adalah acara lari hjarak jauh sejauh 26 batu 385 ela diadakan sejak Sukan Olimpik Kuno lagi. Mengikut sejarah, acara ini adalah sempena sejarah Greek Kuno sebagai lambang pembawa berita yang berlari sejauh 26 batu 385 ela sebelum dia meninggal dunia disebabkan keletihan. Acara marathon diadakan diluar kawasan balapan, menggunakan jalan raya biasa. Hanya permulaan dan akhir acara sahaja diadakan di dalam balapan. Disebabkan jarak yang amat jauh, kebanyakkan penganjur olahraga mengetepikan acara marathon daripada senarai acara mereka untuk acara ini disamping diadakan secara berasingan. Adakalanya juga diadakan pada jarak yang lebih dekat dan dinamakan marathon mini.

Lumba Jalan Kaki Dilihat pada nama acara Lumba Jalan Kaki adalah sejenis acara berjalan laju yang mungkin juga merupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan berlari. Di perinkat sekolah acara ini tidak diadakan kecuali dalam perjumpaan sukan olahraga dewasa sahaja. Terdapat beberapa jarak yang di pertandingkan, khusus untuk lelaki ataupun perempuan. Biasanya lumba jalan kaki diadakan berasingan, bersempena sesuatu peristiwa atau hari-hari perayaan. Pekara penting dalam lumba jalan kaki ialah jarak serta kekerapan membuat langkahan. Kelenturan pergerakan badan dan gabungan ayunan tangan dapat meningkatkan kelajuan. Peserta tidak dibenarkan berlari dalam acara ini. Disebabkan kelajuan langkahan yang ditunjukan oleh para peserta, penonton seolaholah beranggapan mereka berlari anak tetapi sebenarnya tidak.

Dekathlon Dekathlon adalahn gabungan 10 acara yang merangkumi larian, lompatan dan lontaran. Semua acara ini dijalankan sepanjang 2 hari, dan dikhaskan untuk lelaki sahaja. Susunan pertandingan acara adalah seperti berikut : Hari pertama 100 meter Lompat jauh Lontar peluru Lompat tinggi 400 meter Hari kedua 110 meter lari berpagar Lempar cakera Lompat bergalah Rejam lembing 1500 meter

Atlit yang menjuarai acara ini sering dianggap sebagi atlit yang paling lengkap. Peserta yang mengambil bahagian harus mengabungkan kelajuan, kekuatan, kelenturan, keazaman serta semangat kesukanan yang tinggi. Mereka juga harus mampu mengekalkan prestasi yang tinggi sepanjang 2 hari acara itu diadakan. Untuk memenangi acara ini secara keseluruhannya, peserta perlu mengambil bahagian dalam semua acara. Setiap pencapaian dalam sesuatu acara diberikan mata mengikut ketetapan yang digariskan oleh Persatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF).

Peserta yang menunjukkan prestasi yang tinggi sudah tentu memperoleh mata yang tinggi. Mata yang dipungut oleh para peserta dalam kesemua 10 acara itu dijumlahkan dan peserta yang memungut mata tertinggi dikira sebagai pemenang. Acara Dekathlon ini dipercayai bermula pada akhir abad ke-19 ketika itu terdapat 10 acara yang digabungkan, tetapi tempoh pertandingan hanya dalam sehari sahaja. Dekathlon pertama kali disenaraikan sebagai acara Sukan Olimpik pada tahun 1012 ketika sukan itu diadakan di Stockholm. Ketika itu semua acara ini dijalankan dalam masa tiga hari. Bagaimanapun, kini acara tersebut diadakan dalam tempoh 2 hari sahaja bagi mengelakkan peserta daripada kemungkinan menjadi bosan dan membebankan. Kini dekathlon merupakan acara tetap dalam setiap perjumpaan olahraga utama dunia.

Heptathlon Heptathlon merupakan gabungan tujuh acara yang dikhususkan untuk wanita sahaja. Untuk menguji kemampuan para peserta menerusi gabungan ketiga-tiga acara olahraga. Acara heptathlon juga diadakan dalam tempoh dua hari. Acara-acara yang terdapat dalam acara heptathlon ini mengikut susunannya adalah seperti berikut : Hari pertama 100 meter lari berpagar Lompat tinggi Lontar peluru 200 meter Hari kedua Lompat jauh Rejam lembing 800 meter

Seperti dekathlon, pemenang dalam acara heptathlon ditentukan menerusi jumlah keseluruhan mata yang dipungut dalam semua acara yang dipertandingkan. Peserta yang berjaya memungut mata terbanyak dikira pemenang. Hanya pemenang keseluruhan diberi hadiah dan bukan pemenang untuk setiap acara yang dipertandingkan. Pemenang acara ini dianggap sebagai juara keseluruhan bahagian wanita.

BALAPAN UNTUK OLAHRAGA Pihak penganjur sukan hendaklah memastikan supaya semua acara yang akan dipertandingkan dalam sesuatu perjumpaan olahraga dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Persediaan awal yang merangkumi peralatan dan kemudahan untuk setiap acara hendaklah diberi perhatian. Salah satu kemudahan yang utama ialah balapan yang bakal diadakan dalam perjumpaan itu. Biasanya balapan diadakan di padang besar seperti stadium bola. Di negara kita boleh dikatakan di setiap stadium disediakan balapan mengelilingi padang bola. Ini memudahkan mana-mana pihak untuk menganjurkan sesuatu kejohanan atau perjumpaan olahraga. Biasanya balapan yang mengandungi lapan lorong disediakan. Balapan diperbuat daripada bitumen dan ada pula daripada tartan. Setiap lorong balapan sejauh 400 meter. Di sekolah atau daerah, kebanyakan balapan dibuat apabila perjumpaan olahraga diadakan. Begitu juga dengan kemudahan untuk acara-acara padang. Bahagian atau kawasan tertentu di dalam padang dikhaskan bagi semua acara padang. Setiap pihak penganjur akan berusaha mengadakan kemudahan ini sebaik mungkin mengikut kesesuaian atau peringkat perjumpaan itu.

Anda mungkin juga menyukai