Anda di halaman 1dari 4

Wawancara transkrip

Pengkaji : Letchmi A/P Rangasamy dan S.Victoria A/P Subramaniam


Ditemuduga : Guru Besar Sekolah
Tarikh temuga : 16 Mac 2017
Masa mula temubual : 10.15 pagi
Masa akhir temubual : 10.25 pagi
Lokasi temuduga : Bilik Guru besar, SJK……
Topik temuduga : Sosialisasi Organisasi

Penemuduga : Selamat sejahtera puan Guru Besar saya murid pengurusan eh……
Management ingin me .. menemuduga puan berkaitan dengan eh..
soalan ka…. kajian saya. “Apakah perasaan Puan apabila dilantik
menjadi Guru Besar di SJKT Ladang Rini?”

Ditemubual : ...pada mulanya saya rasa cemas dan khuatir. Sekolah ini sekolah baru.
Perlunya perubahan yang banyak .

Penemuduga : Oh begitu Puan. Apa yang puan maksudkan dengan perubahan?

Ditemubual : ..ah ah ini sekolah baru. Perlu melengkapkan kemudahan fizikal..eh


guru-guru perlu masa untuk sesuaikan diri dengan bangunan baru. Bila
saya jadi GB saya minta guru sediakan kemudahan asas seperti
keceriaan kelas. Guru tidak dapat menerima teguran saya. Kerana
mereka pun baru pindah ke bangunan baru ini ....

Penemuduga : oh ya ke. Jadi apakah kaedah yang puan menggunakan untuk


menjalinkan hubungan yang baik bersama guru-guru.

Ditemubual : ..emm, beritahu pada mereka tentang peraturan-peraturan, kemudian


apa yang kita rancangkan, mereka kena faham lah. Strategi kita mereka
kena faham. So, mesyuarat kali pertama kita kena rancang betul-betul,
saya bincang dengan GPK saya dan beritahu mereka straight forward.
Saya selalu approach guru untuk cakap kat mana-mana, jangan sampai
masuk pejabat baru nak cakap....

Penemuduga : Kalau begitu, bagaimanapula dengan hubungan ibubapa selain dari


guru. Puan ada guna apa-apa strategi untuk ini.

Ditemubual : Saya berjumpa dengan ahli-ahli PIBG dan PIBK. Semasa lapor diri
sudahpun saya berkenalan dengan YDP PIBG. Saya gunakan watsapp
untuk membincang aktiviti sekolah dan PIBG. Ibubapa memberi
respon baik.

Penemuduga : Apakah pandangan puan terhadap tingkahlaku guru-guru di sini?

Ditemubual : Sejak kebelakangan ini eh… beberapa orang eh… guru berkelakuan
negative mungkin ini saya rasa dan saya berpendapat lah… oleh kerana
beban tugas yang begitu berat mereka berasa mereka dah bosan dengan
kerja guru ini jadi mereka fokuskan kepada benda-benda yang boleh
melekakan mereka contohnya banyak masa dalam media social dan
sebagainya. Apabila mereka berkelakuan sebegini nee…. Benda-benda
yang negative yang ada di situ telah pun masuk ke minda mereka.
Selain daripada itu, sejak kebelakangan ini saya nampak guru-guru ini
kurang minat membaca bahan-bahan yang ilmiah ini, mereka lebih
suka menonton mendengar sahaja daripada membaca. Apabila mereka
kurang membaca bahan-bahan ilmiah ini otak kita.. mereka akan
menjadi beku dan tiada unsure-unsur yang baik masuk ke dalam minda
mereka. Apabila perkara ini berlaku kalbu mereka menjadi gelap dan
mereka berkelakuan negatif.

Penemuduga : Bagaimanakah puan menentukan kecemerlangan sekolah dari segi


pencapaian murid dan kepimpinan guru.

Ditemubual : Dalam tahun kedua saya mula menggunakan konsep kepimpinan


instruksional. Pada peringkat itu saya mempunyai keyakinan yang
tinggi untuk mencapai visi yang ditentukan. Emm..saya juga mula
memantau guru. Saya memberi penghargaan kepada guru yang
berpotensi. Saya baiki kelemahan guru dengan memberi cadangan dan
tunjuk ajar. Pada masa itu, saya menghadapi banyak cabaran dari guru.
Saya tidak putus asa dan tidak peduli dengan komen negatif. Saya fikir
buat baik untuk anak murid. Lama-kelamaan, guru -guru yang
memberi komen negatif berubah

Penemuduga : Puan, ini tahun ke berapa puan berkhidmat di sekolah ini

Ditemubual : ..ini tahun kelima untuk saya.

Penemuduga : Bagaimana hubungan puan dengan GPK. Adakah mereka memberi


sokongan dalam pengurusan sekolah?

Ditemubual : ..Pada mulanya saya memang mengharapkan GPK saya untuk


mendapat maklumat sekolah. Setelah saya mula mengurus dari semua
aspek, GPK saya berasa kecil hati. Tetapi saya atasi masalah ini dengan
menyediakan jadual kerja dan mengagihkan tugas mereka ikut bidang
masing-masing. So, mereka mula fokus dalam bidang mereka. Saya
beri peluang kepada GPK saya untuk menyelia dan..beri kuasa untuk
mereka mengetuai aktiviti bidang meraka

Penemuduga : Apakah pencapaian yang puan dapat dilihat sepanjang perkhidmatan di


sekolah ini?

Ditemubual : “..dari segi akdemik keputusan UPSR meningkat dari tahun ke tahun.
Dalam bidang koko pula, penyertaan murid dalam pertandingan
meningkat. Ada murid memenangi hadiah di peringkat kebangsaan.
Dari segi infrastruktur pula, dapat bina dewan legaran, mengubahsuai
kantin dan bilik darjah ikut abab ke 21. Ada juga beli cabin dengan
bantuan PIBG.

Penemuduga : Apakah pencapaian yang puan dapat dilihat sepanjang perkhidmatan di


sekolah ini?
Ditemubual : ..dari segi akdemik keputusan UPSR meningkat dari tahun ke tahun.
Dalam bidang koko pula, penyertaan murid dalam pertandingan
meningkat. Ada murid memenangi hadiah di peringkat kebangsaan.
Dari segi infrastruktur pula, dapat bina dewan legaran, mengubahsuai
kantin dan bilik darjah ikut abab ke 21. Ada juga beli cabin dengan
bantuan PIBG.

Penemuduga : Oh begitu, bagusnya..tahniah puan. Saya berasa bangga dengan


pencapaian puan. Bagaimana pula dengan guru-guru dan anak murid?
Ditemubual : ..terima kasih. Bila pencapaian akademik meningkat, guru rasa diri
mereka terpuji. Jadi mereka mula berkerja ke arah pencapaian itu.
Kualiti pengajaran meningkat dan mereka sedia menerima perubahan
dari semasa ke semasa.

Penemuduga : Terima kasih puan, kerana telah memberi pandangan yang eh… yang
begitu baik untuk membantu saya dalam kajian saya ini… ah.. buat
masa ini itu sahaja, kalau saya ada masa, Pada masa akan datang kalau
ada puan mengizinkan saya akan berjumpa puan untuk mendapatkan
beberapa data lagi berkaitan pengurusan sekolah..

Ditemubual : Terima kasih kerana dapat memberi peluang untuk saya menemubual
Puan bertemuramah dengan saya . Ini adalah pengalaman saya
mungkin ada kebenaran atau mungkin ada kekurangan sesi temuramah
saya. Kalau ada kekurangan saya mohon ampun dan maaf lah.
Kekurangan itu datang daripada saya dan kekuatan itu dari tuhan.
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai