Anda di halaman 1dari 4

Bismillah....

Assalamualaikum wbt ….
Salam ceria,
salam sejahtera,
salam keilmuan….

Yang berusaha, Puan Zaiton Binti Din….Guru besar SK Seri makmur.


Puan Kartini Bt Daud, Guru Penolong Kanan 1,
Encik Zulkefli bin Junidi, Guru Penolang Kanan Hal Ehwal Murid.

Puan Arbaiah binti Karim…….Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Barisan Para


Guru Tahun 6 ,…. dan yang dialu-alukan..
Tuan-tuan dan puan-puan ibu bapa, penjaga yang dikasihi sekalian…

Alhamdulillah terus dipanjatkan.. rasa syukur ke hadrat Illahi, Allah Yang Maha
Agong .
Demi kebesaran dan ketulusan rahmat yang dilimpahkan,
Demi kekuatan azam dan iltizam yang dikurniakan,
Beserta izin dan ’innayahNya jua,

Lantas dihimpun dan dipertemukan kita semua bagi menjayakan kemurnian


agenda
PROGRAM JAYA WARIS TAHUN 6 (KALI PERTAMA) 2020
Selamat datang kami alu-alukan…Terima kasih…
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan..

Demi memberkati acara dan agenda kita, Marilah kita semua, menadah
tangan untuk mengaminkan doa serta munajat.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al-fadhil
Ustaz Mokhtar bin Abdul Ghani… tampil seketika untuk memimpin
pembacaan doa pembuka majlis pada pagi ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan………….
{Bacaan Doa} Aamin, Ya Robbal ’Aalamiinn..
Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara,
Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan,

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz


Mokhtar bin Abdul Ghani Atas pimpinan doa sebentar tadi.

Warga dewan yang dimuliakan..

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Pn Zaiton Bt Din….Guru


Besar SKSM…untuk menyampaikan sedikit ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan guru
besar atas ucapan itu tadi.

Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mencapai kesepakatan antara pihak


sekolah dengan ibu bapa penjaga di dalam membantu menaikkan prestasi
akademik anak- anak kita terutamanya.

Sebelum saya teruskan lagi …ingin saya memperkenalkan tenaga pengajar


Tahun 6 untuk subjek UPSR 2020..

Saya Pn Norul Ba’ayah, selaku penyelaras Tahun 6, guru kelas Tahun 6 dan Guru
Mata pelajaran Bahasa Enggeris …
Puan Norfazlaili binti Abu Bakar, guru mata pelajaran Sains
En Mohamad Asaufi, guru mata pelajaran BM , en zulkifli, guru bm kls tambahan
Cik wan norfaezah , guru Matematik dan Pn Norazian guru BI utk kls tambahan
Anak-anak kita Yang bakal mengambil UPSR tahun ini seramai 24 orang
15 lelaki dan 9 perempuan..

Tuan-tuan dan pun-puan…


Saya tayangkan Slaid ini untuk kita lebih faham apa itu PPSR
*****Buka Slaid gambar PPSR Dan terangkan

Jadi apabila keputusan UPSR diumumkan murid akan ada satu fail yang
mengandungi semua keputusan yg saya terangkan tadi.

Ini bermakna, pelaporan PPSR tidak hanya mengambil kira banyak mana calon
mendapat A, tetapi tiga komponen berkenaan turut diambil kira untuk melihat
pencapaian murid secara keseluruhan.
Tidak semestinya dapat semua A dapat ke SBP. Dua A pun boleh. Tiada A pun
boleh.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA , disini saya tayangkan maklumat program2 untuk


tahun 6 yang telah dirancang sepanjang tahun 2020…

****Program tahun 6 2020

SETERUSNYA…

DI sini saya paparkan perkembangan terkini berdasarkan ujian Diagnostik yang


lalu…
Buka Slide ANALISIS MARKAH PEPERIKSAAN

ITULAH PERKEMBANGAN TERKINI ANK2 MASING2..saya harapkan ada


perkembangan pada peperiksaan yang bakal dijalankan nanti…

Tidak lengkap majlis tanpa dengar sedikit bicara dari para guru Tahun 6. Oleh
itu saya menjemput Pn Norfazlaili/Cik Wan Norfaezah/En Mohamad Asaufi untuk
memberikan sedikit penerangan kpda ibubapa berkenaan kertas peperiksaan
atau nasihat kpda murid2.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru tahun 6 yang amat bersemangat
utk mendidik ank2 tuan puan sekalian.
Saya membuka ruang jika ada ibubapa ingin bertanya atau mencadangkan
sesuatu kpda pihak sekolah. Dipersilakan…

Tahniah diucap kepada ibu bapa penjaga yang menunjukkan keprihatinan


untuk sama-sama melihat kejayaan para murid. Semoga kerjasama yang
terjalin di antara ibu bapa dan pihak sekolah akan dapat dimurnikan lagi.

Saya mohon ibubapa penjaga untuk cakna aktiviti anak2 di rumah. Solat lah.
Ajak anak2 solat berjemaah bersama. Ada murid di hadapan saya belum
pandai bacaan dalam solat. Perlu diingatkan, pendidikan bermula dari rumah.
Baik di rumah, insyaAllah baik lah anak2 di mana2 sahaja. Buruk di rumah, maka
akibatnya menanti. Peringatan untuk diri saya juga selaku ibu.

Tuan-tuan dan puan-puan warga dewan yang dikasihi.. maka berakhirlah


sudah
PROGRAM JAYA WARIS TAHUN 6 (KALI PERTAMA) tahun 2020

Bagi pihak majlis, saya memohon jutaan ampun dan maaf seandai sepanjang
pengendalian majlis ini, terdapat kesilapan tutur kata, tersilap bicara kerana
sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah swt dan yang serba
kekurangan itu datangnya drp diri saya sendiri Sekian, Wabillah hitaufik wal
hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh. Di jemput ibubapa
untuk menikmati jamuan di kantin.

Anda mungkin juga menyukai