Anda di halaman 1dari 7

Situasi 1 --- DI DALAM HUTAN

Pada suatu hari, dua orang lelaki sedang memburu didalam hutan.
Mereka hendak mencari haiwan liar untuk di jual.

Lelaki 1 : Hutan ini banyak binatang buas.

Lelaki 2 : Kita tembak saja.

British : Stop !! Put down your weapons!

Lelaki 1 : Tuan, apa salah kami?

British : Undang –undang Kawalan binatang Buas tahun 1923


melarang penduduk memburu binatang liar

Lelaki 2 : Tetapi, kami telah lama memburu binatang di


sini.Ini sumber rezeki kami.

British : Kerajaan British mempunyai hak melaksanaan


peraturan.Anda berdua telah ingkar.Anda
dikenakan denda sebanyak 500 dolar dan senapang
anda akan dirampas.

Lelaki 2 : Nasib kita memang malang


Situasi 2 --- DUDUK BERBUAL SAMBIL MINUM

Petani 1 : Semakin kehadiran British, hidup kita semakin


Hassan susah.Kita tidak bebas lagi.Bagi kita yang
mempunyai tanah,kita dikehendaki
mendaftarkannya.

Petani 2 : Betul kata kamu Hassan. Kita bersusah payah,


Ali British telah mengeluarkan pelbagai peraturan
yang menjejaskan kita. Kita mesti membayar 50
sen untuk pas membuka tanah dan bercucuk
tanam.

Petani 3 : Ali, sejak bila peraturan ini dikuatkuasakan?


Kelana

Petani 1 : Peraturan ini termaktub dalam Peraturan Tanah


Hassan Baru Tahun 1921

Petani 2 : Kita semakin miskin. Kehidupan kita semakin


Ali sempit. Kita terpaksa membayar 50 sen untuk pas
menebang pokok dan mengutip hasil hutan seperti
daun nipah, buah salak, sagu, rotan dan daun
nipah.
Situasi 3 --- BERJALAN-JALAN MENIKMATI ALAM

Pada waktu petang, tiga orang anak gadis sedang bersiar-siar


bersama-sama. Mereka berhenti di suatu tempat yang cantik dan
nyaman.

Anak gadis 1 : Sejak British datang ke tempat kita, cukai yang


dikenakan pada petani sangat tinggi.

Anak gadis 2 : Adakah itu betul?

Anak gadis 3 : Ya itu betul, aku juga pernah terdengar tentang


itu.

Anak gadis 2 : Cis ! mereka sungguh kejam kerana melakukan


perkara sedemikian.

Anak gadis 1 : Aku setuju. Eh , hari sudah senja , mari kita


pulang.
Situasi 4 --- RUMAH TUAN HAJI

Petani 1 : Tuan Haji , ada petani yang mengadu pihak British


telah mencabuli hak mereka.

Petani 2 : Saya pun ada terdengar sedemikian.

Haji : British sudah melampau ! Tanah ini hak Allah dan


rakyat bebas mengerjakannya !

Petani 3 : Benar , Tuan Haji.


Situasi 5 --- DI DALAM KAMPUNG

British tetap meneruskan perkara tersebut. Sehinggalah pada tahun


1922, bangkitnya petani di Kuala Telemong.

Petani 1 : Kita mesti berani. Kami menentang peraturan baru !

Petani 2 : Ya, kita bersihkan tanah tanpa mengambil pas


kebenaran.

Petani 3 : Eh ! Itu pegawai British. Agaknya mereka hendak


menangkap kita.

Petani 1 : Lari –lari !

British : Catch all those stubborn farmers ! They didn’t


listen to us.

Pada waktu itu, pihak British dapat menangkap seramai 43 orang


petani , tetapi akhirnya dibebaskan.
Situasi 6 --- DI DALAM ISTANA

Keesokan harinya, Haji Abdul Rahman Limbong pergi berjumpa


dengan Sultan Sulaiman di istana.

Raja : Beta di desak supaya mengambil tindakan


terhadap Tuan Haji.

Haji : Ampun tuanku, beribu-ribu ampun. Tuanku,


British di daerah Kuala Berang telah menindas
rakyat petani di Kuala Telemong untuk
bercucuk tanam dan membersihkan 200 ekar
tanah milik Tengku Nik Maimunah dan 4 ekar
tanah kerajaan. Tindakan ini ekoran gesaan
British untuk memberikan konsesi tanah
tersebut kepada saudagar cina.

Raja : Kalau begitu, memang petani-petani itu tidak


bersalah.
Situasi 7 --- DI DALAM PEPERANGAN

Pada tahun 1928, tercetusnya peperangan di Kuala Berang.

Petani 1 : British mengancam akan mengambil tindakan


undang-undang terhadap petani yang enggan
membayar cukai.

Petani 2 : Inilah yang menyebabkan kita mengistiharkan


perang terhadap British.

Petani 3 : Kita serang balai polis !

Petani 4 : Kita duduki balai polis dan bangunan kerajaan !

Petani 5 : Kita kibarkan bendera merah !

Peperangan tersebut berlaku dengan hebatnya. Kemenangan berpihak


kepada petani. British meminta bantuan ketenteraan dari Negeri-
negeri Melayu Bersekutu. Namun akhirnya, Haji Abdul Rahman
Limbong ditangkap, dibicarakan dan dijatuhi hukuman buang negeri ke
mekah.

Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai