Anda di halaman 1dari 4

Ucapan Perasmian Tadika Al Husna mei 2011

Bismillah...dan assalamualaikum wbt..

 Ucapan Tq-Pengerusi Majlis


o Yg berusaha ,Pn Aini Ngah-Guru besar tadika,
 Guru-guru dan Ibu2,bapa yg dirahmati Allah sekalian

Alhamdulillah, marilah kita sama....syukur, diatas nikmat yang banyak yg telah diberikan kepada
kita, kepada anak2 kita ,kepada ahli keluarga seterusnya, jiran2 dan ahli masy...kita..

a. Terima Kasih kerana menjemput saya utk merasmikan sukan Tahunan Tadika Al Husna..sukan
yang menjadi agenda penting dalam proses pembelajaran utk diri anak2 dan seterusnya proses
peningkatan diri untuk anak2 yang semakin membesar ini.
b. Saya amat menghargai dengan kehadiran dan komitmen tt dan pp sekalian , dan ini sekaligus
memberi gambaran bahawa tt dan pp sanggup bersusah apyah dan memberikan sepenuh
sokongan kepada perkembangan diri anak2 tt dan pp....
c. Tahniah kepada tt dan pp kerana sokongan yg sebeginilah yag kita harapkan kerana anak2 kita
amat memerlukan dorongan2 yang mampu memberi keyakinan kepada mereka utk menempuh
cabaran masa depan..
d. Alhamdulillah pada hari ini, kehadiran tuan2 dan puan 2....sudah pastinya memenuhi harapan
anak2 kita..walaupun akan ada nanti , ada yg menang , ada yang kalah dan mungkin juga akan
ada yang menangis kerana tidak menang. Tapi insyaallah, kita yakin para guru tidak akan biarkan
anak2 kita balik dengan tangan yang kosong dan insyaAllah , ada hadiah yang akan di bawa balik
nanti.

Tuan2 dan puan2 yang dikasihi sekalian,

e. Sukan ini merupakan satu pgm yg penting untuk pertumbuhan fizikal dan mental anak2 kita. Ia
juga berperanan untuk menggilap potensi diri anak2 kita dengan menjalani latihan sukan dan
juga keupayaan dan kepekaan dalam mendengar arahan ketika aktiviti dijalankan.
Kenapa dikatakan sedemikian...?
Ianya adalah kerana :
- Latihan ini penting untuk menilai daya pendengaran anak2 samada boleh mendengar
arahan dan juga dapat melihat semangat bekerjasama dalam pasukan.
a. Kita juga ingin mengamalkan apa yg disarankan oleh Rasulullah saw...dalam hadis riwayat
Muslim “Muslim yang sihat itu lebih di kasihi oleh Allah berbanding mukmin yg lemah”

Sihat ...bila kita sebut tentang sihat, bagaimanakah kategori sihat sebenarnya ? Adakah dengan
mempunyai bandan yang montel dan berselera makan , itu yg dikatakan sihat ?
Adakah dengan mampu bermain dan mengeluarkan peluh itu dikira dalam ketegori sebagai
sihat...?

Tuan2 dan Puan2 yg dirahmati Allah sekalian,

Amat penting sekali, kategori sihat ini perlu dilihat secara menyeluruh...dengan melihat anak
kita sihat tubuh badan, mampu memberi kebahagiaan terhadap kedua ibubapa dan keluarga..
Dengan melihat keupayaan anak2 membaca dan menulis, itu juga mampu membuat ibubapa
gembira kerana anak2 yg diberi pelajaran ini...insyaallah mampu pergi auh kehadapan dan
majujaya dalam kehidupan didunia dan akhirat....

Alhamdulillah, tuan2 dan puan2...alangkah bahagianya..sekiranya kita dapat melihat kategori


sihat dengan cara dan spektrum yg lebih luas. Kita dapat melihat, kategori sihat dalm
pandangan yg holistik....dimana sihat yg kita mahukan adalah dalam kategori yg boleh
memberikan kebahagiaan di dunia mahupuan di akhirat sana..

Saya ingin berkongsi dgn tt dan pp tentang beberapa perkara yang mampu memberikan
kebahagiaan yang menyeluruh dan mampu pula memberi kebahgaiaan dan kesejahteraan
kepada manusia dan alam seluruhnya..

Pertama...marilah kita melihat..selain dari sihat tubuh badan, marilah kita sama2 tinjau juga
akan kesihatan di sudut aqidah , kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah , Tuhan yang maha
Agung. Marilah kita sama2 memberi sepenuh perhatian terhadap peningkatan aqidah anak2
dengan mengenal Allah swt dalam ertikata yg sebenarnya.. sekiranya kita abaikan , maka akan
bertambah kroniklah masalah aqidah dan sosial yang telah berlaku pada masa kini dan masa
hadapan.
1. Kerosakan aqidah/ Tidak sihat aqidah akan melahirkan anak2 yang jauh drpd Allah swt.
Kecuaian ibubapa dalam melihat akan perkara Aqidah kepada Allah akan menjadikan anak2
lupakan bahawa solat dan ketundukan kepada Allah itu satu perkara yg wajib di buat, tidak
boleh tidak....maka ianya wajib di buat !
Baru-baru ini, suatu kajian dibuat terhadap anak2 remaja kita, yg telah di bawa ke dalam satu
program telah diberi satu borang soal selidik dan borang soal selidik itu perlu di isi oleh
pelajar2 tersebut. Tetapi apa yg berlaku...hampir 90 % pelajar2 tidak mengisi borang tersebut
bahkan telah merenyuk2kan kertas tersebut dan apa yg di buat mereka ialah mereka kerats
tersebut menjadi bola dan telah membaling bola tersebut sesama mereka sewaktu penceramah
sedang meyampaikan ceramahnya....masyaallah tuan2 dan puan2...inilah anak2 remaja kita di
luar sana...
Menurut kajian doktor juga..perkara ini terjadi disebabkan ada unsur tolakan dalam saraf otak
atau di sebut rebell /memberontak yg menyebabkan tindakan /perkara ini berlaku...Tahukah
tuan2 dan puan2 apa sebabnya perkara ini berlaku ?...ini adalah disebabkan...anak2 remaja kini
semakin ramai tidak sujud kepada Allah swt . semakin ramai yg tidak kenal Tuhan
mereka..Darah tidak sampai ke otak,oleh kerana mereka tidak sujud kepada Penciptanya...
Inilah puncanya...pada masa kini telah lahir satu punca penyakit baru dikalangan remaja kita
iaitu...penyakit mental, mudah murung dan ada yang sudah mula membunuh diri disebabkan
tidak tahan dengan ujian serta tidak tahu apa itu sabar dan redha...Apa kah penawar kepada
penyakit ini tuan2 dan puan2.....penawarnya ialah TUNDUK kepada Allah swt....Solat..kerana
solat itu mampu mendisiplinkan anak2 kita.

Tuan2 dan puan2... marilah kita sama2 melihat bagaimana cara solat anak2 kita wlupun
Tadika telah memberi tunjukajar setiap hari , lihatlah cara mereka berwuduk..apakah wuduk
mereka telah sempurna...lihatlah bacaan dalam sembahyang mereka , apakah betul
bacaannya...Itulah peranan kita tuan2 dan puan2...tugas melahirkan anak2 dan mmebesarkan
mereka seterusnya memberi pelajaran kepada anak2 kita ,seharusnya perlu diteruskan
dengan melihat adakah anak2 kita menjadi hamba kepada Allah swt dalam ertikata yang
sebenarnya...
2. Dari kerosakan Aqidah akan timbullah pula, kerosakan akhlaq dan masalah sosial yang
meruncing masakini..Dengan tidak sujud kepada Allah swt...maka akan lahirlah anak2 yg tidak
takut akan hukuman Allah swt, tidak takutkan nerakaNya. Ini lah telah terjadi sekarang...anak2
yang jauh dr Allah, tidak hirau Sunnah Rasulnya... apatah lagi mahu mendengar kata2 ibu dan
dan bapanya..
Budaya merempit, menghisap dadah, berzina dan membunuh.....remaja melayu Islam kita yg
telah menjadi juaranya..Budaya menumbuk guru dan membunuh ibu mahupun bapa...org kita
juga lah menjadi juaranya...budaya melepak dan membuang masa , melayu Islam kitalah juga
yg yg mendahului nya...masya Allah..tuan2 dan puan2....marilah kita mengubah budaya ini,
marilah kita mengubah fenomena ini...marilah kita membentuk budaya baru..disiplin
baru!..Marilah sama 2 kita membentuk budaya baru dalam mendidik anak2 dengan
menjadikan syariat Islam itu..budaya kehidupan kita,Quran itu panduan hidup kita...dan
menjadikan sunnah rasul itu contoh teladan kita..

Marilah kita berjanji dengan Allah...sebagai ibubapa marilah kita membentuk keluarga kita
menajdi keluarga Muslim yang mengamalkan apa yg disuruh , dan tinggalkan apa yang
dilarang...kita berusaha menjadikan anak2 kita Qurratu Aini..penyejuk mata sehingga akhir
hayat kita. Anak2 yang mampu mendoakan kita walaupun kita telah meninggalkan dunia ini..
Anak2 yang menjadikan kita bahagia di dunia mahupun di akhirat sana.Itulah harapan kita ....

TT dan PP,

Bagi pihak Ahli Lembaga Pengarah Tadika Al Husna, sekali lagi saya ingin melahirkan rasa
terima kasih diatas sokongan dan bantuan tuan2 dan puan...penglibatan dan sokongan tuan2
dan puan2 samada secara langsung atau tidak secara langsung telah membri kekuatan kepada
pihak ahli Lembaga sekolah utk terus membawa dan membina anak2 tuan2 dan puan2 kearah
jalan yang diredahi Allah swt. Pun begitu..sepertimana yang saya sebut tadi...peranan ibu dan
bapa sangat penting untuk memastikan semua perkara yang kita inginkan berjaya seperti yg
diharapkan. Kita perlu berusaha,kita perlu membuka minda dan usaha, melihat perkembagan
anak2 kita, manakala pihak Tadika pula akan sentiasa bersedia melaksanakan dalam rangka
pembelajaran yang telah dirancang, dan pihak ibubapa juga perlu turut membantu untuk
mempercepatkan proses ini dan seterusnya kita berdoa dan serahkan , seterusnya
bertawakal kepada Allah swt...

Jalinan usaha dan kerjasama yg bersungguh2 diantara tt dan pp bersama2 pihak tadika ,
insyallah mudah2an akan membawa anak2 kita menjadi produk yang berguna kepada ummah
dan memuliakan Agama Islam kita yg tercinta, insyaallah..

Saya tidak ingin memanjangkan lagi ucapan saya..kerana acara sukan sudahpun
menunggu...sekalilagi ucapan tahniah kepada pihak Tadika di atas penganjuran sukan tahunan
ini dan juga kepada tt dan pp yg memeriahkan sukan kita pd hr ini.. tidak lupa juga kepada para
guru dan individu yg terlibat yg menjayakan program kita hari ini...

Kepada anak2....bersukanlah dengan semangat kesukanan dan jadikan ianya persaingan yg


sihat serta niatkanlah spya kita lebih kuat dan boleh beribadah kepada Allah swt.
Akhir kata, marilah sama2 kita merasmikan sukan tahunan Tadika Al Husna kali ini dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim....
Wasslam...wbt.

Anda mungkin juga menyukai