Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)

KERJA KURSUS BMM1054


MORFOLOGI BAHASA MELAYU
TUGASAN : 2

NAMA : SIOW FANG FANG


NO KAD PENGENALAN : 010415-01-0526
ANGKA GILIRAN : 2019122310024
AMBILAN : JUN 2019
KUMPULAN /UNIT : 2 PPISMP BAHASA MELAYU 1 (SJKC)
NAMA PENSYARAH : DR. MOHD ARIS BIN ANIS
TARIKH HANTAR : 8 APRIL 2020
INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : SIOW FANG FANG Angka Giliran: 2019122310024


Nama Kursus: BMM 1054 MORFOLOGI
BAHASA MELAYU
Pensyarah : DR. MOHD ARIS BIN ANIS
Tarikh Hantar : 8 APRIL 2020 Tarikh Terima : 22 MAC 2020

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar : SIOW FANG FANG Tarikh : 8 APRIL 2020

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Catatan (jika ada)


1.0) Pengenalan

Pada arus moden ini, Internet telah memainkan peranan yang sangat penting kerana
memberi banyak faedah kepada rakyat kita. Aplikasi-aplikasi seperti Facebook,
Whatsapp, Telegram semakin popular dalam kalangan masyarakat kita. Media sosial
seperti ini membolehkan para pengguna menjalin silaturahim dan berkomunikasi
secara atas talian tanpa mengira masa dan tempat. Namun semakin lamanya masa
menggunakan aplikasi ini, semakin banyak isu kesalahan penggolongan kata yang
berlaku. Hal ini disebabkan oleh terdapat golongan kata yang diubah suai dari segi
ejaannya. Maka, wujudlah ‘Bahasa Rojak’ kerana pengguna media sosial lebih
menekankan kepantasan peyampaian mesej berbanding dengan penggunaan
tatabahasa yang betul. Sebenarnya dalam Bahasa Melayu, golongan kata terbahagi
kepada empat jenis iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Dalam
tugasan tersebut, kita akan meneliti tentang golongan kata yang sering diubah suai
dari segi ejaannya.

2.0) Kata Nama

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), kata nama merupakan perkataan
yang boleh dijadikan sebagai inti bagi frasa nama. Biasanya, kata nama merujuk
kepada manusia, haiwan, tempat atau benda. Terdapat tiga kategori bagi golongan
kata nama iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama. Kata nama am
ialah kata nama yang merujuk kepada benda, perkara atau konsep yang bersifat
umum dan tidak tentu. Contohnya, air, cahaya, kereta dan sebagainya. Rajah 1
menunjukkan kesalahan ejaan kata nama am yang didapati daripada Facebook.

Rajah 1

Dalam rajah 1, didapati bahawa kesalahan ejaan kata nama am adalah perkataan
umah. Merujuk kepada Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), perkataan yang
betul bagi kata nama am umah adalah rumah. Hal ini disebabkan oleh mungkin
pengguna aplikasi ini ingin cepat untuk menaip sesuatu benda atau dia berasa
perkataan umah sudah cukup untuk memaparkan maksud bagi rumah. Dalam rajah
yang sama juga terdapat kesalahan kata nama khas dan kata ganti nama yang
diubah suai dari segi ejaannya. Kata nama khas ialah kata nama yang membawa
makna rujukan khusus kepada sesuatu benda atau orang. Huruf pertama kata nama
khas mesti ditulis dengan huruf besar. Antara kesilapan kata nama khas yang
terdapat dalam rajah 1 ialah perkataan pontian yang merujuk kepada nama tempat.
Perkataan pontian perlu ditulis seperti Pontian. P di hadapan perkataan perlu ditulis
dengan huruf besar. Perkataan Cod merupakan singkatan bagi perkataan inggeris
iaitu cash on delivery. Singkatan ini juga perlu ditulis dengan huruf besar seperti
COD. Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan
kata nama am. Antara kesalahan kata ganti nama yang terdapat dalam rajah 1 ialah
kata ganti nama diri ketiga, -nye. Ejaan betul yang sepatutnya ditulis adalah -nya
yang membawa maksud dia.

3.0) Kata Kerja

Menurut Salehudin (2020), golongan kata kerja terdiri daripada perkataan yang
menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja
menjadi inti frasa kerja. Bukan itu sahaja, kata kerja juga terbahagi kepada dua iaitu
kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Rajah 2 menunjukkan satu perbualan
dalam aplikasi whatsapp yang mengandungi kesalahan ejaan golongan kata kerja.

Rajah 2

Berdasarkan rajah 2, kesalahan ejaan kata kerja yang terdapat adalah mintak,
bantuu, msk dan smpi. Kesalahan kata kerja mintak adalah berpunca daripada
kebiasaan kita semasa berkomunikasi. Bagi kesalahan kata kerja bantuu pula,
sepatutnya perkataan tersebut ditulis sebagai bantu di mana hanya satu u bukan dua
u. Bagi kesalahan msk dan smpi adalah kesalahan singkatan yang suka hati.
Perkataan seperti ini susah difahami oleh orang lain kerana tidak menjelaskan
maksudnya. Jadual 1 adalah pembentulan bagi kata kerja yang salah.

Jadual 1

Kesalahan Pembetulan
mintak minta
bantuu bantu
msk masuk
smpi sampai

4.0) Kata Adjektif

Kata adjektif merupakan kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda
atau kata nama. Ia tidak mempunyai subkumpulan yang ketara tetapi dapat
dikategorikan kepada sembilan kumpulan berdasarkan makna perkataannya seperti
kata adjektif sifatan, kata adjektif warna, kata adjektif ukuran dan sebagainya. Rajah
3 menunjukkan satu kesalahan ejaan golongan kata adjektif.

Rajah 3

Kesalahan yang terdapat dalam rajah 3 ialah perkataan boek. Kata adjektif ini
sepatutnya ditulis sebagai baik. Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua (2015), baik
bermaksud kelakuan yang tidak jahat.

Rajah 4
Berdasarkan rajah 4 juga terdapat ejaan kata adjektif yang diubah suai iaitu bnyk.
Perkataan ini asalnya adalah banyak. Penggunaan huruf a sepatutnya tidak boleh
dibuangkan kerana perkataan bnyk tidak membawa maksud dalam Bahasa Melayu.

5.0) Kata Tugas


Kata tugas ialah perkataan yang mempunyai tugas-tugas tertentu dalam binaan
ayat. Kata tugas tidak mempunyai makna tetapi boleh digunakan dalam ayat untuk
menegaskan sesuatu, menyatakan bilangan, menanyakan sesuatu, menguatkan
maksud, memberi maklumat tambahan, menyambung ayat atau bahagian-bahagian
ayat, dan sebagainya. Rajah 5 menunjukkan kesalahan ejaan kata tugas yang
terdapat dalam perbualan Whatsapp.

Rajah 5

Rajah 5 merupakan satu petikan perbualan yang mengandungi kesalahan ejaan kata
tugas. Perkataan seperti kpd, utk dan pd merupakan singkatan bagi perkataan
kepada, untuk dan pada. Singkatan-singkatan ini membolehkan pengguna menaip
mesej dengan lebih cepat. Walau bagaimanapun, kita seharusnya tidak
memendekkan suatu perkataan supaya maknanya dikekalkan.

6.0) Cara-cara untuk Menangani Penggunaan Golongan Kata yang Sering Diubah
Suai dari Segi Ejaannya

Bagi menangani masalah ini, semua pihak memainkan perana yang sama penting.
Bagi pihak kerajaan, mereka perlu mengambil tindakan terhadap sesiapa yang
menggunakan Bahasa Melayu yang salah dari segi ejaan. Pihak kerajaan perlu
menetapkan peraturan di mana setiap masyarakat terutamanya pegawai-pegawai
negara mesti fasih dalam berbahasa melayu tanpa mengira kaum. Hal ini diyakini
dapat mengurangkan penggunaan bahasa singkatan dan ejaan perkataan yang
salah. Bagi pihak sekolah, mereka haruslah menekankan subjek Bahasa Melayu
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya menggunakan
bahasa yang formal dan menulis dalam ejaan yang betul. Hal ini penting kerana
pelajar akan mencontohi perlakuan guru dan secara langsungnya dapat menangani
masalah ini. Bukan itu sahaja, sekolah juga boleh mengadakan pelbagai aktiviti
seperti Bulan Bahasa dan pertandingan syarahan dan sebagainya untuk memupuk
semangat pelajar bagi mencintai Bahasa Melayu. Media massa perlu menapis dan
memantau dari segi penggunaan perkataan atau pengejaan perkataan sebelum
menyiarkan sesuatu berita. Hal ini demikian kerana terdapat pengguna yang
pelbagai lapisan umur tidak kira budak-budak atau orang tua juga menggunakan
media massa. Sistem ejaan yang salah digunakan akan memberi pandangan yang
buruk kepada pelajar dan mereka akan mencontohi. Dengan adanya usaha menapis
kandungan sesuatu siaran, ia mampu menerapkan budaya penggunaan Bahasa
Melayu yang tepat dalam media massa. Kesannya, para pengguna akan mencontohi
mereka dengan menggunakan istilah Bahasa Melayu yang tepat.

7.0) Kesimpulan

Kesimpulannya, walaupun aplikasi seperti Facebook, Telegram dan Watsapp telah


menjadi keperluan seharian bagi ramai pengguna, namun kita seharusnya
mengamalkan budaya menggunakan Bahasa Melayu yang betul dari segi ejaannya
supaya tradisi perkataan-perkataan tersebut dapat dikekalkan. Hanya masyarakat
yang menggunakan Bahasa Melayu yang betul dapat melahirkan suasana dunia
yang harmoni.
Rujukan

AMAN, M. S. (2020). Golongan Kata Bahasa Melayu. Didapatkan dari


http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=6729

Karim, N. S. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mediacorp, B. (2017). 'Bahasa Rojak' di media sosial, cabaran martabatkan bahasa Melayu.
Didapatkan dari https://berita.mediacorp.sg/mobilem/dunia/bahasa-rojak-di-media-
sosial-cabaran-martabatkan-bahasa-melayu/3844284.html

Noorfahmi25. (2010). GOLONGAN KATA. Didapatkan dari


https://www.scribd.com/doc/25556684/GOLONGAN-KATA

Pustaka, D. B. (2015). Kamus Dewan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Pustaka, D. B. (2017). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Didapatkan dari


http://prpm.dbp.gov.my/

Wanarizwan. (2016). Bab 3 Golongan kata. Didapatkan dari


https://www.slideshare.net/wanarizwan/bab-3-golongan-kata

Anda mungkin juga menyukai