Anda di halaman 1dari 1

SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN (PENTADBIRAN)

 Menjalankan tugas Guru Besar semasa ketiadaannya.


 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran,
 hubungan masyarakat dan keselamatan.
 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai proses pengajaran.
 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
KURIKULUM
o Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan sebagainya.
o Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
o Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal
o dan bengkel.
o Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
o Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru yang baru
mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka.
o Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta
mencadangkan tindakan susulan.
o Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian Pendidikan.
o Membantu memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan.
o Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian.
PENGURUSAN
o Membantu beban tugas guru dan staf sokongan sekolah
o Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan,
e kursus dan latihan guru serta
staf sokongan.
o Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat.
o Membantu merancang takwim sekolah.
o Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.
o Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan odit tahunan.
o Menyelaras semua jenis kutipan yuran
o Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
o Menjadi penandatangani kedua cek sekolah.
o Menjaga dan menyemak stok/ iventori peralatan sekolah.
PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR
o Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan dan
o kebersihan sekolah.
o Merancang langkah-langkah keselamatan pelajar.
o Mengadakan kursus kemahiran pelajar.
PEMBANGUNAN ORGANISASI
o Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan
masyarakat.
o Mengadakan kursus/latihan personal.
PEMBANGUNAN KENDIRI
o Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.
o Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
o Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah.
o Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion
perguruan.

Anda mungkin juga menyukai