Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

PROGRAM CEGAH VIRUS


SK BRUAN MAPAL TAHUN 2023

PENGENALAN
Program Jauhi Covid-19 merupakan program yang menitik beratkan kesihatan dan
keselamatan murid-murid semasa di kawasan sekolah. Sekolah perlu mematuhi
SOP yang telah dikeluarkan oleh KPM agar kesihatan dan keselamatan murid-murid
terjamin. Elakkan konsep 3S dan amalkan 3W sebagai kebiasaan baharu dalam
kehidupan seharian bagi mengawal penularan COVID-19.Konsep 3S sentiasa
diingatkan kepada murid-murid iaitu elakkan sesak, sempit dan sembang dekat.
Poster – poster juga dipamerkan di setiap koridor blok sekolah dan kantin sekolah
untuk memastikan murid sentiasa menjaga penjarakan sosial dalam sekolah. Selain
itu, peringatan demi peringatan seperti mencuci tangan dengan sabun atau sanitizer
sentiasa diingatkan agar murid menjaga konsep 3W yang disarankan iaitu kerap
mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di
tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep
peringatan (warn). Objektif program ini diharapkan tercapai iaitu menggalakkan
murid mengelakkan 3S dan mengamalkan 3W sepanjang berada dalam di sekolah
dan di tempat awam.

Matlamat
Warga sekolah dapat mengamalkan kebiasaan baharu di sekolah dengan
mengelakkan 3S iaitu sesak, sempit dan sembang dekat serta sentiasa
mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash),
memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan
amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).

Tarikh/ Masa/ Tempat


Sepanjang masa persekolahan di dalam sekolah

Sasaran
Semua murid prasekolah, guru dan PPM Prasekolah

Objektif
1. Warga sekolah sentiasa peka dengan 3S iaitu elakkan keadaan yang sesak,
sempit dan sembang dekat melalui penyebaran poster.
2. Mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash),
memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear),
dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA:


Penasihat : Puan Selehah Binti Ali (Guru Besar)
Pengerusi : Encik Wan Asbi Bin Wan Chula (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Encik Naizatulazman Bin Bokhari (PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : Encik Dailee Bin Che Dom (PK Kokurikulum)
Setiausaha : Puan Hasmiza Binti Sarkawi (Guru Prasekolah)
Bendahari : Puan Khairunniza Binti Ilil (PPM Prasekolah)
Dokumentasi : Encik Iskandar Fatriwini Bin Che Buyong (Guru)
AJK : Encik Musa (Wakil Ibu Bapa)

ANGGARAN PERBELANJAAN
Perkara Harga/unit Unit Jumlah
(RM)
Hand Sanitiser 500ml 22.00 4 88.00
Hand Wash 250ml 13.00 4 52.00
Mask Kids 15.00 4 60.00
JUMLAH 200.00

PENUTUP
Diharapkan program yang dirancang dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan
dan semua warga sekolah terhindar daripada bahana covid-19 serta kesihatan kita
sentiasa terjamin.

DISEDIAKAN OLEH,

………………………………………………
(HASMIZA BINTI SARKAWI)
GURU PRASEKOLAH,
SK BRUAN MAPAL

DISEMAK OLEH,

………………………………………………
(WAN ASBI BIN WAN CHULA)
PK PENTADBIRAN,
SK BRUAN MAPAL

DISAHKAN OLEH,

…………………………………………….
(SELEHAH BINTI ALI)
GURU BESAR,
SK BRUAN MAPAL.

Anda mungkin juga menyukai