Anda di halaman 1dari 7

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA
Sekolah Kebangsaan Kepong (FRIM)

KERTAS CADANGAN
PELANCARAN PROGRAM HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN
PERINGKAT SK KEPONG (FRIM) TAHUN 2018

TARIKH: 5 MAC 2018 (ISNIN)


MASA: 7.30 PAGI HINGGA 8.00 PAGI
TEMPAT: DATARAN PERHIMPUNAN SK KEPONG (FRIM)
KERTAS CADANGAN
PELANCARAN PROGRAM HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN
PERINGKAT SK KEPONG (FRIM) TAHUN 2018

1. PENDAHULUAN
Pada 19 februari 1983, kempen Antidadah Kebangsaan telah dilancarkan.
Semenjak itu 19 Februari telah diterima sebagai Hari Antidadah Kebangsaan
yang disambut setiap tahun. Bagi memupuk kesedaran dalam kalangan
murid sekolah tentang bahaya najis dadah terhadap manusia khususnya
generasi muda pihak Kementerian Pendidikan Malaysia menyarankan
sambutan ini dilaksanakan di peringkat sekolah dengan pelaksanaan
program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang bertujuan menyebar
luaskan maklumat berkaitan najis dadah di samping mewujudkan kesedaran
kepada warga sekolah khususnya murid agar mereka dapat mengenali jenis
dadah dan kesannya terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Pendedahan terhadap bahaya penyalahgunaan dadah harus dikongsikan
kepada murid supaya mereka tidak sesekali mencuba untuk mendekati
sebarang bentuk najis dadah sebaliknya sentiasa berwaspada dalam
kehidupan seharian termasuk pergaulan yang boleh menyebabkan mereka
terjerumus ke kancah najis dadah. Usaha ini diharapkan dapat membantu
melahirkan generasi akan datang bebas dari pengaruh najis dadah.
Sehubungan dengan itu, satu program kerjasama antara Unit Bimbingan dan
Kaunseling dengan Unit PPDa SK Kepong (FRIM) telah dilakukan bagi
melaksanakan program dan aktiviti berkaitan Sambutan Hari Antidadah
Kebangsaan peringkat sekolah bagi tahun 2018.

2. MATLAMAT
Matlamat program ini adalah melahirkan kesedaran dalam kalangan warga
sekolah khususnya murid tentang bahaya najis dadah terhadap diri mereka.

3. OBJEKTIF
3.1 Memberi pengetahuan dan kefahaman kepada murid dan
masyarakat sekolah tentang bahaya dadah dan kesannya terhadap
diri, keluarga, masyarakat dan negara.
3.2 Melahirkan generasi yang mampu mengatakan tidak kepada najis
dadah.
3.3 Menyemai dan memupuk amalan gaya hidup sihat sebagai alternatif
kepada penyalahgunaan dadah.
3.4 Menerapkan nilai cintakan diri, keluarga dan negara.
4. SASARAN
4.1 Warga SK. Kepong (FRIM)
4.2 Murid tahap 1 dan 2 SK Kepong (FRIM)

5. PENDEKATAN
Cadangan pelaksanaan aktiviti PPDa adalah seperti berikut:
i. Pelancaran Bulan Pencegahan Dadah
ii. Program Lima Minit Anti-Dadah
iii. Ceramah Anti Dadah
iv. Pertandingan PPDa
1. Melukis / Mewarna Poster.
2. Pertandingan Teka Silang kata atau Kuiz Antidadah
3. Pertandingan mencipta pantun / sajak

6. IMPLIKASI KEWANGAN

Kos perbelanjaan untuk tujuan Pelancaran Program Hari Antidadah


Kebangsaan Peringkat SK Kepong (FRIM) Tahun 2018

Peruntukan : PIBG / SUWA - RM10.40

JUMLAH
BIL PERKARA KUANTITI PEMBAYARAN SUMBER
(RM)

1 Bunting Program 1 unit X RM10.40 RM10.40


Pelancaran Hari
Antidadah
Peringkat
Kebangsaan
Peringkat
Sekolah 2018

JUMLAH RM10.40
7. JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Minah binti Ali


Guru Besar

Timb. Pengerusi : Zuraimi bin Ahmad Zawawi


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi : Arfah binti Ab. Aziz


Penolong Kanan Pentadbiran

Norhajar binti Othman


Penolong Kanan Kokurikulum

Mohamad Azhan bin Mat Saad


Penolong Kanan Petang

Setiausaha : Mohd Rodze bin Ardzemi


Guru Bimbingan & Kaunseling

Bendahari : Nur Aida binti Alias


Bendahari PIBG

AJK : AJK PPDa


AJK Unit Bimbingan dan Kaunseling
Guru Pusat Sumber
Guru Pendidikan Kesihatan
Guru Kelas tahap 1 dan 2
Penyelaras VLE Frog

8. JAWATANKUASA PELAKSANA

Penyelaras Program Mohd Rodze bin Ardzemi


Pen. Penyelaras Khairul Amirul bin Abu Samah

Pengerusi Majlis Guru Bertugas mingguan


P.A Sistem Mohd Hairulnizam bin Md Sah
Persiapan Tempat Mohd Adam Izzuddin bin Sharifudin
Perakam Peristiwa Rohaizi bt Rusli
Dokumentasi Mohd Rodze bin Ardzemi
9. TENTATIF PROGRAM

Pelancaran Program Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat SK Kepong


(FRIM) 2018

7.30 pagi Perhimpunan Mingguan


 Bacaan doa
 Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah
 Bacaan Ikrar

7.45 pagi Ucapan Guru Bertugas


 Bacaan Perutusan Hari Antidadah Kebangsaan 2018
 Aktiviti 5 minit Antidadah

Ucapan Perasmian Majlis Pelancaran Bulan Antidadah


Kebangsaan Peringkat SK. Kepong (FRIM) oleh:
 Pn. Minah binti Ali, Guru Besar SK Kepong

8.00 pagi Majlis bersurai – murid bergerak ke kelas masing-masing

* pelaksanaan modul 5 minit anti dadah dan aktiviti bagi Bulan PPDa dan
adalah dilaksanakan sewaktu PdP di dalam kelas mengikut jadual waktu
yang bersesuaian seperti waktu pendidikan seni dan pendidikan kesihatan.
10. PENUTUP

Adalah diharapkan agar aktiviti ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya
seperti yang telah dirancang berdasarkan masa yang ditetapkan. Bagi
memastikan harapan ini tercapai, pastinya kerjasama dan sokongan
daripada semua warga SK Kepong amat diperlukan. Segala sumbangan
yang diberi amat dihargai dan didahului ribuan terima kasih

Disediakan oleh; Disemak oleh:

(MOHD RODZE BIN ARDZEMI) (ZURAIMI BIN AHMAD ZAWAWI)


Guru Bimbingan dan Kaunseling Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK. Kepong (FRIM) SK. Kepong (FRIM)

Diluluskan / tidak diluluskan:

(MINAH BINTI ALI)


Guru Besar
SK. Kepong (FRIM)
LAMPIRAN 1

Anda mungkin juga menyukai