Anda di halaman 1dari 12

KAEDAH LATIHAN MEMANAH

Kaedah 1

(I) Jarak kedua telapak kaki selebar bahu.

(II) .Kedua hujung kaki menyentuh garis


bayangan lurus ke arah sasaran.

(III) Kedua lutut dilemaskan (relax), tidak perlu


ditekan ke belakang.

(IV) Biasakan melakukan cara berdiri yang


baik dan normal.

Kaedah 2

(I) ..Sayap indeks panah selalu di sebelah luar


busur (window).

(II) .Sangkutkan hujung panah (nock) pada


titik sangkutan (nocking point) di tali.

(III) Sandarkan pangkal panah pada alat


sandaran panah (arrow rest) di busur.

Kaedah 3

(I) .Titik tumpu atau tekanan pada busur dari


telapak tangan berbentuk "Y" dari pangkal ibu
jari dan pangkal jari.

(II) Telunjuk tangan busur adalah di paras


lekukan pegangan (handle).

 
Kaedah 4

(I) Tali ditempatkan pada ruas pertam tekukan


hujung jari telunjuk

(II) Satu jari di atas hujung panah (nock) iaitu


jari telunjuk manakalan jari tengah dan jari
manis di bawah.

Kaedah 5

(I) Tangan pemegang busur direntang setinggi


bahu, siku diputar menghadap ke bawah
menjauhi garis lintas tali.

(II) Kedua bahu sama tinggi.

Kaedah 6

(I) Otot-otot lengan, bahu dan belikat


digunakan berurutan pada proses menarik tali.

(II) Siku kanan bergerak ke belakang paralel


dengan lantai.

(III) Tali ditarik bergerak pada satu garis


lintasan berdekatan dengan tangan busur.

 
Kaedah 7

(I) Tali busur ditarik hingga menyentuh hujung


hidung dan menekan bahagian depan dagu di
tengah.

(II) Sisi atas jari telunjuk menempel ke atas


paralel dengan tulang rahang, hujung jari
menempel bawah dagu di tengah.

Kaedah 8

(I) Titik alat pembidik diarahkan ke tengah


sasaran dan harus ditahan diam pada titik
tengah.

(II) Bayangan tali (line up) diletakkan pada


garis tengah busur, sedikit ke kanan dari titik
alat pembidik.

Kaedah 9

(I) Otot belakang diketatkan dan jari-jari


penarik tali dilemaskan (relax).

(II) Lemaskan otot lengan penarik.

(III) Lepaskan tali dengan meluruskan jari-jari


dan gerakkan / tarik ke belakang menyusur
bawah rahang dan lingkaran leher.

(IV) Tentukan posisi sentuhan akhir jari-jari


yang tetap pada sisi leher.
Kaedah 10

(I) Lengan penarik berhenti di samping leher


dengan jari-jari pada titik sentuhan akhir
dalam keadaan relax.

(II) Lengan busur tetap terbentang ke depan


ke arah sasaran hingga panah menyentuh
permukaan sasaran.

UKURAN GELANGGANG MEMANAH

Range Layour
Major Events
Range Layour
Other Events

Range Layour
Olympic Round Finals
RANCANGAN PEMBANGUNAN SUKAN MEMANAH

1. TAJUK                  : Program Kecemerlangan Memanah.SK LKTP Bukit Besar

2. TUJUAN               : Menerangkan aktiviti pembangunan yang akan diadakan sukan memanah pasukan

3. PENDAHULUAN :

 Perancangan program ini merupakan satu program yang dicadangkan sebagai persediaan MSSK
menyertai pertandingan memanah secara menyeluruh dan berkesan di peringkat MSSM.

 Program ini meliputi dua disiplin iaitu Memanah Kelantan dan Memanah Perempuan di kalangan
murid-murid bawah 15 dan 18 tahun dengan kerjasama pihak sekolah, MSSK dan persatuan
negeri.

4. LATAR BELAKANG         :

 Pertandingan memanah MSSM adalah satu pertandingan yang baru diperkenalkan pada tahun
1996. MSSK turut mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

 Prestasi MSSK dalam pertandingan pertama yang diadakan telah berjaya menduduki tempat ke-
6 ini merupakan penyertaan sulung selepas SUKMA 1990.

 Prestasi yang ditujukan kurang menyerlah. Ini disebabkan oleh beberapa sebab :

            - Tiada tempat latihan yang dikhaskan untuk memanah.

            - Alatan memanah tidak mencukupi untuk pertandingan.

            - Penglibatan pelajar dalam sukan memanah kurang kerana ianya adalah acara baru MSSM.

            - Harga alatan memanah agak mahal, oleh itu para pelajar tidak mampu untuk memilikinya.

            - Kekurangan jurulatih disebabkan kurang pendedahan kepada guru.

            - Kekurangan bilangan sekolah yang mempunyai persatuan memanah.

 Prestasi adalah boleh diperbaiki dengan usaha yang lebih berkesan.            

5. OBJEKTIF             :

 Mengenal pasti dan mengumpul bakat di kalangan murid-murid sekolah rendah dan menengah.

 Menubuhkan pusat latihan memanah daerah dan negeri serta memperlengkapkan dengan
kemudahan dan kepakaran untuk menjalani latihan sepanjang tahun.

 Mencungkil dan membentuk jurulatih dan pengadil yang beriltizam di peringkat sekolah, negeri,
dan kebangsaan.
 Meningkatkan mutu memanah di peringkat negeri dan MSSM.

 Membentuk pemanah yang berdisiplin, bertanggungjawab dan bersemangat juang ke arah


kecemerlangan memanah.

6. HURAIAN PROGRAM            :

 Program Pembangunan Bakat.

 Mengenal pasti bakat dari sekolah rendah dan menengah melalui satu kukrikulum memanah.

 Menganal pasti dan membentuk pasukan negeri.

 Memilih pemanah terbaik dari sekolah rendah dan menengah untuk mewakili negeri dan negara.

 Mengesan, mengasah dan mencungkil bakat dari pertandingan.

 Program Pembangunan Jurulatih / Pengadil.

 Melatih serta menambahkan bilangan jurulatih di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan.

 Melatih serta menambahkan bilangan pengadil di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan.

 Melatih pegawai-pegawai untuk mengelolakan pertandingan.

7. STRATEGI PELAKSANAAN  :

                                    i) Menggunakan sekolah sukan sambilan sebagai pusat latihan daerah dan negeri.

                                   ii) Melantik penyelaras sekolah sukan sambilan yang berminat.

                                  iii) Menyediakan jadual berpandukan musim pertandingan atau luar musim
pertandingan.

                                    > Pelaksanaan Program Pembangunan Bakat.

 Memperkenalkan dan mendedahkan kemahiran memanah berperingkat-peringkat untuk sekolah


menengah dan rendah.

 Mengadakan pertandingan antara sekolah dan ahli.

 Mengadakan pertandingan antara negeri-negeri jiran.

 Menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu seperti Kejohanan Memanah
Remaja SportExcel/MILO/MSN.

 Membentuk pasukan memanah peringkat sekolah, daerah dan negeri.

 Mengesan pemanah terbaik atas cadangan jurulatih atau panel pemilihan dari pertandingan.
      > Pelaksanaan Program Jurulatih dan Pengadil.

 Mengadakan klinik dan kursus kejurulatihan di peringkat daerah dan negeri.

 Mengadakan klinik dan kursus pengadil di peringkat daerah dan negeri.

 Menghadiri kursus dalam dan luar negeri.

      > Pelaksanaan Program Latihan Pusat dan Kursus.

 Latihan pusat dikendalikan oleh Jawatankuasa Jurulatih dan Jurulatih Pilihan.

 Kursus dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa-jawatankuasa / Jurulatih Memanah yang bertauliah.

      > Pelaksanaan Penyertaan Pertandingan.

 Semua sekolah yang mempunyai persatuan memanah perlu menyertai pertandingan di peringkat
daerah.

 Semua sekolah terlibat dalam menyertai penilaian dari semasa ke semasa.

      > Penjadualan.

 Menyediakan jadual berpandukan musim pertandingan atau luar musim pertandingan.

 Kekerapan latihan bergantung kepada musim pertandingan.

 Luar pertandingan, latihan berterusan selama 2 kali seminggu.

 Musim pertandingan 4 kali seminggu.

 Masa latihan di antara 2 jam hingga 3 jam.

      > Pengurusan Peralatan.

 Pengawasan dan pengendalian peralatan oleh Pengerusi Teknik / Jurulatih / Penyelaras /


Sekolah Sukan Sambilan.

 Menambah peralatan mengikut kemampuan MSSK / MSSM

8. SUMBER KEWANGAN        :

 Majlis Sukan Sekolah-sekolah Kelantan.

 Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia.

 Majlis Sukan Negeri.

 Persatuan Pemanah Kelantan.

 Pihak penaja seperti badan korporat, syarikat atau kilang.


 Projek Amal.

 Orang perseorangan dan lain-lain.

9. PENILAIAN          :

 Setiap tiga bulan pemanah akan diadakan penilaian oleh jurulatih atau panel jurulatih.

 Program latihan juga perlu dinilai dari semasa ke semasa.

 Pegawai Sukan Daerah, Pengerusi Teknik Memanah dan Penyelaras Sukan Sambilan membuat
pemantauan dari semasa ke semasa.

 Penyeliaan dan khidmat nasihat dari Pegawai Sukan dan Penyelaras Sekolah Sukan Sambilan
yang berpengalaman serta telah menunjukkan hasil yang penting.

 Pegawai Sukan Daerah dan Penyelaras Sekolah Sukan Sambilan akan menjadi perunding untuk
meneruskan program bagi mencapai kecemerlangan. 

10. PENUTUP           : 

Untuk menjayakan program ini akan memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk MSSK,
pemanah, ibubapa, dan para penaja. Insentif yang berpatutan kepada pemanah dan pegawai / jurulatih
bertujuan agar mereka akan berusaha dengan penuh iltizam bagi merealisasikan impian program ini.
UNDANG-UNDANG MEMANAH

1.     UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN.

 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut
undang-undang "International Archery Federation" (FITA) dan peraturan-peraturan am MSSM.          

2.     JENIS PERTANDINGAN.

 Pertandingan akan dijalankan secara Single FITA dalam jangka masa tiga (3) hari termasuk hari
latihan rasmi (sighteers) yang akan dijalankan satu (1) hari sebelum pertandingan pertama dijalankan.
 Lelaki perseorangan dan berpasukan (bawah 18 tahun).

                    - Jarak 30 M

                    - Jarak 50 M

                    - Jarak 70 M

                    - Jarak 90 M

 Wanita perseorangan dan berpasukan (bawah 18 tahun).


                    - Jarak 20 M

                    - Jarak 30 M

                    - Jarak 40 M

                    - Jarak 50 M

3.     PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN.

 Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan lelaki dan satu pasukan wanita
terdiri daripada :

            Pasukan Lelaki :                    Bawah 18 tahun                    Bawah 15 tahun

            Pengurus pasukan :                    1 orang

            Jurulatih :                                   1 orang                                 1 orang   

            Peserta :                                    4 orang                                 4 orang

          

            Pasukan Wanita :                    Bawah 18 tahun                    Bawah 15 tahun

            Jurulatih :                                   1 orang                                 1 orang   

            Peserta :                                    4 orang                                 4 orang

          

 Bagi pasukan yang tidak berkemampuan untuk menghantar pasukan (kurang daripada 3
peserta), boleh menyertai pertandingan ini dengan mengambil bahagian kurang dari tiga (3) peserta.
 Setiap pasukan dibenarkan menghantar hanya empat (4) peserta lelaki dan empat (4) peserta
wanita bagi setiap kategori umur dalam acara perseorangan.
 Setiap pasukan dibenarkan menghantar hanya empat (4) orang peserta lelaki dan empat (4)
orang peserta wanita dalam acara berpasukan.
 Setiap pasukan terdiri daripada empat (4) orang peserta. Jumlah mata yang tertinggi bagi tiga (3)
orang peserta adalah dikira pemenang.
 Pasukan yang menghantar kurang dari tiga (3) peserta tidak layak menyertai acara berpasukan.

4.     SISTEM PERTANDINGAN.

 Setiap peserta diwajibkan memanah kesemua empat (4) jarak yang dipertandingkan sebanyak
tiga puluh enam (36) anak panah bagi setiap jarak yang berjumlah seratus empat puluh empat (144) anak
panah keseluruhannya. Peserta / pasukan yang mendapat mata tertinggi akan dikira pemenang. 
5.     GELANGGANG / ALATAN.

 Rujuk undang-undang International Archery Federation (FITA).


 Bawah 15 tahun.

                >    Rujuk FITA Standard Bow Equipment (Article 7.3.1.2) dengan beberapa pindaan.

                >    Tali - hanya jenis Dacron.

                >    Anak panah - semua arrow jenis alumminium.

                >    Sight - side sight.

                >    Rest - plastic rest.

                >    Plunger button - boleh digunakan tetapi hendaklah dimatikan dan tidak melebihi 4 mm dari
handle.

                >    Clicker - boleh digunakan.

                >    Stabilizer - tidak dibenarkan.

                >    Semua alatan elektronik tidak dibenarkan.

 Bawah 18 tahun.

                >    Peralatan yang digunakan bagi acara bawah 18 tahun adalah mengikut undang-undang
(FITA) (Article 7.3.1.1).

6.     TAKLIMAT PENGURUS.

 Taklimat pengurus pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum latihan rasmi (official training)
dijalankan.
 Selepas taklimat pengurus, sebarang permohonan / gantian peserta tidak dibenarkan. 

7.     MASA MELAPORKAN DIRI.

 Setiap pasukan dikehendaki melaporkan diri kepada Ketua Hakim (Chief Judge) kejohanan untuk
pemeriksaan peralatan pertandingan (Tackle Inspection) pada hari latihan rasmi. 

8.     BANTAHAN.

 Sila rujuk Peraturan Am (13) MSSM.


 Setiap pasukan boleh membuat bantahan. Hanya pengurus pasukan dibenarkan membuat
bantahan.
 Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengarah / Pegawai dalam
masa tiga puluh (30) minit selepas pertandingan itu tamat. (Berpandukan kepada Undang-Undang FITA,
Artikel 150) 
9.     JURI RAYUAN.

 Sila rujuk Peraturan Am (14) MSSM. 

10. PENGADIL (HAKIM DAN PEGAWAI PERTANDINGAN).

 Hakim-hakim dan pegawai pertandingan akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola dengan
kerjasama Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan Persatuan Memanah Kebangsaan
Malaysia (NAAM). 

11. PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN.

 Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak mentafsirkan segala perkara yang tidak disiarkan di
dalam undang-undang / peraturan pertandingan ini dan keputusan yang dibuat adalah muktamad. 
 
 

Anda mungkin juga menyukai