Anda di halaman 1dari 10

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

______________________________________________________
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN PIDATO KEMERDEKAAN


SEMPENA
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2017
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR BAHRU

TARIKH:

7 OGOS 2017

TEMPAT:

DEWAN SERI TEMENGGONG (DST)


IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR BAHRU

ANJURAN:
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) KE-51
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR
DENGAN KERJASAMA PEJABAT MENTERI BESAR DAN
JABATAN PENGAJIAN MELAYU

1|JHEP
1.0 Pendahuluan

Sempena sambutan perayaan Bulan Kemerdekaan ke 60 tahun 2017,


Pertandingan Pidato Kemerdekaan ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan
semangat patriotik dalam diri warga IPGKTI. Penyertaan siswa guru IPGKTI dalam
pertandingan ini juga dapat membantu untuk mencungkil bakat berpidato dalam
kalangan warga IPGKTI. Di samping itu juga, pertandingan pidato ini juga
diadakan untuk meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan siswa guru IPGKTI
tentang kemerdekaan tahah air yang paling dicintai, dan secara tidak langsung
menanamkan rasa cinta akan negara dalam diri mereka.

2.0 Objektif

2.1. Mencungkil bakat berpidato siswa guru dalam kalangan warga kampus
IPGKTI.
2.2. Meningkatkan semangat cinta dan sayangkan negara, meningkatkan
semangat jati diri serta dapat menanam rasa tanggungjawab kepada
negara.
2.3. Mendapat pengalaman dan pendedahan secara langsung mengenai
sambutan Hari Kemerdekaan.

3.0 Tema
PATRIOTISME PIDATO KEMERDEKAAN

4.0 Tarikh
7 Ogos 2017( Isnin )

5.0 Tempat
Dewan Seri Temenggong, IPGK Temenggong Ibrahim

2|JHEP
6.0 Peserta

Bil. Peserta Jumlah

1 Peserta Pidato Kemerdekaan 10

2. Pelajar IPG KTI 556

3. Hakim (Pensyarah ) 3

Jumlah Keseluruhan 569

7.0 Jawatankuasa Induk

PENAUNG Puan Rubiah bte Ahmad


Pengarah
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
PENASIHAT Dr.Yazid bin Abdul Manap
Timbalan Pengarah Pengurusan dan Perkhidmatan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
PENOLONG PENASIHAT Dr.Mazlan bin Aris
Timbalan Pengarah Akademik
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
PENGERUSI Puan Hjh. Normah bte Abd.Samad
Ketua Jabatan HEP IPG KTI
PEN.PENGERUSI 1 En.Tauhid bin Sudar
Pen.Ketua Jabatan HEP IPG KTI
PEN.PENGERUSI 2 Tn,Hj. Nordin bin Yusof
Ketua Jabatan Pengajian Melayu
SETIAUSAHA Puan Hjh.Norhashimah bte Mohd.Yusof
Ketua Unit Kepimpinan, Pengembangan dan
Kerohanian Pelajar.
PEN.SETIAUSAHA 1 Cik Maizura bte Mohamed Saat
Pen.Ketua Unit Kepimpinan, Pengembangan dan
Kerohanian Pelajar
PEN.SETIAUSAHA 2 Encik Sirajudin bin Sapuan
Pen.Ketua Unit Kepimpinan, Pengembangan dan
Kerohanian Pelajar
PENGARAH PROGRAM Ong Jing Ying
JPP

3|JHEP
6.0 Kelayakan dan Peraturan Pertandingan

(Sila rujuk ke Lampiran 1)

7.0. Skema Permarkahan Pertandingan

(Sila rujuk ke Lampiran 2)

8.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Jumlah Kos

1. Hadiah Pertandingan Pidato Kemerdekaan RM60.00


Johan : Plak (RM 15.00) + Sijil Penyertaan
Naib Johan : Plak (Rm 15.00) + Sijil Penyertaan
Ketiga : Plak (Rm 15.00) + Sijil Penyertaan
Sagu Hati : Plak (Rm 15.00) + Sijil Penyertaan

2 Hadiah Hakim Pertandingan Pidato Kemerdekaan RM 45.00


Plak (RM 15.00)
Plak (Rm 15.00)
Plak (Rm 15.00)

2. Sijil penghargaan Ahli Jawatankuasa x 15 unit (Sepanjang RM 105.00


Bulan Kemerdekaan)

JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN RM 105.00

4|JHEP
9.0 Tentatif Program

TARIKH MASA PERKARA

6/8/17 8.00 mlm –  Cabut undi giliran peserta


10.00 mlm
(Ahad)  Raptai pertandingan pidato

7/8/17 2.00 ptg – Pendaftaran peserta / pendaftaran guru pelatih (E-matrik)

(Isnin) 4.30 ptg Pertandingan pidato

 Pengiraan markah
 Pengumuman Keputusan pertandingan
18/9/2017 2.00 ptg – Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Penyampaian
Hadiah Sepanjang Bulan Kemerdekaan
4.30 ptg
Disempurnakan Oleh YB Encik Vidyananthan A/L
Ramanadhan

Pengerusi jawatankuasa Perpaduan dan Sumber


Manusia Negeri Johor

10.0 Penutup

Diharapkan dengan adanya penganjuran program seperti ini, seluruh warga kampus
IPGKTI dapat memperoleh ilmu tentang kemerdekaan tanah air kecintaan ini. Di samping
itu, diharapkan juga program ini akan dapat membantu menjaga kedaulatan negara,
memupuk keharmonian dan perpaduan dalam kalangan warga kampus IPG KTI.

5|JHEP
PENGESAHAN, SEMAKAN, SOKONGAN DAN KELULUSAN

A. Disediakan oleh: ___________________________


` ( )

B. Disemak oleh: ___________________________


( )

C. Ulasan KJ HEP:

Tarikh: Tandatangan:_______________________
( )

D. Ulasan Unit Kewangan:

Tarikh: Tandatangan:_______________________
( )

6|JHEP
E. Kelulusan oleh Pengarah/ Timbalan Pengarah:
Kertas kerja/ Program/ Aktiviti ini diluluskan/ tidak diluluskan.

_________________________
Tarikh:

Lampiran 1

Syarat-syarat Pertandingan Pidato

1. Kelayakan penyertaan pertandingan:

Pertandingan ini terbuka kepada semua guru pelatih IPG Kampus Temenggong
Ibrahim.

2. Penentuan tajuk:

Peserta-peserta akan menentukan tajuk yang ingin ditandingkan sendiri berdasarkan


tema yang ditentukan oleh pihak penganjur.

3. Teks pidato:

i. Teks pidato haruslah dihantar kepada pihak penganjur sekurang-kurangnya 3


hari sebelum raptai pertandingan pidato. (dalam bentuk asal dan 1 set salinan)

ii. Teks pidato peserta dilarang menyentuh sebarang isu sensitif yang melibatkan
politik, agama, perkauman, individu atau seumpamanya.

4. Sebelum pertandingan:

i. Sesi cabut undi akan dijalankan semasa raptai pertandingan.

ii. Pertandingan akan dijalankan mengikut giliran berdasarkan undian yang


ditetapkan.

iii. Pengundian akan dijalankan 30 minit sebelum pertandingan dijalankan atau


pada waktu khusus yang telah ditetapkan oleh penganjur.

iv. Pengundian hanya akan dijalankan sekali sahaja dan pertukaran nombor undian
tidak dibenarkan.

5. Semasa pertandingan:

i. Para peserta dilarang menyentuh sebarang isu sensitif yang melibatkan politik,
agama, perkauman, individu atau seumpamanya.

7|JHEP
ii. Para peserta tidak dibenarkan membawa bersama sebarang bahan atau alat
bantu untuk mengukuh hujah.

iii. Pemidato tidak dibenarkan menunjukkan aksi yang kurang sopan atau
mengucapkan perkataan yang kasar atau kurang manis.

iv. Sekiranya berlaku sebarang gangguan terhadap pemidato seperti pitam,


pengerusi pertandingan boleh menangguhkan pertandingan pidato sehingga 15
minit. Pemidato akan dibatalkan penyertaan sekiranya tempoh tersebut berakhir

6. Masa:

i. Masa diberi bagi setiap peserta adalah 7 minit.

ii. Masa akan bermula apabila peserta memulakan penyampaiannya.

iii. Loceng pertama akan dibunyikan sekali pada minit ke–6 menandakan masa
hampir tamat. Loceng kedua akan dibunyikan sebanyak 2 kali pada minit ke-7
menandakan masa telah tamat dan peserta dikehendaki memberhentikan
pidatonya.

iv. Penyampaian selepas masa tamat tidak akan diambil kira. Pengerusi berhak
memberhentikan pidato peserta sekiranya peserta gagal untuk berhenti
walaupun masa sudah tamat.

8|JHEP
Lampiran 2

Skema Pemarkahan

1. Isi (55 markah)

Pemidato akan diadili dari segi definisi tajuk, isi-isi yang kemas dan sesuai, data dan
bahan yang tepat serta rumusan. Pecahan markah adalah seperti maklumat yang
berikut:

i. 50 markah bagi 5 isi pidato. Bagi setiap isi, markah maksimumnya ialah 10
markah iaitu 4 markah isi, 4 markah huraian dan 2 markah bagi contoh dan
data yang tepat.

ii. 5 markah (bagi definisi yang tepat dan rumusan yang jelas serta isi tambahan).

2. Cara Penyampaian & Penampilan (25 Markah)

i. Cara penyampaian hendaklah jelas dan lancar.

ii. Cara berdiri dan penampilan diri yang bersesuaian.

iii. Cara penyampaian hendaklah menarik dan meyakinkan.

iv. Pergerakan tangan perlulah “natural‟ dan tidak terlalu mekanikal.

v. Susunan isi yang menarik dan jelas.

vi. Perlakuan dan tutur kata yang kurang sopan atau tidak manis hendaklah
dielakkan.

vii. Pakaian hendaklah berupaya untuk menunjukkan identiti sebagai seorang


guru.

3. Bahasa & Adab (20 markah)

i. Pemilihan kata, istilah dan susunan yang tepat.

9|JHEP
ii. Gaya bahasa yang menarik dan berkesan serta tepat dengan mesej yang
hendak disampaikan.

iii. Penggunaan bahasa yang “standard‟. Dialek daerah dan bahasa slanga tidak
dibenarkan.

iv. Kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa, kebudayaan dan
peribadi serta perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan akan menyebabkan
kehilangan markah tersebut.

10|JHEP

Anda mungkin juga menyukai