Anda di halaman 1dari 11

KEMAHIRAN HOKI

MINGGU 9 SESI 1
PENGENALAN

Permainan hoki merupakan salah satu sukan berpasukan yang mempersembahkan corak permainan pantas
dan menarik. Pemain-pemain perlu kreatif dan bijak menyusun strategi menyerang dan bertahan dalam
situasi permainan.

Pasukan yang menyerang perlu berusaha untuk mencipta, menguasai dan menggunakan ruang bagi
menghasilkan jaringan untuk mencapai kemenangan.
Kemahiran Asas Hoki
SOALAN 1

Senaraikan Kemahiran asas permainan hoki


Peraturan asas hoki
Soalan 2

a. Berapakah bilangan pemain dalam satu pasukan hoki


b. Apakah jenis kesalahan yang dilakukan oleh pasukan bertahan yang boleh menyebabkan pukulan
sudut penalti di anugerahkan kepada pihak yang melakukan serangan
c. Terangkan bentuk hukuman mengikut jenis kad yang dilayangkan oleh pengadil
d. Pemain tidak dibenarkan melakukan kesalahan seperti.
Strategi Serangan

Kebolehan pasukan hoki melakukan serangan bergantung kepada keberkesanan strategi yang telah
dirancang. Strategi serangan yang berkesan sudah pasti dapat mengatasi keupayaan pertahanan pasukan
lawan. Strategi pasukan perlu dirancang dan ditentukan oleh pemain dan jurulatih hoki. Mereka perlu
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pasukan lawan. Pemilihan formasi serangan yang tepat akan
memberikan kelebihan kepada pasukan untuk menjaringkan gol kemenangan.
Formasi 3-3-3-1
➤ Formasi 3-3-3-1 ini berkesan untuk strategi permainan menyerang kerana pergerakan serangan dan
bertahan melibatkan sokongan pemain.

➤ Semasa menyerang, dua orang pemain tengah di posisi tepi akan overlap sebagai pemain sayap. Pada
masa yang sama, dua pemain pertahanan bergerak untuk menyokong di bahagian tengah.

➤ Tiga orang pemain penyerang mencari ruang dalam kawasan D dan bersedia menerima hantaran untuk
menjaringkan gol.

➤ Sekiranya berlaku serangan balas, tiga orang pemain pertahanan akan disokong oleh sweeper yang
bersedia memintas pergerakan pasukan lawan.
POSISI PEMAIN HOKI
Video
SOALAN 3

Huraikan semua kelebihan dan kelemahan Formasi 3-3-3-1

Anda mungkin juga menyukai