Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN A: Baca soalan dengan teliti dan pilih satu sahaja jawapan yang paling tepat.

Sila tulis jawapan anda pada ruang yang disediakan pada halaman 5. (20 markah)
1. Kelemahan strategi menyerang hantaran percuma dan penalti dalam permainan bola jaring ialah
A. Hantaran mudah dijangka oleh pihak lawan
B. Serangan boleh dilakukan dengan pantas
C. Pelbagai kemahiran boleh digunakan dalam strategi ini
D. Jaringan dapat dibuat dengan pantas

2.
C-GA-WA-GS

Susunan strategi ini merupakan strategi


A. Menyerang hantaran ke dalam
B. Menyerang hantaran tengah
C. Strategi menyerang dan bertahan tiga lawan tiga
D. Strategi menyerang hantaran percuma dan penalti dalam kawasan gol

3. Bola baling dimainkan secara berpasukan seramai


A. 12
B. 10
C. 7
D. 6

4. Berdasarkan pilihan berikut yang manakah mengambarkan Formasi 2:4 dalam permainan bola baling?

A C.
.

B. D
.

2
5. Bola tampar merupakan permainan kategori
A. Serangan
B. Jaring
C. Pukul
D. Mengadang

6. Apakah jenis-jenis formasi permainan yang boleh dilakukan semasa menyerang dalam perrmainan bola
tampar?
A. Formasi 3:3 dan Formasi 6:0
B. Formasi 4:2 dan Formasi 5:1
C. Formasi 3:3 dan Formasi 2:2:2
D. Formasi 3:3 dan Formasi 5:1

7. Berikut merupakan servis dalam permainan sepak takraw kecuali


A. Servis kuda
B. Servis sila
C. Servis kilas
D. Servis drop

8. yang akan melakukan servis.


A. Apit kanan
B. Apit kiri
C. Tekong
D. Pitcher

9. Kombinasi tiga kemahiran dalam strategi menyerang dalam tenis adalah bergantung kepada
A. Kejayaan servis dan kelemahan lawan
B. Kepantasan pukulan dan kejayaan servis
C. Kedudukan pemain penyerang dan kelemahan lawan
D. Formasi permainan dan kepantasan pukulan kilas dan smesy

10. Mengapakah seorang pemain akan menggunakan pukulan lob ke belakang untuk membalas smesy di
tengah gelanggang dari pihak lawan?
A. Memastikan bola yang dipukul akan melantun jauh
B. Memudahkan untuk mematikan bola yang tidak sempurna
C. Memudahkan pasangan regunya untuk bergerak bebas dalam gelanggang
D. Mengelakkan pemain pihak lawan menyerang semula dengan melakukan smesy di jaring

11. Aktiviti terancang yang dilakukan pada waktu terluang untuk memperoleh keseronokan,
ketenangan minda, merehatkan badan serta memberikan kepuasan kepada individu dikenali sebagai
A. Rekreasi dan kesenggangan
B. Sukan dan rekreasi
C. Sukan dan permainan
D. Sukan dan beriadah

3
12. "Ketika bermain, setiap pemain mesti menyentuh tiang menggunakan mana-mana anggota badan.
Tukang Jadi perlu merebut tiang yang tidak disentuh oleh pemain. Permainan akan diulang
semula setelah Tukang Jadi berjaya merebut salah satu tiang." Penyataan di atas merupakan
peraturan permainan
A. Rebut Tiang
B. Cop Tiang
C. Tiang Empat
D. Rampas Tiang

13. Antara berikut pernyataan manakah tidak benar mengenai Tabata?


A. Merupakan intensiti tinggi iaitu High Intensity Internal Training (HIIT)
B. Senaman yang sama konsep dengan HIIT iaiah High Intersity Intermittent Exercise (HIIE) dan
Spritual Interval Training (SIT)
C. Contoh aktiviti seperti berlari perlahan, larian nukit, turun bukit dan lari pecut
D. Intensiti yang tinggi dapat meningkatkan metabolisme glukosa dan membantu untuk
meningkatkan daya tahan kapasiti aerobic

14. Mengapakah perempuan lebih cenderung mempunyai badan berbentuk buah pear?
A. Perempuan lebih banyak lemak di bahagian betis
B. Perempuan lebih banyak lemak di bahagian lengan
C. Perempuan lebih banyak lemak di bahagian perut dipanggil visceral fat
D. Perempuan lebih banyak lemak di bahagian punggung

15. Antara berikut, yang manakah tidak termasuk dalam keluarga asas?
A. Ibu
B. Bapa
C. Adik
D. Pakcik

16. Bagaimanakah institusi kekeluargaan terbentuk?


A. Cinta antara remaja
B. Status ' in a relationship' dalam facebook
C. Apabila status di whatsapp kerap berbunyi "Goodnight nya”
D. Ikatan perkahwinan yang sah

17. Berikut merupakan contoh teladan ibu bapa kepada anak-anak kecuali
A. Berpakaian kemas
B. Menjaga tutur kata
C. Bersikap sombong
D. Menghormati orang lain

18. Berikut merupakan salah laku berkaitan seks siber kecuali


A. Menghantar teks lucah
B. Menghantar gambar dan isyarat lucah
C. Menghantar maklumat tentang salah laku seks
D. Menghantar gambar atau video perlakuan seks
4
19. Mengapakah masalah seks siber semakin berleluasa dalam kalangan remaja?
I. Faktor dunia tanpa sempadan
II. Kemudahan jalur lebar di rumah
III. Peningkatan laman sesawang berkaitan pornografi
IV. Ibu bapa tidak dapat mengesan lama sesawang yang dilawati oleh anak-anak
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

20. Ketagihan seks siber akan memberikan kesan terhadap remaja itu sendiri dan orang di sekelilingnya.
Berdasarkan penyataan berikut, yang manakah merupakan kesan tingkah laku seks siber?
I. Gangguan emosi
II. Berasa lebih gembira
III. Keruntuhan institusi keluarga
IV. Berjaya mengelakkan buli siber
A. I dan III
B. III dan IV
C. I dan IV
D. II, III dan IV

Ruangan Jawapan Bahagian A

1. 6. 11. 16.

2. 7. 12. 17.

3. 8. 13. 18.

4. 9. 14. 19.

5. 10. 15. 20.

5
BAHAGIAN B: Jawab semua soalan pada ruang yang telah disediakan.
1. Berdasarkan Latihan HIIT (High Intensity Interval Traning), namakan senaman berdasarkan rajah di
bawah. (5 markah)

Push-up Bodyweight Squat Burpees Jumping Jack Mountain Climbers

6
2. Tandakan √ untuk pernyataan yang betul dan X untuk pernyataan yang salah. (5 markah)

Bil Kenyataan Jawapan


1. Kelebihan regangan adalah untuk mengurangkan rasa sakit otot.

2. Senaman intensiti yang tinggi dapat menurunkan metabolisme glukosa.


De Vries dan Housh(1962) mendefinisikan fleksibiliti sebagai julat
3.
pergerakan yang mungkin dalam satu sendi atau siri sendi.
Individu boleh menggunakan formula BMI sebagai kaedah bagi mengira
4.
kadar nadi.
Kapasiti aerobik dikenali sebagai VO2 max merupakan penggunaan maksimum
5.
oksigen oleh badan semasa melakukan aktiviti fizikal.

3. Ahmad bin Azman merupakan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun. Ahmad dikehendai untuk
membuat prosedur Waist to Hip Ratio (WHR) iaitu kaedah ukur lilit. Apabila diukur didapati ukuran
pinggang dan ukuran pinggulnya ialah 34cm dan 56cm. Lengkapkan borang skor dibawah. (5 markah)

Jadual Norma WHR


Jantina Cemerlang Baik Sederhana Tinggi Sangat tinggi
Lelaki <0.85cm 0.85 – 0.90 0.90 – 0.95 0.95 – 1.00 >1.0
Perempuan <0.75cm 0.75 – 0.80 0.80 – 0.85 0.85 – 0.90 >0.90

Borang skor ukur lilit WHR


Nama:

Bil. Pinggang Pinggul Kiraan Formula: Keputusan


Pinggang (cm)
Pinggul (cm)

4. Terdapat dua formasi menyerang yang boleh digunakan dalam permainan bola tampar. Jelaskan
bagaimana formasi 4:2 boleh dilakukan. (5 markah)

_
_

7
5. Padankan dengan jawapan yang betul. (6 markah)

Danger (Bahaya) Periksa kadar nadi mangsa dalam masa 10 saat. Jika
tiada cari posisi tekanan dengan menggunakan jari
telunjuk dan jari tengah. Letakkan tumit tapak tangan
bersebelahan jari telunjuk kemudian letakkan tapak
tangan kiri di atas tangan kanan dan kemaskan jari-
jemari antara tapak tangan. Luruskan lengan hingga
paras bahu
dengan mencondongkan badan ke hadapan.
Responsiveness Lihat pergerakan dada mangsa, dengar bunyi pernafasan
(Tindak balas) dan rasa hembusan nafas menggunakan pipi.
Airways (Laluan Tepuk bahu mangsa dengan kuat untuk menyedarkan
pernafasan) mangsa. Jika bertindak balas tanyakan “Kamu okey?”
Jika sebaliknya hubungi kecemasan 999 dengan segera
Breathing Picit hidung mangsa untuk menutup lubang hidung
(Bernafas) dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk semasa
hembusan diberikan. Lakukan hembusan udara dari
mulut ke mulut sambil perhatikan pergerakan dada
mangsa.
CPR Pastikan persekitaran mangsa dalam keadaan selamat
(Cardiopulmonary daripada sebarang ancaman bahaya seperti objek tajam,
Resuscitation) punca elektrik dan Kawasan yang tidak stabil
ECC (External Sambil melutut di sisi kepala mangsa, keluarkan benda
Cardiac asing yang menghalang saluran pernafasan dengan cara
Compression) mengangkat dagu dan dongakkan kepala mangsa.

6. Cadangkan cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penyalahgunaan
bahan seperti contoh dibawah.

Menjadi keldai dadah Menagih dadah

Cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penyalahgunaan bahan untuk tujuan di atas. (4 markah)

i.
ii.
iii.
8
iv. _______________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai