Anda di halaman 1dari 9

SMK KEPONG,

JALAN FRI, KEPONG


PENTAKSIRAN SETARA STANDARD
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3
TEMPOH : 1 JAM

NAMA : ………………………………………… KELAS : ……………………….

Jawab semua soalan


(40 markah)

1. Apakah aktiviti yang manakah meningkatkan kelenturan?


A Tekan tubi C Jangkauan melunjur
B Regangan quadricep D Larian zig zag

2. Maklumat di bawah berkaitan dengan kecergasan fizikal.

Komponen ini merujuk kepada daya yang dihasilkan oleh otot


untuk mengatasi rintangan.

Apakah komponen tersebut?


A Daya tahan kardiovaskular C Kekuatan otot
B Daya tahan otot D Kelenturan

3. Antara berikut, yang manakah merupakan kemahiran dalam gimnastrada?


A Hambur C Lompatan
B Gulingan D Merangkak

4. Namakan aktiviti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

A Imbangan skala C Hambur atas alatan


B Lombol kangkang D Guling hadap

1
5. Mengapakah lutut perlu fleksi semasa mendarat dalam aktiviti lompat kijang?
A Regangan C Ikut lajak
B Lonjakan D Serap daya

6. Di antara berikut, apakah faktor yang tidak mempengaruhi jarak lompatan dalam acara
lompat kijang?
A Lari landas dengan pantas dan terkawal
B Tolakkan kaki kuat semasa melonjak
C Keseimbangan badan semasa layangan
D Fleksi lutut kedua-dua belah kaki dengan tumit kaki mendarat

7. Pilih pernyataan yang betul bagi kaki lonjak yang sesuai dalam lompat kijang.
I. Fasa melompat dilakukan dengan melonjak dan mendarat dengan kedua-dua kaki.
II. Fasa melonjak dilakukan dengan lonjakan sebelah kaki dan mendarat dengan kaki
yang sama.
III. Fasa melangkah dilakukan dengan melonjak sebelah kaki dan mendarat dengan
kedua-dua kaki
IV. Fasa melangkah dilakukan dengan melonjak sebelah kaki dan mendarat dengan
kaki yang lain.
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D I, II, III dan IV

8. Berikut adalah kemahiran mengawal bola dalam permainan hoki kecuali


A Kelecek India C Kelecek pepat
B Kelecek rapat D Kelecek longgar

9. Apakah kemahiran yang digunakan untuk membuat hantaran dekat atau rapat dalam
permainan hoki?
A Kemahiran memukul C Kemahiran menguis
B Kemahiran menolak D Kemahiran mengelecek

10. Gambar rajah di bawah menunjukkan penjaga gawang.

Apakah alatan X?
A Kickers C Pelindung badan
B Pelindung kaki D Pelindung kepala

2
11. Pernyataan di bawah adalah berkait rapat dengan

Helmet, leg guard dan kickers, ball guard dan pengalas dada

A Penjaga gawang C Pemain penghalang


B Pemain pertahanan D Pemain penyerang

12. Antara berikut, manakah jenis gaya menjaring dalam permainan bola keranjang.
I. Gaya lay up III. Gaya jump shot
II. Gaya set shot IV. Gaya direct shot
A I dan II C I, II dan III
B II dan III D I, III dan IV

13. Apakah jenis lakuan yang sesuai dilakukan semasa menghantar dan menerima bola
dalam permainan bola keranjang?
A Mengadang C Hantaran bahu
B Mengelecek D Hantaran paras dada

14. Apakah faktor yang perlu diberi perhatian semasa membuat hantaran dalam permainan
bola keranjang?
A Kedudukan untuk menerima bola
B Kedudukan untuk mengelecek bola
C Kedudukan untuk mengelak daripada lawan
D Kedudukan untuk menjaring, menghantar atau menggelecek

15. Antara yang berikut, manakah turutan yang betul fasa-fasa dalam acara lari berpagar?
A Larian, melepasi pagar, lonjakan, mendarat
B Larian, mendarat, lonjakan, melepasi pagar
C Larian, lonjakan, melepasi pagar, mendarat
D Larian, melepasi pagar, mendarat, lonjakan

16. Nyatakan fasa bagi acara lari berpagar berdasarkan rajah di bawah.

A Fasa larian C Fasa lonjakan


B Fasa melepasi pagar D Fasa mendarat

3
17. Nyatakan fasa bagi acara lari berpagar berdasarkan pernyataan di bawah.

• Jatuhkan kaki hadapan tanah dengan pantas sebaik sahaja kaki


belakang melepasi pagar.
• Berat badan di hadapan kaki.
• Tarik tangan yang bertentangan kaki hadapan ke belakang dengan
pantas.
• Mendarat dengan hujung kaki hadapan.

A Fasa larian C Fasa lonjakan


B Fasa melepasi pagar D Fasa mendarat

18. Bagaimanakah menangani stereotaip gender dalam kalangan remaja?


A Bergaul bersama rakan ke arah positif.
B Mencuba perkara-perkara negatif melalui media sosial.
C Memilih rakan yang sama gender dalam pekerjaan
D Memberi pandangan mengenai kelemahan rakan-rakan.

19. ______________ ialah tatacara yang memperlihatkan aspek perwatakan, sikap, tingkah
laku, hak serta tanggungjawab individu yang diterima oleh masyarakat.
A Identiti gender
B Peranan gender
C Stereotaip gender
D Proses sosialisasi

20. Apakah yang dimaksudkan dengan sumbang mahram?


A Perlakuan zina yang berlaku antara dua rakan yang berlainan jantina.
B Perlakuan zina yang berlaku antara dua orang lelaki yang berlainan agama.
C Perlakuan zina yang berlaku anara dua orang perempuan yang berlainan kaum.
D Perlakuan zina yang berlaku antara dua anggota terdekat dalam sesebuah keluarga.

21. Apakah punca berlakunya sumbang mahram?


A Mengetahui batasan
B Tiada pegangan agama
C Mengelakkan pergaulan bebas
D Memantau penggunaan media massa

22. Bagaimanakah cara menangani sumbang mahram dalam kalangan ahli keluarga?
A Menghormati ibu dan bapa sahaja
B Mengelakkan pergaulan dengan orang dewasa.
C Sering melakukan aktivti kekeluargaan bersama-sama
D Elak perbincangan yang berkaitan dengan masalah keluarga.

4
23. Apakah punca kemarahan seseorang individu?
A Dendam C Hadiah
B Kejayaan D Kasih sayang

24. Antara berikut, manakah bukan implikasi kemarahan kepada kesihatan diri?
A Konsep kendiri meningkat C Insomnia
B Tekanan darah tinggi D Risiko kemurungan

25. Antara yang berikut, manakah merupakan cara mengawal kemarahan dengan betul?
I. Berfikir sebelum bercakap
II. Berhenti melakukan sebarang aktiviti
III. Mencederakan diri sendiri
IV. Gunakan kata ganti diri pertama “saya”
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

26. Persahabatan melibatkan beberapa kombinasi perasaan seperti berikut, kecuali


A Cinta C Hormat
B Simpati D Kesetiaan

27. Apakah ciri-ciri sahabat karib?


A Sangat rapat dan mesra.
B Sering berjumpa semasa di sekolah
C Mempunyai minat atau hala tuju yang mungkin sama.
D Sering meluang masa dan melakukan aktiviti bersama-sama.

28. Antara yang berikut, manakah punca-punca seseorang boleh dijangkiti HIV?
I. Pemindahan organ badan
II. Perhubungan seks dengan perlindungan
III. Pemindahan darah yang tercemar dengan HIV
IV. Menyusu daripada seorang ibu pembawa HIV
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

29. Berikut merupakan kesan HIV atau AIDS kecuali


A. Mengalami tekanan perasaan
B. Memalukan diri dan keluarga
C. Kos sara hidup dan perubatan meningkat
D. Mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan

5
30. Menurut pernyataan di bawah, apakah yang telah berlaku kepada Darus?

Darus selalu berkhayal, berasa lemah dan mengalami emosi tidak stabil. Beliau
telah gagal dalam hidupnya dan tersisih daripada keluarga dan masyarakat.

A Kesan kecelaruan identiti


B Sikap tidak puas hati terhadap ahli keluarga
C Implikasi penyalahgunaan dadah
D Tindakan akibat daripada kegagalan terpilih dalam pasukan sekolah.

31. Berikut merupakan implikasi penyalahgunaan bahan terhadap diri, kecuali


I. Keruntuhan akhlak
II. Mengaibkan nama baik keluarga
III. Terdedah kepada penyakit dan gejala sosial yang lain
IV. Berasa positif terhadap diri sendiri dan mempunyai hubungan baik dengan orang
lain.
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

32. Antara yang berikut, manakah bukan kepentingan mematuhi peraturan dan undang-
undang?
A Menjaga hak asasi individu
B Memupuk sikap saling hormat-menghormati
C Membentuk sistem pentadbiran yang telus dan teratur
D Menggalakkan rakyat untuk bekerja dalam sektor perundangan

33. Apakah Coronavirus (CoV)?


A. Sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan.
B. Sejenis kuman yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan.
C. Sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan pada organ dalaman badan.
D. Sejenis kuman yang boleh menyebabkan jangkitan pada organ dalaman badan.

34. Bagaimanakah novel coronavirus COVID-19 merebak?


A. Penularan daripada individu kepada individu yang lain melalui sentuhan.
B. Penularan daripada individu kepada individu yang lain melalui cecair daripada
badan seperti darah.
C. Penularan daripada individu kepada individu yang lain melalui titisan dari hidung
atau mulut yang tersebar apabila seseorang yang dijangkiti COVID-19 batuk atau
bersin.
D. Penularan melalui bawaan udara.

6
35. Antara yang berikut, manakah cara memakai pelitup muka yang betul?
A. C.

B. D.

36. Berikut merupakan contoh gejala jangkitan virus COVID-19, kecuali?


A. Demam
B. Sesak nafas
C. Batuk
D. Kerap membuang air kecil

37. ‘Encik Hamid baru pulang dari mengembara dari luar negara. Dia mempunyai gejala
batuk dan selsema’.
Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang perlu diambil oleh Encik Hamid?
A. Pergi berjumpa dengan doktor atau mendapatkan rawatan daripada hospital/klinik
berhampiran.
B. Duduk di rumah bersama keluarga.
C. Keluar bersiar-siar di taman.
D. Mendapatkan rawatan kendiri di rumah.

38. Berikut merupakan langkah-langkah melindungi diri daripada jangkitan COVID-19,


kecuali …
A. Sentiasa memakai pelitup muka dan hidung.
B. Elakkan diri daripada pergi ke tempat tumpuan ramai dan sesak.
C. Sentiasa basuh tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer.
D. Sentiasa makan makanan yang sihat dan berkhasiat.

39. “Ketika berada di sekolah, Jason berasa kurang sihat dan menunjukkan beberapa gejala
seperti demam dan selsema”.
Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan anda sebagai rakan sekelas Jason?
A. Laporkan segera kepada guru kelas atau guru bertugas.
B. Membawanya ke klinik kesihatan.
C. Memberi ubat yang sepatutnya.
D. Menenangkan rakan tersebut.

7
40. Berikut merupakan antara contoh jenis vaksin yang digunakan di Malaysia kecuali
A. Vaksin Covid-19 keluaran Johnson & Johnson
B. Vaksin Covid-19 keluaran Pfizer
C. Vaksin Covid-19 keluaran Sinovac
D. Vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca

JAWAPAN

1. ____ 9. ____ 17. ____ 25. ____ 33. ____

2. ____ 10. ____ 18. ____ 26. ____ 34. ____

3. ____ 11. ____ 19. ____ 27. ____ 35. ____

4. ____ 12. ____ 20. ____ 28. ____ 36. ____

5. ____ 13. ____ 21. ____ 29. ____ 37. ____

6. ____ 14. ____ 22. ____ 30. ____ 38. ____

7. ____ 15. ____ 23. ____ 31. ____ 39. ____

8. ____ 16. ____ 24. ____ 32. ____ 40. ____

8
SKEMA JAWAPAN
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN (PJPK)
TINGKATAN 3

BAHAGIAN A

1. C 10. B 19. A 28. C 37. A


2. C 11. A 20. D 29. D 38. D
3. A 12. C 21. B 30. C 39. A
4. B 13. D 22. C 31. A 40. A
5. D 14. D 23. A 32. D
6. D 15. C 24. A 33. A
7. B 16. B 25. A 34. C
8. C 17. D 26. B 35. A
9. B 18. A 27. D 36. D

Anda mungkin juga menyukai