Anda di halaman 1dari 8

NAMA : ___________________________________ KELAS : ________________

SMK DATO MUSTAFFA, SEKINCHAN

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SESI 2023/2024

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN (PJPK)


TINGKATAN 3
1 Jam

Arahan:
Kertas soalan ini mengandungi 40 Soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap
soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan
pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan semua jawapan anda pada kertas OMR
yang disediakan.
1. Aktiviti yang manakah meningkatkan kelenturan?
A Tekan tubi C Jangkauan melunjur
B Regangan quadricep D Larian zig zag

2. Maklumat di bawah berkaitan dengan kecergasan fizikal.

Komponen ini merujuk kepada daya yang dihasilkan oleh otot


untuk mengatasi rintangan.
Apakah komponen tersebut?
A Daya tahan kardiovaskular C Kekuatan otot
B Daya tahan otot D Kelenturan

3. Apakah alat yang boleh digunakan dalam gimnastik bagi membolehkan seseorang
membuat lantunan dan layangan di udara?

A Tilam
B Frisbee
C Papan anjal
D Trampolin

4. Namakan aktiviti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

A Imbangan skala C Hambur atas alatan


B Lombol kangkang D Guling hadapan

5. Mengapakah lutut perlu fleksi semasa mendarat dalam aktiviti lompat kijang?
A Regangan C Ikut lajak
B Lonjakan D Serap daya

6. Di antara berikut, apakah faktor yang tidak mempengaruhi jarak lompatan dalam
acara lompat kijang?
A Lari landas dengan pantas dan terkawal
B Tolakkan kaki kuat semasa melonjak
C Keseimbangan badan semasa layangan
D Fleksi lutut kedua-dua belah kaki dengan tumit kaki mendarat
7. Pilih pernyataan yang betul bagi kaki lonjak yang sesuai dalam lompat kijang.
I. Fasa melompat dilakukan dengan melonjak dan mendarat dengan kedua-dua
kaki.
II. Fasa melonjak dilakukan dengan lonjakan sebelah kaki dan mendarat dengan
kaki yang sama.
III. Fasa melangkah dilakukan dengan melonjak sebelah kaki dan mendarat dengan
kedua-dua kaki
IV. Fasa melangkah dilakukan dengan melonjak sebelah kaki dan mendarat dengan
kaki yang lain.
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D I, II, III dan IV

8. Berikut adalah kemahiran mengawal bola dalam permainan hoki kecuali


A Kelecek India C Kelecek pepat
B Kelecek rapat D Kelecek longgar

9. Apakah kemahiran yang digunakan untuk membuat hantaran dekat atau rapat dalam
permainan hoki?
A Kemahiran memukul C Kemahiran menguis
B Kemahiran menolak D Kemahiran mengelecek

10. Gambar rajah di bawah menunjukkan penjaga gawang.

Apakah alatan X?
A Kickers C Pelindung badan
B Pelindung kaki D Pelindung kepala

11. Pernyataan di bawah adalah berkait rapat dengan


Helmet, leg guard dan kickers, ball guard dan pengalas dada

A Penjaga gawang C Pemain penghalang


B Pemain pertahanan D Pemain penyerang

12. Antara berikut, manakah jenis gaya menjaring dalam permainan bola keranjang.
I. Gaya lay up III. Gaya jump shot
II. Gaya set shot IV. Gaya direct shot
A I dan II B II dan III
C I, II dan III D I, III dan IV

13. Apakah jenis lakuan yang sesuai dilakukan semasa menghantar dan menerima bola
dalam permainan bola keranjang?
A Mengadang C Hantaran bahu
B Mengelecek D Hantaran paras dada

14. Apakah faktor yang perlu diberi perhatian semasa membuat hantaran dalam
permainan bola keranjang?
A Kedudukan untuk menerima bola
B Kedudukan untuk mengelecek bola
C Kedudukan untuk mengelak daripada lawan
D Kedudukan untuk menjaring, menghantar atau menggelecek

15. Antara yang berikut, manakah turutan yang betul fasa-fasa dalam acara lari berpagar
A Larian, melepasi pagar, lonjakan, mendarat
B Larian, mendarat, lonjakan, melepasi pagar
C Larian, lonjakan, melepasi pagar, mendarat
D Larian, melepasi pagar, mendarat, lonjakan

16. Nyatakan fasa bagi acara lari berpagar berdasarkan rajah di bawah.

A Fasa larian C Fasa lonjakan


B Fasa melepasi pagar D Fasa mendarat

17. Nyatakan fasa bagi acara lari berpagar berdasarkan pernyataan di bawah.

 Jatuhkan kaki hadapan tanah dengan pantas sebaik sahaja kaki


belakang mlepasi pagar.
A  Berat badan di hadapan kaki.
 Tarik tangan yang bertentangan kaki hadapan ke belakang dengan
pantas.
 Mendarat dengan hujung kaki hadapan.

Fasa larian C Fasa lonjakan


B Fasa melepasi pagar D Fasa mendarat

18. Bagaimanakah menangani stereotaip gender dalam kalangan remaja?


A Bergaul bersama rakan ke arah positif.
B Mencuba perkara-perkara negatif melalui media sosial.
C Memilih rakan yang sama gender dalam pekerjaan
D Memberi pandangan mengenai kelemahan rakan-rakan.
19. ______________ ialah tatacara yang memperlihatkan aspek perwatakan, sikap,
tingkah laku, hak serta tanggungjawab individu yang diterima oleh masyarakat.
A Identiti gender
B Peranan gender
C Stereotaip gender
D Proses sosialisasi

20. Apakah yang dimaksudkan dengan sumbang mahram?


A Perlakuan zina yang berlaku antara dua rakan yang berlainan jantina.
B Perlakuan zina yang berlaku antara dua orang lelaki yang berlainan agama.
C Perlakuan zina yang berlaku anara dua orang perempuan yang berlainan kaum.
D Perlakuan zina yang berlaku antara dua anggota terdekat dalam sesebuah
keluarga.

21. Apakah punca berlakunya sumbang mahram?


A Mengetahui batasan
B Tiada pegangan agama
C Mengelakkan pergaulan bebas
D Memantau penggunaan media massa

22. Bagaimanakah cara menangani sumbang mahram dalam kalangan ahli keluarga?
A Menghormati ibu dan bapa sahaja
B Mengelakkan pergaulan dengan orang dewasa.
C Sering melakukan aktivti kekeluargaan bersama-sama
D Elak perbincangan yang berkaitan dengan masalah keluarga.

23. Apakah punca kemarahan seseorang individu?


A Dendam C Hadiah
B Kejayaan D Kasih sayang

24. Antara berikut, manakah bukan implikasi kemarahan kepada kesihatan diri?
A Konsep kendiri meningkat C Insomnia
B Tekanan darah tinggi D Risiko kemurungan

25. Antara yang berikut, manakah merupakan cara mengawal kemarahan dengan betul?
I. Berfikir sebelum bercakap
II. Berhenti melakukan sebarang aktiviti
III. Mencederakan diri sendiri
IV. Gunakan kata ganti diri pertama “saya”
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
26. Persahabatan melibatkan beberapa kombinasi perasaan seperti berikut, kecuali
A Cinta C Hormat
B Simpati D Kesetiaan
27. Apakah ciri-ciri sahabat karib?
A Sangat rapat dan mesra.
B Sering berjumpa semasa di sekolah
C Mempunyai minat atau hala tuju yang mungkin sama.
D Sering meluang masa dan melakukan aktiviti bersama-sama.

28. Menurut pernyataan di bawah, apakah yang telah berlaku kepada Danish?
Danish selalu berkhayal, berasa lemah dan mengalami emosi tidak stabil. Beliau
telah gagal dalam hidupnya dan tersisih daripada keluarga dan masyarakat.
A Kesan kecelaruan identiti
B Sikap tidak puas hati terhadap ahli keluarga
C Implikasi penyalahgunaan dadah
D Tindakan akibat daripada kegagalan terpilih dalam pasukan sekolah.

29. Berikut merupakan implikasi penyalahgunaan bahan terhadap diri, kecuali


I. Keruntuhan akhlak
II. Mengaibkan nama baik keluarga
III. Terdedah kepada penyakit dan gejala sosial yang lain
IV. Berasa positif terhadap diri sendiri dan mempunyai hubungan baik dengan
orang lain.
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

30. Antara yang berikut, manakah bukan kepentingan mematuhi peraturan dan undang-
undang?

A Menjaga hak asasi individu


B Memupuk sikap saling hormat-menghormati
C Membentuk sistem pentadbiran yang telus dan teratur
D Menggalakkan rakyat untuk bekerja dalam sektor perundangan

31. Cikgu Ali telah mengarahkan pelajar dalam kelas Pendidikan Jasmani untuk
melakukan aktiviti tekan tubi selama 10 minit tanpa henti. Pada pendapat anda apakah
yang akan terjadi kepada pelajar tersebut?

A Pelajar akan berasa seronok


B Pelajar akan bertambah mahir
C Pelajar akan mengalami kecederaan otot
D Pelajar berpuas hati dengan pencapaiannya
32. Apakah kesan pengaruh rokok, alcohol, dan dadah terhadap diri, keluarga, dan
masyarakat?

I Pembaziran wang
II Meningkatkan tahap kesihatan
III Mencemarkan nama baik keluarga
IV Meningkatkan risiko penyakit berbahaya

A I, II dan III sahaja


B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

33. Pertolongan cemas bermaksud …

A membantu mangsa
B menjaga harta benda mangsa
C tindakan awal dan segera sementara menanti ketibaan ambulans
D membawa mangsa ke hospital

34. Antara berikut, manakah waktu makan yang penting bagi mengelakkan seseorang
pelajar berasa letih dan lesu di dalam kelas sesi pagi?

A Minum petang C Makan malam


B Sarapan pagi D Makan tengah hari

35. Bagaimanakah cara-cara menghormati warga tua ?

A Menyekat aktiviti warga tua


B Memandang rendah kemampuan warga tua
C Menghantar mereka ke rumah orang-orang tua
D Memberi anugerah sempena Hari Warga Tua Sedunia

36. Berikut merupakan amalan gaya hidup sihat kecuali

A melakukan riadah atau hobi


B mengambil makanan seimbang
C menyertai kegiatan keagamaan.
D mengasingkan diri dari masyarakat

37. Aktiviti perkhemahan menitikberatkan semangat

A. patriotik
B. kerjasama
C. kesukanan
D. pentingkan diri

38. Antara berikut yang manakah merupakan kesan daripada amalan rasuah?

I aktiviti perjudian haram akan berleluasa


II mencemarkan nama baik atlet yang terlibat
III atlet yang terlibat menjadi kebanggaan negara
IV mencemarkan nama baik pasukan dan negara

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

39. Kamal seorang pelajar tingkatan 4 Setia dan berumur 16 tahun. Dia mewakili pasukan
bola baling sekolahnya bawah kategori 15 tahun lelaki. Apakah amalan yang tidak
jujur untuk situasi di atas ?

A Rasuah
B Menipu had umur
C Tidak mengamalkan semangat kesukanan
D Memasukkan pemain yang tidak layak bertanding

40. Antara berikut yang manakah bukan punca remaja lari dari rumah ?

A Marah dengan ibu bapa


B Keluarga aman bahagia
C Perasaan ingin mencuba
D Pengaruh rakan sebaya, teman lelaki atau wanita

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

(EN MOHD NOR ALIAS BIN


(ANUAR BIN ABDULLAH) MOHAMMED JAIS)
GMP PJPK GKMP KEMANUSIAAN
SMK DATO MUSTAFFA SMK DATO MUSTAFFA

Anda mungkin juga menyukai