Anda di halaman 1dari 7

UASA 2023 PJPK TINGKATAN 3

BAHAGIAN A [35 MARKAH]

1. ______________ ialah keupayaan otot untuk melakukan kerja berulang kali.


A. Kelenturan C. Kekuatan Otot
B. Daya Tahan Otot D. Daya Tahan Kardiovaskular

2. Manakah antara berikut bukan contoh aktiviti untuk meningkatkan daya tahan otot?
A. Lunges C. Larian zig zag
B. Juak baring D. Lentik belakang pointer

3. Berikut merupakan antara cara untuk menilai komposisi badan kecuali


A. Indeks Jisim Badan C. Ukuran lilitan
B. Ukuran lipatan kulit D. Ukuran pergelangan tangan

4. Pengiraan komposisi badan menggunakan kaedah ukuran lipatan kulit adalah dengan
mengambil ukuran pada lipatan
I. Paha III. Suprailiac
II. Triceps IV. Abdominal
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. I, II, III dan IV

5. ______________ yang tinggi akan membantu kita menarik atau menolak perabot dan
membuka tin yang ditutup rapat.
A. Kekuatan Otot C. Kelenturan
B. Daya Tahan Otot D. Daya Tahan Kardiovaskular

6. Antara yang berikut, manakah alatan yang tidak diperlukan dalam aktiviti pandu arah?
A. Kompas C. Peta
B. Jam randik D. Kad arahan

7. Permainan Aci Sep bertujuan untuk menguji


A. kecekapan dan kepantasan pemain yang melibatkan dua kumpulan pemain.
B. individu atau pasukan yang berjaya melalui semua titik kawalan dalam masa yang
paling pantas.
C. ketangkasan dan kecekapan pengejar menyentuh pemain lain yang cuba mengelak
daripada disentuh olehnya.
D. kepantasan pemain bergerak dalam gelanggang sambil mengelakkan diri dari
terkena bola yang dituju kepada mereka oleh pihak lawan.

8. Dalam acara lari berpagar, pada fasa _____________, pelari akan berusaha untuk
mendapatkan trajektori yang meminimumkan ketinggian melepasi pagar.
A. larian C. mendarat
B. lonjakan D. melepasi pagar

1
UASA 2023 PJPK TINGKATAN 3

9. Dalam acara lari berpagar, larian akan dibatalkan sekiranya atlet


I. menjatuhkan pagar dengan sengaja
II. berlari dalam lorong masing-masing
III. kaki belakangnya melepasi pagar dari sisi(di luar pagar)
IV. membuat transisi kepada lari pecut dengan serta merta semasa mendarat.
A. I dan III sahaja C. II dan III sahaja
B. I dan IV sahaja D. II dan IV sahaja

10. _____________ ialah kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti
seseorang atau tapak sokongan diubah.
A. Putaran C. Imbangan
B. Hambur D. Gerak edar

11. Manakah antara berikut ialah contoh kemahiran hambur?


A. Berskip C. Guling hadapan
B. Imbangan skala D. Lombol kangkang

12. Tarian Ngajat merupakan tarian etnik kaum _____________


A. Iban C. Murut
B. Sungai D. Kadazandusun

13. Rajah di bawah menunjukkan salah satu langkah dalam tarian Ngajat.

Apakah nama langkah tersebut?


A. Langkah Titi Batang C. Langkah Bunga Ajat
B. Langkah Mengaut Air D. Langkah Burung Kenyalang

14. Tarian Zapin biasanya diiringi oleh beberapa alat muzik traditional berikut, kecuali
A. gong C. rebana
B. gambus D. marwas

15. Manakah antara berikut bukan langkah asas Zapin Melayu Johor?
A. Kaki kiri melangkah ke kiri dan ambil lajak
B. Kaki kanan melangkah ke hadapan dan mencangkung.
C. Kaki kiri bersilang dihadapan. Tangan diayun secara berselang seli.
D. Kaki kanan dan kiri melangkah ke hadapan sambil pusing 180o mengikut arah jam.

2
UASA 2023 PJPK TINGKATAN 3

16. Berapa orang pemain bagi satu pasukan dalam permainan bola keranjang?
A. 5 B. 6 C. 7 D. 8

17. Kedudukan ancaman tiga (triple threat) dalam permainan bola keranjang memberi
seseorang pemain tiga pilihan tindakan selepas menerima bola iaitu
I. menjaring III. menghantar
II. mengadang IV. mengelecek
A. I, II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja
B. I, II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

18. Apakah peranan ruang pandang dalam permainan kategori serangan?


A. Membantu anda mendengar arahan jurulatih.
B. Membantu anda mengelecek bola dengan lebih laju.
C. Membantu melompat lebih tinggi semasa melakukan jaringan gaya lay up.
D. Membantu anda mengesan kedudukan rakan sepasukan dan pemain lawan.

19. Permainan sofbol hampir sama dengan beberapa jenis sukan yang melibatkan bola dan
bet seperti permainan berikut kecuali
A. Kriket C. Ping pong
B. Rondas D. Besbol

20. Apakah tujuan utama pemukul dalam permainan sofbol?


A. Mengayun bet sekuat-kuatnya
B. Menampan bola ke arah penangkap (catcher)
C. Memukul bola terus kepada penjaga tapak kedua
D. Memukul bola ke kawasan yang sukar untuk pemadang menangkap

21. Antara berikut, yang manakah bukan perubahan fizikal yang berlaku semasa mengalami
kemarahan?
A. Memaki C. Berpeluh
B. Otot tegang D. Menggigil

22. Apakah implikasi negatif kemarahan terhadap orang lain?


I. Hubungan persahabatan akan menjadi tegang.
II. Timbulnya perasaan kurang yakin dan tidak selesa
III. Orang lain lebih menghormati dan takut terhadap individu pemarah.
IV. Tanggapan negatif terhadap individu yang sering mempamerkan kemarahan.
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

23. Berikut merupakan implikasi kemarahan terhadap kesihatan diri kecuali


A. insomnia C. risiko kemurungan
B. serangan jantung D. memanjangkan jangka hayat

24. _________________ ialah perlakuan zina yang berlaku antara dua anggota terdekat
dalam sesebuah keluarga.
A. Rogol C. Sumbang mahram
B. Seks bebas D. Gangguan seksual

3
UASA 2023 PJPK TINGKATAN 3

25. Apakah peranan ahli keluarga untuk mengelakkan sumbang mahram?


I. Memantau penggunaan media massa
II. Membezakan sentuhan kasih sayang dan nafsu
III. Menyediakan keadaan rumah yang selesa dan selamat
IV. Memberi sepenuh kepercayaan kepada ahli keluarga terdekat
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

26. Antara yang berikut, manakah punca-punca seseorang boleh dijangkiti HIV?
I. Pemindahan organ badan
II. Perhubungan seks dengan perlindungan
III. Pemindahan darah yang tercemar dengan HIV
IV. Menyusu daripada seorang ibu pembawa HIV
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

27. Berikut merupakan kesan HIV atau AIDS kecuali


A. mengalami tekanan perasaan
B. memalukan diri dan keluarga
C. kos sara hidup dan perubatan meningkat
D. mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan

28. Apakah yang dimaksudkan dengan pedofilia?


A. Ibu bapa yang memaksa anak mereka berkahwin dengan individu tertentu.
B. Kanak-kanak di bawah 18 tahun dipaksa bekerja bagi menjelaskan hutang keluarga.
C. Orang dewasa yang mengambil kesempatan untuk memenuhi nafsu seksualnya ke
atas kanak-kanak.
D. Pihak tertentu menggunakan kanak-kanak untuk mempertahankan dan menyebarkan
ideologi terpesong mereka.

29. Jumlah kalori yang diperlukan oleh remaja bergantung kepada


I. umur III. fisiologi
II. jantina IV. tahap aktiviti fizikal
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. I, II, III dan IV

30. Berapakah jumlah keperluan kalori sehari bagi remaja lelaki yang berumur antara 13
hingga 15 tahun.?
A. 1030 hingga 2060 kalori C. 1580 hingga 2260 kalori
B. 1930 hingga 2760 kalori D. 2000 hingga 3760 kalori

31. __________ iaitu tuaman dengan balutan anjal ke atas bahagian yang cedera.
A. Ice C. Rest
B. Compression D. Elevation

4
UASA 2023 PJPK TINGKATAN 3

32. Rawatan R.I.C.E digunakan untuk merawat


A. tangan yang patah
B. kecederaan tisu lembut
C. luka melecur akibat terbakar
D. individu terkena serangan jantung

33. Apakah tujuan meletakkan beg ais ke atas bahagian yang cedera dengan segera?
I. Merehatkan bahagian yang cedera
II. Mengecilkan salur darah bahagian yang cedera
III. Memberi sokongan ke atas bahagian yang cedera
IV. Mengurangkan bengkak, kesakitan dan pendarahan
A. I dan II C. II dan IV
B. I dan III D. III dan IV

34. __________ merujuk kepada kumpulan individu yang anda kenal dan sering berjumpa
semasa berada di sekolah, kawasan perumahan dan sebagainya.
A. Kenalan
B. Sahabat biasa
C. Sahabat intim
D. Sahabat karib

35. Antara yang berikut, manakah merupakan tindakan yang menjangkaui batasan
perhubungan yang sihat?
I. Melakukan fitnah terhadap anda.
II. Bertindak secara fizikal untuk menurutnya.
III. Mengambil kesempatan atau mempergunakan diri anda untuk kepentingannya.
IV. Memberi tekanan kepada anda untuk melakukan sesuatu yang positif dan berfaedah.
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

JAWAPAN BAHAGIAN A

1. 6. 11. 16. 21. 26. 31.

2. 7. 12. 17. 22. 27. 32.

3. 8. 13. 18. 23. 28. 33.

4. 9. 14. 19. 24. 29. 34.

5. 10. 15. 20. 25. 30. 35.

BAHAGIAN B [15 MARKAH]

5
UASA 2023 PJPK TINGKATAN 3

Jawab semua soalan.

1. Namakan jenis kemahiran asas tenis berdasarkan gambar di bawah. [5 markah]

Smesy Pukulan Pepat Voli Kilas Servis Lob Pepat

(a) (b) (c) (d) (e)

2. Tandakan ( / ) pada penyataan yang benar dan ( X ) pada pernyataan yang salah.
[6 markah]
Pernyataan Jawapan
a) Remaja aktif memerlukan kurang jumlah kalori berbanding remaja
kurang aktif.
b) Remaja perempuan memerlukan lebih tinggi keperluan kalori
berbanding remaja lelaki.
c) Makcik Salmah yang sudah tua memerlukan kurang kalori
disebabkan oleh kadar metabolisme yang rendah.
d) Pemain catur memerlukan jumlah kalori yang lebih rendah
berbanding pemain bola sepak.
e) Menu makanan seimbang yang dirancang perlu merangkumi empat
aras makanan yang mengandungi lima kumpulan utama makanan
iaitu bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan, daging dan kekacang,
hasil tenusu, dan minyak.
f) Remaja digalakkan untuk mengambil lemak, minyak, garam dan gula
dalam kuantiti yang banyak untuk memberikan tenaga tambahan.

3. Kemarahan merupakan satu cetusan emosi. Wujudnya perasaan marah pada seseorang
mungkin disebabkan berlaku percanggahan kehendak atau pendirian dengan orang lain.

Pada pendapat anda, apakah cara yang berkesan untuk mengawal kemarahan?
[2 markah]

a) _____________________________________________________________________

b) _____________________________________________________________________

6
UASA 2023 PJPK TINGKATAN 3

4. Eksploitasi merupakan satu masalah global yang serius. Sebagai seorang warga yang
bertanggungjawab, kita harus mengambil tahu isu tersebut. Eksploitasi ini wujud dalam
pelbagai bentuk.

Nyatakan dua jenis eksploitasi yang anda tahu.


[2 markah]

a) ________________________________

b) ________________________________

Anda mungkin juga menyukai