Anda di halaman 1dari 9

SMK SG MANGGIS

UJIAN BULANAN 1
Nama :……………………………………. Kelas :……

Tajuk : SOALAN PJPK TINGKATAN 5


(jawab semua soalan dan tulis jawapan di m/s 8)
Tunjang : KECERGASAN

1 Organ-organ yang terlibat dalam sistem kardiovaskular ialah


A hati dan hempedu
B salur darah dan jantung
C paru-paru dan salur nadi
D salur darah dan salur nadi

2 Aktiviti jangkauan melunjur dilakukan bagi mengukur


A Kelenturan
B Kekuatan otot
C Daya tahan otot
D Daya tahan kardiovaskular

3 Fleksibiliti ditakrifkan sebagai


A otot dan sendi gerak untuk bekerja
B sekumpulan otot bekerja tanpa kelesuan
C jantung membekalkan oksigen kepada sel-sel otot
D sendi badan dapat digerakkan sejauh yang mungkin

4 Kekuatan otot bermaksud


A kemampuan otot mengembang
B kemampuan otot mengatasi rintangan
C kemampuan otot dalam masa yang lama
D kemampuan otot mengembang dan menguncup

5 Daya tahan otot bermaksud


A kemampuan otot mengembang
B kemampuan otot mengatasi rintangan
C kemampuan otot mengembang dan menguncup
D kemampuan otot bekerja dalam jangka masa yang lama

6 Sistem kardiovaskular bertindak sebagai


I pengekal suhu badan
II pengeluar bahan kumuh dari sel badan
III pengimbang isipadu darah dalam badan
IV penghantar oksigen dan nutrien ke sel badan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

1
SMK SG MANGGIS
UJIAN BULANAN 1

7 Aktiviti aerobik yang berterusan memberikan kebaikan kepada fisiologi sistem


kardiovaskular.
Apakah kesan fisiologi yang berlaku terhadap sistem kardiovaskular ?
I Meningkatkan isipadu jantung
II Meningkatkan saiz ruang jantung
III Meningkatkan ketebalan otot dinding ventrikel kiri
IV Meningkatkan kadar nadi kerja dan kadar nadi rehat

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

8 Apakah yang dimaksudkan dengan output kardiak ?


A Isipadu darah yang dipam keluar oleh jantung dalam seminit
B Isipadu darah yang dipam keluar dari paru-paru dalam seminit
C Isipadu oksigen yang dipam keluar dari jantung dalam seminit
D Isipadu karbondioksida yang dipam keluar dari paru-paru dalam seminit

9 Antara berikut yang manakah merupakan kepentingan daya tahan dan kekuatan otot
dalam kehidupan seharian.
I Lambat letih
II Risiko cedera berkurangan
III . Cepat pulih dari kecederaan
IV Peningkatan kadar denyutan jantung

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

10 Peratusan lemak dalam badan berbanding dengan otot, tulang dan tisu badan
dikenali sebagai
A komposisi badan
B komponen badan
C nisbah organ badan
D nisbah lemak badan

11 Apakah fungsi jantung ?

A Mengepam darah melalui sistem otot badan


B Membekalkan oksigen kepada sistem kardiovaskular
C Membekalkan glukosa kepada sistem perkumuhan badan.
D Mengepam darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik

2
SMK SG MANGGIS
UJIAN BULANAN 1

12 Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah


beroksigen ke otot-otot dan membawa keluar bahan kumuh dari otot.

Sistem kardiovaskular terdiri daripada

A ginjal, perut dan jantung.


B limfa, pankreas dan jantung
C rangkaian arteri dan vena, usus dan perut
D jantung, paru-paru dan rangkaian arteri dan vena

13 Aktiviti aerobik berupaya meningkatkan daya tahan kardiovaskular, contohnya ……...


A larian pecut
B bangkit tubi
C kilas pinggang
D lompat tali untuk jantung

14 Apakah yang dimaksudkan dengan kuasa ?


A Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang
maksimun
B Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang
minimum
C Keupayaan individu melakukan pergerakan yang berterusan dengan daya yang
maksimun
D Keupayaan individu melakukan pergerakan yang berterusan dengan daya yang
minimum

15 Apakah komponen kecergasan yang diperkembangkan oleh latihan lari jarak jauh?
A Kepantasan
B Kelenturan
C Kekuatan otot
D Kepantasan Daya tahan kardiovaskular

16 Aktiviti tekan tubi bertujuan menguji


A kelenturan
B imbangan
C daya tahan otot
D daya tahan kardiovaskular

Tunjang : OLAHRAGA – LOMPAT TINGGI

17 Lompat tinggi merupakan salah satu acara


A trek
B padang
C balapan
D larian

3
SMK SG MANGGIS
UJIAN BULANAN 1
18 Gaya lompatan untuk lompat tinggi yang menjadi pilihan atlet ialah
A gaya pelana
B gaya gunting
C gaya fosbury flop
D gaya layar

19 Empat fasa lompat tinggi gaya pelana mengikut turutan yang betul ialah
A fasa layangan, fasa pendaratan, fasa lonjakan dan fasa larian
B fasa pendaratan, fasa lonjakan, fasa larian dan fasa layangan
C fasa lonjakan, fasa larian, fasa layangan dan fasa pendaratan
D fasa larian, fasa lonjakan, fasa layangan dan fasa pendaratan

20 Gaya lompatan fosbury flop dalam acara lompat tinggi juga di kenali sebagai
A gaya lentang
B gaya belakang
C gaya mengiring
D gaya menjunam

1 Luruskan kedua- dua belah tangan selari dengan sisi badan


2 Lentikkan badan pada bahagian pinggang
3 Rehatkan kaki. (Bentukkan badan seperti huruf J, dengan
kaki dalam kedudukan fleksi.
4 Luruskan kedua- dua belah kaki supaya tidak menyentuh
palang
21 Kenyataan di atas adalah lakuan yang betul bagi teknik fosbury flop pada fasa…
A larian
B lonjakan
C layangan
D mendarat

22 Kenyataan yang betul tentang undang- undang dan peraturan lompat tinggi ialah
I menetapkan ketinggian mengikut kemampuan atlet
II menggunakan hanya sebelah kaki semasa membuat lonjakan
III memberi peluang kepada setiap atlet melakukan tiga kali percubaan
IV mengukur ketinggian lompatan pada bahagian tengah sebelah atas palang

A I, II dan III
B I,II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

4
SMK SG MANGGIS
UJIAN BULANAN 1
Nama 1.82m 1.84m 1.86m 1.88m 1.90m 1.92m 1.94m Jum keputusan
gagal
Ali - XO O XO - XXO XXX 4
Abu O O O X- X0 XXO XXX 4
Amar O O X- O XXO XXO XXX 5
Alif O - - XXO XXO XO XXX 5
Petunjuk : O = BERJAYA X= GAGAL -=TIDAK MELOMPAT
23 Jadual di atas adalah keputusan bagi acara lompat tinggi bagi empat orang peserta.
Siapakah yang mendapat tempat pertama ?
A Ali
B Abu
C Amar
D Alif

24 Aspek- aspek keselamatan yang perlu diberi penekanan dalam acara lompat tinggi
ialah
I memakai kasut bola untuk cengkaman yang baik
II memastikan atlet tidak memakai aksesori perhiasan seperti cincin
III memastikan tiada atlet lain di atas kawasan mendarat semasa latihan
IV memastikan kawasan mendarat disediakan tilam yang tebal tetapi lembut

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV

25 Peserta yang melakukan lompatan dalam acara lompat tinggi adalah terbatal jika
A melompat melepasi palang lebih daripada 4 inci
B melompat tidak menggunakan gaya fosbury flop
C menyentuh kawasan mendarat tetapi tidak membuat lompatan
D melompat dengan punggung menyentuhi palang tetapi tidak terjatuh

26 Jika terdapat lebih daripada seorang atlet yang melakukan lompatan pada tahap
ketinggian yang sama dalam acara lompat tinggi maka
A pemenang ditentukan oleh lambungan duit
B acara lompat tinggi tersebut mesti dibuat semula
C peserta yang melompat dahulu akan dikira sebagai pemenang
D pengadil akan menyemak semula rekod- rekod percubaan untuk menentukan pemenang

27 Perkara yang penting untuk penghasilan lonjakan yang baik semasa melepasi palang dalam
acara lompat tinggi adalah
A lompat dengan kaki kiri
B lompat dengan kaki kanan
C kebolehan melenturkan badan
D kedudukan badan stabil dan larian konsisten

5
SMK SG MANGGIS
UJIAN BULANAN 1

1 Pusing badan daripada 1 Pendaratan dilakukan


kedudukan mengiring kepada dengan atlet menjatuhkan
kedudukan terlentang bahagian belakang badan
2 jatuhkan bahagian belakang secara terlentang di atas tilam
badan dan pastikan badan mendarat
berkedudukan rata semasa mendarat di
atas tilam

28 Dalam acara lompat tinggi, lakuan di atas merujuk kepada fasa bagi dua gaya lompatan iaitu
fosbury flop dan pelana.
A larian
B lonjakan
C layangan
D pendaratan

Tunjang : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA – KESIHATAN DIRI

29 Namakan ujian-ujian yang dijalankan dalam saringan kesihatan?


I Ujian air kencing
II Ujian tekanan darah
III Pemeriksaan secara teratur
IV Pemeriksaan sendiri payudara dan testis

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV

30 Apakah alat yang digunakan untuk mengesan penyakit hipertensi?


A Teleskop
B Termometer
C Sfigmomanometer
D Elektrokardiogram

31 Apakah penyebab utama penyakit diabetes?


A Mengambil pil pelangsing
B Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
C Kegagalan organ pankreas berfungsi dengan baik
D Mengambil makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi

32 Apakah fungsi alat ECG?


A Mengesan penyakit asma
B Mengesan penyakit jantung
C Mengesan penyakit diabetes
D Mengesan penyakit buah pinggang

6
SMK SG MANGGIS
UJIAN BULANAN 1

33 Apakah tanda-tanda awal kanser payudara?


I Perubahan puting tertarik masuk ke dalam
II Payudara membengkak dan suhu badan meningkat
III Terdapat benjolan pada payudara atau di bawah ketiak.
IV Perubahan yang luar biasa pada bentuk dan saiz payudara

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan I

34 Apakah ujian untuk mengesan kanser pangkal rahim?


A Ujian payu dara
B Ujian Pap Smear
C Ujian air kencing
D Ujian tekanan darah

35 Bagaimanakah cara ujian mengesan kanser pangkal rahim?


A Mengambil contoh air kencing
B Mengambil contoh darah di pangkal rahim
C Mengambil contoh lendir di pangkal rahim
D Mengambil contoh mukus di pangkal rahim

36 Antara yang berikut yang manakah masalah kecacatan fizikal?


I Jerawat
II Kurang upaya
III Jantung berlubang
IV Keabnormalan ortopedik

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

37 Apakah faktor-faktor yang menyebabkan muka ditumbuhi jerawat?


I Bahan kimia
II Makanan yang berminyak
III Terdedah kepada sinaran matahari
IV Mengamalkan rutin pembersihan muka

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV

7
SMK SG MANGGIS
UJIAN BULANAN 1
38 Bagaimanakah seseorang individu boleh menjaga kesihatan diri?
A Menyuntik hormon
B Makanan yang tidak seimbang
C Makan makanan secara berlebihan
D Mengamalkan gaya hidup sihat dan makanan seimbang

39 Apakah aktiviti fizikal yang diamalkan untuk mencapai tahap kecergasan?


A Menyertai sukan lasak
B Membuat pemeriksaan sendiri
C Mengamalkan makanan yang seimbang
D Membuat ujian-ujian saringan kesihatan

40 Apakah punca tekanan emosi?


I Masalah psikologi
II Masalah persekitaran
III Pengaruh media massa
IV Mendapat kemenangan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

1 11 21 31
2 12 22 32
3 13 23 33
4 14 24 34
5 15 25 35
6 16 26 36
7 17 27 37
8 18 28 38
9 19 29 39
10 20 30 40

Dibuat oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………….. …………………….. ………………………

M. Syafiq Samsuri Noorhafillah bt Abdul Rahim Raja Azhana bt Raja Yaacob

8
SMK SG MANGGIS
UJIAN BULANAN 1

Anda mungkin juga menyukai