Anda di halaman 1dari 6

Mad Badal Mohd Shukri Bin

Salleh (0913103)
October 6, 2010
Mad Badal adalah Mad Far`ie yang disebabkan hamzah tetapi hamzah di sini adalah
mendahului huruf mad. Huraiannya seperti berikut:
1.1 PENGERTIAN
Dari segi bahasa badal bermaksud tukar , iaitu pertukaran hamzah kepada huruf mad.
Dari segi istilah, mad Badal bermaksud huruf hamzah yang bertemu huruf mad dalam satu
perkataan.
1.2 CONTOH

Hamzah bertemu alif


Hamzah bertemu wau

(31 : )
(101 :)

(13 : )
(195: )

Hamzah bertemu ya

(53:))

(173:))

1.3 KADAR HARAKAT


Mad Badal boleh dipanjangkan 2 harakat sahaja di sisi Hafs `An `Asim.
1.4 HUKUM MAD BADAL
Hukum Mad Badal adalah yang Jaiz (harus) kerana ia harus dibaca dengan 2 harakat di sisi
ulama Qurra. Walaupun di sisi Hafs An `Asim dan kebanyakan Qurra, ia dibaca dengan 2
harakah sahaja tetapi ada riwayat yang membacanya dengan 2, 4 atau 6 harakat seperti

riwayat Warsh melalui aliran Al-Azraq. Oleh kerana perselisihan pendapat dalam
menentukan kadar harakat inilah, ia dihukumkan sebagai Jaiz iaitu mad yang harus.
1.5 TANDA MAD BADAL
Mad Badal dapat dikenal dengan melihat huruf hamzah yang bertemu huruf mad dalam
satu perkataan sama ada di awal, pertengahan atau akhir sesuatu perkataan. Sedangkan
mad asli ialah huruf mad ynag didahului dengan huruf-huruf selain Hamzah.
1.6 PENAMAAN
Dinamakan Badal yakni tukar kerana huruf mad yang datang selepas huruf hamzah itu
adalah ditukar dari huruf hamzah yang sukun. Ini kerana, dari segi tatabahasa Arab, pada
asalnya terdapat dua hamzah yang bertemu dalam satu perkataan, hamzah pertama
berbaris dan yang kedua sukun. Dengan sebab itu ditukarkan hamzah kedua menjadi huruf
mad berpandukan baris yang ada pada hamzah pertama.
Jika hamzah pertama berbaris fathah, maka ia ditukar kepada huruf alif seperti :
ditukar menjadi

Jika hamzah pertama berbaris dhommah, maka ia ditukar kepada huruf alif seperti :
ditukar menjadi
Jika hamzah pertama berbaris kasrah, maka ia ditukar kepada huruf alif seperti :
)ditukar menjadi

Pertukaran ini dibuat kerana sukar melafazkan dua huruf yang sama, dalam keadaan huruf
keduanya sukun. Walau bagaimanapun. Pertukaran itu tidak kelihatan pada tulisan, ia
berlaku pada asal hakikat perkataan itu sahaja, kerana itulah mad badal itu kelihatan sama
bentuk penulisannya dengan mad Asli.
KEADAAN-KEADAAN MAD BADAL
Mad Badal itu ditemui dalam beberapa keadaan, semasa ibtida, wasal dan waqaf seperti
berikut: (1)[1]

MAD SYIBHUL BADAL

Terdapat beberapa perkataan yang menyerupai Mad Badal dan dinamakan Syibhul Badal
(menyerupai Badal ) seperti :


(31:)

93 :)

(117 :)

(226:)

(78 :)

(134 :))

Perkatan-perkataan yang dikira Shibhul Badal (menyerupai Mad Badal) kerana ia bukan
berasal dari dua hamzah yang bertemu dalam satu perkataaan seperti Mad Badal yang
asal. Akan tetapi, huruf mad pada Syibhul Badal ini adalah huruf mad yang asal, bukan
yang ditukar dari hamzah. Para qurra tidak menamakan perkataan-perkataan ini dalam
Mad Asli, tetapi menggelarnya Mad Syibhul Badal kerana kedudukan huruf mad yang
didahului dengan hamzah pada tulisan.
Adalah sukar untuk membezakan antara Mad Badal dan Mad Syibhul Badal. Ini kerana,
bagi seseorang yang tidak mengetahui kaedah tatabahasa Arab, sukar baginya untuk

memastikan manakah perkataaan yang huruf madnya ditukar dari hamzah (Mad Badal) dan
perkataan yang huruf madnya adalah huruf yang asal (Mad Syibhul Badal).
Para Qurrra juga tidak membezakan antara kedua-dua mad ini dalam membahaskan Mad
Badal yang `Aridh Lis Sukun. Tidak kira ia berasal dari alif yang ditukar (Mad Badal) atau
alif yang asal (Mad Syibhul Badal), kedua-duanya dikira sebagai Mad Badal` Aridh lis
Sukun. Imam Warsh yang mengharuskan bacaan 2, 4 dan 6 harakat bagi mad ini, juga
tidak membezakan antara Mad Badal (alif yang ditukar) atau Mad Syibhul Badal (alif yang
asal), bahkan mengizinkan kedua-duanya dibaca dengan 2, 4 dan 6 secara ibdal[2]
Apa yang hendak dijelaskan di sini ialah, tidak kira sama ada mad itu badal (alif yang
ditukar dari hamzah) atau Mad Syibhul Badal (alif yang asal) kedua-duanya adalah dari
golongan Mad Badal yang dibaca secara ibdal dengan dua harakat, tanpa perlu
membezakan antara mana satu Syibhul Badal dan mana satu yang badal.
Walaupun pada zahirnya mad badal kelihatan seperti Mad Asli, ia tetap tergolong dalam
mad far`ei, kerana Mad Asli adalah sesuatu yang semula jadi tanpa sebab. Mad Badal pula
adalah Mad Far`ie (berlaku dengan sebab) kerana ia terbentuk hasil daripada
pengulahannya dari hamzah.

I. PADA PERMULAAN PERKATAAN


(IBTIDA)
Terdapat beberapa perkataan yang dibaca dengan ibdal iaitu secara Mad Badal, iaitu
menukarkan hamzah kedua kepada huruf mad dan dibaca panjang 2 harakat pada
perkataan seperti berikut:

(15:)

(49 : )

(4: ))

(283 : )

Bagi perkataan seperti di atas, jika dimulakan bacaan dari perkataan tersebut, maka
hendaklah ditukarkan hamzah yang sukun itu kepada huruf mad, bergantung kepada rumah
Hamzah itu. Bagi perkataan , di mana rumah rumah hamzahnya adalah wau maka ia
dibaca dengan secara ibdal, iaiti ditukar kepada wau yang mad 2 harakat. Bagi
perkataan pula, dimana rumah hamzahnya adalah ya, maka ia hendaklah dibaca
dengan secara ibdal, iaitu ditukar kepada ya dengan 2 harakat. Tetapi jika dibaca
wasal dari perkataan yang sebelumnya, huruf hamzah itu disukunkan bacaannya dan huruf
hamzah wasal itu pula diabaikan seperti:
(283 : ) )
(4: ))

Perkataan-perkataan seperti di tas tadi adalah perkataan yang menggunakan konsep Ibdal
(tukar) yang sebenar-benarnya bagi mad badal. Pembaca mestilah mengetahui cara
menukar sendiri hamzah tersebut, tanpa boleh bergantung semata-mata kepada apa yang
tertera di dalam penulisan A-Quran.

II. MAD BADAL BERTEMU DENGAN


HAMZAH DALAM SATU ATAU DUA
PERKATAAN.
Jika huruf hamzah bagi Mad bAdal itu bertemu dengan hamzah yang lain dalam satu atau
dua perkataan, ia akan bertukar menjadi mad yang lain seperti contoh-contoh berikut:


(4 :)

(70:)

Mad Badal di sini bertukar menjadi Mad Muttasil


Mad Badal di sini bertukar menjadi Mad Muttasil jika dibaca wasal

III. MAD BADAL BERTEMU DENGAN


SUKUN DALAM SATU PERKATAAAN.
Jika huruf hamzah bagi Mad Badal itu bertemu dengan sukun dalam satu perkataan, ia
bertukar menjadi jenis mad yang lain seperti contoh-contoh berikut:

(2 :))

Mad Badal di sini bertukar menjadi Mad Lazim Kalimi


Muthaqqah dengan panjag 6 harakat


(51 :)

Mad Badal di sini bertukar menjadi Mad lazim Kalimi


Mukhaffaf dengan panjang 6 harakat

)
(14:)

Mad Badal di sini bertukar menjadi Mad`Aridh Lis Sukun


dengan panjang 2, 4, atau 6 harakat.

Pertukaran jenis mad pada kedu-dua ini berlaku kuatnya sebab sesuatu mad itu,
berbanding Mad Badal itu sendiri berdasarkan taham sesuatu mad itu. Di mana sebab
hamzah dan sukun iti adalah lebih kuat dari sebab ibdal itu sendiri, maka dengan sendiri
sebab ibdal itu lenyap dan sebab hamzah dan sukun itu yang ditunaikan dalam bacaan.

[1] Al-Marsofi, Abdul Fattah, kitab )

jilid 1,ms 333-335

[2] Ibdal bermaksud membaca hamzah sebelum huruf mad yang ditujar itu dengan 2, 4 dan
6 harakat mengikut Qiraat masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai