Anda di halaman 1dari 9

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

KISAH MENJADI IBRAH

Tarikh Dibaca :

17 ZULKAEDAH 1443H/
17 JUN 2022M

Disediakan oleh :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Khutbah Jumaat Kisah Menjadi Ibrah

KISAH MENJADI IBRAH


17 ZULKAEDAH 1443H / 17 JUN 2022

ِ ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِلّٰه ِ الْق َآئ‬


:‫ل‬
‫ه‬ َ ْ ‫َ ُ ُ ه َ ه‬
﴾ ‫جيم‬
ِ ‫ان الر‬
ِ ‫﴿ أعوذ بِاَّللِ مِن الشيط‬
َ ُ ُ َ َ ٌ َٰ َ َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ُ َٰ َ َ َ ُ ُ َٰ َ ُ َُٓ ََ ُ َُٓ َ َ َ ُ
‫شريتكم وأمول ٱقَتفتموها‬ ِ ‫قل إِن َكن ءاباؤكم وأبناؤكم ِإَوخونكم وأزوجكم وع‬
َ َ ُ َ َ ‫َ ه‬ ُ َ ‫ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َٰ ُ َ َ َ َ ٓ َ َ ه‬ٞ َ َٰ َ َ
‫جها ٖد ِِف‬ِ ‫ولِۦ و‬ ِ ‫كن ترضونها أحب إَِلكم مِن ٱَّللِ ورس‬ ِ ‫وت ِجرة َتشون كسادها ومس‬
َ َ َ َ َ ُ‫َ ه‬ َ ُ‫ه‬ ْ َ َ َ‫َسبيلِهِۦ ف‬
٢٤ ‫سقِي‬ َٰ َ
ِ ‫ِت ٱَّلل بِأم ِره ِۦ وٱَّلل َل يه ِدي ٱلقوم ٱلف‬ َٰ ‫َت هب ُصوا َح ه‬
َ ِ ‫َّت يَأ‬ ِ
ِ ‫الله َُّم ص‬
‫َل‬ َّ .ُ ‫ و َأَ شْهَد ُ أَ َّن مُح ََّمدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُه‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإ َّلا الله ُ وَحْدَه ُ ل َا شَر ِي‬
َ ‫ فَيَا عِبَاد‬،ُ ‫ أَ َّما بَعْد‬.ِ‫وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آلِه ِ و َصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الد ِين‬
.َ‫ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتَِقْو َى الله ِ وَطَاع َتِه ِ لَع ََّل ك ُ ْم تُفْلِحُون‬،َ‫ َّاتق ُوا الله‬،ِ‫الله‬

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dinaungi rahmat
dan kasih sayang Allah SWT di dunia dan di akhirat. Khutbah pada hari ini akan
membicarakan tajuk: “Kisah Menjadi Ibrah”.

Sebelum itu, khatib ingin menyeru kepada seluruh umat Islam untuk terus mengimarahkan
masjid, melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar serta dan memelihara hubungan baik
antara sesama manusia. Selain itu, teruslah berwaspada dengan ancaman wabak
penyakit seperti Covid-19 dan penyakit tangan, kaki, dan mulut (HFMD) yang sedang
merebak. Jagalah kebersihan kerana ia juga merupakan salah satu tuntutan yang sangat
besar dalam Islam.

1
Khutbah Jumaat Kisah Menjadi Ibrah

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Isu penghinaan ke atas agama Islam dan Rasulullah SAW bukanlah baru berlaku sekali
dua. Tetapi, jika kita soroti episod-episod penghinaan ini, ia telah berlaku sejak sekian
lama bahkan semenjak Rasulullah SAW masih hidup lagi Baginda telah dihina dan disakiti.
Baginda SAW telah menerima pelbagai tuduhan dan cercaan bahkan diancam bunuh oleh
orang-orang Musyrikin dan kafir Quraisy ketika itu. Nabi dituduh sebagai gila, ahli sihir,
penyair dan bermacam-macam lagi tuduhan yang tidak masuk akal. Namun Baginda SAW
tetap sabar dan teguh melaksanakan tugas dakwahnya menyampaikan risalah Islam.

Allah SWT menurunkan al-Quran bagi membela dan mempertahankan Rasulullah SAW
dari sebarang tuduhan dan tohmahan Musyrikin. Terlalu banyak dalil dalam al-Quran yang
menunjukkan betapa Allah SWT membela dan mempertahankan Nabi Muhammad SAW.
Antaranya seperti dalam Surah al-Qalam ayat 2-4, Allah SWT berfirman:
َ ُ ُ َََ َ ‫ه‬ ُ َ َ َ ً ََ َ َ ‫ه‬ ُ َ َ َ َ َ َ َٓ
‫يم‬ َٰ
ٖ ‫ ِإَونك لعَل خل ٍق ع ِظ‬٣ ‫ون‬
ٖ ‫ ِإَون لك َلجرا غري ممن‬٢ ‫ون‬
ٖ ‫ما أنت بِن ِعمةِ ربِك بِمجن‬

Maksudnya: “Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu -


bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau
adalah seorang yang bijaksana). Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang
amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia”.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Mengimbas kembali dalam peristiwa hijrah, Rasulullah SAW telah berhadapan dengan
pelbagai ancaman. Allah SWT merakamkan mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh
Baginda dan sahabatnya yang setia iaitu Saidina Abu Bakar al-Siddiq RA ketika
berlindung di dalam gua. Firman Allah SWT dalam Surah al-Taubah ayat 40:

2
Khutbah Jumaat Kisah Menjadi Ibrah

ُ َُ َ َ ُ َ َ َ ْ ُ َ َ َ ‫ه َ ُ ُ ُ ََ َ َ َُ هُ َ َ َ ُ ه‬
‫ي إِذ هما ِِف ٱلغارِ إِذ يقول‬
ِ ‫اِن ٱثن‬
ِ ‫إَِل تنُصوه فقد نُصه ٱَّلل إِذ أخرجه ٱَّلِين كفروا ث‬
َ َ َ َ َ ََ ‫َ َ َ ه هَ َ َ َ ََ ََ هُ َ ََ ُ َ َ ََه َ ُ ُُ ه‬ َ
ِ َٰ ‫ل ِص‬
‫حبِهِۦ َل َتزن إِن ٱَّلل معناۖ فأنزل ٱَّلل سكِينتهۥ عليهِ وأيدهۥ ِِبنو ٖد لم تروها وجعل‬

ٌ ‫َّلل َعز‬
ٌ ‫يز َحك‬ َ ِ ِ‫َل ى َو ََك َِم ُة ٱ هَّلل‬
ُ ‫ِه ٱل ُعل َيا َوٱ ه‬ َٰ َ ُّ ْ ُ َ َ َ ‫َ َ َ ه‬
٤٠ ‫ِيم‬ ِ ‫َّلين كفروا ٱلسف‬
ِ ‫َك ِمة ٱ‬

Maksudnya: “Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya


Allah telah menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari
negerinya Makkah) sedangkan dia salah seorang daripada dua (sahabat) ketika mereka
berlindung di dalam gua. Pada ketika itu, dia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah
kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan
ketenangan kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera
(malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang
kafir terbawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) adalah yang
tertinggi (selama-lamanya) kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

Dalam peristiwa ini juga, makhluk yang lain turut sama melindungi Rasulullah SAW dari
disakiti oleh orang Kafir Quraisy. Labah-labah membuat sarangnya di pintu masuk gua
bagi mengelirukan pihak musuh. Imam Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah
membawakan satu riwayat: “Nabi SAW dan Abu Bakar bertolak ke gua. Manakala, kaum
Quraisy datang mencari Nabi SAW dan mereka melihat terdapat sarang labah-labah di
pintu gua sambil berkata: Tidak ada sesiapa yang (boleh) memasukinya (tanpa
merosakkan sarang labah-labah tersebut)”.

Lihat pula peristiwa Allah SWT memelihara dan melindungi Rasulullah SAW daripada
disakiti oleh Suraqah bin Malik ketika beliau cuba mengejar Nabi SAW dan juga Abu Bakar
al-Siddiq dalam perjalanan mereka ke Kota Madinah. Beberapa kali kaki kudanya
tersungkur tatkala Suraqah hampir dapat menangkap Rasulullah SAW. Akhirnya, dengan
kuasa dan pertolongan Allah SWT, terbenamlah kaki kuda Suraqah dalam pasir yang
akhirnya menundukkan ego Suraqah bin Malik dan lantas menanamkan keyakinannya
terhadap Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

3
Khutbah Jumaat Kisah Menjadi Ibrah

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Kenangkan juga peristiwa dakwah Nabi SAW ke Taif. Pemilihan Kota Taif ialah kerana
kedudukannya yang sangat strategik dan merupakan salah satu kawasan pemukiman
besar penduduk dan sebagai pusat perdagangan. Taif juga dipilih kerana ia merupakan
lokasi tempat tinggal Bani Thaqif, iaitu salah satu qabilah yang terhormat di Semenanjung
Arab ketika itu. Namun, kedatangan Rasulullah SAW yang menempuh perjalanan sejauh
(lebih kurang) 100 km dengan berjalan kaki dari Mekah menuju ke Taif tidak disambut
dengan baik. Bahkan Rasulullah SAW menerima ejekan, dibaling batu dan diusir.

Rasulullah SAW tetap dengan ketenangan. Ketika berlindung di sebuah kebun kurma,
Baginda solat lalu berdoa kepada Allah SWT memohon pertolongan. Malaikat Jibril yang
menyaksikan kejadian itu berkata: “Allah mengetahui apa yang terjadi padamu dan orang-
orang ini. Allah telah memerintahkan malaikat-malaikat di gunung-gunung untuk mentaati
perintahmu”. Para malaikat penjaga gunung kemudian berkata: “Wahai Muhammad!
Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan kaummu terhadapmu. Aku adalah
malaikat penjaga gunung dan Tuhanmu telah mengutusku kepadamu untuk engkau
perintahkan menurut kehendakmu, jika engkau suka, aku mampu menterbalikkan Gunung
Akhsyabin ini ke atas mereka”.

Namun jawapan Nabi SAW sangatlah menyentuh hati. Nabi SAW dengan lembut berkata
kepada Jibril dan malaikat penjaga gunung: “Walaupun mereka menolak ajaran Islam, aku
berharap dengan kehendak Allah, keturunan mereka pada suatu masa nanti akan
menyembah Allah dan beribadah kepada-Nya”. Nabi bahkan berdoa yang maksudnya:
“Ya Allah! Berikanlah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui”.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Khutbah kali ini sengaja membawakan kisah-kisah penghinaan dan ancaman yang
diterima oleh Nabi SAW ketika Baginda masih hidup bertujuan menunjukkan episod
penghinaan ke atas Rasulullah SAW telah berlaku sejak Baginda masih hidup dan sikap
Rasulullah SAW berhadapan dengan situasi tersebut. Betapa sifat kemanusiaan, kasih
dan sayangnya Rasulullah SAW kepada umatnya sangatlah tinggi walaupun Baginda
disakiti dengan amat dahsyat.

4
Khutbah Jumaat Kisah Menjadi Ibrah

Kita wajib mengambil iktibar, pengajaran dan teladan dari sikap yang ditunjukkan oleh
Rasulullah SAW. Lihat juga makhluk-makhluk lain seperti labah-labah dan para malaikat
juga turut sama-sama mempertahankan Rasulullah SAW dari terus disakiti dan dihina.
Maka, kita sebagai Mukmin juga wajib bersama-sama dengan ketegasan
mempertahankan Rasulullah SAW dari terus dihina kerana menghina Rasulullah SAW
selepas kewafatannya sama seperti menyakiti Baginda ketika masih hidup.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Berdasarkan kepada dalil al-Quran, hadis dan kisah yang dikemukakan tadi, terbukti
kepada umat ini bahawa Allah SWT, para malaikat dan seluruh makhluk bangkit
mempertahankan Rasulullah SAW ajaran yang dibawa oleh baginda dari disakiti atau
dicederai, dicemuh dan dihina, dan tuduhan gila atau penyair. Kita patut malu dan tercabar
dengan labah-labah yang membina sarangnya di pintu gua, malaikat penjaga gunung
dalam peristiwa di Taif serta batu dan pasir dalam perjalanan hijrah Rasulullah SAW.

Justeru, mengakhiri khutbah pada hari yang mulia ini, khatib ingin meninggalkan beberapa
pesanan:
Pertama: Episod penghinaan terhadap Rasulullah SAW bukanlah berlaku sehari dua
namun telah berlaku sejak sekian lama bahkan ketika Rasulullah SAW masih hidup.
Kedua: Allah SWT menurunkan al-Quran kepada manusia bagi membela dan
mempertahankan Rasulullah SAW dari tohmahan dan tuduhan tidak berasas orang-orang
kafir.
Ketiga: Sikap dan sifat Nabi yang pemaaf dan tidak mudah melenting dalam berhadapan
dengan segala penentangan wajib dicontohi dan diteladani kerana Baginda jualah sebaik-
baik contoh teladan buat kita semua.
Keempat: Umat Islam wajib bersatu hati tanpa mengira fahaman mazhab dan parti politik,
warna kulit dan batas sempadan negara untuk bangkit mempertahankan Rasulullah SAW
dari terus dicemuh dan dihina. Bangkitlah dengan hujah dan suri teladan akhlak yang
terbaik sebagai umat yang mendapat didikan Baginda SAW sepanjang zaman.

Renungkanlah firman Allah SWT dalam Surah Yusuf ayat 111:

5
Khutbah Jumaat Kisah Menjadi Ibrah

َ‫ِيق ٱ هَّلِي بَي‬


َ ‫كن تَصد‬ َٰ َ َ َٰ َ َ ُ ٗ َ َ َ َ َٰ َ َ ْ ُ َٞ َ َ َ َ ََ
ِ ‫ل‬ ‫و‬ ‫ى‬ ‫َت‬ ‫ف‬ ‫ي‬ ‫ا‬‫ِيث‬
‫د‬ ‫ح‬ ‫ن‬ ‫َك‬ ‫ا‬‫م‬ ‫ب‬
‫ِى‬ ‫ب‬‫ل‬‫َل‬ ‫ٱ‬ ‫ِل‬ ‫و‬
ِ ِ ‫َل‬ ‫ة‬‫ِۡب‬
‫ع‬ ‫م‬ ‫ه‬
ِ ِ ‫لقد َكن ِِف ق‬
‫ص‬ ‫ص‬

َ َ َٗ َ َ ُٗ َ َ ُ َ َ
١١١ ‫ۡحة ل ِقو ٖم يُؤم ُِنون‬‫ك َش ٖء وهدى ور‬ َ
ِ ‫يَديهِ َوتف‬
ِ ‫صيل‬
Maksudnya: “Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang
mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi
yang terkandung dalam al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia
mengesahkan apa yang tersebut dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya,
dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah
petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman”.

،‫كي ِْم‬
ِ َ ‫َات و َالذِكْر ِ الْح‬ َ ِ ‫ و َنَف َعَن ِ ْي و َِإ َّياك ُ ْم بِمَا فِيْه ِ م‬،‫ن ال ْعَظِي ِْم‬
ِ ‫ن الْآي‬ ِ ‫ب َارَك َ الله ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ‬

‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأَسْ تَغْف ِر ُ الله َ الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي‬ َّ َ ‫ل م ِن ِ ْي وَمِنْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو‬
ُ ْ ‫ أَ قُو‬.ُ ‫السمِي ْ ُع الْعَلِي ْم‬ َ ‫و َتَق ََّب‬

ِ َ ‫ات الْأَحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َا ْل َأمْو‬


،‫ات‬ ِ َ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن‬
ِ َ ‫و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم‬

.ُ ‫حي ْم‬ َّ ُ ‫فَاسْ تَغْف ِر ُ ْوه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر‬


ِ ‫الر‬

6
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Kisah Menjadi Ibrah‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُح ََّمدِ ِن َّ‬


‫النب ِ ِي ا ْل َأم ِينِ‪ ،‬و َعَلَى آلِه ِ‬ ‫َالصلَاة ُ و َّ‬ ‫َب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬و َّ‬‫اَلْحم َْد ُ ل َِّله ِ ر ِ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬
‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫صحَابِه ِ َّ‬
‫الطاهِرِي َ‬ ‫و َأَ ْ‬
‫أن سَيِد َن َا مُح ََّمدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬
‫ك لَه ُ‪ ،‬و َأَ شْهَد ُ َّ‬ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإ َّ‬
‫لا الله ُ وَحْدَه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬
‫أَ َّما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللهِ‪ ،‬ا َِّتق ُوا الله َ ح ََّق تُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أَ َّن الله َ أَ م َرَك ُ ْم ب ِأَ مْر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أَ م َرَك ُ ْم‬
‫ه ه َ َ َ َ َٰٓ َ َ ُ ُ َ ُّ َ َ َ‬
‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬إِن ٱَّلل وملئِكتهۥ يصلون لَع‬ ‫ِالصلَاة ِ و ََّالتسْل ِِيم عَلَى نَب ِيِه ِ ال ْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬
‫ب َّ‬
‫ً‬ ‫ه ََٰٓ َ ُّ َ ه َ َ َ ُ ْ َ ُّ ْ َ َ َ َ ُ ْ َ‬
‫بي يأيها ٱَّلِين ءامنوا صلوا عليهِ وسل ِموا تسل ِيما ‪٥٦‬‬
‫ٱنل ِ ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ص ََّلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ بْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل‬ ‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬ ‫ا َ َّلله َُّم َ‬
‫ص ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ب َارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِن َا‬
‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫مجِيْدٌ‪.‬‬‫ك حَمِيْدٌ َ‬‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإ َّن َ‬ ‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ن َّ‬
‫التاب ِع ِينَ و َت َابِع ِي‬ ‫ن و َع َنْ بَق َِّية ِ َّ‬
‫الصح َابَة ِ أَ جْم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫شدِي َ‬
‫الرا ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ َّ‬ ‫الله َُّم ع َ ِ‬
‫ْض َّ‬ ‫و َار َ‬
‫ْض ع ََّنا مَعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْرَم َ الْأَ ك ْرَم ِينَ‪.‬‬ ‫ن و َار َ‬ ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِ‬
‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫َّ‬
‫ات‪.‬‬ ‫ات ا ْلأَحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو َ ِ‬ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬‫الله َُّم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬‫َّ‬
‫َالص َّحة ِ و َّ‬
‫َالسلَامَة ِ ج َلَالَة َ م َل ِكَ نَا ك باوه دولي يڠ مها‬ ‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬ ‫الله َُّم أَ ي ِ ْد بِدَو َا ِم َّ‬
‫التو ْفِي ْ ِ‬ ‫َّ‬
‫موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ‪ ،‬الس ُلطَان عبد الله رِعَايَة ُ الد ِي ْن ال م ُصْ طَفَى‬
‫ب ِالله شاه ابن المرحوم سُلْطَان حاج أحمد شاه ال مُسْت َع ِي ْن بالله‪.‬‬
‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪ ،‬تونكو‬
‫وَك َذل ِ َ‬
‫حاجه عزيزه أمينه ميمونه إسكندر يه بنت ال مرحوم ال م ُت َوَك ِلْ عَلَى الله سُلْطَان‬
‫إسكندر الحَاج‪.‬‬
‫ك‬
‫ات بِر َ ْحمَت ِ َ‬ ‫الله َُّم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع َُّمالَه ُ وَر َعَاي َاه ُ م ِ َ‬
‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬
‫حم َ َّ‬
‫الرا ِحم ِينَ‪.‬‬ ‫ي َا أَ ْر َ‬

‫‪7‬‬
Khutbah Jumaat Kisah Menjadi Ibrah

،ٍ‫ن و َأَ م َان‬ ٍ ‫ د َار َ ع َ ْد‬،ً‫ سَ خَاء ً رَخ َاء‬،‫الله َُّم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‬
ٍ ‫ و َأَ ْم‬،ٍ‫ل و َِإيمَان‬ َّ
.َ‫وَسَائِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِين‬
ِ ‫ وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي‬، َ‫الله َُّم أَ ع َِّز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْن‬
،َ‫ن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الد ِين‬ َّ
.ِ‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْن‬
َ َ ‫ل كَل ِمَت‬ِ ْ ‫ و َأَ ع‬،َ‫ل ال ْمُسْل ِمِيْن‬
َ َ ‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ‬
‫ظه َر َ مِنْهَا‬ َ َ ‫الله َُّم ادْف َعْ ع ََّنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح‬
َ ‫ م َا‬،َ‫ن و َال ْف ِتَن‬ َّ
.ٌ ‫ُل شَيْء ٍ قَدِيْر‬
ِ ‫ك عَلَى ك‬ َ ‫ ِإ َّن‬،ً ‫ن اْلمُسْل ِمِيْنَ ع َ َّامة‬ ِ ‫ وَم ِنْ بلُ ْد َا‬،ً ‫َاصة‬ َّ ‫ م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ‬،َ‫وَم َا بَطَن‬
َ ‫حم‬
َ ‫ ي َا أَ ْر‬،‫ وَم ِنْ س َِي ِئ الْأَسْ ق َا ِم‬،‫ و َالْجُذ َا ِم‬،ِ‫ و َالْجنُ ُون‬،ِ‫ن البَرَص‬ َ ِ ‫الله َُّم ِإ َّنا نَع ُوذ ُ ب‬
َ ِ‫ك م‬ َّ
َّ
.َ‫الرا ِحم ِيْن‬

Ya Allah! Dengan sifat-Mu Yang Maha Pemurah dan Maha Mendengar! Engkaulah yang
Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kami hamba-Mu yang lemah, merayu agar Engkau
ampunkan segala dosa yang telah kami lakukan. Ya Allah! Cukupkanlah kami dengan
rezeki yang halal dan jauhkanlah kami dari rezeki yang haram. Cukupkanlah kami dengan
kurniaan-Mu dari bergantung kepada selain-Mu. Hindarkanlah kami dari sebarang fitnah,
bala bencana, waba' penyakit, perbuatan-perbuatan keji dan munkar, seperti rasuah,
salah guna kuasa dan hiburan yang melalaikan. Hanya kepada-Mu jua Ya Allah, tempat
kami mengadu dan memohon pertolongan.

Ya Allah! Satukanlah kami atas agama-Mu dan hindarkan kami dari perselisihan yang
berpanjangan. Jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang istiqamah
mendirikan solat secara berjemaah serta tekun mengimarahkan masjid. Sesungguhnya
hanya kepada-Mu jua Ya Allah, doa kami mohon diperkenan dan diterima.
َّ َ‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َاب‬
.ِ‫النار‬ َ ِ ‫خرَة‬
ِ ‫حسَن َة ً و َفِي الْآ‬ ُ ‫ر ََّبنَا آتنَِا فِي‬
َ ‫الدن ْيَا‬
،ِ‫عِبَاد َ الله‬
َ ٓ َ َ َٰ َ ‫ِإَويتا ٓ ِٕي ذِي ٱل ُقر‬
َٰ َ ‫ب َو َين‬ َ ‫۞إ هن ٱ ه‬
َٰ َ ‫َّلل يَأ ُم ُر ب ِٱل َعد ِل َوٱ ِۡلح‬
‫َه َع ِن ٱلفحشاءِ َوٱل ُمنك ِر‬ َ ‫سن‬
ِ ِ
َ ‫ُ ُ َ ه ُ ََ ه‬
٩٠ ‫غ يَعِظكم ل َعلكم تذك ُرون‬ َ
‫وٱۡلَ ِ ي‬
‫ و َاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬،ْ‫ و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُم‬،ْ‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُم‬
.َ‫ و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُون‬،ُ ‫وَلَذِك ْر ُ الله ِ أَ كْ بَر‬

Anda mungkin juga menyukai