Anda di halaman 1dari 6

JATIDIRI REMAJA AMPUH,

NEGARA TEGUH

1
18 Disember 2020/03 Jamadil Awwal 1442

KHUTBAH : JATIDIRI REMAJA AMPUH, NEGARA TEGUH

‫َ َح َُ َ ح‬ ‫َّ ِّ َ ُ َ ِّ َ َ ُ ح‬ َ ‫ح‬ َ ‫َّ ح َ ح‬ َ َّ ِّ َ ُ ‫حَ ح‬


‫ أشهد أن‬،‫ِّشين ومن ِذ ِرين‬ ِ ‫ِث انلبِيني مب‬ ِ ‫ باع‬،‫وات السب ِع واْلر ِضني‬ ِ ‫اْلمد هلل ِرب السم‬
َ َ ُُ ُ َ َ ُ ‫ُ َ ُ ح َ ُّ ح ُ ُ َ َ ح َ ُ َ َّ َ ِّ َ ُ َ َّ ً َ ح‬ َّ َ َ
‫ قائ ِد‬،‫ وأشهد أن سيدنا ُممدا عبد اهلل ِ ورسوُل‬،‫َل هلإ إَِل اهلل الـملِك اْلق المبِني‬
ًَ‫َح‬ ُ‫حَح‬ َ ‫ُ َ َّ ح ُ ح َ َ ح‬ ِّ َ َ َ ‫َ ِّ َ َ ِّ ح‬ َ َّ ُ ‫ُّ َّ َ ح‬
‫وث رْحة‬ ِ ‫ المبع‬،‫ِني‬ ِ ‫ امهلل صل وسلم لَع سي ِدنا ُمم ٍد المصطَف اْلم‬،‫الزها ِد والمت ِقني‬
ِّ ‫ح‬ َ ‫ح‬ ‫َّ ِّ َ َ َ ح َ َ َ َ َ ح‬ َ ‫ح َ ََ ح‬ َّ َ َ َ ‫حَ َ ح‬
،‫ين‬ِ ‫ج ِهم إِىل يو ِم ادل‬ ِ ‫ وأصحاب ِ ِه الطيبِني ومن سار لَع نه‬،‫آُلِ الطاه ِِرين‬ ِ ‫ ولَع‬،‫ل ِلعال ِمني‬
َ ُ َّ ُ ‫َ َ ح َ َ ح‬ َ ‫َح‬ ‫َ َّ َ ح ُ َ َ َ ُّ َ ح ُ ح ُ َ َ ِّ ُ ح ح ُ ح َ َ ح‬
.‫ فإِِّن أو ِصيكم ونف ِِس بِتقوى اهلل ِفقد فاز المتقون‬،‫ فيا أيها المسلِمون‬، ‫أما بعد‬
‫ُح َ َح ح‬ َ َََ َ َ ََ َ َ ‫ََ ح‬
:‫ْنيلِ ِه‬ِ ‫فقد قال اهلل تبارك وتعاىل ِِف ُمك ِم ت‬

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﱡﭐ ﱍ ﱎ ﱏ ﱐ ﱑ ﱒ ﱓ ﱔ ﱕﱖﱗ ﱘ ﱙﱚ ﱛ ﱜﱝ‬

٨١ :‫ﱞ ﱟ ﱠ ﱠ احلرش‬

Mafhumnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan


mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri
melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari
esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Pada saat yang penuh barakah ini saya menyeru diri saya dan para hadirin sekalian untuk
sama-sama berusaha meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan
melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-
mudahan kita beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 2 Khutbah Jumaat 2020
18 Disember 2020/03 Jamadil Awwal 1442

Hadirin yg dirahmati Allah,


Usia remaja merupakan usia yang sangat bernilai dan berharga dalam fasa kehidupan
setiap insan. Ia merupakan fasa perkembangan yang amat kriktikal dari segi fizikal, emosi,
mental dan sosial kerana alam remaja merupakan perubahan daripada alam kanak-kanak
ke alam dewasa. Pada fasa ini, individu yang memasuki alam remaja mempunyai keinginan
yang tinggi untuk meneroka pelbagai perkara baru di dalam kehidupannya.

Gelora nafsu juga berkobar-kobar ketika ini. Fasa ini merupakan saat yang sangat penting
dalam membentuk keperibadian seseorang individu. Islam begitu mengambil berat dalam
isu pembentukan sahsiah insan seawal usia kanak-kanak dan ditambah lagi ketika usia
melangkah remaja kerana usia ini bukanlah usia untuk disia-siakan dan dibazirkan dengan
hanya bersuka-ria dan melakukan perkara tidak berfaedah.

Islam menggariskan remaja yang terbaik adalah remaja yang teguh dari sisi akidah, mantap
dari segi syariah dan indah dari sudut akhlak dan budi pekerti. Perihal ini digambarkan di
dalam al-Quran, di mana Allah SWT merakamkam pesan Luqmannul Hakim kepada
anaknya untuk mendasari kehidupan dengan akidah yang jitu. Firman Allah SWT di dalam
surah luqman, ayat 17 :

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﲾﳀﳁﳂﳃﳄﳅﱠ‬
‫ﲿ‬ ‫ﱡﭐﲳﲴﲵﲶﲷﲸﲹﲺﲻﲼﲽ‬
٨١ :‫لقمان‬

Mafhumnya : “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat


kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah
atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari
perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya”.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 3 Khutbah Jumaat 2020
18 Disember 2020/03 Jamadil Awwal 1442

Di dalam hadis juga Nabi SAW menggambarkan peri pentingnya usia remaja ini
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah RA bahawa beliau berkata, Rasulullah SAW
bersabda : Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah SWT pada hari yang tiada
naungan selain naunganNya. Lalu Baginda menyatakan salah satu daripada tujuh
golongan tersebut ialah

)ِ ‫ق عَلَيْه‬
ٌ ‫الله تَعالى (متف‬ ٌّ
َّ ِ ‫شاب نَش َأَ فِي عِبَادَة‬

“Iaitu remaja yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah kepada Allah SWT”.

Sidang jemaah yang dikasihi sekalian,


Sejarah Islam juga telah melakar bahawa golongan remaja juga menjadi antara tonggak
utama menjayakan misi agung hijrah Nabi dari kota Mekah ke kota Madinah. Saidina Ali
RA menggantikan Rasulullah di tempat tidur Baginda, Abdullah bin Abi Bakar menjadi
perisik Baginda, 'Aamir bin Fuhairah memadam kesan jejak Rasulullah dengan kambing
ternakannya dan Asma' binti Abi Bakar menghantar makanan sepanjang 3 malam Nabi
berlindung di gua thur dan menjadi penyimpan rahsia yang penuh integriti meskipun
berhadapan dengan ancaman kehilangan nyawa ketika bersemuka dengan pemuka
Quraisy.

Satu perkara yang perlu diingat ialah mereka semua ini masih belia pada ketika itu.
Sesungguhnya terlalu banyak kisah dalam lipatan sejarah Islam untuk dinukilkan bagi
menggambarkan betapa remaja atau belia merupakan komponen masyarakat yang
penting dan mempunyai peranan yang sangat besar dalam melestarikan sesebuah agenda
pembangunan dan kemajuan. Dalam arus kehidupan kita hari ini, kesedaran remaja
mengenai peranan mereka perlu digemburkan kembali. Remaja tidak harus dibiarkan
menghabiskan usia remaja mereka dengan perkara-perkara melalaikan apatah lagi
perkara-perkara yang merosakkan. Contohnya, menghabiskan masa dengan gajet,
melayari laman-laman sosial seharian, melepak di pusat-pusat beli belah dan sebagainya.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 4 Khutbah Jumaat 2020
18 Disember 2020/03 Jamadil Awwal 1442

Remaja yang tidak teguh jatidiri akan bertindak melanggar batasan syarak. Hasilnya,
banyak perlakuan laku musnah seperti merosakkab harta benda awam, tidak
menghormati golongan masyarakat yang lebih berusia, komentar-komentar di dalam
media sosial yang jauh daripada nilai-nilai adab dan susila, mencela, menghina,
memaki hamun orang lain tanpa rasa bersalah bahkan merasa bangga melakukan
perbuatan tersebut.

Saudaraku sidang Jumaat yang berbahagia,


kerosakan akhlak ini perlu dibendung segera agar tidak menjadi lebih parah. Perlu
diingat, golongan remaja hari ini adalah pemimpin pada masa hadapan. Sekiranya
mereka hilang jatidiri, rendah budi pekerti, bagaimana masa depan negara kita pada
masa akan datang? bagaimana masa depan ummah di hari mendatang?. Usia muda
tidak sepatutnya dipersiakan kerana di akhirat nanti ianya akan dihitung semula oleh
Allah SWT.

Sabda Nabi SAW bersabda, yang bermaksud : “Tidak akan berganjak kedua kaki anak
Adam pada hari akhirat sehinggalah ditanya (diperhitung) tentang empat perkara, lalu
Baginda menyatakan salah satu daripadanya ialah usia muda, ke mana dihabiskan”.

Sidang Jumaat sekalian,


Justeru, pada musim cuti persekolahan ini, mimbar ingin menyarankan kepada ibu bapa
agar sentiasa memberi perhatian kepada anak-anak, pantaulah aktiviti mereka di luar
dan di dalam rumah, beri panduan dan tunjuk ajar kepada mereka dalam membuat
pilihan di dalam urusan kehidupan antara baik dan buruk serta beri kefahaman tentang
impak daripada setiap tindakan sama ada negatif atau positif.

Masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam membentuk generasi muda yang
berkualiti. Sudah tiba masanya dihidupkan kembali semangat saling prihatin dan peduli,
saling menegur dan mendidik anak-anak muda setempat seperti masyarakat dahulu
yang sentiasa inginkan kebaikan terhadap anak muda dan kasih kepada mereka seperti
kasih kepada anak sendiri.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 5 Khutbah Jumaat 2020
18 Disember 2020/03 Jamadil Awwal 1442

Buat anak-anak muda, belia dan remaja, mimbar ingin berpesan, di dalam usia yang muda
ini pelajari dan dalamilah nilai-nilai akidah, syariah dan akhlak, agar jatidiri yang terbentuk
daripada panduan agama ini mampu menangkis segala tipu daya dan muslihat musuh
Islam untuk menarik kalian jatuh dari landasan syariat. Sesungguhnya keteguhan iman
sudah pasti menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬

:‫ﱡﭐ ﲡ ﲢ ﲣ ﲤ ﲥﲦ ﲧ ﲨ ﲩ ﲪ ﲫ ﲬ ﲭ ﱠ الكهف‬

Mafhumnya : “Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan


benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda (ashabul kahfi) yang beriman kepada
Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk”.

َ‫اكم بماَ فيه من‬ ُ َّ َ ‫َ َ َ َ ح‬


‫ ونفع ِِن وإِي‬،‫يم‬
َ ُ ُ ََ ‫ََ َ ُ ح‬
ِ ِ ِ ِ ِ ‫رآن الع ِظ‬
ِ ‫ىف الق‬ ِ ‫بارك اهلل ِِل ولكم‬
ُ َّ َ ُ ُ َّ ُ َ َ َ ‫َ ح َ َ َ َّ َ ِّ ح َ ح ُ ح‬ ‫َ ِّ ح‬ ََ ‫ح‬
‫ وتقبل ِمِن و ِمنكم ت َِلوته إِنه هو الس ِميع‬،‫كي ِم‬ ِ ‫ات واذلك ِر اْل‬ ِ ‫اْلي‬
َ‫ك حم َول َِسائر ال َ ُم حسلمني‬ ُ َ َ ‫َ ُ َ ُ ُ َ ح َ َ ََ ح َ ح ُ َ َ َ ح‬
ِِ ِِ ‫وِل هذا وأستغ ِفر اهلل الع ِظيم ِِل ول‬ ِ ‫ أقول ق‬.‫العليِم‬
ََ َ ‫َ ح َح ُ حُ ََ َح َ ُ ح َح‬ َ ُ َ َ ُ َ َ ‫َ ُ ح‬
‫ فيا فوز المستغ ِف ِرين ويا‬،‫ فاستغ ِفروه‬،‫ات‬ ِ ِ‫ن‬‫م‬ ‫ؤ‬ ‫الم‬‫و‬ ‫ني‬ ‫ن‬‫م‬
ِِ ‫ؤ‬ ‫الم‬‫و‬ ‫ات‬
ِ ِ‫والمسل‬
‫م‬
َ ََ
َ.‫اة اتلَّائبني‬
ِِ ‫َن‬

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 6


Khutbah Jumaat 2020

Anda mungkin juga menyukai