Anda di halaman 1dari 6

PENTINGNYA MENGHUBUNGKAN

SILATURRAHIM

1
02 Julai 2021/21 Zulkaedah 1442

PENTINGNYA MENGHUBUNGKAN SILATURRAHIM

ْ َ َ َُْ ُ ُ ْ ُ ُ َ َ ُُ َْ َْ َ ُُْ َ َْ َ ُ ُ َ ْ َ َ ْ َ ْ َّ
‫ور أنف ِسنا ومِن‬ ِ ‫ ونعوذ بِاهللِ مِن ُش‬،‫ نـحمده ونست ِعينه ونستغ ِفره‬،ِ‫إن الـحمد هلل‬
َ‫ َأ ْش َه ُد َأ ْن الَ إ ََل‬،ُ‫ َو َم ْن يُ ْضلِ ْل فَ ََل َهاد َِي ََل‬،ُ‫اهلل فَ ََل ُمض َّل ََل‬ ُ ‫ َم ْن َي ْهده‬،‫اِلَا‬ َ ْ َ َ ِّ َ
ِ ‫ات أعم‬
ِ ِ ِ ِ ِ ‫سيِئ‬
ُ ُ َ َ ُ ُ ْ َ ً َّ َ ُ َّ َ ُ َ ْ َ َ ُ َ َ ْ َ َ ُ َ ْ َ ُ َّ
ُ.‫وَل‬ ‫ وأشهد أن مـحمدا عبده ورس‬، ‫ُشيك َل‬ ِ ‫إِال اهلل وحده ال‬
ْ ِّ ْ َ َ َ ْ َُْ َ ْ َ َ َ ْ ََ َ َ َّ َ ُ َ ِّ َ َ َ ْ ِّ َ َ ِّ َ َ
.‫ان إَِل يو ِم الين‬ ٍ ‫س‬ ‫ح‬ ‫إ‬
ِِ ‫ب‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ع‬ ِ ‫ب‬‫ت‬ ‫ن‬ ‫م‬‫و‬ ‫ه‬
ِ ِ ‫اب‬ ‫ح‬ ‫ص‬ ‫أ‬‫و‬ ِ ِ
‫آَل‬ ‫لَع‬ ‫و‬ ‫د‬
ٍ ‫م‬ ‫ُم‬ ‫ا‬ ‫ن‬ ‫د‬
ِ ‫ي‬‫س‬ ‫لَع‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫س‬ ‫و‬ ‫ل‬ ‫ص‬ ‫مهلل‬ ‫ا‬
َ ُ ْ ُ ْ ُ ْ َ َ َّ َّ ُ ُ َ َ َ َ ُ َّ َ َ ُ َّ َ ُ ْ ُ ْ َ ُّ َ َ َ ُ ْ َ َّ َ
.‫ وال تموتن إِال وأنتم مسلِمون‬،‫ ا ِتقوا اهلل حق تقات ِ ِه‬،‫ فيا أيها المسلِمون‬،‫أما بعد‬

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,


Mimbar ingin mengambil kesempatan untuk memperingati diri khatib serta sidang
Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita memperkasakan ketaqwaan kepada Allah SWT
dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Mudah-mudahan dengan keimanan dan ketaqwaan, kita akan selamat di dunia dan di
akhirat.

Sidang jumaat yang berbahagia,


Islam adalah agama yang sempurna. Ia bukan sahaja menyuruh umatnya untuk
beribadah seperti sembahyang, puasa dan menunaikan haji, malahan Islam juga
menyuruh umatnya untuk memelihara kesejahteraan hidup, berkerjasama dan bantu-
membantu antara satu sama lain. Oleh itu, bagi mencapai tujuan tersebut, Islam
mengajarkan umatnya agar menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia. Imam Ibn
Abi Jamrah metakrifkan silaturrahim adalah apa sahaja yang mungkin boleh diberikan
melalui segala bentuk kebaikan, serta menolak apa sahaja bentuk keburukan. Dalam erti
yang lain, silaturahim bererti berbuat baik kepada sesama manusia, memberi
pertolongan jika mereka memerlukan, bersikap lemah lembut, nasihat-menasihati dan
menjaga perasaan mereka. Dalam mengeratkan hubungan silaturrahim, sesama kaum
kerabat ataupun mempunyai hubungan kekeluargaan adalah menjadi keutamaan.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 2 Khutbah Jumaat 2021
02 Julai 2021/21 Zulkaedah 1442

Firman Allah SWT :

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬

‫ﱡﭐ ﳄ ﳅ ﳆﳇ ﳈ ﳉ ﳊ ﳋ ﳌ ﳍ ﳎ ﳏ ﳐ ﳑ ﳒﳓ‬
٥١٢ :‫ﳔ ﳕ ﳖ ﳗ ﳘ ﳙ ﳚ ﳛ ﳜ ﱠ ابلقرة‬

Maksudnya : “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka
belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang
kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-
anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan.
Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah
sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)”.

Muslimin yang berbahagia,


Sesungguhnya mengeratkan hubungan silaturrahim sesama saudara hukumnya adalah
wajib. Manakala jika kita memutuskannya pula hukumnya adalah haram.

Nabi SAW juga bersabda menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Bahawa
seorang sahabat bertanya kepada Nabi SAW: Sesungguhnya saya mempunyai keluarga dan
saya menghubungkan silaturahim dengan mereka, tetapi mereka memutuskannya dan saya
berbuat baik kepada mereka, tetapi mereka berbuat jahat kepada saya dan saya
memaafkan mereka, tetapi mereka berlaku zalim terhadap saya. Bolehkah saya buat
sebagaimana yang mereka buat? Sabda Nabi SAW : 'Tidak boleh, dan jika kamu buat yang
demikian bererti kamu juga telah memutuskan silaturahim dengan mereka. Tetapi bersikap
mulialah terhadap mereka dan teruskanlah menghubungkan silaturahim dengan mereka
kerana sesungguhnya pertolongan Allah sentiasa bersama kamu selagi kamu berbuat yang
demikian'.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 3 Khutbah Jumaat 2021
02 Julai 2021/21 Zulkaedah 1442

Hadis ini jelas menggambarkan walaupun diri kita disakiti, namun Nabi SAW tetap
melarang dari memutuskan silaturrahim. Begitu juga halnya apabila keluarga atau kenalan
pernah menyakiti kita, perlu kita mengekalkan silaturrahim termasuklah menolong
mereka ketika ditimpa kesusahan.

Sidang jemaah berbahagia,


Silaturrahim boleh terbina dengan pelbagai cara yang diajar oleh Islam. Antaranya :
1- Melalui ucapan – contohnya memberi salam, saling menyapa dan berkata dengan
perkataan yang baik.
2- Melalui perbuatan – Raut wajah yang berseri, berbuat baik dan saling mengunjungi
antara satu sama yang lain
3- Melalui Harta – Membantu memenuhi keperluan, memberi hadiah dan sebagainya.

Jelas di sini, silaturrahim bukan hanya semata-mata terbatas kepada melakukan perkara –
perkara yang menyatupadukan keluarga seperti ucapan dan perbuatan. Bahkan skopnya
lebih luas termasuklah membantu saudaranya yang berada dalam kesusahan akibat
terkesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa pertama. Sabda Nabi SAW
yang bermaksud :

“Orang mukmin dengan mukmin yang lain itu diibaratkan seperti bangunan yang saling
kuat menguat antara satu sama lain”. (HR Al-Bukhari)

Hadis ini jelas menunjukkan silaturrahim tetap akan wujud di kalangan orang Islam kerana
saling bantu-membantu dikala pandemik yang melanda dunia pada hari ini.

Muslimin Rahimakumullah,
Selain memperolehi pahala akhirat, bersilaturrahim juga dapat membantu kita
memperoleh hikmah di dunia, iaitu dilapangkan rezeki dan panjang umur seperti mana
sabda baginda SAW :

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 4 Khutbah Jumaat 2021
02 Julai 2021/21 Zulkaedah 1442

ُ َ َ ْ َ ْ َ ُ ُ ُ َ َ َ ْ ُ ْ ََ ْ ُ َ َ َ ْ ُ ْ َ َّ َ َ ْ َ
‫من أحب أن يبسط َل ِِف ِرزق ِ ِه وأن ينسأ َل ِِف عم ِره ِ فلي ِصل ر ِحه‬
Maksudnya : “Siapa yang berkendakkan untuk dilapangkan rezekinya dan
dipanjangkan usianya maka hendaklah ia menyambung silaturrahim” (HR Al-Bukhari)

Ibnu Hajar Al-Asqalani menjelaskan bahawa tambahan umur itu memberi maksud
kinayah iaitu dalam umurnya itu diberi kebaikan (keberkatan) yang melimpah ruah atau
diertikan sebagai hakikat iaitu benar-benar dipanjangkan usianya.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Mengakhiri jumaat hari ini, mimbar ingin membuat kesimpulan bahawa:

Pertama: Sebagai umat Islam, kita wajib berpegang teguh terhadap tuntutan agama
dan memelihara silaturrahim sesama kita.
Kedua: Kita mestilah berusaha mengeratkan lagi hubungan silaturrahim keluarga dan
kenalan sekalipun berada dalam suasana pandemik covid-19.
Ketiga: Kita mestilah memberi pertolongan kepada kaum kerabat yang memerlukan
pertolongan demi meraih keredhaan Allah SWT.

Sama-samalah kita berdoa semoga hubungan silaturrahim akan sentiasa terjalin, dan
kita semua akan mendapat keredhaan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Amin Ya
Rabbal Alamin.

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
١١ :‫ﭐﲫ ﲬ ﲭ ﲮ ﲯ ﲰﲱ ﲲ ﲳ ﲴ ﲵ ﲶاحلجرات‬

Maksudnya : “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka


damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah
kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 5 Khutbah Jumaat 2021
‫‪02 Julai 2021/21 Zulkaedah 1442‬‬

‫َ ْ ََ‬ ‫َ َ َ َ ْ َ َّ ُ َ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫ََ َ ُ ْ ََ ُ‬


‫ات‬
‫يم‪ ،‬ونفع ِِن وإِياكم بِما فِي ِه ِمن اْلي ِ‬ ‫رآن الع ِظ ِ‬
‫ىف الق ِ‬
‫بارك اهلل ِِل ولكم ِ‬
‫َ َ َ َّ َ ِّ ْ َ ْ ُ ْ َ َ َ ُ َّ ُ ُ َ َّ ُ َ ُ َ ُ ُ‬ ‫َ ْ‬ ‫َ ِّ ْ‬
‫كي ِم ‪ ،‬وتقبل ِمِن و ِمنكم ت َِلوته إِنه هو الس ِميع العليِم‪ .‬أقول‬ ‫واذلك ِر احل ِ‬
‫َ َ ُ ْ َ‬ ‫َُ ْ‬ ‫َ ْ َ َ ََ ْ َ ْ ُ َ َ َ ْ َ َ ُ ْ َ َ‬
‫ات‬‫وِل هذا وأستغ ِفر اهلل الع ِظيم ِِل ولكم ول ِسائ ِ ِر المسلِ ِمني والمسلِم ِ‬ ‫ق ِ‬
‫َ َ َ ََ َ‬
‫اة اتلَّائبنيَ‬ ‫َ ْ َْ ُ ُْ ََ َْ َ ُ ْ َْ‬ ‫َ َ ُ َ‬ ‫َ ُ‬
‫ِِ‬ ‫ات‪ ،‬فاستغ ِفروه‪ ،‬فيا فوز المستغ ِف ِرين ويا َن‬
‫ِ‬ ‫ن‬ ‫م‬
‫ِ‬ ‫ؤ‬‫الم‬‫و‬ ‫ني‬‫ِ‬ ‫ن‬‫م‬‫ِ‬ ‫ؤ‬ ‫الم‬ ‫و‬

‫‪Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah‬‬ ‫‪6‬‬ ‫‪Khutbah Jumaat 2021‬‬

Anda mungkin juga menyukai