Anda di halaman 1dari 7

KETAATAN MENJAMIN

KEAMANAN

1
01 Januari 2021/17 Jamadil Awal1442

Khutbah : Ketaatan Menjamin Keamanan

َ ُ‫َ َ َ َ ح َ ح‬ ‫ح َ ح َ ح َ ح َ َ ُ ِّ َ ح‬ ‫ح َ ِّ ح َ ح َ َّ ح‬ ُ ‫َ حَ ح‬
‫ازى‬ ِ ‫ب لَع ُك نف ٍس بِما كسبت والمج‬ ِ ‫ اْل ِسي‬،‫ْي‬ ِ ِ‫ الل ِطي ِف اْلب‬،‫ْي‬ ِ ِ‫اْلمد هللِ الع ِِل الكب‬
َ َ َ َ ُ ‫َ َ َ َ َ ح َ ح َ ُ َ ح َ َ َ َّ ُ َ ح َ ُ َ َ ح َ َ ُ َ َ َ ُ ح َ ح ُ َ َ ح‬
‫ أال َل اْللق واألمر تبارك‬،‫َشيك َل‬ ِ ‫ أشهد أن ال ا ِلـه إِال اهلل وحده ال‬،‫لها بِما ع ِملت‬
ً،‫ِشا َونَ ِذيحرا‬ َ ُ َ َ ِّ َ َّ َ ُ َ ‫ُ َ ُّ ح َ َ ح َ َ َ ح‬
ً ِ ِّ َ‫ َب َع َث ُه َشاه ًِدا َو ُمب‬.ُ‫ُم َّم ًدا َع حب ُدهُ َو َر ُس حو َُل‬ ‫ وأشهد أن سيِدنا‬.‫اهلل رب العال ِمْي‬
ً ‫ح َ َ ً ُ ح‬ َ ً ََ
. ‫وداعِيا إَِل اهللِ بِإِذن ِ ِه و ِِساجا منِْيا‬
‫َ َ ح ِّ ح‬ َ ‫َ َ ح َ َُح ح‬ َ ‫ََ ح‬ َ َ َ َّ َ ُ َ ِّ َ َ َ ‫َ َّ ُ َّ َ ِّ َ َ ِّ ح‬
. ‫لي ِن‬ ِ ‫ان إَِل يو ِم ا‬ ٍ ‫س‬ ‫ح‬ ‫إ‬
ِِ ‫ب‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ع‬ ِ ‫ب‬‫ت‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫و‬ ‫ه‬
ِِ ‫اب‬ ‫ح‬ ‫ص‬ ‫أ‬‫و‬ ِ ِ
‫آَل‬ ‫لَع‬ ‫اللهم ص ِل وسلِم لَع سيِ ِدنا ُمم ٍد و‬
َ ‫َ َ ح َ َ ح ُ َّ ُ ح‬ َ ‫َ ُ ح ُ ح َ َّ َ َ ح‬ ُ َّ َ َ َ َ ُ ‫َ َّ َ ح‬
. ‫وصيكم وإِياي بِتقوى اهللِ فقد فاز المتقون‬ ِ ‫ ا ِتقوا اهلل أ‬،ِ‫ فيا عِباد اهلل‬،‫أما بعد‬

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬

‫ﱡ ﱍ ﱎ ﱏ ﱐ ﱑ ﱒ ﱓ ﱔ ﱕ ﱖﱗ ﱘ ﱙﱚ ﱛ ﱜ ﱝ‬

٨١ :‫ﱞ ﱟ ﱠ ﱠ احلرش‬

Yang. bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah
(dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah
setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk
menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya
Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saudara-saudaraku.sidang.Jumaat.yang.dikasihi,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita
bertaqwa kepada Allah SWT dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam
masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Mudah-mudahan
kita diberikan kejayaan dan keselamatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 2 Khutbah Jumaat 2021
01 Januari 2021/17 Jamadil Awal1442

Muslimin.sidang.jumaat.yang.dikasihi,.
Kehidupan manusia tidak akan sempurna jika tidak ada peraturan dan undang-undang.
Peraturan dan undang-undang akan menjadi sia-sia jika sekiranya tidak dipatuhi dan
ditaati. Peraturan yang diatur bukanlah untuk menyusahkan kehidupan manusia, tetapi
sebaliknya, iaitu untuk menjamin keselamatan dan keamanan hidup kita semua.

Sejarah peperangan Uhud yang berlaku pada tahun ketiga hijrah memberi pengajaran yang
amat besar kepada kita semua betapa ketaatan kepada pemimpin adalah sesuatu yang
dituntut.

Baginda Nabi SAW telah memberi arahan kepada sebahagian daripada tentera Islam yang
diberi tugas untuk menjadi pasukan pemanah agar tidak meninggalkan kedudukan mereka
di atas bukit pemanah sekalipun kalah atau menang.

Pasukan Islam pada peringkat awalnya telah berjaya menewaskan pasukan musyrikin
Mekah yang dipimpin oleh Khalid Ibnu Al-Walid. Namun, apabila sebahagian besar
daripada pasukan pemanah meninggalkan kedudukan kerana melihat harta ghanimah,
maka Khalid Ibnu Al-Walid melakukan serangan balas sehingga menyebabkan keadaan
menjadi kelam kabut di pihak tentera Islam serta mengorbankan 70 orang sahabat dan
Baginda Nabi SAW turut mendapat kecederaan.

Saudara-saudaraku.sidang.jumaat.yang.dikasihi,.
Mentaati pemerintah atau pemimpin adalah satu kewajipan. Baginda Nabi SAW
menegaskan di dalam sepotong hadis,

‫لَع ال ح َمرءِح‬
َ َ ُ َ َّ َ ُ ‫َ ح َ ح َّ َ َ َّ ُ َ ح ُ َ ح َّ ِّ َ َّ َّ ُ َ َ ح َ َ َّ َ َ َ َّ ح‬
‫السمع والطاعة‬: ‫عن عب ِد اَّللِ ر ِِض اَّلل عنه عن انل ِِب صَّل اَّلل علي ِه وسلم قال‬
َ َ َ َ َ ‫َ َ َ َّ َ َ َ َ َ ح ُ ح َ ح َ ح َ َ َ ُ َ َ ح َ َ َ ح‬ ‫حُ ح‬
.‫المسلِ ِم فِيما أحب وك ِره ما لم يؤمر بِمع ِصي ٍة فإِذا أمِر بِمع ِصي ٍة فال سمع وال طاعة‬
) ‫(رواه ابلخاري‬

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 3 Khutbah Jumaat 2021
01 Januari 2021/17 Jamadil Awal1442

Daripada Abdullah RA daripada Nabi SAW bersabda :


"Mendengar dan mentaati (pemerintah) adalah wajib bagi setiap Muslim, sama ada
dalam perkara yang disukai ataupun yang tidak disukai selagi dia tidak diperintahkan
melakukan kemaksiatan. Jika dia diperintahkan melakukan kemaksiatan, maka tidaklah
(wajib) dia mendengar dan mentaati."

Sidang.jumaat.yang.rahmati.Allah.sekalian,.
Mentaati pemimpin adalah salah satu sebab datangnya pertolongan dan rahmat dari
Allah SWT. Setiap Muslim dituntut untuk bersabar dalam mentaati perintah pemimpin
dan pemerintah, sekalipun perintah tersebut kadang-kadang tidak disukai oleh kita.
Tetapi, jika perintah tersebut menjurus kepada kebatilan dan maksiat, maka tidak lagi
wajib untuk kita mentaatinya.

Saudara-saudaraku.sidang.jumaat.yang.dikasihi,.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa, ayat 59 :

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
٩٥ :‫ﱡ ﳄ ﳅ ﳆ ﳇ ﳈ ﳉ ﳊ ﳋ ﳌ ﳍﱠ النساء‬

Maksudnya. : "Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu
kepada Rasul serta (taatlah kepada) ulil amri (para pemimpin) dari kalangan kamu" .

Sebahagian ulama tafsir menjelaskan pandangan mereka terhadap ayat di atas ini dengan
menyatakan bahawa ketaatan kepada ulil amri atau pemerintah hanyalah terikat dengan
ketaatan mereka kepada Allah SWT serta RasulNya SAW. Justeru, ketaatan kepada arahan
para pemerintah adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang makruf sahaja.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 4 Khutbah Jumaat 2021
01 Januari 2021/17 Jamadil Awal1442

Ini bertepatan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar RA beliau berkata
bahawa Rasulullah SAW bersabda :

َ َ َ َ َ َ ‫َّ ح ُ َ َّ َ ُ َ ٌّ َ َ ح ُ ح َ ح ح َ ح َ َ َ ُ َ َ ح َ َ َ َ ح‬
)‫ (رواه ابلخاري‬.‫صي ٍة فال سمع وال طاعة‬
ِ ‫ فإِذا أمِر بِمع‬،ِ‫ ما لم يؤمر بِالمع ِصية‬،‫السمع والطاعة حق‬

Maksudnya. : "Dengar dan taat (kepada pemerintah) itu merupakan suatu perkara
yang hak (kemestian), selama mana mereka tidak memerintahkan kepada maksiat.
Apabila mereka (pemerintah) mengarahkan kepada maksiat maka tidak wajib dengar
dan taat (pada arahan tersebut)".

Oleh yang demikian, sekiranya sebarang arahan yang dikeluarkan oleh pemerintah itu
merupakan suatu kebaikan, serta mendatangkan maslahah kepada rakyat, sama ada
arahan tersebut disukai oleh rakyat atau tidak maka ianya wajib dipatuhi dan ditaati. Ini
bertepatan dengan kaedah fekah yang masyhur :

َ َ ‫َ ح‬ ٌ ُ َ َّ َّ َ َ ِ َ ُ ُّ َ َ
‫تَصف اإلمام لَع الرعِي ِة منوط بِالمصلحة‬

Maksudnya. :. "Urus tadbir pemerintah ke atas rakyat hendaklah terikat dengan


maslahah" .

Syeikh Syihabuddin Al-Qasthallani dalam syarahan beliau ke atas hadis Ibn Umar
tersebut menyatakan :

’‘Ketaatan terhadap arahan-arahan mereka (pemerintah) adalah wajib, dan ini meliputi
para pemerintah umat Islam sama ada di zaman Rasulullah SAW dan juga selepas bag-
inda selama mana suruhan tersebut bukan terhadap perkara maksiat’’.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 5 Khutbah Jumaat 2021
01 Januari 2021/17 Jamadil Awal1442

Saudara-saudaraku.sidang.jumaat.yang.dikasihi
Mentaati arahan pemerintah yang bersifat makruf adalah wajib hukumnya. Yang tidak
wajib diikuti ialah sekiranya arahan tersebut menjurus kepada dosa dan maksiat. Sebagai
contoh, sekiranya pemerintah memerintahkan untuk ditinggalkan solat, maka ini adalah
arahan yang haram dipatuhi kerana ianya bercanggah dengan perintah Allah SWT. Namun,
sekiranya pemerintah atau pihak kerajaan mengarahkan kita untuk menghadkan jumlah
jamaah bagi solat Jumaat secara bertempoh disebabkan wabak Covid 19, atau pihak
kerajaan mengarahkan agar dilakukan penjarakkan saf solat jamaah di masjid bagi
mengekang penularan wabak penyakit berjangkit ini, maka ini adalah suatu arahan yang
bertujuan untuk menjaga kemaslahatan rakyat yang mesti dan wajib dipatuhi oleh setiap
daripada kita.

Maka sebarang usaha untuk mengelakkan sebarang kemudaratan dan gangguan penyakit
berjangkit kepada umat Islam juga turut termasuk dalam perbuatan sedekah.

Demikian juga disebut kaedah fekah :

َ َ َ َ َ َ‫َحُ ح‬
‫درء المفا ِس ِد أوَل مِن جلب املصال ِح‬

Maksudnya ”Menolak mafsadah (keburukan) adalah lebih utama berbanding


mendatangkan kebaikan".

Justeru, arahan yang dikeluarkan oleh pihak pemerintah atau kerajaan adalah bersifat
menolak sedaya mungkin faktor-faktor yang boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih
besar meskipun terpaksa mengenepikan beberapa maslahah-maslahah yang tertentu.
Maka jelas ianya wajib dipatuhi oleh kita semua dan sama-samalah kita doakan agar
keadaan ini akan berakhir tidak lama lagi. Mudah-mudahan kita akan dapat kembali hidup
dan beribadat seperti biasa seperti mana sebelum ini.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 6


Khutbah Jumaat 2021
01 Januari 2021/17 Jamadil Awal1442

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﱡ ﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉ ﱊﱋﱌﱍ‬
٥٩ :‫ﱎ ﱏ ﱐ ﱑ ﱒ ﱓ ﱠ األعراف‬

Maksudnya: "Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami
akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya
dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan
mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan".

َ‫اكم بماَ فيه من‬ُ َّ َ ‫َ َ َ َ ح‬


‫ ونفع ِِن وإِي‬،‫يم‬
َ ُ ُ ََ ‫ََ َ ُ ح‬
ِ ِ ِ ِ ِ ‫رآن الع ِظ‬ِ ‫ىف الق‬ ِ ‫بارك اهلل ِِل ولكم‬
ُ َّ َ ُ ُ َّ ُ َ َ َ ‫َ ح َ َ َ َّ َ ِّ ح َ ح ُ ح‬ ‫َ ِّ ح‬ ََ ‫ح‬
‫ وتقبل ِمِن و ِمنكم ت ِالوته إِنه هو الس ِميع‬،‫كي ِم‬ ِ ‫ات واذلك ِر اْل‬ ِ ‫األي‬
َ َ ‫َ َ َ ح ََ ُ ح‬ ُ ‫َ ُ َ ُ ُ َ ح َ َ ََ ح َ ح‬
‫وِل هذا وأستغ ِفر اهلل الع ِظيم ِِل ولكم ول ِسائ ِ ِر‬ ِ ‫ أقول ق‬.‫العليِم‬
َ ‫َ ح َح ُ حُ ََ َح‬ َ ُ َ َ ُ َ َ ‫َ َ ُ ح‬ ‫َُ ح‬
‫ فيا فوز‬،‫ فاستغ ِفروه‬،‫ات‬ ِ ‫ات والمؤ ِمنِْي والمؤ ِمن‬ ِ ‫المسلِ ِمْي والمسلِم‬
َ ََ َ َ َ
َ.‫اة اتلَّائبْي‬ ‫ُ ح َح‬
ِِ ‫المستغ ِف ِرين ويا َن‬

Anda mungkin juga menyukai