Anda di halaman 1dari 9

KHUTBAH JUMAAT

BERSEMPENA HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN TAHUN 2022

‘BERSAMA-SAMA MEMBANTERAS PENYALAHGUNAAN DADAH’


(18 Februari 2022M/ 16 Rejab 1443H)
____________________________________________________________________________________________________________

‫ َوأ ََمَرنَا‬،‫َح َس ِن تَق ِو ٍمي‬ ‫أ‬ ‫ِف‬ِ ‫ن‬


َ ‫ا‬ ‫نس‬ ِ
‫اْل‬
ْ ‫ق‬ ‫ل‬
َ ‫خ‬ ‫ي‬ ‫ذ‬ِ َّ‫ اَلْـحمد لِّٰلّ ِو ال‬،‫اَلْـحمد لِّٰلّ ِو‬
ْ َ َ َ َُْ َُْ
،ُ‫ك لَو‬ َ ْ‫ أَ ْش َه ُد أَ ْن ََل إِلَـّٰوَ إَِّّل اهللُ َو ْح َدهُ َّل َش ِري‬.‫ـخلُ ِق الْ َك ِرِمي‬ ُ ْ‫بِالتَّـ ْق َوى َوال‬
.ُ‫ـح َّم ًدا َعْب ُدهُ َوَر ُس ْولُو‬ َ ‫َن َسيِّ َدنَا ُم‬َّ ‫َوأَ ْش َه ُد أ‬
.‫ي‬ ِ‫َْجع‬
ْ ‫أ‬ ِ ِ‫اَل ّٰلّه َّم ص ِّل وسلِّم علَى سيِّ ِدنَا مـح َّم ٍد وعلَى أّٰلِِو وصحب‬
‫و‬
َ ْ َ ْ َ َ ّٰ َ َ َ ُ َ ّٰ َ ْ َ َ َ ُ
‫اعتِ ِو‬ َ‫ط‬‫و‬ ِ ‫ اِتَّـ ُقوا اهلل أُو ِصي ُكم وإِيَّاي بِتَـ ْقوى‬،‫اهلل‬
‫اهلل‬ ِ ‫ فَـيا ِعباد‬،‫أ ََّما بـع ُد‬
َ َ َ َ َ ْ ْ ْ َ َ َ َ َْ
.‫لَ َعلَّ ُك ْم تُـ ْفلِ ُح ْو َن‬
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah
subhanahu wata’ala dengan melakukan segala suruhan-Nya dan
menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita berjaya di dunia dan di
akhirat. Bersempena dengan sambutan Hari Antidadah
Kebangsaan yang disambut pada 19 Februari setiap tahun, maka
mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah Jumaat yang
bertajuk: ‘Bersama-Sama Membanteras Penyalahgunaan
Dadah’.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Setiap hari berlakunya kes jenayah khususnya dalam
penyalahgunaan dadah yang menjadi ancaman kepada ummah di
negara kita khususnya di Sarawak. Sehingga September 2021,

1
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah merekodkan seramai
lebih daripada 114,000 orang yang terlibat dalam penyalahgunaan
dadah. Malangnya, 79 peratus daripada jumlah tersebut adalah
bangsa Melayu yang beragama Islam. Data turut menunjukkan,
daripada 100,000 orang penduduk terdapat seramai 394 orang
yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Sekiranya berterusan, matlamat mewujudkan Aspirasi Keluarga


Malaysia yang berjaya tidak akan tercapai. Ingatlah amaran Allah
subhanahu wata’ala dalam surah al-Baqarah, ayat 195 :

...       ...

Maksudnya: ... dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri


kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); ...

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Dalam mencapai Aspirasi Keluarga Malaysia yang berjaya, benteng
kepada gejala yang merosakkan generasi akan datang perlu
diperkukuhkan secara bersungguh-sungguh melalui usaha
pencegahan seperti berikut:

Pertama : Peranan Ketua Keluarga.


Sebagai ketua keluarga, kita memikul amanah dan tanggungjawab
daripada Allah subhanahu wata’ala untuk membimbing anak-anak
agar berpegang teguh dengan akidah Islam, melazimi ibadah
secara berjemaah serta berakhlak mulia di samping memastikan
persekitaran keluarganya yang sihat dan sejahtera. Abdullah bin

2
Umar radiallahu anhuma menjelaskan bahawa beliau telah
mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

،‫ول َع ْن َر ِعيَّتِ ِو‬ ِْ َ‫ ف‬،‫ول َع ْن َر ِعيَّتِ ِو‬


ٌ ُ‫اْل َم ُام َر ٍاع َوَم ْسئ‬ ٌ ُ‫(( ُكلُّ ُك ْم َر ٍاع َوَم ْسئ‬
))... ‫ول َع ْن َر ِعيَّتِ ِو‬ ٌ ُ‫الر ُج ُل ِِف أ َْىلِ ِو َر ٍاع َوُى َو َم ْسئ‬
َّ ‫َو‬
Maksudnya: Setiap daripada kalian adalah pemimpin dan
bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang imam
(ketua negara) adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab
terhadap rakyatnya dan seorang lelaki dalam keluarga
adalah pemimpin dan bertangggungjawab terhadap
pimpinannya (ahli keluarganya) ...
( Hadis riwayat Imam al-Bukhari )

Ketua Keluarga mestilah prihatin ke atas setiap perkembangan atau


perubahan anak-anak serta menjadi sahabat kepada mereka.
Sekiranya terdapat ahli keluarga kita yang tersasar, usahalah untuk
merawat pulih mereka dan janganlah cepat menghukum. Teruskan
memberi sokongan agar mereka dapat bangkit dan berusaha untuk
kembali ke pangkal jalan. Perkara ini amat penting kerana Islam
mengajar kaedah dalam mendidik anak-anak supaya mereka
terpelihara daripada anasir yang tidak baik.

Kedua: Keprihatinan dan kebersamaan dalam masyarakat.


Setiap ahli masyarakat mestilah mewujudkan hubungan yang baik
dan jalinan yang erat. Sikap ambil peduli terhadap persekitaran
perlu sentiasa dipertingkatkan agar permasalahan sosial seperti
penagihan dadah dapat dicegah lebih awal. Sebagai anggota

3
masyarakat yang prihatin, hendaklah berganding bahu dan
mengambil langkah-langkah yang proaktif bagi membendung gejala
sosial daripada terus membarah. Bertegaslah dengan mengambil
tindakan yang sewajarnya seperti menegur, menasihati atau
melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Abu Sa’id al-
Khudri radiallahu anhu meriwayatkan bahawa beliau telah
mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

‫ فَِإ ْن لَـ ْم‬،‫ فَِإ ْن لَـ ْم يَ ْستَ ِط ْع فَبِلِ َسانِِو‬،‫(( َم ْن َرأَى ِمْن ُك ْم ُمْن َكًرا فَـ ْليُـغَيِّـ ْرهُ بِيَ ِد ِه‬
ِ َ ِ ‫َضعف ا‬
))‫ْلميان‬ ‫أ‬ ‫ك‬ ِ‫ و َذل‬،‫يست ِطع فَبِ َق ْلبِ ِو‬
ُ َْ َ َ ْ َْ َ
Maksudnya: Sesiapa dalam kalangan kamu yang melihat
kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya,
sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan
lidahnya, sekiranya tidak mampu hendaklah dia mengubah dengan
hatinya, dan mengubah dengan hati itu adalah selemah-lemah
iman.
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Oleh sebab itu, masyarakat perlu peka dengan perkara yang


berlaku di sekelilingnya. Jika terdapat kegiatan yang mencurigakan,
sila segera laporkan kepada pihak berkuasa seperti Polis dan
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Kegiatan penyalahgunaan
dadah boleh dilaporkan ke Pejabat AADK Daerah yang
berhampiran atau dengan menghubungi talian Hotline AADK di
talian 03-89112233 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari
seminggu.

4
Selain itu, masyarakat juga berperanan membantu dan
membimbing penyalahguna dadah yang telah dirawat pulih dengan
melibatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti komuniti dan kerohanian
seperti gotong-royong dan bacaan Al-Quran di masjid dan surau
bagi melahirkan kebersihan jiwa serta ketenangan untuk
memastikan kepulihan dapat dicapai seterusnya memberi manfaat
kepada ummah dan negara.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian.


Antara penghayatan yang boleh dijadikan pedoman melalui
khutbah pada hari ini ialah:

Pertama: Institusi kekeluargaan yang harmoni akan


menghindarkan masyarakat daripada terjebak ke dalam gejala yang
tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah.

Kedua : Masyarakat hendaklah bertanggungjawab dan saling


bekerjasama dalam memastikan kesejahteraan dan keharmonian
masyarakat agar terpelihara daripada anasir negatif.

Ketiga : Umat Islam hendaklah sentiasa berdoa dan berusaha


membimbing anak-anak dan anggota masyarakat agar terhindar
daripada aktiviti yang tidak sihat.

Marilah kita bersama-sama menghayati firman Allah subhanahu


wata’ala dalam surah at-Tahrim, ayat 6:

.‫الرِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬ ِ ‫ بِس ِم‬.‫الرِج ْي ِم‬
َّ ‫اهلل‬ ْ َّ ِ َ‫الش ْيط‬
‫ان‬ َّ ‫ن‬
َ
ِ ‫اهلل‬
‫م‬ ِ ِ‫أَعُوذُ ب‬
ْ

5
          

           

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri


kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan
bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan
dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya);
mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang
diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap
melakukan segala yang diperintahkan.

‫فِْي ِو ِم َن‬ ‫ َونَـ َف َع ِِن َوإِيَّا ُك ْم ِِبَا‬،‫آن الْ َع ِظْي ِم‬


ِ ‫بارَك اهلل ِِل ولَ ُكم ِِف الْ ُقرء‬
َْ ْ َ ََ
‫الس ِمْي ُع‬
َّ ‫ إِنَّوُ ُى َو‬،ُ‫ َوتَـ َقبَّ َل ِم ِّ ِْن َوِمْن ُك ْم تِالََوتَو‬،‫اْلَ ِكْي ِم‬
ْ ‫الذ ْك ِر‬ ِّ ‫ات و‬ ِ ‫اَلي‬
َ َ
‫َولِ َسائِِر‬ ،‫َستَـ ْغ ِفُر اهللَ الْ َع ِظْي َم ِِل َولَ ُك ْم‬ ‫أ‬‫و‬ ،‫ا‬‫ذ‬
ْ َ َ ْ ْ ُْ ََ ‫ى‬ ‫ِل‬ ِ‫و‬‫ـ‬َ‫ق‬ ‫ل‬ُ ‫و‬ ‫ـ‬
ُ ‫ق‬َ‫أ‬ ، ‫م‬ ‫ي‬ ِ‫الْعل‬
‫إِنَّوُ ُى َو‬ ‫استَـ ْغ ِفُرْوُه‬
ْ َ‫ف‬ ، ِ َ‫ والْمؤِمنِي والْمؤِمن‬،‫ات‬
‫ات‬ ُْ َ َْ ُْ َ
ِ ‫الْمسلِ ِمي والْمسلِم‬
َ ْ ُ َ َْ ْ ُ
. ‫الرِحْي ُم‬َّ ‫الْغَ ُف ْوُر‬

6
KHUTBAH JUMAAT KEDUA
___________________________________________________________________________________________________________________

‫اهلل‬ ‫ّل‬ َِّ‫إ‬ ‫و‬ ‫ـ‬


ّٰ‫ـ‬
َ‫ل‬ِ‫إ‬ ‫ّل‬
َ ‫ن‬ْ َ
‫أ‬ ‫د‬
ُ ‫ه‬ ‫ش‬
ْ َ
‫أ‬ . ‫ر‬‫َم‬ ‫أ‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ك‬
َ ‫ا‬
‫ري‬ ِ‫ اَلْـحم ُد لِّٰلّ ِو ََح ًدا َكث‬.‫اَلْـحم ُد لِّٰلّ ِو‬
ُ َ َ ََ َ ً ْ َْ َْ
‫ اَل ّٰلّ ُه َّم‬.ُ‫َن َسيِّ َدنَا ُمـ َح َّم ًدا َعْب ُدهُ َوَر ُس ْولُو‬ َّ ‫ َوأَ ْش َه ُد أ‬،ُ‫ك لَو‬ َ ْ‫َو ْح َدهُ َّل َش ِري‬
‫ أ ََّما‬.‫ي‬ ِ‫َْجع‬ ْ ‫أ‬ ِِ‫ص ِّل وسلِّم وبا ِرْك علَى سيِّ ِدنَا مـح َّم ٍد وعلَى أّٰلِِو وأَصحاب‬
‫و‬
َْ َ َ ْ َ ّٰ َ َ َ ُ َ ّٰ َ َ َ ْ َ َ َ
.‫ اِتَّـ ُقوا اهللَ َح َّق تُـ َقاتِِو لَ َعلَّ ُك ْم تُـ ْفلِ ُح ْو َن‬،‫اهلل‬
ِ ‫ فَـيا ِعباد‬،‫بـع ُد‬
َ َ َ َْ
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita bersama-sama kita terus melakukan kawalan kendiri
dengan sebaik-baiknya dan mematuhi garis panduan serta
Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan penularan wabak
COVID-19 yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi
mengelakkan terdedah kepada bahaya wabak penyakit kerana
mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Pada masa yang
sama, teruskanlah memohon keampunan dan bermunajat kepada
Allah subhanahu wata’ala agar diangkat segera wabak ini daripada
kita.

:‫اِل‬
ّٰ َ ‫قَ َال اهللُ تَـ َع‬
           

  

‫ت‬ ‫ي‬ َّ
‫ل‬ ‫ص‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ك‬َ ، ٍ ‫اَل ّٰلّه َّم صل علَى سيِّ ِدنَا مـح َّم ٍد وعلَى أّٰ ِل سيِّ ِدنَا مـح َّم‬
‫د‬
َ َْ َ َُ َ ّٰ َ َ َ ُ َ ّٰ َ ِّ َ ُ
‫ َوبَا ِرْك َعلَ ّٰى َسيِّ ِدنَا‬،‫َعلَ ّٰى َسيِّ ِدنَا إِبْـَر ِاىْي َم َو َعلَ ّٰى أّٰ ِل َسيِّ ِدنَا إِبْـَر ِاىْي َم‬
7
‫ت َع ّٰلَى َسيِّ ِدنَا إِبْـَر ِاىْي َم‬ ‫ك‬
‫ار‬
ْ
َ ََ َ ‫ب‬ ‫ا‬ ‫م‬‫ك‬َ ، ٍ ‫مـح َّم ٍد وعلَى أّٰ ِل سيِّ ِدنَا مـح َّم‬
‫د‬ َُ َ ّٰ َ َ َ ُ
.‫َحْي ٌد َمـ ِجْي ٌد‬
َِ ‫ك‬ َّ
‫ن‬ ِ
‫إ‬ ، ‫ي‬ ِ
‫م‬ ‫ل‬
َ ‫ا‬ ‫ع‬ْ‫ل‬ ‫ا‬ ِ
‫ِف‬
َ َ ْ َ ْ َ ْ َ ْ َ ّٰ َ َ ، ‫م‬‫ي‬ ِ ‫وعلَى أّٰ ِل سيِّ ِدنَا إِبـر‬
‫اى‬
ِ ‫ات اْألَحي‬
‫آء‬ ِ َ‫والْمؤِمنِي والْمؤِمن‬ ِ ‫والْمسلِم‬
‫ات‬ ‫ي‬ ‫م‬ِ ِ‫اَل ّٰلّه َّم ا ْغ ِفر لِْلمسل‬
َْ ُْ َ َْ ُْ َ َ ُْ َ َْ ْ ُ ْ ُ
ِ َ‫ات ويا ق‬
‫اض َي‬ ِ ‫م ِـجيب الدَّعو‬ ‫ب‬ ‫ي‬ِ
‫ر‬ ‫ق‬
َ ‫ع‬ ‫ي‬ َِ
‫َس‬ ‫ك‬ ِ ‫ِمْنـهم وا ْألَمو‬
َ َّ‫ إِن‬.‫ات‬
ََ ََ ُ ْ ُ ٌ ْ ٌْ َْ َ ْ ُ
.‫ات‬ ِ ‫اْلاج‬
َ َْ
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami, ibubapa kami,
ahli keluarga dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan,
kedamaian dan kebahagiaan kepada kami semua dalam kehidupan
di dunia dan di akhirat.

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-


Mu kepada kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin
Negara kami, khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong Malaysia, dan juga pemimpin-pemimpin negeri
kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
Sarawak.

Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati,


hindarilah kami daripada sebarang bentuk gejala rasuah dan
perlanggaran kepada peraturan dan undang-undang yang
ditetapkan pemerintah. Kurniakanlah keselamatan dan
kesejahteraan, jadikanlah kami ummah yang berkualiti dan
berintegriti demi mencapai negara yang aman dan makmur serta
mendapat perlindungan Allah subhanahu wata’ala.

8
‫اج َع ْلوُ طَ ُه ًورا‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ف مرضانَا ومرضى الْمسلِ ِمي‪ ،‬اَل ّٰ‬
‫ل‬ ‫ِ‬ ‫اَل ّٰلّ ُه َّم ا ْش ِفنَا‬
‫َّ‬
‫ُْ َ ُ ْ‬‫ّ‬ ‫َ‬ ‫َ َْ‬ ‫َ‬ ‫َوا ْش َ ْ‬
‫ض ِص َّحة‪َ ،‬وِم ْن بَـ ْع ِد‬ ‫َمْن ِزلَتَـ ُه ْم‪َ ،‬وأَبْ ِدلْ ُـه ْم ِم ْن بَـ ْع ِد الْ َمَر ِ‬ ‫لَ ُـه ْم‪َ ،‬و ْارفَ ْع‬
‫الْبَ َال ِء َعافِيَة‪.‬‬
‫ي‪ ،‬اَل ّٰلّ ُه َّم ا ْغ ِف ْر لَ ُـه ْم َو ْار ََحْ ُه ْم‪،‬‬ ‫اَل ّٰلّه َّم ارحم موتَانَا وموتَى الْمسلِ ِ‬
‫م‬
‫ُْ َ‬ ‫ُ ْ َ ْ َْ ََْ‬
‫َلخَرِة َح َسنَ ًة‬ ‫الدنْـيا حسنَةً وِِف اْ ِ‬ ‫ُّ‬ ‫ِف‬ ‫ِ‬ ‫ا‬‫وعافِ ِهم و ْاعف عْنـهم‪ .‬ربـَّنَآ أّٰتَِ‬
‫ن‬
‫َ ََ َ‬ ‫ََ ْ َ ُ َ ُْ َ‬
‫ي‪.‬‬ ‫م‬‫ب الْعالَ ِ‬ ‫َّ‬ ‫ر‬ ‫ا‬ ‫ي‬ ‫ي‬ ‫م‬‫وقِنَا ع َذاب النَّا ِر‪ .‬أّٰ ِمي‪ ،‬أّٰ ِ‬
‫ْ ْ َ َ َ َْ‬ ‫َ َ َ‬
‫آء ِذي الْ ُق ْرَ َّٰب َويَـْنـ َه ّٰى‬ ‫ان‪ .‬وإِيت ِ‬ ‫ِعباد ِ‬
‫اهلل‪ .‬إِ َّن اهللَ يَأْ ُمُر بِالْ َع ْد ِل َواْ ِْل ْح َس ِ َ َ‬ ‫ََ‬
‫اهلل‬ ‫ا‬
‫و‬ ‫ر‬ ‫ك‬
‫ُ‬ ‫ذ‬
‫ْ‬ ‫ا‬‫َ‬‫ف‬ ‫‪.‬‬ ‫ن‬
‫َ‬ ‫و‬ ‫ر‬‫ك‬‫َّ‬ ‫ذ‬
‫َ‬ ‫ت‬
‫َ‬ ‫م‬ ‫ك‬
‫ُ‬ ‫َّ‬
‫ل‬ ‫ع‬‫َ‬‫ل‬ ‫م‬ ‫ك‬
‫ُ‬ ‫ظ‬
‫ُ‬ ‫آء والْمْن َك ِر والْبـ ْغ ِي‪ .‬يعِ‬ ‫ع ِن الْ َفحش ِ‬
‫ُ َ‬ ‫ْ َ َ ُ َ َ َ ْ َ ْ ُْ‬ ‫َ‬
‫ضلِ ِو‬ ‫َ‬‫ف‬ ‫ن‬ ‫م‬‫ِ‬ ‫ه‬‫ـو‬‫ُ‬‫ل‬‫َ‬‫أ‬‫اس‬ ‫و‬ ‫‪.‬‬ ‫م‬‫ك‬‫ُ‬ ‫د‬
‫ْ‬‫ز‬‫ِ‬ ‫ي‬ ‫و‬‫ِ‬ ‫ِ‬
‫م‬ ‫ع‬ ‫ِ‬
‫الْ َع ِظْي َم يَ ْذ ُك ْرُك ْم‪َ .‬وا ْش ُكُرْوهُ َعلَ ّٰى ن َ َ ْ َ ْ ْ ُ ْ ْ‬
‫صنَـعُو َن‪ .‬أَقِْي ُموا َّ‬
‫الص َال ِة‪.‬‬ ‫َ‬‫ت‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫م‬
‫َُ َ ُ َ ْ ُ َ ْ‬ ‫ل‬
‫َ‬ ‫ع‬ ‫ـ‬ ‫ي‬ ‫اهلل‬ ‫و‬ ‫‪.‬‬ ‫ر‬‫ـ‬ ‫ب‬‫ك‬‫ْ‬ ‫َ‬
‫أ‬ ‫يـع ِط ُكم‪ .‬ولَ ِذ ْكر ِ‬
‫اهلل‬ ‫ُْ ْ َ ُ‬

‫‪9‬‬

Anda mungkin juga menyukai