Anda di halaman 1dari 3

Jenis-jenis Hadith:

1. Apakah makna Hadis Qudsi ? Ialah sesuatu yang dikhabarkan oleh Allah kepada Rasulullah
s.a.w melalui ilham atau mimpi kemudian baginda menyampaikan dengan menggunakan
perkataan baginda sendiri. Contoh :

‫ أ ُ ْنفِ ْق‬،‫ أَ ْنفِ ْق َي ا اب َْن آدَ َم‬:ُ ‫ ” َق ا َل هَّللا‬:‫ص لَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َس لَّ َم َق ا َل‬
َ ِ ‫ أَنَّ َرسُو َل هَّللا‬،ُ‫َعنْ أَ ِبي ه َُري َْر َة َرضِ َي هَّللا ُ َع ْنه‬
‫ك‬َ ‫َعلَ ْي‬
Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, “Allah SWT
berfirman, berinfaklah wahai anak adam, (jika kamu berbuat demikian) Aku memberi infak
kepada kalian."

(HR : Bukhari dan Muslim)

2. Hadis Mutawatir ialah hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh ramai sahabat. Diantara
syarat-syarat Hadis Mutawatir ialah diriwayatkan oleh perawi yang ramai yang mencapai satu
tahap mustahil untuk mendustakan hadis Rasullah s.a.w. Jumlah perawi seimbang pada setiap
peringkat dan hadis diterima melalui pendengaran dan penglihatan. Maka, kita wajib beriman
dengan Hadis Mutawatir dan menolaknya adalah jatuh kafir @ kufur.

Contoh: Berbicara kepada kami Muhammad bin Ubaid Al-Gabary diceritakan lagi oleh Abu
Awanah dari Abi Hasin dari Abi Salih dari Abi Hurairah berkata, berkata Rasulullah saw. : Barang
siapa yang sengaja berdusta atas namaku, maka hendaklah bersiap-siap untuk mengambil
tempat di neraka.” (HR. al-Bukhari dan Muslim).[10]

3. Hadis Ahad pula ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi atau dua orang atau lebih
yang tidak memenuhi syarat-syarat Hadis Mutawatir. Hukum beramal dengan Hadis Ahad ialah
wajib beramal dan berhujah pada setiap Hadis Ahad tetapi tidak kufur sesiapa yang
menolaknya.

6. Hadis Dhaif pula merupakan hadis yang lemah. Walaupun begitu, kita dibolehkan untuk
beramal dengan Hadis Dhoiif tetapi hadis ini tidak boleh dijadikan hujah. Cara untuk beramal
dengan Hadis Dhaif ialah hadis itu mestilah berkaitan dengan fadhailul amal (fadhilat beramal)
sahaja, faktor kedhaifan bersifat sederhana dan mafhum Hadis Dhaif ada pada nas-nas syara'
yang sahih.
Contoh: “Beramallah untuk duniamu seakan-akan engkau hidup akan selamanya dan
beramallah untuk akhiratmu seakan-akan engkau akan mati besok”.

7. Hadis Maudhu’ ialah hadis palsu, apa-apa yang direka dan disandarkan kepada Nabi saw atau
selainnya dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat baginda tetapi secara dusta.

Contoh-contoh Hadith Palsu:


Barangsiapa memasuki perkuburan kemudian membaca surah Yasin maka diringankan pada
hari itu segala beban mereka (ahli kubur) dan baginya kebaikan sejumlah orang yang ada
dalam perkuburan itu.

“Sesiapa yang duduk menuntut ilmu seolah-olah dia membebaskan ibu bapa dan datuknya
dari siksaan kubur”.

“Tiap isteri yang keluar rumah tanpa izin suaminya dikutuk oleh malaikat di langit dan apa
saja yang dilaluinya selain manusia dan jin sehingga kembali ke rumah”.

“Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga Firdaus. Puasa dua hari dilipat gandakan
pahalanya. Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang
menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan). Puasa empat hari pada bulan
Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah
dajjal di hari Qiamat. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya tujuh pintu
neraka. Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka padanya lapan pintu syurga”.

“Barangsiapa yang tidur selepas Asar, maka terganggulah aqalnya”

“Barangsiapa yang berkata mengenai sesuatu perkataan,kemudian dia bersin maka benarlah
perkataan itu”

“Sesungguhnya hati itu akan berkarat seperti berkaratnya besi dan penyembuhnya adalah
istighfar”

“Semua manusia ibarat mayat kecuali orang-orang alim. Dan orang-orang alim semuanya
binasa kecuali orang-orang yang beramal. Dan orang-orang beramal semuanya tenggelam
kecuali orang-orang yang ikhlas. Dan orang-orang yang ikhlas semuanya dalam bahaya yang
besar.”

“Sesiapa yang menyampaikan 1 Rejab kepada orang lain,maka dijauhkan dia daripada api
neraka”.
‫ أتَ ْد ُرو َن ِمن‬ ‫ال‬ َ َ‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم ق‬َ ِّ ‫َع ْن أَيِب ُهَر ْي َر َة َع ْن النَّيِب‬
َ ‫س فِينَا يَا َر ُس‬
‫ول اللَّ ِه َم ْن اَل لَهُ ِد ْر َه َم َواَل ِدينَ َار‬ ُ ُ
ِ‫الْم ْفلِس قَالُوا الْم ْفل‬
ُ ُ
‫ص اَل ٍة َو ِص يَ ٍام‬ ِ‫ب‬ ‫يِت‬ْ
‫أ‬ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫م‬ ِ ‫ال الْم ْفلِس ِمن أ َُّميِت يوم الْ ِقيام‬
‫ة‬
َ َ ْ َ َ َ َ َْ ْ ُ ُ َ َ‫اع ق‬ َ َ‫َواَل َمت‬
‫ال َه َذا‬ َ ‫ف َه َذا َوأَ َك َل َم‬ َ ‫ض َه َذا َوقَ َذ‬ ‫ر‬ ِ ‫و َز َك ٍاة وي أْيِت قَ ْد َش تَم‬
‫ع‬
َ ْ َ ََ َ
‫ص َه َذا ِم ْن َح َس نَاتِِه َو َه َذا ِم ْن َح َس نَاتِِه‬ ُّ َ‫ب َه َذا َفُي ْق َع ُد َفَي ْقت‬ َ ‫ض َر‬
َ ‫َو‬
‫اه ْم‬ ‫اي‬‫ط‬
َ ‫خ‬ ‫ن‬ ِ ‫فَ ِإ ْن فَنِيت حس نَاتُه َقب ل أَ ْن ي ْقض ى م ا علَي ِه أ ُِخ َذ‬
‫م‬
ُ َ َ ْ َْ َ َ ُ َ ْ ُ َ َ ْ َ
‫ِح يِف النَّا ِر‬ ‫ر‬ ‫ط‬
ُ َّ‫مُث‬ ِ ‫فَطُرِح علَي‬
‫ه‬
َ َْ َ
_*Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tahukah kalian siapakah
yang disebut dengan orang yang muflis?" Para sahabat menjawab; "Orang yang muflis
menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak punya dirham dan dinar serta
harta benda." Baginda bersabda: “Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah
seorang yang datang pada hari Kiamat dengan pahala solat, puasa dan zakat, namun
(pada masa yang sama) dia juga membawa dosa mencela orang ini, menuduh orang
itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini
(dan seumpamanya), lalu diberikan kepada orang ini sebahagian daripada pahala-
pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya,
hinggalah akhirnya habis pahalanya namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang
tertanggung atasnya, lalu diambil dosa-dosa mereka tadi dan ditompukkan ke atasnya
hingga akhirnya dia dihumban ke dalam neraka (kerana banyak dosa)”*_ (HR Ahmad
No: 8062) Status: Hasan Sahih

Anda mungkin juga menyukai