Anda di halaman 1dari 2

Kami Sayang Tok Nan

Pada wajahmu terukir lukisan senyuman,


Buat penawar harapan rakyat Sarawak,
Meski usiamu mendekati senja,
Namun semangatmu kuat membara,
Kerana kamu, kami sayang Tok Nan.

Selalu kami berbeza pandangan,


Dalam negeri besar berbilang bangsa,
Engkau datang berucap nada lucu bermakna,
"Kita Sarawak, Satu keluarga Sarawak",
Kerana kamu, kami sayang Tok Nan.

Watakmu biasa, madahmu berbisa,


Bersama rakyat, engkau seiring bersama,
Keluhan kami engkau tepis bersama janji terlaksana
Ternyata engkau bukan manusia calang biasa,
Kerana kamu, kami sayang Tok Nan.

Untuk rakyat, engkau korban segala,


Nama, pangkat, harta bukan permainanmu,
Sarawak gah disebut jutaan media,
Dek kerana pemimpin tegas lantang bersuara,
Kerana kamu, kami sayang Tok Nan.

Engkau pesan supaya kami senyum sentiasa,


Supaya nampak muda, ramah dan mesra,
Ternyata pesanmu menyimpul makna berharga,
Sehingga kami mampu duduk sebumbung meski berbilang bangsa,
Kerana kamu, kami sayang Tok Nan.

Buatmu wahai permata Sarawak,


Kami genggam segala pesanmu,
Kami sambung perjuangan matlamatmu,
Kami pelihara kesucian negeri ini,
Kerana kamu, kami sayang Tok Nan.
Tiada ungkapan melainkan tangisan,
Pemergianmu dirasai seluruh rakyat,
Sarawak meratapi pemergian insan,
Yang pimpinannya dirasai zaman-berzaman,
Kerana kamu, Kami sayang Tok Nan.
Tenanglah dikau disana,
Bersama pencipta tuhan sekalian alam,
Akan kami rindu setiap madahmu,
Akan kami tatap selalu potret wajahmu,
Kerana kamu, kami sayang Tok Nan.

Fikhri Kiprawi
11 Januari 2017

Anda mungkin juga menyukai