Anda di halaman 1dari 13

Taqwa dan Akhlak Mulia

Bismillahirahmanirrahim..

‫صلِّيْ َو ُن َسلِّ ُم َعلَى‬ َ ‫ َو ُن‬.‫ان َو ْاِإلسْ الَ ِم‬ ِ ‫هلل الَّذِيْ َأ ْن َع َم َنا ِبنِعْ َم ِة ْاِإل ْي َم‬ ِ ِ ‫ْال َحمْ ُد‬
َ ‫َخي ِْر ْاَأل َن ِام َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َعلَى اَلِ ِه َو‬
‫صحْ ِب ِه َأجْ َم ِعيْن‬
ِ ‫شر ُْو ِر َأ ْنفُسِ َنا َومِنْ َس ِّيَئ ا‬
‫ت‬ ُ ْ‫هلل مِن‬ ِ ‫َنحْ َم ُدهُ َو َنسْ َت ِع ْي ُن ُه َو َنسْ َت ْغفِ ُرهُ َو َنع ُْو ُذ ِبا‬

.
‫َأعْ َمالِ َنا‬

َ ‫َمنْ َي ْه ِد ِه هللاُ َفالَ مُضِ َّل لَ ُه َو َمنْ يُضْ ل ِْل ُه َفالَ َهاد‬
‫ِي َل ُه‬ .
‫صحْ ِب ِه َأجْ َم ِعي َْن‬
َ ‫ص ِّل َو َسلِّ ْم َعلَى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َعلَى اَلِ ِه َو‬
َ ‫اَللَّ ُه َّم‬

‫َأمَّا َبعْ ُد‬

Assalamualaikum w.b.t...

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian, marilah kita bersama-sama


memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT., kerana dengan nikmat-Nya,
masih memberikan kita masa dan ruang kesempatan untuk sama-sama
mengikuti kuliah Halaqah Ad-Deen pada pagi ini.

Semoga dalam pertemuan yang mulia ini, kita semua mendapat payung
rahmat dan keampunan Allah SWT., sepertimana Hadis riwayat Muslim, Sabda
Nabi Muhammad S.A.W:

‫ َسهَّ َل هللاُ لَهُ طَ ِر ْيقًا ِإلَى ال َجنَّة‬,‫ك طَ ِر ْيقًا يَ ْلتَ ِمسُ فِ ْي ِه ِع ْل ًما‬
َ َ‫َم ْن َسل‬

“Barang siapa menempuh satu jalan (cara) untuk mendapatkan ilmu, maka
Allah pasti mudahkan baginya jalan menuju syurga.” (HR. Muslim).

Sebelum kita memulakan slot halaqah ad-Deen pada pagi ini, marilah kita
sama-sama membacakan ummul kitab, al-Fatihah.

Amin ya Rabbal alamin.


Tuan-puan sidang penonton sekalian,

Kaifahalukum jami’an?.. Khair, insyaAllah.. Moga-moga kesihatan yang baik


sentiasa untuk semua dan memudahkan urusan kita menunaikan ibadah dan
menyempurnakan kewajipan kita. InsyaAllah.

Pada pagi yang mulia ini, insyaAllah bersama saya Ustazah Adhwa
Farahin akan mengupas sebuah hadis daripada buku 40 hadis Jalan ke Syurga
yang bertajuk Taqwa dan Akhlak Mulia.

MasyaAllah, dengar tajuk pun dah rasa berdebar dalam hati,


sesungguhnya ciri-ciri mukmin yang sempurna semestinya mempunyai
ketaqwaan yang tinggi serta berakhlak mulia.

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah S.A.W pernah ditanya


tentang apakah penyebab yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam
syurga? Baginda bersabda: "taqwa dan berakhlak mulia". Baginda juga ditanya
tentang apakah penyebab yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam
neraka? Baginda bersabda: "akibat dosa mulut dan kemaluan".

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Daripada hadis yang saya bacakan tadi, telah bertanya para Sahabat
kepada Rasulullah, sebab utama manusia masuk ke dalam syurga, maka
dijawab oleh Nabi S.A.W dua benda iaitu taqwa dan akhlak mulia.

Taqwa bererti menjunjung segala perintah Allah dan meninggalkan


segala larangannya samada ketika berseorangan diri atau di khalayak orang
ramai. Akhlak mulia pula ialah menunaikan tanggungjawab terhadap Tuhan
dan bergaul dengan makhlukNya dengan budi pekerti yang mulia, sopan
santun, lemah lembut dan sebagainya.

Taqwa itu adalah pakaian orang mukmin. Taqwa merujuk kepada


kepercayaan akan adanya Allah SWT, membenarkannya, dan takut akan Allah
SWT. Insan yang bertaqwa akan selalu menjaga dirinya daripada perbuatan
dosa dan meninggalkan semua yang dilarang. Orang yang bertaqwa juga akan
selalu dipermudahkan urusannya sepertimana Firman Allah di dalam surah at-
Thalaq ayat 2:

‫ق ٱهَّلل َ يَجْ َعل لَّهۥُ َم ْخ َرجًا‬


ِ َّ‫َو َمن يَت‬

Yang bermaksud: dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan


mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan
dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Saudara-saudari para penonton Halaqah ad-Deen sekalian,

Antara ciri-ciri orang bertaqwa yang dapat kita kenalpasti adalah:

1. Mempunyai pengetahuan tentang ilmu agama.


Dari Abu Hurairah R.A, ia berkata bahwa Rasulullah S.A.W pernah
ditanya, “Siapakah orang yang paling mulia?” “Yang paling mulia di sisi
Allah adalah yang paling bertakwa di antara mereka”, jawab
Rasul S.A.W. Orang tersebut berkata, “Bukan itu yang kami tanyakan”.
“Manusia yang paling mulia adalah Yusuf, nabi Allah, anak dari Nabi
Allah, anak dari nabi Allah, anak dari kekasih-Nya”, jawab Baginda.
Orang tersebut berkata lagi, “Bukan itu yang kami tanyakan”.
“Apa dari keturunan Arab?”, tanya Baginda. Mereka menjawab, “Iya
betul”.
Baginda bersabda, “Yang terbaik di antara kalian di masa jahiliyah adalah
yang terbaik dalam Islam jika dia itu fakih (faham agama).” (HR. Bukhari)
Hadis tersebut menerangkan orang yang paling mulia adalah yang paling
bertaqwa namun, dikalangan orang yang bertaqwa itu, yang paling
terbaik adalah yang alim atau tinggi ilmu agamanya.

Firman Allah dalam Surah al-Mujaadilah ayat 11:

Maksudnya, Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di


antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa
darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

Betapa besar kelebihan orang berilmu, lebih-lebih lagi ilmu agama,


namun, tidaklah sesekali kita meninggalkan ilmu pengetahuan selain
Tauhid, Fiqh, Akhlak mahupun Tasawuf. Ilmu lain seperti sains,
matematik, teknologi, kesenian, kejuruteraan, perubatan dan
sebagainya juga satu cabang ilmu yang dituntut oleh Islam untuk
dipelajari sebagai memenuhi keperluan Fardhu Kifayah. Dalam kita
mengejar keduniaan, janganlah sesekali kita meninggalkan urusan-
urusan agama dan akhirat. Itu semua adalah bekalan kita di negeri abadi.

2. Perkara kedua bagi ciri-ciri orang bertaqwa ialah menegakkan tiang


agama iaitu Solat 5 Waktu.
Solat ni tiang agama, dan ada 5 tiang yang harus ditegakkan oleh setiap
muslim daripada Subuh sehingga Isyak. Jika goyah salah satu tiang, maka
berkemungkinan runtuhlah agama dalam diri seorang muslim itu. Oleh
itu, marilah kita sama-sama mengukuhkan agama dalam diri kita,
sentiasa memperbaiki solat, melatih diri kusyuk ketika solat dan
mengindahkannya dengan solat-solat sunat.
3. Seterusnya, orang yang bertakwa juga akan selalu menjauhi berbagai
bentuk kemaksiatan. Syaitan akan sentiasa menggoda manusia, “sat
saja”.. “nanti taubatlah”.. “Cuma sedikit”.. dan lain-lain lagi bisikan yang
akan sentiasa menyesatkan manusia. Contohnya, masa kita sedang
memandu, dari jauh dah nampak lampu kuning, syaitan pun bisik, tekan
minyak lagi, satgi x dan.. kita pun bukan nak makin slow, makin laju lagi
adalah.. tiba-tiba, BUMMM! Accident, masa tu nak salahkan sapa?.. x
kan nak tuding jari ke syaitan? Dah kita yang lagi tekan minyak tadi..

Lagi satu, misalnya, tengah duk boring layan mata sebelum tidoq, ambil
telefon, tengok whatsapp, tengok facebook, scroll tiktok dua tiga minit,
tiba-tiba terdetik dalam hati, pastu, tangan tu laju saja ke browser
(chrome ka apa) buka internet pastu masuk laman web lucah, dah
terbuka, tertengok, dalam hati rasa menyesal, tapi, syaitan duk tiup-tiup,
sat saja, x dak apa pun nih, bukan berzina pun, x buat betul-betul pun..
Nahhh, terus hanyut dengan perbuatan dosa besar.. Nauzubillahu min
zalik..

Tuan Puan, Insan bertaqwa akan sentiasa mengukuhkan imannya dan


berlawan habis-habisan dengan nafsu dan syaitan yang sentiasa
menghasut berbuat dosa. Kita kena sentiasa bermujahadah, lazimkan
diri dengan zikrullah dan selawat, sentiasa mengucapkan
Moga-moga kita terpelihara daripada perkara dosa dan maksiat.

Maka, 3 perkara utama yang mencerminkan insan bertaqwa adalah


mempunyai pengetahuan tentang ilmu agama, sentiasa menjaga solat dan
menjauhi maksiat.

Daripada taqwa akan lahirlah akhlak yang baik. Antara akhlak yang selalu
ditonjolkan orang bertaqwa adalah seperti menepati janji, rajin bersedekah,
manis dengan senyuman, ringan tulang dan sentiasa memastikan hubungan
sesama manusia baik dan harmoni.

Di sinilah, timbul peranan besar Hablul Minnallah wa Hablul Minnan Nas,


Hubungan kita dengan Allah berkaitan dengan Taqwa dan hubungan kita
sesama manusia berkaitan dengan akhlak mulia. Pincangnya sesuatu amal
ibadah kita selalunya dikaitkan dengan pincangnya akhlak kita sebagai
manusia. Sebagai contoh, ada seorang hamba Allah selalu solat di masjid, niat
untuk mendapat pahala iktikaf di masjid dan solat berjemaah, namun, dia telah
mengabaikan perkara lain seperti meninggalkan anak isteri di rumah tanpa
perlindungan keselamatan, ataupun tindakan memarkir kenderaan
menghalang laluan kenderaan lain. Ternyata dalam kita menjaga hal ibadah
kita, perkara yang melibatkan hubungan kita sesama manusia janganlah
sesekali diabaikan. Dalam kita mengejar redha Allah, kita juga mestilah tidak
meninggalkan kewajipan kita sebagai ibu, bapa, seorang anak mahupun ahli
masyarakat.

Seharusnya, urusan ibadah kita janganlah dicemari dengan perkara-


perkara yang mencacatkan pahala kita. Akhlak yang ditunjukkan mestilah
seiring dengan amal ibadah kita. Berbuat ibadah bukan untuk menunjuk-
nunjuk kepada orang lain, tetapi demi menjaga hubungan kita dengan Allah.
Sesungguhnya akhlak yang baik pula selalunya akan terserlah daripada
keperibadian yang mulia dan tidak perlu dicanang untuk orang mengetahuinya.

Imam Al Ghazali ada menyebut, akhlak merupakan tingkah laku yang


melekat pada diri seseorang yang dapat memicu perbuatan baik tanpa perlu
pertimbangan pemikiran terlebih dahulu.

Firman Allah S.W.T:


‫ َم َرحًا‬ ‫ض‬ ِ ْ‫ر‬ ‫َأْل‬ ِ ‫تَ ْم‬  ‫َواَل‬
‫ٱ‬ ‫فِى‬ ‫ش‬
‫طُواًۭل‬ ‫ ْٱل ِجبَا َل‬ ‫تَ ْبلُ َغ‬ ‫ َولَن‬ ‫ض‬ َ ْ‫ٱَأْلر‬ ‫ق‬
َ ‫تَ ْخ ِر‬ ‫لَن‬ ‫ك‬
َ َّ‫ِإن‬ ۖ
“Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana
sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali
kamu tidak akan sampai setinggi gunung”. Surah al-Israk ayat 37.

Betapa kerdilnya manusia, sehinggakan setinggi manapun pun kita cuba


capai atau sedalam manapun kita cuba gali, tidak mungkin mampu menandingi
kekuasaan Allah yang Maha Esa. Maka, janganlah sesekali kita mendabik dada
dan menyombong diri atas setiap amalan yang kita lakukan. Amal taqwa yang
dilakukan biarlah menambahkan keimanan dan pada masa yang sama,
menyedarkan kita sebagai hamba Allah yang hina.

Firman Allah dalam surat At-Taubah ayat 119:


۟ ُ‫وا ٱهَّلل َ َو ُكون‬
َّ ٰ ‫وا َم َع ٱل‬
َ‫ص ِدقِين‬ ۟ ُ‫ٰيََٓأيُّهَا ٱلَّ ِذينَ َءامن‬
۟ ُ‫وا ٱتَّق‬
َ

“Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah


kamu bersama orang-orang yang benar”.

Tuan Puan yang dirahmati Allah sekalian,

Dalam hadis yang saya bacakan di awal tadi, selain menyebut tentang
punca masuknya manusia ke syurga, turut dinyatakan penyebab utama
manusia masuk ke neraka.

Para sahabat bertanya apakah penyebab yang paling banyak memasukkan


manusia ke dalam neraka? Baginda bersabda: "akibat dosa mulut dan
kemaluan".

Allahuakbar.. Allahuakbar.. Nauzubillah min zalik.

Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada azab api neraka.


Dua perkara yang menyebabkan ramai dilempar ke neraka adalah
disebabkan tidak menjaga mulut dan kemaluan.

Macam mana tu? Kita semua sedia tahu lidah ini seperti pedang, ianya tidak
bertulang, namun, tajamnya bisa menghunus hati manusia, mampu
menuturkan perkara benar, boleh juga menyebarkan perkara fitnah dan dusta.

Terdapat banyak dalil yang menganjurkan kita supaya menjaga lidah


iaitu percakapan agar tidak menjadi sebab masuknya kita ke dalam seksa api
neraka. Antaranya: Sabda Rasulullah S.A.W:

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia
mengucapkan perkataan yang benar atau lebih baik diam.” (Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim).

Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, ada mengemukakan


beberapa perbuatan yang berpunca daripada bahaya lidah yang harus
diperhatikan manusia, antaranya:

1. Perkataan yang tidak bermanfaat yang boleh membuat hati menjadi


kasar.

Setiap tutur kata yang keluar daripada mulut kita biarlah perkara yang
baik-baik sahaja. Ada yang cakap, mulut saja jahat, tapi, hati baik. Allah,
saudara, apa yang keluar daripada mulut kita adalah cerminan dalaman
kita. Jagalah lidah, elakkan perkataan kasar, mencarut, memaki hina
orang lain dan meninggikan suara di khalayak ramai terutamanya
kepada orang yang lebih tua. Jagalah akhlak kita sebagai seorang muslim
dan tunjukkanlah contoh teladan yang baik kepada anak-anak kita. Kita
tahu, sebuah video yang viral suatu masa dulu, seorang emak yang
mempertahankan anaknya apabila anaknya dituduh mencuri. Perlakuan
emak yang mencaci maki, mencarut dan bersuara tinggi kepada cashier
kedai serbaneka itu disaksikan oleh anaknya. Malah, kita dapat tengok,
anaknya turut sama bertindak macam tu, termasuk mencarut kepada
cashier kedai itu yang ternyata lebih tua daripada dia. Perbuatan ini
sepatutnya tidak berlaku di dalam negara kita yang sudah jelas diasuh
dari kecil lagi, dididik dari peringkat sekolah lagi tentang pentingnya
berakhlak baik dan menjaga tutur kata. Janganlah perkara yang sama,
berulang lagi dan sama-samalah kita mengambil pengajaran daripada
video yang tular itu.

2. Mereka yang banyak bercakap, maka ia banyak bohong.

Kurangkan bercakap, lebihkan amal. Orang perempuan terutamanya,


bila dia mula buka mulut, daripada mula start enjin kereta, sampai dah
tiba destinasi, mati enjin, kadang-kadang mulutnya x berhenti lagi. Saya
tak kata kat orang lain, kata kat diri sendiri. Hehe.. Kadang-kadang, kita
ni kena selalu saling memperingatkan, bercakap biarlah perkara yang
perlu sahaja. Imam al-Ghazali sebut, bila kita banyak sangat bercakap,
kadangkala kita x sedar, apa yang keluar daripada mulut kita. Takut-
takut perkara bohong atau tidak benar atau mengata orang atau
menyebarkan aib orang lain. Jadinya, macam mana nak elak daripada
banyak bercakap? Lazimkan diri dengan zikir dan selawat. Selalu praktis
berkata bila perlu sahaja, insyaAllah, lama-kelamaan akan menjadi
kebiasaan.

3. Seterusnya elakkan ucapan yang mengandungi cacian atau mengutuk


seseorang atau satu golongan.

Macam yang saya sebut tadi, kisah viral akak 7e tu. Tu contoh yang kita
tahu, yang kita x tahu. Wallahua’lam, mungkin lagi banyak. Kadang-
kadang filem dan drama yang ditayangkan juga memainkan peranan
dalam mempengaruhi cara percakapan kita seharian. Dialog-dialog
dalam drama atau filem kalau tidak ditapis boleh menyebabkan kita jadi
terikut-ikut. Macam cara bercakap generasi muda hari ni, kadang-
kadang tu, hilang adab dan tatasusila kita orang timur, orang Melayu.
Dapat Whatsapp, bahasa yang entah apa-apa, macam dia bercakap
dengan member, kita yang sakit hati baca x dak adab. Kalau saya,
memang dari awal semester, sebelum mula kelas, pesan yang tu dulu,
perkara utama, adab bila bercakap dengan pensyarah, dengan orang
yang lebih tua. Dekat Whatsapp, mesej ataupun bila bersemuka.

Bukan itu sahaja, zaman sekarang ni, bercakap bukan sahaja secara
berdepan, di alam maya pun sama juga, kita kena jaga adab dan bahasa
kita. Nak komen sesuatu post di media sosial, janganlah laju sahaja jari
kita menaip, jangan sebab itu, kita dapat kepuasan sebab dapat
mengata, mencaci, menghina orang, tapi, dosa pun dapat juga.
Tambahan pula, lagi parah, bila kita dituduh atas tuduhan cyber buli atau
tuduhan fitnah, lagi jenuh nak menghadapnya. Bak kata orang zaman
sekarang. Jangan cari pasal. Nak bermedia sosial, nak berfacebook, nak
bertiktok, nak tweet tweet biarlah dengan cara yang berhemah, post dan
komen perkara-perkara yang baik dan berfaedah.

4. Selain itu, dalam pergaulan, janganlah senda gurau kita dengan


memperolok-olok orang lain. Contohnya, perbuatan mengejek
kekurangan atau fizikal orang lain, gemuk macam gajah, kurus macam
tiang elektrik, hitam melegam macam keling.. Haaa, contoh saja tu, Body
shaming… kadang-kadang kita niat untuk melawak saja, tapi, Islam
melarang sekeras-kerasnya perbuatan itu, kerana bersifat menghina
ciptaan Allah. Jangan sesekali kita mengata orang, dosa dengan Allah,
insyaAllah Allah akan ampunkan, tetapi kesalahan kita kepada manusia
lain, kena orang tu maafkan kita dulu, baru kita mohon keampunan
kepada Allah, selagi mana tidak dimaafkan, maka tergantunglah dosa
kita itu sehingga di padang Mahsyar kelak.
5. Pada masa yang sama, janganlah kita mengejek orang lain dengan
perkataan atau perbuatan. Allah berfirman, “Hai orang-orang yang
beriman, janganlah suatu kaum merendahkan (mentertawakan) kaum
yang lain. Boleh jadi (yang ditertawakan itu) lebih baik daripada mereka
(yang mentertawakan). Jangan pula sekelompok wanita mentertawakan
kelompok wanita yang lain, boleh jadi (yang diperolok-olok itu) lebih
baik daripada mereka dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan
janganlah kamu memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk”.

Pepatah Melayu ada menyebut, Terlajak perahu boleh diundur, terlajak


kata buruk padahnya. Kerana pulut, santan binasa, Kerana mulut, badan
binasa. Maka, jagalah lidah kita daripada berkata-kata yang bohong,
memfitnah dan mengadu domba serta janganlah kita mengejek atau mencerca
orang lain. Ingatlah, lidah yang tidak bertulang ini boleh menyebabkan kita
dihumban ke dalam neraka Jahanam. Nauzubillah.

Sidang hadirin sekalian,

Satu lagi anggota tubuh kita yang mestilah sentiasa dipelihara dan dijaga
rapi ialah kemaluan. Sesungguhnya sebab kedua yang menyebabkan ramai
manusia dihumban ke neraka adalah ‘al-farj’ iaitu kemaluan.

Keutamaan menjaga al-farj ini ialah dengan menjauhi zina dan perkara-perkara
yang menghampirinya.

Melalui firman Allah SWT yang sangat jelas menyebutkan tentang


dilarangnya perbuatan zina ini adalah dalam surat Al-Isra ayat 32:

‫ان َفا ِح َش ًة َو َسا َء َس ِبياًل‬ ِّ ‫َواَل َت ْق َربُوا‬


َ ‫الز َنا ِإ َّن ُه َك‬

Maksudnya: “Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu
perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.”
Selain daripada menjauhi perbuatan zina, sebagai seorang muslim juga,
kita mestilah menjaga diri daripada perbuatan-perbuatan dosa yang mendekati
zina. Elakkan menonton filem, drama mahupun video yang tidak senonoh atau
keterlaluan, jauhi tempat-tempat maksiat, elakkan berdua-duaan lelaki dan
wanita yang bukan mahram, berpakaian menutup aurat dan sentiasalah
memelihara kehormatan dan maruah diri.

Sidang penonton,

Satu perkara yang sangat dianjurkan untuk kita semua agar terpelihara
diri daripada perbuatan zina adalah menundukkan pandangan.

Rasulullah S.A.W bersabda, Mata itu berzina, hati juga berzina. Zina mata
adalah dengan melihat (yang diharamkan), zina hati adalah dengan
membayangkan (pemicu syahwat yang terlarang). Sementara kemaluan
membenarkan atau mendustakan semua itu (HR Ahmad).

Dalam hadis ini, Rasulullah SAW menyebut zina mata pertama kali
kerana inilah dasar daripada zina tangan, kaki, hati, dan kemaluan. Daripada
pandangan mata, akan terdetik rasa syahwat dan jika tidak dikawal dengan
iman, maka, kemaluan akan tampil sebagai pembukti daripada semua zina itu.

Maka, pentingnya kita menundukkan pandangan daripada melihat


perkara-perkara maksiat dan pada masa yang sama, menjaga aurat dan
maruah diri kita.

Kita tengok sekarang, lelaki dan perempuan berebut-rebut


mendedahkan tubuh, berpakaian seksi dan menonjolkan aksi yang ghairah
dalam laman-laman sosial seperti Tiktok, instagram dan twitter. Masing-
masing mengejar populariti, nak video masuk FYP, nak jd instafamous, berebut
jadi content creator yang menjanjikan pendapatan yang lumayan. MasyaAllah,
dunia.. dunia.. Betapa manusia mengejar dunia, sehingga melupakan Tuhan,
dah tak ingat kewajipan kepada agama. Halal Haram tolak ke tepi dah..
MasyaAllah..
Marilah kita sama-sama audit diri, check anak-anak kita, pesan dan
nasihatilah mereka selalu. Selalu ambil tahu apa yang mereka buat di internet,
apa aktiviti mereka di laman sosial. Janganlah sudah terhantuk baru terngadah.

Selain laman sosial, perhatikan juga aktiviti gaming anak-anak kita.


Dunia gaming ni adalah sesuatu yang kadang-kala di luar kawalan ibu bapa,
kita ingat main game macam biasa saja, rupanya dalam tu, ada chatting, ada
sesi berkenalan dengan orang luar. Lagi bahaya kalau anak-anak kita
tersangkut dengan penjenayah seksual, pedophile, scammers dan macam-
macam lagi. Pada masa tu, nasi sudah menjadi bubur. Dah x dak apa kita boleh
buat. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tidak berguna.

Saudara saudari yang dirahmati Allah,

Demikianlah itu tadi serba sedikit kupasan daripada saya berkenaan


hadis pada hari ini. Marilah kita mempertingkatkan ketaqwaan dan
mengindahkan akhlak kita. Di samping itu, kita juga perlu menjaga Iidah dan
kemaluan dengan bersungguh-sungguh agar kita selamat daripada azab api
neraka.

Semoga segala ilmu dan buah fikiran yang saya kongsikan pada hari ini
mendapat payung rahmat daripada Allah S.W.T dan memberi manfaat dan
keberkatan buat kita semua.

Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala kekurangan
daripada kelemahan saya sendiri sebagai hambanya yang dhaif. Mohon maaf
segala salah perkataan, terkasar bahasa, terguris perasaan. Semoga ada
kesempatan lain kita bertemu lagi.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah.. Wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai