Anda di halaman 1dari 10

Tajuk : Khurat

Pengenalan
Amalan atau kepercayaan khurafat adalah merupakan hasil pengaruh agama
lain dan
kepercayaan anamisma yang dicampuradukkan dengan ajaran Islam.
1
Hasil kepercayaankepercayaan tersebut timbul permasalahan akidah dan amalan-amalan yang bertentan
gan
dengan Islam seperti penggunaan tangkal, azimat, pembomohan, dan seribu satu car
a dan
kaedah yang menyesatkan.
Isu amalan khurafat ini bukan lagi isu picisan yang berlegar dikalanga
n orang kampung
sahaja, namun ianya telah menjadi suatu kepercayaan anamisma yang diper
cayaai oleh
segenap masyarakat samada yang berpendidikan tinggi atau tidak, yang tinggal d
ibandar
atau di kampung, dan yang Islam mahupun bukan Islam.
Asal usul perkataan Khurafat
Diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah bin Abu Bakar r.ha :

2
Ertinya : Daripada Saidatina Aisyah r.ha berkata, pada suatu malam Rasulullah sa
w telah
meriyawatkan beberapa cerita kepada isteri-isterinya, lalu telah berkata
seorang dari
isterinya : Wahai Rasulullah bukankah cerita ini cerita Khurafat! . Ma
ka Baginda Nabi
saw pun bertanya : Adakah kamu tahu apa itu khurafat? baginda Nabi
saw
menerangkan- Sesungguhnya khurafat itu ialah seorang lelaki dari kaum Uzrah, dia
telah
disembunyikan (ditawan) oleh jin pada zaman jahiliah dalam tempoh masa
yang lama,
kemudian dia telah dilepaskan(dikembalikan) semula kepada manusia. Maka
lelaki tadi
menceritakan dengan apa yang telah dia lihat tentang keajaiban (kehidup
an jin). Maka
manusia ketika itu pun menamakan ini cerita khurafat (nama lelaki tersebut).
1
Dato, Hj. Omar Bin Awab, Pengarah Jabatan Agama Johor, Garis Panduan Khurafat D
an Azimat, Jabatan
Agama Johor.
2
Musnad Imam Ahmad, Maktabah al-Syamilah.
Definisi Khurafat
Khurafat ditakrifkan sebagai :
"
"
3
Ertinya : Cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan

perkara dusta.
Khurafat juga ditakrifkan sebagai :
"
4

"

Ertinya : Sebarang cerita yang sebenar-benar dusta


Menurut kamus Idris Al-Marbawi pula, khurafat ialah : cerita karut (karut marut)
5
.
Daripada definisi yang dinyatakan, dapat dibuat kesimpulan seperti berikut :
Khurafat ialah semua cerita samada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran,
pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan
yang
menyimpang dari ajaran Islam.
Antara Amalan-Amalan Khurafat Arab Jahiliah.
Sebelum kedatangan Baginda Nabi Muhammad saw dengan membawa ajaran Isla
m,
orang arab jahiliah sangat berpegang kuat dengan ajaran-ajaran khurafat yang jel
as syirik
dan sesat. Amalan-amalan khurafat dan anamisma ini terlalu kuat berakar
umbi dalam
pemikiran dan kuat dalam amalan mereka.
Antara Bentuk-Bentuk Amalan Khurafat Arab Jahiliah Ialah :
1. Menenung atau menilik nasib;
2. Menyembah dan mempercayai kuasa berhala-berhala;
3
juzuk 1, halaman 237.
4
, kamus, halaman 175.
5
Kamus Idris al-Marbawi, halaman 169.
3. Mempercayai dukun, ahli nujum, dan tukang tilik.
Amalan meramal dan menilik nasib sering dilakukan oleh orang arab jahi
liah ketika
hendak bermusafir, berkahwin, menerima cahaya mata, dan menentukan sesua
tu itu
samada akan membawa kebaikan atau kecelakaan. Mereka sering menggunakan
anak
panah yang belum dipasangkan bulu, yang dipanggil azlam. Anak panah tersebut aka
n
memainkan peranan dalam setiap tindakan yang akan mereka lalukan.
Masyarakat arab juga akan membuat dan mengukir patung-patung berhala untuk merek
a
sembah dan mengadu nasib. Di kaabah, mereka menggantung patung-patung y
ang
mereka buat dengan tangan-tangan mereka sendiri yang dipanggil Latta dan Uzza. M
alah
patung-patung ini bukan sekadar melambangkan kesyirikan dan amalan khura
fat yang
dibuat oleh arab jahiliah tetapi ianya menunjukkan kerendahan akal dan
taraf pemikiran
mereka pada masa itu.
Bomoh, dukun, tukang tilik, dan ahli nujum merupakan tempat sandaran m
asayarakat
arab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan. Mereka akan memperca
yai

ramalan dukun, ahli nujum dan bomoh yang mereka jumpa dan keyakinan mereka kepad
a
perkara-perkara tersebut sangat mendalam.
Baginda Nabi saw bersabda, Hadith riwayat daripada saidina Ibnu Masud r.h :
6
Ertinya : Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan ilmu pengasih itu ad
alah
syirik.
Sabda Nabi saw lagi :
7
Ertinya : Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasai sial atau meminta
diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau meminta ditenungkan atau
mensihirkan atau meminta disihirkan.
Kedua-dua hadith di atas ini menggambarkan sikap orang arab jahiliah yang telah
ditegah
oleh Nabi saw iaitu amalan jampi mentera, tangkal, ilmu pengasih, sihi
r, dan meramal
6
Hadith riwayat al-Tabaroni.
7
Hadith riwayat Abu Daud dan Ahmad.
nasib samada membawa kebaikan atau kesialan. Ini semua merupakan amalan
-amalan
khurafat yang telah diamalkan oleh golongan arab jahiliah sebelum dan
ketika
kedatangan Islam. Baginda Nabi saw datang membawa cahaya untuk mengeluarkan umat
arab jahiliah dari kegelapan, kejahilan, kesyirikan dan kebatilan tersebut.
Dalam hadith yang lain juga, baginda Nabi saw menegaskan persoalan mempercayai a
hli
nujum, tukang tilik, atau bomoh. Sabda Nabi saw daripada Abu Hurairah r.h :
8
Ertinya : Barangsiapa yang menemui tukang tilik atau tukang sihir dan
menanyakan sesuatu kepadanya lalu terus mempercayai apa yang dikatakannya,
maka sesungguhnya ia telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi
Muhammad saw.
Hadith ini juga menunjukkan amalan orang arab jahiliah yang suka mempercayai bom
oh,
tukang tilik dan ahli nujum untuk meramalkan nasib dan apa juga yang berkaitan d
engan
kehidupan mereka.
Contoh Amalan Khurafat Arab Jahiliah ialah kepercayaan mereka kepada
burung
9
:
Mereka akan mempercayai kepada arah burung yang berterbangan member kesan kepada
nasib mereka. Apabila mereka hendak mengerjakan sesuatu atau sedang mer
eka
bermusafir menuju kesesuatu tempat dengan tujuan dan maksud tertentu, t
iba-tiba

kedapatan burung yang melintasi mereka, maka mereka akan kaitkan dengan
suatu
kepercayaan-kepercayaan tertentu. Melah mereka meletakkan nama-nama khusus
pada
keadaan burung yang melintasi mereka.
Burung yang melintasi dari arah kanan ke kiri dinamakan : As-Sawaeh
Burung yang melintasi dari arah kiri ke kanan dinamakan : Al-Bawareh
Burung yang datang kepada mereka dari arah depan dinamakan : An-Nateh
Burung yang datang dari arah belakang ke hadapan dinamakan : Al-Qaid
Justeru, dari nama-nama tersebut datanglah pelbagai ramalan dan tafsiran
yang khusus
samada ianya membawa bala bencana, ada tuah dan kebaikan, untung rugi
dan
8
Hadith riwayat Ahmad dan al-Hakim.
9
Kertas kerja Khurafat, Darul Syifa, Dato Dr. Harun Din
sebagainya yang mereka menggantungkan hal-hal tersebut sepenuhnya kepada
keadaan
burung tersebut.
Mereka juga mempercayai jika burung hantu (al-Bumah) menghinggapi dan berbunyi d
i
atas rumah, maka ertinya salah seorang dari penghuni rumah itu akan m
eninggal dunia.
Kepercayaan sebegini akan mengakibatkan penghuni rumah tersebut berkeadaan murun
g
dan dukacita yang tidak terkira kerana musibah kematian yang akan meni
mpa ahli
keluarga mereka. Wallahualam.
Secara umum kita kita dapati amalan-amalan ini bukan sahaja diamalkan
dizaman
jahiliah sebelum kedatangan baginda Nabi saw, malah ketika Nabi saw di
utuskan allah
swt untuk menegah perkara-perkara ini, masih ramai lagi umat arab jahiliah yan
g masih
beramal dan berpegang kuat dengan adat dan khurat nenek moyang mereka.
Apa yang
lebih menyedihkan lagi, kita dapat lihat amalan-amalan khurafat ini tur
ut diamalkan
dizaman sekarang. Setelah lebih 1400 tahun baginda Nabi saw meninggalka
n kita tetapi
masih ramai lagi manusia hari ini yang beramal dengan perkara-perkara
khurafat dan
kembali ke zaman jahiliah.
ada menyebutkan :
Di dalam kita
Adapun apa yang diiktiqadkan oleh manusia dari dahulu hingga sekarang t
entang
adanya seekor burung atau ada hari-hari atau bulan-bulan yang boleh member kesan
pada kebahagian atau kecelakaan manusia. semuanya itu adalah khurafat.
I slam
membatalkannya kerana jelas bertentangan dengan tauhid.
10
Antara Bentuk-Bentuk Amalann Khurafat Masyarakat Melayu Malaysia
11
.
Terdapat banyak amalan-amalan khurafat yang telah diamalkan oleh masyarakat mel

ayu
antaranya :
1. Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, batu, bukit, gunung, pokok
dan
sebagainya.
2. Kepercayaan kepada sesuatu boleh membawa sial, justeru perlu dibuang
dengan
amalan istiadat mandi safar. Namun amalan ini sudah kurang diamalkan.
3. Adat kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya reeki seperti adat memuja
semangat padi.
10
halaman 179.
11
Garis Panduan Khurafat Dan Azimat, Jabatan Agama Johor
4. Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang nenek moyang y
ang
tidak ada asas dan bercanggah dengan Islam.
Terdapat pelbagai lagi kepercayaan-kepercayaan khurafat yang berlegar dikalangan
umat
melayu dan ada yang masih kekal dan diwarisi turun temurun.
Contoh Amalan Khurafat Masyarakat Melayu Islam Ialah Dalam Ibadah Haji :
12
Jemaah yang hendak bermusafir menunaikan ibadah haji, apabila hendak kel
uar dari
rumah jangan memijak bendul rumah, kalau dipijak, alamat tidak akan ba
lik semula ke
rumah dan ke tanah air. Apabila mula sahaja keluar dari rumah, jangan
lagi pandang ke
belakang iaitu melihat rumah kerana ini akan menyebabkan pekerjaan haji
tidak
sempurna. Dan jemaah haj yang balik ke tanah air hendaklah melakukan
iddah haji
selama 40 hari duduk di dalam rumah berkurung untuk mendapat keberkata
n dan haji
yang mabrur, jika tidak ianya menjadi sia-sia.
Hukum Beramal Dengan Khurafat Dan Dalil-Dalilnya.
Islam sangat menitikberatka soal-soal akidah dan syariah. Segala amalan
dan
kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal sepert
i al-Quran,
al-Hadith, Ijmak dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam.
Sabda Rasulullah saw :
:
:
13
Ertinya : Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak
ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya adalah tertolak.
Para ulamak menyatakan bahawa maksud perkataan yang dinyatakan sesuatu y
ang
tidak ada didalamnya ialah tidak ada nas dan tidak menepati hukum-hukum,
kaedahkaedah dan usul-usul syarak.

12
Kertas Kerja Khurafat, darul Syifa, dato Dr. Harun Din.
13
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim / Sohih Muslim / Hadit 40 al-Wafi Imam al-Naw
awi.
Sabda Rasulullah saw lagi :
:
:
14
Ertinya : Barangsiapa rnengerjakan sesuatu pekerjaan yang tiada di dalam agama
kami, maka yang dikerjakannya adalah tertolak.
Sabdanya lagi :
:
15
Ertinya : percaya kepada burung itu syirik dan tiada seorang pun dari kita
melainkan dilanda oleh perasaan itu, tetapi Allah swt akan menghilangkannya
dengan tawakkal.
Dalam hadith ini disebutkan contoh burung. Namun ianya termasuk apa ju
a binatang
seperti biawak, burung gagak, kelicap, burung hantu dan benda yang dij
adikan sebagai
azimat, maka hukumnya adalah sama iaitu syirik.
Firman Allah swt :
_.. _. : < !. , -., ., | l- ,.| :| _. _,.l.Ll _
Ertinya : Dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyembah atau memuja
yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga
tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. oleh itu, sekiranya Engkau
mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah Engkau dari o
rangorang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).
Daripada ayat di atas ini, termasuklah amalan-amalan memuja jin dan me
minta
pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan oleh seseorang bomoh
dan dukun
14
Hadith riwayat ahmad dan Muslim / Sohih Musli.
15
Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
adalah syirik dan menyesatkan kerana ia telah menyembah atau memuja ya
ng lain dari
Allah swt.
Sabda Rasulullah saw :
:
:
16
Ertinya : Barangsiapa yang menemui tukang tilik atau tukang sihir dan
menanyakan sesuatu kepadanya lalu terus mempercayai apa yang dikatakanny
a,
maka sesungguhnya ia telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi
Muhammad saw.
Hadith ini boleh dikaitkan amalan khurafat yang dilakukan oleh masyarakat melayu
yang
suka dengan pembomohan, mempercayai dukun dan pawang, tukan tilik dan
ilmu-ilmu
hitam. Semua itu adalah haram dan syirik serta berdosa besar.
Orang Melayu Islam juga terkenal dengan amalan jampi serapah dan ayat-

ayat mentera
dan azimat. Ini juga ada yang boleh jatuh kepada kufur, syirik dan haram.
Sabda Rasulullah saw :
:
:
:
17
Ertinya : Dari Saidina Auf ibnu Malik katanya : Dahulu kami melakukan jampi di
zaman jahiliah, lalu kami bertanya : Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapat tuan
dalam hal ini? Baginda bersabda PErlihatkanlah kepadaku jampi-jampimu i
tu.
Tidak mengapa melakukan jampi-jampi itu selama tidak mengandungi hal-hal
syirik.
Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi
18
, sesuatu jampi itu harus dilakukan berdasarkan kepada
3 syarat iaitu :
1. Ia mesti berdasarkan kepada Allah swt dan nama-namaNya yang mulia.
16
Hadith riwayat Ahmad dan al-Hakim
17
Hadith riwayat Muslim / Sohih Muslim Imam al-Nawawi
18
Kitab Fatawa al-Muassirah, Dr Yusuf al-Qaradawi.
2. Ia mesti diturunkan dengan bahasa Arab dan kata-kata yang boleh di
fahami
maknanya (jika bukan bahasa arab).
3. Beriktikad bahawa ianya tidak member kesan dengan sendirinya, tetapi
dengan
takdir allah swt jua.
Di dalam amalan tradisional, terdapat jampi yang dibolehkan (diharuskan) dan ad
a yang
diharamkan. Jampi-jampi tersebut ialah
19
:
1. Jampi yang diharuskan : jampi ini ialah jampi yang menepati 3 syarat seperti
yang
dinyatakan di atas.
2. Jampi yang diharamkan : jampi yang ditegah dan diharamkan ialah ja
mpi yang
mengandungi unsur-unsur syirik, pemujaan jin, syaitan, menggunakan sihir,
menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami atau yang bercampuraduk,
seperti jampi yang dimulakan dengan Bismillah atau Alhamdulillah dan di
seur
nama-nama hantu dan jin, kemudian disudahi dengan ucapan berkat kata L
aa
Ilaaha Illa Allah Muhammadur Rasulullah atau seumpamanya. Maka ini termasuk
khurafat yang syirik dan haram.
Peranan Guru Sebagai Daie Bagi Menangani Amalan Khurafat
Tidak dinafikan, bahawa guru juga memainkan peranan penting dalam mener
ang,
mendidik dan mencegah amalan-amalan khurafat ini bukan sahaja dikalanga para pel
ajar,
tetapi untuk kesinambungan maslahah umat.
Antara cadangan yang boleh dikemukakan di sini ialah ;
1. Guru mestilah memberikan penerangan yang jelas serta garispanduan mudah bagi

para pelajar agar mereka dapat menilai sesuatu perkara itu termasuk da
lam
kategori khurafat atau pun tidak.
Guru mesti mempastikan para pelajar mengetahui 3 syarat yang membolehkk
an
jampi itu diharuskan agar mereka dapat membuat penilaian yang betul da
n
menolak segala bentul amalan yang bercanggah dengan syarak.
Sebagai contoh : Amalan memuja roh seperti permainan spirit spirit telah
menjadi mainan biasa dikalangan para pelajar. Maka dengan perkara-perkara asas,
berkaitan pemujaan selain Allah swt, dan menyeru kuasa-kuasa ghaib adal
ah
diharamkan oleh syarak
19
Garis Panduan Khurafat dan Azimat, Jabatan Agama Johor
2. Bekerjasama dengan institusi agama dalam mewawarkan fatwa-fatwa amala
namalan yang bercanggah dengan syarak. Dalam ertikata yang lain, guru j
uga
boleh menjadi juru cakap menyebar luaskan fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan.
Sebagai contoh : Fatwa kuda kepang yang telah diharamkan oleh pihak J
abatan
Mufti Johor
20
, maka guru memainkan peranan dalam menerangkan, kenapa ianya
diharamkan, apakah unsure-unsur syirik, khurafat, dan amalan-amalan yang
bertentangan dengan syarak yang ada dalam amalan-amalan tersebut.
Isu ini masih ramai lagi para pelajar dan golongan dewasa yang terlib
at dengan
amalan permainan kuda kepang. Dan sesetengah sekolah masih terdapat kel
ab
kuda kepang. Ini jelas bercanggah dengan fatwa yang telah dikeluarkan.
Justeru
guru memainkan peranan sebagai juru cakap dan menyebar luaskan fatwa
tersebut.
3. Membuat kempen-kempen dan penerangan tentang bahayanya amalan khurafa
t
kepada akidah dan syariat.
Sebagai contoh : terdapat pamplet-pamplet, hand out yang telah dikeluarkan oleh
jabatan agama dan jabatan mufti. Guru boleh mengajak para pelajar untu
k turun
padang menyebarkan kempen-kempen amalan-amalan khurafat dengan
mengedarkan flyers, pamphlet, hand out, dan sebagainya. Secara tidak la
ngsung,
para pelajar dapat mendalami dengan lebih jelas isu khurafat ini dan
menyampaikan kepada masyarakat
4. Melaporkan setiap perkara yang berkaitan dengan isu khurafat, ajaran
yang
menyalahi akidah dan syariat kepada pihak yang berkuasa.
Sebagai contoh : talian rakan cob atau penguatkuasaan yang berhubung s
ecara
langsung dengan badan-badan yang bertanggung jawab bagi melaporkan gejal
a
dan amalan-amalan khurafat yang berlaku.
Guru juga boleh menjadi mata-mata untuk mendapatkan maklumat kepada
amalan-amalan khurafat yang dijalankan oleh sesetengah pihak untuk dilap
orkan
kepada pihak berwajib. Selain itu, rangkaian guru dengan pelajar juga

boleh
mendapatkan risikan dan maklumat yang lebih tepat bagi menangani masala
h
amalan-amalan ini.
5. Guru juga mesti mampu menjadi pembimbing dalam isu pemurnian akidah
dan
dakwah, agar mereka yang tersesat dan terjebak dalam perkara-perkara kh
urafat
ini mendapat bimbingan untuk kembali ke pangkal jalan.
20
Rujukan, Pegawai Fatwa Jabatan Mufti Johor / Fatwa Kuda Kepang Jabatan Mufti Jo
hor
Pakar kaunseling dan penasihat akidah mungkin tidak ramai di jabatan-ja
batan
agama, justeru, guru juga mestilah boleh membantu dalam memulihkan fahaman
yang salah dan bercanggah dengan syariat.
Secara umumnya, cadangan-cadangan ini menaikkan martabat dan profesion
perguruan dimata masyarakat.
Kesimpulan Dan Penutup
Amalan khurafat sememangnya berleluasa sejak zaman beraman dan khususnya, di ala
m
melayu Malaysia ini juga tidak kurang banyaknya amalan-amalan tersebut.
Perkara ini
perlulah dicegah kerana ianya membawa kepada syirik dan dosa besar. Namun, sebe
lum
langkah-langkah pencegahan diambil, proses didikan, pemahaman dan penyeba
rluasan
ilmu juga perlu dimainkan dengan baik. Banyak juga amalan-amalan khuraf
at ini
merupakan amalan turun temurun nenek moyang dan orang-orang tua. Maka pendekatan
dakwah untuk memperbetukkan perkara ini juga suatu yang perlu difikirka
n kerana
kebanyakkan minda orang lama ini agak rijid dan sukar untuk menerima
jika dikatakan
khurafat dan menyalahi syariat.
Justeru, sebagai pendidik, guru, dan daie, perkara ini hendaklah diperjelaskan se
baiknya
kepada generasi baru agar ianya tidak diwarisi dan konsep dakwah dan pendekatan
ilmu
adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan isu-isu khurafat yang berlegar
di kalangan
masyarakat.
Kesimpulannya, segala bentuk khurafat samada yang berbentuk amalan atau kepercay
aan
boleh membawa kepada syirik jika bertentangan dengan akidah dan syariah
Islam.
Justeru, setiap umat Islam perlu menjauhinya dengan cara tidak mengamalkannya da
lam
kehidupan sehari-hari dan hendaklah menambah ilmu pengetahuan dalam soal
pendidikan agama.
Wallahu alam.

Rujukan :
1. Tafsir Al-Quran Edisi Melayu
2. Sohih Bukhari, Imam Ibnu Hajar
3. Sohih Muslim, Imam Al-Nawawi
4. Hadith 40 Imam Al-Nawawi, Al-Wafi
5. Garis Pandua Khurafat Dan Azimat, Jabatan Agama Johor
6. Kertas Kerja Khurafat, Darul Syifa Dato Dr. Haron Din
7. Kamus Mukjam Al-Wasit
8. Kamus Al-Munjid
9. Kamus Idris Al-Marbawi
10. Fatawa Al-Muasirah, Dr Yusuf Al-Qaradawi
11. Azimat, Jampi, Sihir, Dan Berubat Menurut Islam, Dr. Rushdi Ramli
12. Lawan Web Jakim / Mufti Brunei

Patah perkataah : 2,845

Anda mungkin juga menyukai