Anda di halaman 1dari 15

DIPLOMA IN RENEWABLE ENERGY

MANAGEMENT
PENGAJIAN ISLAM
MPU1043
BAB 2.3: EKONOMI DALAMISLAM

LECTURER: MS. WAN AISYAH NADIAH BINTI WAN AZMAN

E-MAIL: wanaisyahnadiah@spectrum.edu.my

CONTACT 019-9379238
NUMBER:
Kandungan

1. Definisi
2. Falsafah Ekonomi dan Kewangan Islam
3. Konsep Asas Ekonomi dan Kewangan
Islam
4. Ciri Keistimewaan Ekonomi Islam
5. Etika Dalam Ekonomi Islam
6. Institusi Kewangan Islam
Definisi
• Ekonomi Islam
– Suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji tingkahlaku
manusia dalam soal mengguna dan menguruskan sumber
alam untuk kepentingan diri dan masyarakat bagi mendapat
keredhaan Allah
• Kewangan Islam
– Sistem kewangan Islam (nizam al-mal al-Islami) = sebahagian
daripada ekonomi Islam yang melibatkan aktiviti kewangan
seperti perancangan dan pelaksanaan polisi pendapatan
negara.
– Sistem kewangan Islam mestilah:
• Berteraskan Islam sepenuhnya, tidak terhad kepada label
• Mempunyai ciri-ciri suatu sistem yang canggih dan berdaya maju
Falsafah Ekonomi dan Kewangan Islam
• Konsep Tauhid
– Setiap manusia mempunyai hak terhadap sumber alam
ciptaan Allah. Justeru manusia hendaklah bekerjasama
menegakkan kesaksamaan kerana tauhid membawa
pengertian persaudaraan

• Konsep Penguasaan
– Allah sebagai penguasa. Oleh itu, hubungan manusia
dengan ekonomi hendaklah berada pada peraturan yang
telah ditentukan walaupun manusia mempunyai kebebasan
dalam aktiviti ekonomi

• Konsep Penyucian Akhlak (Tazkiyah)


– Manusia perlu sedar pentingnya penyucian akhlak.
Tujuannya adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan
memupuk rasa tanggungjawab sesama manusia melalui
ibadah zakat dan sedekah

• Hari pembalasan
– Menyedari kesan pada hari pembalasan maka kegiatan
ekonomi sentiasa berteraskan keadilan dan amanah serta
keikhlasan
• Manusia sebagai khalifah
– Manusia perlu sedar tanggungjawab sebagai
khalifah iaitu melaksanakan amanah bagi
mencegah ketidakadilan

• Kesamaan dan Persaudaraan


– Manusia perlu saling hormat menghormati,
bekerjasama, tidak mengeksploitasi dsb.
kerana kedudukan manusia adalah sama. Hak
setiap insan perlu dilindungi

• Konsep Hak Milik


– Hak milik mutlak adalah Allah. Manusia
sebagai pemegang amanah – hak ke atas diri
dan orang lain.
Konsep Asas Ekonomi dan Kewangan Islam

• Kebebasan individu
– Manusia bebas melakukan atau menyatakan sesuatu dan dengan prinsip ini
manusia boleh melaksanakan tanggungjawab menyeru kebaikan dan mencegah
kemungkaran
• Hak memiliki harta
– Setiap individu mempunyai hak memiliki harta, namun kemaslahatan /
kepentingan masyarakat perlu dijaga
• Ketidaksamaan ekonomi terkawal lazim
– Hakikat ketidaksamaan manusia dalam aspek ekonomi memang berlaku tetapi
Islam mengawal supaya jurang tidak melebar
• Keadilan dan kesaksamaan sosial
– Islam mendokong kesaksamaan yang tidak melihat kekayaan tertumpu kepada
golongan tertentu sahaja. Setiap individu diberi peluang yg sama untuk dapatkan
pekerjaan.
• Jaminan sosial
– Setiap individu mempunyai hak mendapat mata pencarian. Kerajaan perlu
menyediakan keperluan ini.
• Edaran kekayaan yang meluas
– Islam menganjurkan agar kekayaan diagih dalam
kalangan rakyat, bukan pd golongan tertentu
• Pengharaman pengumpulan harta tak menentu
– Islam melarang mengumpulkan harta daripada
sumber yang dilarang
• Pengharaman institusi anti-sosial
– Iaitu diharamkan judi, riba, pasaran gelap, sorok
barang
• Kebajikan individu dan sosial
– Islam mengiktiraf kebajikan individu dan sosial
Ciri Keistimewaan Ekonomi Islam

• Sumber ekonomi daripada Allah. Manusia sebagai


pemegang amanah
• Hak milik individu diiktiraf tapi kepentingan
masyarakat diutamakan
• Mengamalkan prinsip kerjasama
• Harta = sumber yang produktif untuk tingkat
pengeluaran ekonomi negara
• Mengutamakan pemilikan awam – keperluan air,
elektrik dsb
• Mengamalkan sifat taqwa bagi mengelakkan
penindasan, diskriminasi dsb
Etika Dalam Ekonomi Islam
• Garis panduan yang perlu dipatuhi:
1. Pematuhan kontrak (perjanjian)
– Setiap peniaga @ usahawan perlu mematuhi perjanjian yang dibuat
kerana ia merupakan amanah yang wajib dipatuhi secara jujur. Seperti
membayar sewa apabila tiba masanya.
2. Elakkan penipuan iklan yang mengelirukan
– Islam melarang membuat iklan yang boleh mengelirukan pengguna
kerana ia merupakan unsur penipuan dalam perniagaan
3. Timbangan yang tepat
– Membuat timbangan yang tidak tepat adalah dilarang dalam Islam dan
Allah mengingatkan manusia supaya menyukat dengan tepat pada
barangan yang disukat atau ditimbang
4. Tidak menyorok barang
– Tindakan menyorok barang bertujuan untuk mendapatkan untung yang
banyak ketika harga barang naik adalah dilarang dalam Islam. Ini adalah
perbuatan orang yang bersifat tamak dan bakhil.
5. Tidak melupuskan keluaran berlebihan
– Amalan melupuskan @ memusnahkan barangan yang berlebihan agar
harga tidak jatuh adalah satu berbuatan yang ditegah. Sewajarnya
mencari jalan untuk mengatasinya
6. Tidak mengamalkan riba
– Para peniaga perlu menghindarkan diri daripada amalan riba yang
diharamkan oleh Allah kerana ia merupakan satu penindasan dalam
perniagaan
7. Pengambilan pekerja yang berkebolehan
– Pengambilan pekerja perlu mengambilkira kebolehan dan kepakaranya
supaya dapat menghasilkan produk yang berkualiti. Bukan berdasarkan
pilih kasih kerana demikian akan mengundang amalan rasuah dan akan
gagal melaksanakan tugas / kerja.
8. Adil terhadap pekerja
– Majikan perlu menjaga kebajikan pekerja seperti membayar gaji dengan
setimpal , menyediakan tempat kerja yang baik, tidak pilih kasih
Institusi Kewangan Islam
Baitulmal

• Perbendaharaan negara
• Mula diperkenal pada zaman saidina Umar al-khattab. Tujuan
– hapus kemiskinan dan pembangunan (pendidikan, agama,
ketenteraan, pertanian dsb)
• Sumber:
– Zakat
– Sumber kekayaan alam
– Harta yang tidak jelas penggunaannya – sedekah, wakaf, kifarah, nazar,
wasiat
– Menerusi peperangan – ghanimah, jizyah dsb
– Harta warisan yang tidak dihabiskan oleh waris / tidak berwaris, harta
tercicir (luqatah)
– Saham yang dijual melalui yayasan/institusi yang ditubuh oleh
Baitulmal
Wakaf

• Sedekah, pemberian, hadiah dalam bentuk


barang / harta milik yang bermanfaat oleh pihak
tertentu untuk kegunaan awam
• Pemilik tidak mempunyai apa2 lagi kepentingan
ke atas hartanya melainkan pahala berterusan
dan penerima wakaf sebagai pemegang amanah
• Bukan tujuan maksiat
• Untuk pembinaan masjid, rumah anak yatim dsb
Perbankan Islam
• 1983 - Akta Bank Islam diluluskan
• 1983 – BIMB ditubuhkan
• 1993 – SPTF ditawarkan oleh bank konvensional
• Produk Perbankan Islam
Produk lain
– Simpanan (al-Wadi’ah) Al-Wadi’ah yad
– Pelaburan Dhamanah
• Al-Murabahah
Al-Mudharabah
Bai’ Bithaman Ajil
• Al-Musyarakah Bai’ Al-Dayn
Al-Ijarah
Al-Ijarah Thumma al-
Bai’
Bai’ Salam
Bai’ al-Istijrar
Al-Qardhul Hasan
Al-kafalah
Al-Wakalah
Al-Hiwalah
Al-Sarf
Al-Rahn
Al-Ujr
Al-Hibah
Takaful

• Ialah persetujuan pihak penanggung untuk memberi


ganti / pembayaran kepada yang ditanggung kerana
kehilangan atau kerugian sesuatu akibat kejadian
tidak diduga
• Prinsip Takaful
– Bantu membantu
– Pengorbanan
– Jaminan
– Keselamatan / perlindungan
• Sejarah Takaful di zaman Rasulullah:
– Sistem al-Aqilah
– Sistem al-Qasamah
– Sistem akad Muwalah
Al-Rahnu (pajak gadai)

• Definisi
– Cagaran yang diserah oleh peminjam kepada
pemberi pinjam untuk jangka masa tertentu
• Rukun
– Penggadai
– Penerima gadaian
– Barang gadaian
– Tanggungan gadaian (jumlah yang terhutang)
– Sighah / kontrak

Anda mungkin juga menyukai