Anda di halaman 1dari 18

GADAIAN ISLAM (AR-RAHN)

DARI PERSPEKTIF
MUASSASAH GADAIAN ISLAM TERENGGANU
( MGIT)

SITI AZURA HUSHIEN


ABSTRAK
Artikel ini adalah berkisar dengan perlaksanaan sistem gadaian Islam
oleh Muassasah Gadaian Islam Terengganu iaitu salah satu
pengendali gadaian Islam di Malaysia. Artikel ini dimulakan dengan
definisi pajak gadai Islam, landasan hukum, sekitar pengendalian
dan hikmah gadaian Islam, diikuti dengan latarbelakang Muassasah
Gadaian Islam Terengganu (MGIT), objektif utama penubuhan,
konsep, rukun dan ciri-ciri perlaksanaan sistem gadaian Islam. Turut
disentuh di dalam artikel ini ialah analisis perbandingan di antara
sistem gadaian Islam MGIT dengan pengendali gadaian Islam yang
lain serta sistem gadaian konvensional. Artikel ini merumuskan
bahawa manfaat yang sangat besar yang dihasilkan oleh sistem
gadaian Islam umumnya dan oleh MGIT khususnya masih belum
disebarkan seluruhnya.
PENDAHULUAN

• Kemahsyuran sistem ekonomi Islam telah tersebar luas ke serata dunia

• Sistem ekonomi Islam menawarkan kaedah yang memberi kesan “win-win”

• Negara-negara Eropah seperti Britain dan juga Jepun dan Korea telah mula
menggunakan beberapa bentuk mekanisme ekonomi Islam seperti SUKUK.

• Di Malaysia, pasaran pembiayaan mikro kredit amat luas, terdapat banyak


pengendali yang menawarkan pembiayaan ini, tetapi malangnya untuk
mendapatkan kemudahan ini perlukan dokumen yang pelbagai seperti slip
gaji, bagi rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan tetap ini adalah amat
menyukarkan. Alternatif lain yang lebih mudah ialah dengan pajak gadai.
• Pajak gadai adalah salah satu alternatif bagi pembiayaan mikro kredit
dan ia sememangnya telah diiktiraf di dalam Islam, ini terbukti
apabila Nabi Muhammad sendiri pernah melakukan pajak gadai

• Terdapat banyak pengendali pajak gadai Islam di Malaysia,


diantaranya ialah Bank Rakyat, KoKanun, Yapeim, PKB (Permodalan
Kelantan Berhad), Bank Islam, Maidam (MGIT/MAR)

• Artikel ini akan memfokus gadaian Islam dari perspektif Muassasah


Gadaian Islam Terengganu (MGIT) di bawah Majlis Agama Islam dan
Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

• MGIT menjadi pilihan kerana ia adalah satu-satunya syarikat pengendali


pajak gadai di dunia yang tidak langsung mengenakan caj tambahan
bagi pinjaman.
DEFINISI GADAIAN ISLAM (AR-RAHN)

• Bahasa Malaysia, gadai bermaksud pinjaman wang dengan menyerahkan


barang sebagai cagaran untuk tempoh tertentu jika tidak di tebus dalam tempoh
tertentu barang tersebut akan menjadi milik orang yang memberi pinjaman.

• Bahasa Arab, „Rahn‟ ia bermaksud suatu barang seseorang yang berada dalam
milik seseorang yang lain sebagai cagaran daripada hutang yang diberikan
kepadanya.

• Al-Qardawi dalam bukunya „Al-Hala wa Al-Haram fil Islam‟ menghuraikan


maksud gadaian itu sebagai sesuatu barang yang dijadikan peneguhan atau
kepercayaan dalam urusan hutang piutang. Barang yang dijadikan jaminan itu
boleh dijual, jika hutang tidak dapat dibayar. Tetapi penjualan itu mesti sama
nilainya dengan nilai wang dipinjam.

• Dari segi syara‟ atau kacamata Islam pula, kesimpulannya ialah gadaian
tersebut sebagai cagaran atau jaminan terhadap sesuatu hutang, oleh itu
sekiranya penggadai tidak mampu membayar balik hutang itu maka barang yang
digadaikan tadi, dikira sebagai bayaran kepada hutang tersebut.
LANDASAN HUKUM

• Sebahagian ulama‟ telah menyatakan bahawa gadaian adalah diharuskan.

• Ibnu Qudamah secara jelas menyatakan bahawa hukum gadai adalah harus

• Al-Sharqawi dalam “Fath al-Qadir” menyatakan bahawa setiap barang yang harus
dijual beli maka di haruskan juga gadaian.

• Dalil-dalil :-

- Al-Quran
Surah Al-Baqarah (2:283) maksudnya:
“ Jika kamu dalam perjalanan, sedangkan kamu tidak memperolehi seorang
penulis maka hendaklah ada barang yang dipegang. Akan tetapi jika yang lain
mempercayainya itu menunaikan amanat (hutangnya) dan hendaklah ia
bertaqwa kepada Allah Tuhannya”.

Di dalam ayat di atas, al-Qurtubi telah menghuraikan beberapa persoalan yang


berkaitan, diantaranya sebab diharuskan gadaian adalah untuk menjaga
keselamatan harta dan hutang piutang.
- As-Sunnah

Hadith daripada Aisyah r.a yang bermaksud “ Rasulullah s.a.w pernah


membeli makanan dari orang Yahudi dan beliau menggadai kepadanya
baju besi beliau”. Hadith riwayat Al- Bukhari dan Muslim

Terdapat satu hadith lain yang bermaksud “ Daripada Anas telah berkata
Rasulullah s.a.w telah menggadaikan baju besinya kepada orang Yahudi
dengan mengambil buah gandum dan diberikan kepada ahli
keluarganya”. Hadith riwayat Ahmad.

-Ijma’

Jumhur ulama‟ telah bersepakat mengatakan tentang keharusan gadaian


dan mereka tidak berselisih pendapat tentangnya, walaupun bukan dalam
musafir. Sebagaimana dengan perbuatan Rasulullah s.a.w yang telah
menggadai baju besinya kepada orang Yahudi di mana baginda di dalam
bermukim.
Hikmah Gadaian Islam

• Menggalakkan manusia supaya sentiasa bantu membantu di antara satu sama


lain. Allah telah berfirman dalam Surah Al-Maidah (5:2) yang bermaksud:

“ Bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa”.

• Meneguhkan kepercayaan kepada pemberi hutang. Dimana jika hutang itu tidak
dapat dijelaskan sekalipun, maka barang gadaian tersebut menjadi ganti.

• Merapatkan lagi ukhuwah antara sesama muslim. Di mana orang kaya dapat
menolong orang miskin dan berhajat kepada sesuatu sepertimana yang telah
dianjurkan dan digalakkan oleh Islam sendiri.

•Mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini seperti kecurian atau


merompak
oleh orang-orang yang tidak mampu tetapi berhajat kepada sesuatu dalam
hidupnya.
MUASSASAH GADAIAN ISLAM TERENGGANU (MGIT)

• Ditubuhkan pada 23 Januari 1992

• Bertujuan untuk menyediakan pajak gadai alternatif kepada umat Islam di


Negeri
Terengganu.

• Beroperasi di bawah kendalian Majlis Agama Islam dan Adat Melayu


Terengganu
(MAIDAM).

• Sumber kewangan utama adalah dari Kerajaan Negeri Terengganu melalui


MAIDAM.

• Ditubuhkan atas dasar fardhu kifayah dan bukan atas dasar keuntungan
semata-
mata, ia juga bertujuan untuk menghapuskan riba atau hasil bunga dan gharar
yang dikenakan oleh pajak gadai konvensional.

• Beroperasi di No. 18A, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu,


Terengganu.
KONSEP, RUKUN DAN KAEDAH PERLAKSANAAN GADAIAN ISLAM MGIT

• Konsep
Merangkumi 3 konsep asas:-

a. Ar-Rahnu
- suatu barang berharga (barang kemas yang terdiri daripada barang
kemas)
dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh
dibayar
dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

b. Al-Qardul Hassan
- hutang atau pinjaman kebajikan semata-mata tanpa dikenakan
sebarang
faedah atau lain-lain caj. Namun begitu peminjam digalakkan memberi
sumbangan ikhlas ketika membayar balik pinjaman mereka.

c. Al-Wadiah
- merujuk kepada akad yang berlaku untuk menjaga barang yang
dicagar
dengan jaminan.
OPERASI DI MGIT

1. Tatacara Gadaian

- barang gadaian yang diterima ialah emas tulen bergantung kepada keadaan
fizikal dan jenisnya.

- jenis-jenis emas ialah emas 10/24k, emas 18k, emas 916/22k, emas
14k, emas
915/22k, suasa, emas paun dan berlian asli.

- dokumen yang diperlukan ialah salinan kad pengenalan.

- pegawai penilai akan menentukan nilai mutu emas dengan menggores emas
di
batu uji. Jika warna yang terhasil ialah warna emas sedikit terang maka mutu
emas tersebut ialah 916, tetapi jika warna yang terhasil ialah emas sedikit
gelap
maka mutu emas tersebut ialah emas 10.

- jika warna yang terhasil daripada goresan tersebut ialah merah, maka barang
kemas tersebut ialah tembaga, atau putih maka barang kemas tersebut
- penaksir perlu berhati-hati untuk menaksir emas kerana dewasa kini
banyak
pelanggan yang datang dengan tujuan untuk menipu dengan cuba
menggadai
barang kemas tiruan.

- Barang kemas yang dikenalpasti tulen yang kemudiannya dikenali sebagai


„marhun‟ akan dimeterai („seal‟)

- Kaedah pengiraan pinjaman

Nilai emas di MGIT (semasa) emas 10 = RM 90 segram, emas 916 = RM


80
segram.
barang kemas akan ditimbang terlebih dahulu menggunakan
alat penimbang khas, jika berat barang kemas emas 916 ialah
20gm

20gm x RM80 = Rm1600


2. Tatacara Penebusan

- setiap gadaian diberi tempoh 3 bulan untuk ditebus

- bayaran balik pinjaman adalah secara sekaligus

- bagi pelanggan yang tidak dapat menebus gadaian dalam tempoh 3 bulan
tersebut, tempoh tambahan selama 3 bulan 14 hari diberi, tetapi
pelanggan
perlu datang sendiri ke MGIT untuk memohon penangguhan tersebut.

- pelanggan hanya perlu membawa surat gadaian berserta kad pengenalan


untuk menebus gadaian.

- wakil dibenarkan dengan syarat terdapat salinan kad pengenalan sebagai


bukti

- bagi pelanggan yang masih tidak dapat menebut gadaian selepas tempoh
tambahan diberikan, pihak MGIT akan menghantar sebanyak 2 surat
peringatan.
- Jika selepas kedua-dua surat peringatan tersebut dihantar, pelanggan
masih
gagal menebus gadaian (marhun), maka marhun tersebut akan dilelong.

- seperti contoh yang diberi, marhun dilelong dengan harga sebanyak


RM2000, pinjaman yang diberi ialah sebanyak RM1000. Maka pihak
MGIT
akan memulang lebihan baki jualan kepada pelanggan setelah ditolak
nilai
pinjaman dan sedikit wang untuk pengurusan.

- setelah pelanggan selesai menebus gadaian mereka, barulah mereka


dibenarkan untuk membuat gadaian semula.
PERBANDINGAN SISTEM GADAIAN DI MGIT DENGAN SYARIKAT
GADAIAN LAIN

1. Gadaian Konvensional

a. Riba
Pajak gadai konvensional mengenakan riba atas pinjaman. Kadar yang
dikenakan ialah pada kadar lebih 2% atas setiap RM100 pinjaman. Ini
bermakna jika pinjaman RM1000, RM1000 x 2% = RM20 sebulan.

b. Jumlah pinjaman tanpa had


Pelanggan boleh datang untuk membuat gadaian setiap hari tanpa had.
Nilaian emas di pajak gadai konvensional lebih tinggi berbanding di MGIT.

c. Bayaran boleh dibuat secara beransur-ansur


Berbanding di MGIT, di pajak gadai konvensional bayaran balik pinjaman
boleh dibuat secara beransur-ansur.
d. Notis sebelum tamat tempoh tebus
Pada kebiasaannya syarikat tidak akan menghantar notis tampat tempoh
tebus kepada pelanggan. Pelanggan perlu sentiasa „alert‟ dengan tarikh
tamat tempoh penebusan untuk mengelakkan barang gadaian „hangus‟.

e. Pemulangan wang lebihan lelongan


Jika terdapat lebihan atas lelongan barang gadaian, syarikat tidak akan
memaklumkan kepada pelanggan, ia bergantung ke atas inisiatif
pelanggan
untuk datang bertanya kepada syarikat pajak gadaian samada terdapat
lebihan atau tidak. Wang lebihan akan menjadi hak milik syarikat pajak
gadai jika tidak dituntut dalam tempoh 6 bulan selepas lelongan.

2. Syarikat Gadaian Islam Lain

a. Upah simpan
Di MGIT tiada upah simpan dikenakan. Tetapi bagi syarikat pajak gadai
islam
lain seperti Bank Rakyat, Bank Islam, Yapeim, Kokanun dan Muassasah
Ar-
Rahn (MAIDAM) sendiri terdapat upah simpan dikenakan ke atas barang
gadaian, Cuma kadar upah sahaja yang berbeza-beza.
contoh pengiraan upah simpan:-

Muassasah Ar-Rahnu MAIDAM – kadar upah simpan ialah RM0.30 bagi


setiap RM100 pinjaman.

Berat emas(nilai semasa emas) x 0.30 (jika pinjaman RM1000


kebawah)
100

2000 x 0.30 = RM6 sebulan


100

Bank Rakyat kadar upah simpan ialah RM0.70 (jika pinjaman RM1000
kebawah)

Berat emas(nilai semasa emas) x 0.70 (jika pinjaman RM1000 kebawah)


100

2000 x 0.70 = RM14 sebulan


100
b. Bayaran balik secara ansuran
Berbanding dengan MGIT, di syarikat pengendali pajak gadai Islam
yang
lain, pinjaman boleh dibayar balik secara beransur-ansur.

KESIMPULAN

Sistem ekonomi Islam telah menganjurkan jalan terbaik atas setiap permasalah
ekonomi. Dasar sistem ekonomi Islam yang „win-win‟ adalah sangat
hebat, cumanya penyebaran keistimewaan ini perlu diperluaskan. Ar-Rahnu
merupakan salah satu mekanisme ekonomi Islam untuk memberikan
penyelesaian pinjaman mikro kredit. MGIT telah memenuhi keperluan fardhu
kifayah dengan memberi pinjaman mikro kredit melalui gadaian kepada rakyat
negeri Terenganu tanpa sebarang caj tambahan pun. Jika dilihat dengan lebih
luas, manfaat yang diberikan dengan penubuhan MGIT ini adalah sangat besar
di dalam dunia di mana keuntungan perniagaan adalah menjadi keutamaan.
Keistimewaan MGIT ini perlu disebar luaskan di negeri Terengganu bagi
mengelakkan rakyat terbanyak terlibat dengan pajak gadai konvensional yang
sudah tentu jelas hukum haramnya kerana terlibat dengan riba. Surah Al-
Baqarah 92:275) maksudnya “ Orang-orang yang memakan riba, tidak mampu
berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan. Demikian
itu, kerana mereka berkata jual beli itu sama dengan riba. Allah menghalalkan

Anda mungkin juga menyukai