Anda di halaman 1dari 10

Gadaian(Ar-Rahnu) Menurut Islam

1.0

PENDAHULUAN
Menurut kaji sejarah, sistem gadaian ini diperkenalkan di Malaysia pada awal

kurun ke-19 pada zaman pemerintahan British iaitu sejak kedatangan orang cina ke
Tanah Melayu. Ianya adalah untuk mendapatkan wang tunai dengan kadar yang
segera bagi golongan yang berpendapatan rendah. Sehinggalah kehari ini peniaga
pajak gadai banyak diusahakan oleh masyarakat cina.WalauBagaimanapun, sistem
pajak gadai ini membebankan peminjam apabila mengenakan bayaran faedah
(Riba) yang terlalu tinggi. Hal ini yang menyebabkan betentangan dengan hukum
syarak.
Di atas kesedaran itu, kerajaan Terengganu telah melaksanakan sistem
gadaian berlandaskan islam buat pertama kalinya oleh Pejabat Agama Islam dan
Adat Melayu Terengganu pada 23 Januari 1992 yang dikenali sebagai Muassasah
Gadaian Islam Terengganu. Penubuhan pajakan dan operasi itu termaktub di bawah
peruntukan Seksyen 12 dan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam
Terengganu (Bil.2) 1986. Ia bertujuan untuk menghapuskan riba atau hasil bunga
(Faedah) dan gharar (Penipuan) yang dikenakan oleh pengusaha pajak gadai secara
konvensional.
Perkhidmatan gadaian berlandaskan hukum syarak biasanya disediakan oleh
bank-bank tertentu seperti Agrobank, Bank Rakyat, dan Bank Islam. Terdapat juga
institusi

lain

seperti

ar-Rahnu YaPEIM

dan

Permodalan

Kelantan

Berhad.

Perkhidmatan ini sebagai kemudahan pinjaman yang sedia ada disamping memberi
pilihan kepada peminjam untuk menuruti kehendak hukum syariat.

1.1

Definisi Gadaian (Ar-Rahnu)

Perkataan gadaian dalam bahasa Arab dinamakan ar-Rahnu yang diambil daripada
kata terbitan bahasa Arab. Ar-Rahnu berasal daripada kata perbuatan Rahanayang
bermakna menggadaikan.
1.1.1 Menurut Istilah Bahasa Dan Syara
1.

Rahnu dari sudut bahasa bererti: kekal, tetap dan tahan. Rahnu bererti
gadaian dalam bahasa Malaysia. Menurut bahasa, ertinya mempertaruhkan
sesuatu umpamanya menggadai nyawa, menggadaikan tanahair dan sebagainya.

2.

Menurut istilah hukum fekah atau hukum syarak, rahnu atau gadai ialah menjadikan
sesuatu barang sebagai cagaran kepada sesuatu hutang buat menjelaskan hutang itu ketika
tidak kuasa membayarnya.
1.1.2 Pandangan Ulama Semasa
Prof.

Dr.

Yusof

Al-Qardawi

dalam

bukunya Al-Halal

wa

Al-Haram

fil

Islammenghuraikan maksud gadaian itu sebagai sesuatu barang yang dijadikan


peneguhan atau kepercayaan dalam urusan hutang-piutang. Barang yang dijadikan
jaminan itu boleh dijual, jika hutang tidak dapat dibayar. Tetapi penjualan itu
mesti sama nilainya dengan nilai wang dipinjam.
1.2

Istilah Dalam Gadaian

Ar-rahnu merupakan satu sistem pajak gadai dalam islam yang menggabungkan
beberapa

konsep-konsep

syariah,

antaranya Ar-rahnu,

Al

wadiah

Yad

Dhamanahdan Al-Qard.
1.2.1 Ar-Rahnu
Didalam konsep ini Ar-rahnu merupakan satu makanisme dimana satu barang yang
berharga yang mempunyai nilai di sisi syarak dijadikan cagaran atau sandaran yang
terikat dengan pinjaman secara bercagar yang boleh dibayar dengannya dengan
cara menjual atau melelong barang tersebut bagi mendapatkan kembali hutang
yang diberikan, ini terjadi sekiranya pihak yang berhutang tidak dapat menjelaskan
hutangnya itu pada masa yang dijanjikan.
1.2.2

Al-Wadiah Yad Dhamanah

Al-wadiah yad dhamanah bermaksud simpanan barang yang berharga dengan jaminan,
dimana setiap barangan yang disimpan dikenakan upah simpanan bagi menjaga barang
tersebut. Dalam gadaian orang yang ingin mendapatkan pinjaman akan memberikan barang
yang berharga seperti barang kemas, tanah, kereta ataupun lain-lain barang yang mempunyai
nilai disisi syara kepada orang yang akan memberi pinjaman untuk disimpan sebagai cagaran
terhadap pinjaman yang diberikan. Dalam keadaan ini pemberi hutang tersebut menjadi orang
yang menjaga amanah dan ia sama sekali tidak mempunyai hak terhadap barang dalam
simpanannya kerana ia diberikan upah dalam menjaga barang tersebut. Jika barang tersebut
rosak ketika berada simpanannya maka wajib keatasnya untuk membayar ganti rugi akibat
dari kerosakan yang terjadi keatas barang tersebut. Firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu supaya menunaikan amanah kepada
ahlinya. (Surah An-Nisa 4:58)
1.2.3

Al-Qard

Manakala Al-Qard pula merupakan pinjaman tanpa faedah atau pinjaman kebajikan
yang diberikan untuk tujuan pertolongan. Ia merupakan satu pemberian hutang
oleh satu pihak kepada pihak yang lain tanpa adanya sebarang keuntungan atau
bayaran lebih semasa bayaran balik dilakukan. Dalam Ar-Rahnu ia merujuk kepada
pinjaman yang diberikan kepada peminjam berdasarkan peratusan tertentu
daripada nilai marhun (barang gadaian), dan upah simpanan dikenakan untuk

menyimpan barang gadaian mengikut kadar yang dipersetujui bersama oleh keduadua belah pihak bukannya berasaskan kepada jumlah pinjaman yang diberikan.
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu maka hendaklah kamu memberinya balasan
yang baik.(Riwayat Ahmad)
2.0

GADAIAN MENURUT PANDANGAN ISLAM


2.1

Dalil Gadaian

Berikut adalah nas-nas yang dinyatakan dengan jelas oleh al-Quran dan sunnah nabi
s.a.w.
2.1.1

Al- Quran


(Surah al-Baqarah283 : 2)

Maksudnya: Jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalat tidak secara tunai)
sedangkan kamu tidak memperolehi seorang penulis, maka hendaklah ada barang
tanggungjawab yang boleh dipegang

2.1.2

As-Sunnah



:
( )
Maksudnya: Daripada Aisyah r.a Rasulullah pernah membeli makanan daripada
orang yahudi dan beliau menggadaikan kepadanya baju besi baginda.
2.2

Hukum Gadaian
Berdasarkan dalil di atas, hukum bergadai adalah harus iaitu harus bergadai dengan
sesuatu atau apa-apa barang yang sah diperjualbelikan. Ertinya apa-apa barang
atau sesuatu yang sah dijual maka ia sah digadai.

2.3

Rukun-rukun dan Syarat-syarat Gadaian


Rukun-rukun gadaian itu empat perkara iaitu :-

2.3.1

Rahin dan Murtahin (Penggadai dan Pemegang Gadai)

Kedua-duanya mestilah:

1.

Berakal : Penggadai dan penerima gadaian mestilah waras. Bapa atau penjaga tidak boleh
menggadai harta orang-orang gila kecuali jika terpaksa atau ada keuntungannya.

2.

Baligh : Tidak sah bagi kanak-kanak dan orang gila.

3.

Cerdik : Penggadai mestilah berkeahlian dalam menguruskan hartanya (ahliyatut tabaru').

4.

Tidak dipaksa : Penggadai dan penerima gadaian melakukan gadaian dengan kehendak
sendiri tanpa paksaan orang lain.

5.

Berkuasa penuh terhadap diri dan hartanya : Harta atau barang gadaian penggadai mestilah
hak miliknya secara mutlak.

2.3.2

Marhun (Barang Gadaian)

a.

Suci dari segi syarak.

b.

Barang yang hendak digadaikan perlulah barang yang boleh memberi faedah kepada
manusia.

c.

Barang yang hendak digadai adalah hak milik penggadai.

d.

Barang yang hendak digadai tersebut mestilah dimiliki dan boleh diserahkan ketika
berlakunya akad atau sighah.

e.

Barang yang hendak digadaikan mestilah ditentukan harganya.

f.

Berlaku penyerahan dan penerimaan barang yang digadaikan.

g.

Harta gadaian adalah benda yang sah untuk digadai. Tidak sah menggadai harta wakaf.

2.3.3

Marhun bih (Hutang)


Bayaran atau barang yang diberi kepada penggadai itu mestilah hutang yang
dimaklumi. Maka tidak sah jika tidak berupa hutang seumpama benda yang wajib
diganti seperti barang yang dirampas, barang pinjaman atau sebagainya.
2.3.4 Sighah (Lafaz)
Tidak sah gadaian melainkan dengan ijab dan Kabul. Syarat-syaratnya sama dengan
syarat-syarat pada urusan berjualbeli. Maka tidak sah jika diselangi oleh perkataan lain
atau berselang lama. Juga tidak sah jika bertaklik dan jika memakai jangka waktu.

2.4

Perkara Yang Membatalkan Gadaian


Gadaian akan dikira terbatal dan tamat sekiranya penggadai telah membayar
keseluruhan hutangnya kepada pemegang gadaian ataupun barang yang digadaikan itu

diserahkan semula kepada penggadai. Disamping itu pembatalan ini juga berlaku
sekiranya barang gadaian itu rosak dan orang yang memegang gadaian itu meninggal
dunia. Jika seseorang itu tidak dapat menjelaskan hutangnya pada masa yang
ditetapkan dan menyebabkan barang gadaiannya dijual turut akan membatalkan
gadaian yang berlaku ataupun barang yang digadai itu telah disewa atau disedekahkan
kepada orang lain. Pembatalan juga akan berlaku sekiranya orang yang memegang
gadaian itu membatalkan gadaian walaupun tanpa pengetahuan penggadain.
2.5

Hikmah Gadaian
Berikut adalah hikmah-hikmah dalam melaksanakan gadaian:-

2.5.1

Memberi Kemudahan Kepada Orang Yang Memerlukan Bantuan


Dalam menjalani kehidupan didunia ini manusia akan diuji dengan pelbagai jenis
ujian bergantung kepada sejauh mana usaha diri mereka sendiri dalam
mendapatkan sesuatu pekerjaan bagi menampung kehidupan mereka. Namun
begitu, Islam tetap menyediakan beberapa cara atau jalan sementara untuk
memberi kepada mereka yang tidak berkemampuan melalui salah satunya dalam
bentuk gadaian tertentu. Mereka yang mempunyai harta untuk digadaikan boleh
ditukar ganti dalam bentuk nilai matawang yang memberi kesan yang baik iaitu
setidak- tidaknya dapat membantu mereka yang berada didalam kesusahan buat
sementara waktu.

2.5.2

Memberi Jaminan Kepada Orang Yang Memberi Hutang


Dalam Islam setiap pemberi hutang hendaklah membuat satu jaminan kepada penghutang
berbentuk tarikh atau pun sedikit perjanjian tertentu bagi mengelakkan berlakunya perkara
yang tidak diingini pada masa hadapan. Ini kerana didalam islam amat menjaga hak-hak
sesame muslim yang lain yang mana jika kita meminjam atau memberi pinjam hendaklah
sekurang-kurangnya mempunyai satu jaminan yang sesuatu pinjaman itu ada had dan tempoh
tertentu untuk dilangsaikan. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada adanya berlaku
salah faham atau tipu daya dalam bab pinjam meminjam ini.

2.5.3

Memudahkan Seseorang Mendapatkan Hutang Modal Bagi Memulakan Perniagaan


Bagi memulakan sesuatu perniagaan semestinya seseorang itu memerlukan modal
yang besar bagi memastikan proses perniagaan lebih mudah dan tersusun. Dalam

hal ini gadaian dapat membantu peniaga bagi menyuntik modal dalam bentuk
matawang. Barang yang hendak digadaikan dijadikan sebagai cagaran dan dalam
tempoh tertentu jika barangan tersebut tidak dituntut maka pihak pajak gadai
berhak untuk menjual barangan tersebut.
2.5.4

Memberi Peluang Kepada Umat Islam Mengembangkan Ekonomi


Dalam menjana serta menstabilkan ekonomi, sistem gadaian juga memainkan
peranan dalam membantu ekonomi umat Islam supaya lebih senang maju dan
berkembang ini kerana, dengan adanya pajak gadai yang berkonsep islam serta
memenuhi syara diharapkan menjadi sebagai suatu alternatif kepada umat Islam
dalam membantu menjadi perintis kepada pergerakan ekonomi yang lebih jitu
terutamanya membantu mereka yang memerlukan suntikan modal awal mahupun
mereka yang mempunyai kesungguhan dalam bidang perniagaan tetapi tidak
mempunyai modal.

2.5.5

Melahirkan sifat kerjasama dan perasaan kasih sayang antara satu sama lain
Dalam Islam amat mementingkan semangat kerjasama dalam apa jua perbuatan.
Dalam Al-Quran juga banyak disebutkan tentang kerjasama dan sikap tolong
menolong yang perlu ada dalam diri setiap umat Islam. Sistem yang wujud dalam
Islam secara tidak langsung membantu memperkukuhkan ukhuwwah sesama umat
Islam kerana ianya menyemai sikap bantu membantu serta memupuk sikap yang
positif dalam memajukan diri serta saudara seislam kita.

3.0

ISU SEMASA
3.1

Sistem Pajak Gadai Islam(Ar-Rahnu)

Bagi mereka yang masih belum memahami ar-Rahnu, ia adalah sistem pajak gadai
Islam yang membolehkan orang ramai memerlukan wang segera dengan mencagarkan
barangan kemas kepada pihak bank.Emas adalah barangan cagaran yang diperlukan
untuk membuat gadaian. Di malaysia, Sistem Pajak Gadai berlandaskan hukum syarak
biasanya disediakan oleh bank-bank tertentu seperti Agrobank, Bank Rakyat, dan Bank
Islam. Terdapat juga institusi lain seperti ar-Rahnu YaPEIM dan Permodalan Kelantan
Berhad. Tujuan utama penubuhan ar-Rahnu adalah untuk menggantikan Sistem Pajak
Gadai Konvensional yang sedia ada. Hal ini kerana, Pajak Gadai Secara Konvensional
mengamalkan Riba atau faedah yang banyak. Oleh itu, terdapat ramai orang Islam
memilih sistem pajak gadai ar-Rahnu berbanding secara Konvensional. Berikut adalah
kelebihan Pajak Gadaian ar-Rahnu berbanding secara Konvensional.
3.1.1

Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)


Perbezaan utama antara ar-Rahnu dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada
perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian
itu sendiri. Dalam perjanjian ar-Rahnu, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah
(Riba).Berbanding pajak gadai konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber
hasil kepada pemberi pinjaman.

3.1.2

Nilai Gadaian Tidak Merosot


Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah
serta tidak berlaku penyelewengan.

3.1.3

Wang Lebih Gadaian Dipulangkan


Wang lebih gadaian dipulangkan Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan
membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian.

3.1.4

Barang Kemas Yang Disimpan Selamat


Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Dimana
penerima gadaian akan menjamin pemeliharan dan tanggunjawab ke atas barangan
kemas yang diberi oleh pemberi gadaian.

3.1.5

Caj Perkhidmatan Yang Rendah

Ar-Rahnu menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di ar-Rahnu


melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai
Konvensional.
3.1.6

Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan


Dalam ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat
dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.

3.1.7

Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah


Ar-rahnu juga merupakan sebuah pajak gadai islam yang bertolak ansur dengan
pelanggannya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman.

3.1.8

Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan


Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang
gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka
telah habis.

3.1.9

Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya


Perkara ini sering berlaku dalam pajak gadai konvensional. Ia berlaku kerana akta
pemegang pajak gadai tidak menetapkan kriteria untuk menilai gadaian berkenaan.
Dalam ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya
dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.
4.0

RUMUSAN
Secara kesimpulannya, gadaian adalah diharuskan dalam Islam selagi ianya tidak

bercanggah dengan hukum Syara. Sudah menjadi kewajipan kepada umat islam
memastikan setiap gadaian adalah menurut syariah. Bahkan setiap rukun-rukun dan
syarat juga mestilah dipatuhi supaya dapat menghalang daripada kezaliman dan
penindasan.
Bagi memahami konteks gadaian menurut Islam terdapat tiga istilah pentinguntuk
kita ketahui iaitu ar-Rahnu,Al-Wadiah Yad Dhamanah, Al-Qard sepertimana yang
dinyatakan di atas.Ianya berperanan penting untuk memahami dengan lebih mendalam
konteks sebenar gadaian menurut pandangan Islam. Dengan cara memahaminya, sudah
pasti akan dapat menghalang berlakunya riba dalam gadaian.

Dalam konteks gadaian menurut Islam, penggadai akan menggadai barang gadaian
kepada pemegang gadaian. Barang gadaian akan menjadi cagaran kepada hutang dan
akan digunakan untuk melangsaikan hutang jika hutang tersebut tidak dibayar.
Sekiranya pemegang gadaian mendapati penggadai sukar untuk dia menjelaskan
hutangya, maka pemegang gadai berhak mengambil semula hutangnya melalui barang
yang dicagar. Iaitu dengan cara menjual dan kemudian mengambil hutangnya melalui
bayaran yang diperolehi.
Maka dengan itu, jelaslah bahawa gadaian mengikut hukum syara lebih
memuaskan berbanding Pajak Gadai Secara Konvensional. Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai