Anda di halaman 1dari 8

Pemerintahan dan kepemimpinan Rasulullah s.a.w.

dan Khulafa al-Rasyidin


PreviousNext
Pemerintahan dan kepemimpinan Rasulullah s.a.w. dan Khulafa al-Rasyidin
Sebenarnya pemerintahan dan kepemimpinan Rasulullah s.a.w. dan Khulafa al-Rasyidin merupakan
contoh pemerintahan dan kepemimpinanan yang terbaik yang pernah disaksikan di muka dunia ini.
Antara ciri-ciri yang menonjol dalam pemerintahan dan kepimpinan Rasulullah s.a.w. dan Khulafa al-
Rasyidin adalah keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan.

Rasulullah s.a.w. sebagai ketua negara
Rasulullah s.a.w. merupakan ketua negara Islam yang pertama. Pemerintahan Rasulullah s.a.w. juga
tertakluk kepada prinsip-prinsip asas yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam al-Quran iaitu
mendaulatkan hukum Allah, menegakkan keadilan, kebebasan dan ketelusan, menyeru kebaikan dan
mencegah kemungkaran, membina perpaduan dan menjamin keamanan dan keharmonian.
Dalam pemerintahannya, Rasulullah s.a.w. berusaha untuk mendaulatkan semua hukum-hakam yang
diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam semua aspek. Ini termasuk hukum yang berkaitan dengan aspek
politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi, sosial, pendidikan, kekeluargaan dan lain-lain. Dalam
aspek politik dan pentadbiran umpamanya, Rasulullah s.a.w. melaksanakan sistem pentadbiran
secara syura iaitu secara perundingan dan mesyuarat seperti yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.
Walaupun Baginda seorang rasul dan makhluk yang paling mulia, namun Baginda tetap meminta
pandangan sahabat-sahabat Baginda dalam menjalankan pentadbiran, khususnya dalam perkara yang
tiada wahyu diturunkan. Ini menjadikan sistem pentadbiran Rasulullah s.a.w. begitu telus dan terbuka.
Amalan syura ini bukan sahaja dipraktikkan dalam konteks pemerintahan biasa, malah dalam
peperangan Rasulullah s.a.w. juga. Contoh yang ketara dalam hal ini ialah ketika menentukan
kedudukan tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh dalam peperangan Badar, Uhud dan
Khandak. Dalam merancang strategi peperangan ini, Baginda berbincang dengan para Sahabat dan
menerima pandangan Sahabat tentang kedudukan yang paling baik bagi tentera Islam.

Rujukan Web

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai
peperangan yang diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w.
melalui laman web berikut:
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Uhud
2. http://id.wikipedia.org/wiki/Pertempuran_Badr
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Ahzab

Dalam aspek undang-undang, Rasulullah s.a.w. juga melaksanakan sepenuhnya sistem perundangan
seperti yang dikehendaki oleh al-Quran baik dalam aspek jenayah mahupun dalam aspek mal (sivil).
Perundangan Islam yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu hudud, qisas dan tazir berteraskan
keadilan dan kesaksamaan tanpa mengira perbezaan darjat, status sosial, ekonomi, bangsa dan
sebagainya. Orang yang bersalah tetap bersalah dan dikenakan hukuman yang setimpal sekalipun dia
golongan bangsawan dan begitu juga sebaliknya.


Bacaan

Sebagai contoh, pernah berlaku satu peristiwa apabila seorang
wanita bangsawan Arab ditangkap kerana mencuri. Setelah
dibicarakan dan sabit kesalahannya, maka hukuman telah
dijatuhkan ke atas wanita tersebut. Namun memandangkan
status kedudukannya yang tinggi, beberapa orang Sahabat
meminta supaya wanita ini dikecualikan daripada hukuman
tersebut. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:


Sesungguhnya telah binasalah umat
sebelum kamu kerana apabila golongan
bangsawan melakukan kesalahan dia
dibebaskan dan apabila golongan
bawahan melakukan kesalahan maka
dia dikenakan hukuman. Demi Allah
kalau Fatimah sekalipun yang mencuri,
tangannya akan dipotong.
(HR. Bukhari dan Muslim)


Berdasarkan peristiwa di muka surat sebelah, apakah
kesimpulan yang dapat anda fikirkan? Peristiwa ini
menggambarkan bahawa aspek keadilan Islam yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w. merupakan keadilan sejagat dan sejati. Selain
itu, proses perbicaraan dan hukuman juga dijalankan secara
terbuka dan telus. Pihak plaintif diberikan hak untuk
mengemukakan tuduhan dan pihak yang tertuduh diberikan hak
untuk membela dirinya dan hukuman dijatuhkan berdasarkan
bukti-bukti yang jelas daripada kedua-dua pihak.






Dalam bidang
ekonomi, Rasulullah
s.a.w. mematuhi
sistem ekonomi yang diasaskan daripada al-Quran yang menekankan keadilan. Untuk menjamin
keadilan dan memastikan agar kekayaan tidak dibolot oleh segolongan kecil ahli masyarakat sahaja,
maka pelbagai institusi ekonomi diwujudkan oleh Islam. Antara institusi itu ialah institusi zakat, sedekah,
baitul mal, waqf, pusaka, kharaj dan lain-lain. Melalui institusi-institusi ini, hak orang kaya
dijamin keselamatannya, manakala orang miskin pula dibela dan dibantu dengan sewajarnya. Sistem
ekonomi Rasulullah s.a.w. menghapuskan amalan riba yang sebelum ini diguna pakai oleh orang Yahudi
Madinah ke atas orang Arab.

Peringatan

Tahukah anda apakah itu riba? Jika anda melayari laman
Wikipedia, anda akan beroleh jawapan seperti
berikut: Riba ertinya al-ziyadah (tambahan). Dari segi
bahasa, ia bermaksud tambahan atau kenaikan. Secara
istilah, ia bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu
pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau
dijanjikan oleh penerima pinjaman manakala dalam
pertukaran sesetengah barangan dan mata wang, ia
bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza

Aktiviti 4.2



Soalan
kepada
aktiviti
4.2

Cadangan
jawapan
untuk
aktiviti
4.2
ataupun perbezaan waktu pertukaran.

Dalam aspek sosial pula, Rasulullah s.a.w. berusaha melaksanakan perintah al-Quran dari segi
kehidupan sosial yang aman, makmur dan harmoni. Dengan itu, pelbagai institusi sosial diwujudkan
seperti institusi persaudaraan dan kekeluargaan (munakahat), institusi masjid, kejiranan dan lain-lain.
Langkah pertama Nabi Muhammad s.a.w. menjadikan masjid sebagai pusat segala urusan harian yang
meliputi bidang sosial, ekonomi, pendidikan dan termasuk urusan pentadbiran dan pemerintahan
negara adalah merupakan tindakan yang sangat besar kesannya kepada kebajikan negara. Hal ini kerana
masjid sebagai rumah Allah s.w.t. bukan sahaja tempat untuk solat berjemaah, malah adalah institusi
yang mendokong keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan.
Di samping itu, Baginda juga mewujudkan beberapa jawatan dan antara jawatan yang diwujudkan
ialah naibin atau nuwwab. Orang yang memegang jawatan ini bertindak sebagai timbalan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. dan mengetuai pentadbiran negara ketika Baginda tiada di Madinah, sama ada untuk
tujuan ketenteraan ataupun dakwah.
Keunggulan Rasulullah s.a.w. sebagai pemerintah bukan sahaja diakui oleh masyarakat Islam, malah oleh
pengkaji sejarah daripada kalangan masyarakat bukan Islam. Sila baca beberapa petikan daripada tokoh-
tokoh berikut mengenai Nabi Muhammad s.a.w.
Jules Masserman, seorang ahli dalam bidang ilmu psikologi dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat
dalam majalah Time edisi Julai 15, 1974, menegaskan:

Pemimpin yang agung perlu melaksanakan tiga fungsi
penting iaitu: memelihara kesejahteraan pengikut-
pengikutnya, mewujudkan satu sistem sosial yang selamat
dan terjamin serta menanamkan satu nilai kepercayaan yang
dapat dijadikan panduan dan dikuti. Tokoh-tokoh terkenal
seperti Pasteur dan Salk telah dapat memenuhi fungsi
pertama, manakala Alexander, Caeser dan Hitler pula berjaya
memenuhi fungsi kedua. Namun Muhammad telah berjaya
memenuhi ketiga-tiga fungsi kerana itu beliau adalah
pemimpin yang paling hebat dalam sejarah.



Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/George_Bernard_Shaw#Works

George Bernard Shaw seorang penulis skrip drama berbangsa Irish yang mendapat hadiah Nobel
Kesusteraan tahun 1925 dalam bukunya, The Genuine Islam menyatakan bahawa beliau amat
menyanjungi ajaran yang dibawa oleh Muhammad kerana kehebatan dan potensi yang ada padanya.
Beliau menegaskan:

Ia adalah satu-satunya agama pada pandangan saya
mempunyai kemampuan supaya disesuaikan dengan
perubahan-perubahan yang sering berlaku dalam hidup,
justeru menjadikannya menonjol pada setiap zaman. Saya
telah mengkaji mengenainya iaitu lelaki yang hebat itu (Nabi
Muhammad) dan pada pandangan saya beliau bukan anti
Nabi Isa sebaliknya, beliau patut digelar sebagai Penyelamat
bagi Manusia.

Profesor Ramakrishna Rao, seorang ahli falsafah dari India dalam bukunya Islam and the Modern
Age telah mengungkapan keunggulan Nabi Muhammad dengan kata-kata yang begitu menarik. Ujar
beliau:

Andai kata keunggulan seseorang terletak pada
kemampuannya membersihkan masyarakat daripada
keganasan dan kerendahan akhlak serta budi dan
mengangkat mereka menjadi pemegang obor tamadun dan

keilmuan maka Muhammad memang layak dikatakan unggul.
Andai kata keunggulan terletak atas kemampuan mengikat
tali persaudaraan yang kukuh dalam masyarakat yang
dipenuhi persengketan dan peperangan maka beliau memang
layak dikatakan unggul. Andai kata keunggulan terletak pada
kejayaan merubah masyarakat jahiliah yang penuh kesesatan
kepada suatu kepercayaan yang murni maka Muhammad
berjaya melakukannya. Andai kata keunggulan ialah
kemampuan mengalahkan musuh dan membina empayar
yang besar seperti Maharaja Rom dan Parsi maka Muhammad
tidak kurang hebat keempimpinannya dan kepahlawananya.
Andai kata ketaataan dan penghormatan menjadi ukuran
kepada keunggulan maka sebut saja nama Muhammad,
jutaan manusia yang berjiwa akan hormat dan taat
kepadanya.
Jelas kini bahawa peranan Nabi Muhammad s.a.w. dalam pemerintahan dan pentadbiran negara
meliputi pelbagai aspek. Nabi Muhammad s.a.w. telah melaksanakan amanah pemerintah dan pentadbir
negara dengan penuh keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan sehingga namanya tercatat
sebagai manusia yang paling berjaya dalam pengurusan hal ehwal dunia dan akhirat.

Pemerintahan dan kepemimpinan Khulafa al-Rasyidin
Khulafa al-Rasyidin bermaksud para pengganti Rasulullah yang berada di atas jalan kebenaran. Mereka
ialah pemerintah kerajaan Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Mereka terdiri daripada Abu Bakar
al-Siddiq r.a., Umar bin al-Khattab r.a., Uthman bin Affan r.a. dan Ali bin Abi Talib r.a. Oleh kerana
mereka mewarisi kerajaan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w., mereka mempunyai
tanggungjawab dan peranan yang besar untuk memastikan keadilan, kesamarataan, kebebasan dan
ketelusan yang telah diasaskan oleh Baginda terus berkekalan dalam pemerintahan dan
kepemimpinanan mereka.
Dengan kedudukan mereka yang hampir sama dengan Rasulullah s.a.w. dan sentiasa mendampingi
Baginda semasa Baginda masih hidup, para Khulafa al-Rasyidin dapat memahami konsep dan falsafah
pemerintahan Islam seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Dengan itu mereka dapat menghayati
ajaran kepemimpinan Baginda dengan mudah.
Berikut merupakan sumbangan Khulafa al-Rasyidin semasa pemerintahan dan kepemimpinan mereka:

Anda mungkin juga menyukai