Anda di halaman 1dari 27

Siasah syariayah

https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/pemerintahan-dan-kepemimpinan-rasulullah-
s-a-w-dan-khulafa-al-rasyidin/

PEMERINTAHAN DAN KEPEMIMPINAN


RASULULLAH S.A.W. DAN KHULAFA’ AL-
RASYIDIN

PEMERINTAHAN  DAN  KEPEMIMPINAN  RASULULLAH  S.A.W.  DAN 


KHULAFA’ AL-RASYIDIN

Sebenarnya pemerintahan dan kepemimpinan Rasulullah s.a.w. dan


Khulafa’ al-Rasyidin merupakan contoh pemerintahan dan
kepemimpinanan yang terbaik yang pernah disaksikan di muka dunia ini.
Antara ciri-ciri yang menonjol dalam pemerintahan dan kepimpinan
Rasulullah s.a.w. dan Khulafa’ al-Rasyidin adalah keadilan, kesamarataan,
kebebasan dan ketelusan.

Rasulullah s.a.w. sebagai ketua negara

Rasulullah s.a.w. merupakan ketua negara Islam yang pertama.


Pemerintahan Rasulullah s.a.w. juga tertakluk kepada prinsip-prinsip asas
yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam al-Qur’an iaitu
mendaulatkan hukum Allah, menegakkan keadilan, kebebasan dan
ketelusan, menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, membina
perpaduan dan menjamin keamanan dan keharmonian.

Dalam pemerintahannya, Rasulullah s.a.w. berusaha untuk mendaulatkan


semua hukum-hakam yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam semua
aspek. Ini termasuk hukum yang berkaitan dengan aspek politik,
pentadbiran, undang-undang, ekonomi, sosial, pendidikan, kekeluargaan
dan lain-lain. Dalam aspek politik dan pentadbiran umpamanya,
Rasulullah s.a.w. melaksanakan sistem pentadbiran secara syura iaitu
secara perundingan dan mesyuarat seperti yang diperintahkan oleh Allah
s.w.t. Walaupun Baginda seorang rasul dan makhluk yang paling mulia,
namun Baginda tetap meminta pandangan sahabat-sahabat Baginda dalam
menjalankan pentadbiran, khususnya dalam perkara yang tiada wahyu
diturunkan. Ini menjadikan sistem pentadbiran Rasulullah s.a.w. begitu
telus dan terbuka.
Amalan syura ini bukan sahaja dipraktikkan dalam konteks pemerintahan
biasa, malah dalam peperangan Rasulullah s.a.w. juga. Contoh yang ketara
dalam hal ini ialah ketika menentukan kedudukan tentera Islam dalam
menghadapi serangan musuh dalam peperangan Badar, Uhud dan
Khandak. Dalam merancang strategi peperangan ini, Baginda berbincang
dengan para Sahabat dan menerima pandangan Sahabat tentang
kedudukan yang paling baik bagi tentera Islam.

Dalam aspek undang-undang, Rasulullah s.a.w. juga melaksanakan


sepenuhnya sistem perundangan seperti yang dikehendaki oleh al-Qur’an
baik dalam aspek jenayah mahupun dalam aspek mal (sivil). Perundangan
Islam yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu hudud, qisas dan ta’zir
berteraskan keadilan dan kesaksamaan tanpa mengira perbezaan darjat,
status sosial, ekonomi, bangsa dan sebagainya. Orang yang bersalah tetap
bersalah dan dikenakan hukuman yang setimpal sekalipun dia golongan
bangsawan dan begitu juga sebaliknya.
 

Bacaan

Sebagai contoh, pernah berlaku satu peristiwa apabila seorang wanita bangsawan
Arab ditangkap kerana mencuri. Setelah dibicarakan dan sabit kesalahannya, maka
hukuman telah dijatuhkan ke atas wanita tersebut. Namun memandangkan status
kedudukannya yang tinggi, beberapa orang Sahabat meminta supaya wanita ini
dikecualikan daripada hukuman tersebut. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud:
 

Sesungguhnya telah binasalah umat sebelum kamu kerana apabila


golongan bangsawan melakukan kesalahan dia dibebaskan dan apabila
golongan bawahan melakukan kesalahan maka dia dikenakan hukuman.
Demi Allah kalau Fatimah sekalipun yang mencuri, tangannya akan
dipotong.

(HR. Bukhari dan Muslim)

 
Berdasarkan peristiwa di muka surat sebelah, apakah kesimpulan yang dapat anda
fikirkan? Peristiwa ini menggambarkan bahawa aspek keadilan Islam yang dibawa
oleh Rasulullah s.a.w. merupakan keadilan sejagat dan sejati. Selain itu, proses
perbicaraan dan hukuman juga dijalankan secara terbuka dan telus. Pihak plaintif
diberikan hak untuk mengemukakan tuduhan dan pihak yang tertuduh diberikan hak
untuk membela dirinya dan hukuman dijatuhkan berdasarkan bukti-bukti yang jelas
daripada kedua-dua pihak.

Dalam bidang ekonomi, Rasulullah s.a.w. mematuhi sistem ekonomi yang


diasaskan daripada al-Qur’an yang menekankan keadilan. Untuk menjamin
keadilan dan memastikan agar kekayaan tidak dibolot oleh segolongan
kecil ahli masyarakat sahaja, maka pelbagai institusi ekonomi diwujudkan
oleh Islam. Antara institusi itu ialah institusi zakat, sedekah, baitul mal,
waqf, pusaka, kharaj dan lain-lain. Melalui institusi-institusi ini, hak orang
kaya dijamin  keselamatannya, manakala orang miskin pula dibela dan
dibantu dengan sewajarnya. Sistem ekonomi Rasulullah s.a.w.
menghapuskan amalan riba yang sebelum ini diguna pakai oleh orang
Yahudi Madinah ke atas orang Arab.

Dalam aspek sosial pula, Rasulullah s.a.w. berusaha melaksanakan


perintah al-Qur’an dari segi kehidupan sosial yang aman, makmur dan
harmoni. Dengan itu, pelbagai institusi sosial diwujudkan seperti institusi
persaudaraan dan kekeluargaan (munakahat), institusi masjid, kejiranan
dan lain-lain. Langkah pertama Nabi Muhammad s.a.w. menjadikan masjid
sebagai pusat segala urusan harian yang meliputi bidang sosial, ekonomi,
pendidikan dan termasuk urusan pentadbiran dan pemerintahan negara
adalah merupakan tindakan yang sangat besar kesannya kepada kebajikan
negara. Hal ini kerana masjid sebagai rumah Allah s.w.t. bukan sahaja
tempat untuk solat berjemaah, malah adalah institusi yang mendokong
keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan.

Di samping itu, Baginda juga mewujudkan beberapa jawatan dan antara


jawatan yang diwujudkan ialah na’ibin atau nuwwab. Orang yang
memegang jawatan ini bertindak sebagai timbalan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. dan mengetuai pentadbiran negara ketika Baginda tiada
di Madinah, sama ada untuk tujuan ketenteraan ataupun dakwah.

Keunggulan Rasulullah s.a.w. sebagai pemerintah bukan sahaja diakui oleh


masyarakat Islam, malah oleh pengkaji sejarah daripada kalangan
masyarakat bukan Islam. Sila baca beberapa petikan daripada tokoh-tokoh
berikut mengenai Nabi Muhammad s.a.w.

Jules Masserman, seorang ahli dalam bidang ilmu psikologi dari Universiti
Chicago, Amerika Syarikat dalam majalah Time edisi Julai 15, 1974,
menegaskan:
“Pemimpin yang agung perlu melaksanakan tiga fungsi penting iaitu:
memelihara kesejahteraan pengikut-pengikutnya, mewujudkan satu
sistem sosial yang selamat dan terjamin serta menanamkan satu nilai
kepercayaan yang dapat dijadikan panduan dan dikuti. Tokoh-tokoh
terkenal seperti Pasteur dan Salk telah dapat memenuhi fungsi pertama,
manakala Alexander, Caeser dan Hitler pula berjaya memenuhi fungsi
kedua. Namun Muhammad telah berjaya memenuhi ketiga-tiga fungsi
kerana itu beliau adalah pemimpin yang paling hebat dalam sejarah.”

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/George_Bernard_Shaw#Works

George Bernard Shaw seorang penulis skrip drama berbangsa Irish yang
mendapat hadiah Nobel Kesusteraan tahun 1925 dalam bukunya, The
Genuine Islam menyatakan bahawa beliau amat menyanjungi ajaran yang
dibawa oleh Muhammad kerana kehebatan dan potensi yang ada padanya.
Beliau menegaskan:

“Ia adalah satu-satunya agama pada pandangan saya mempunyai


kemampuan supaya disesuaikan dengan perubahan-perubahan yang
sering berlaku dalam hidup, justeru menjadikannya menonjol pada
setiap zaman. Saya telah mengkaji mengenainya iaitu lelaki yang hebat
itu (Nabi Muhammad) dan pada pandangan saya beliau bukan anti Nabi
Isa sebaliknya, beliau patut digelar sebagai Penyelamat bagi
Manusia.””
Profesor Ramakrishna Rao, seorang ahli falsafah dari India dalam
bukunya Islam and the Modern Age telah mengungkapan keunggulan Nabi
Muhammad dengan kata-kata yang begitu menarik. Ujar beliau:

“Andai kata keunggulan seseorang terletak pada kemampuannya


membersihkan masyarakat daripada keganasan dan kerendahan akhlak
serta budi dan mengangkat mereka menjadi pemegang obor tamadun
dan keilmuan maka Muhammad memang layak dikatakan unggul. Andai
kata keunggulan terletak atas kemampuan mengikat tali persaudaraan
yang kukuh dalam masyarakat yang dipenuhi persengketan dan
peperangan maka beliau memang layak dikatakan unggul. Andai kata
keunggulan terletak pada kejayaan merubah masyarakat jahiliah yang
penuh kesesatan kepada suatu kepercayaan yang murni maka
Muhammad berjaya melakukannya. Andai kata keunggulan ialah
kemampuan mengalahkan musuh dan membina empayar yang besar
seperti Maharaja Rom dan Parsi maka Muhammad tidak kurang hebat
keempimpinannya dan kepahlawananya. Andai kata ketaataan dan
penghormatan menjadi ukuran kepada keunggulan maka sebut saja
nama Muhammad, jutaan manusia yang berjiwa akan hormat dan taat
kepadanya.”

Jelas kini bahawa peranan Nabi Muhammad s.a.w. dalam pemerintahan


dan pentadbiran negara meliputi pelbagai aspek. Nabi Muhammad s.a.w.
telah melaksanakan amanah pemerintah dan pentadbir negara dengan
penuh keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan sehingga
namanya tercatat sebagai manusia yang paling berjaya dalam pengurusan
hal ehwal dunia dan akhirat.

Pemerintahan dan kepemimpinan Khulafa’ al-Rasyidin

Khulafa’ al-Rasyidin bermaksud para pengganti Rasulullah yang berada di


atas jalan kebenaran. Mereka ialah pemerintah kerajaan Islam selepas
kewafatan Rasulullah s.a.w. Mereka terdiri daripada Abu Bakar al-Siddiq
r.a., Umar bin al-Khattab r.a., Uthman bin ‘Affan r.a. dan Ali bin Abi Talib
r.a. Oleh kerana mereka mewarisi kerajaan Islam yang diasaskan oleh
Rasulullah s.a.w., mereka mempunyai tanggungjawab dan peranan yang
besar untuk memastikan keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan
yang telah diasaskan oleh Baginda terus berkekalan dalam pemerintahan
dan kepemimpinanan mereka.

Dengan kedudukan mereka yang hampir sama dengan Rasulullah s.a.w.


dan sentiasa mendampingi Baginda semasa Baginda masih hidup, para
Khulafa’ al-Rasyidin dapat memahami konsep dan falsafah pemerintahan
Islam seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Dengan itu mereka
dapat menghayati ajaran kepemimpinan Baginda dengan mudah.

Berikut merupakan sumbangan Khulafa’ al-Rasyidin semasa pemerintahan


dan kepemimpinan mereka:

 
 
https://www.slideshare.net/ciklahkiter/rasulullah-saw-sebagai-model-utama-dalam-sistem-
pentadbiran-dan-pemerintahan-islam
1. 4. 4 Pendahuluan Kepimpinan Rasulullah merupakan model pemerintahan kurun terbaik
dlm sejarah Islam dan mengandungi ‘qudwah hasanah. “Demi sesungguhnya adalah
bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik” (al Ahzab: 21) Rasulullah
SAW selain sebagai seorang Rasul yang membawa risalah Allah SWT, baginda juga
seorang pemimpin negara yang berkuasa dan memerintah dengan menerapkan hukum-
hukum Allah SWT yang diwahyukan kepada baginda. Allah SWT berfirman : “Maka
putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu
mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang
kepadamu…” (QS. Al Maidah : 48) Rasulullah SAW merupakan ketua negara Islam yang
pertama. Pemerintahan Rasulullah SAW juga tertakluk kepada prinsip-prinsip asas yang
telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam al-Qur’an iaitu mendaulatkan hukum Allah,
menegakkan keadilan, kebebasan dan ketelusan, menyeru kebaikan dan mencegah
kemungkaran, membina perpaduan dan menjamin keamanan dan keharmonian.
Sesungguhnya perjuangan Rasulullah SAW itu adalah perjuangan yang sejagat sifatnya.
Setelah Rasulullah SAW meruntuhkan berhala-berhala batu yang menjadi sembahan
manusia maka kita lihat bahawa Rasulullah SAW tidak berhenti di situ sahaja kerana di
sana terdapat berbagai berhala yang perlu dihancurkan di muka bumi Allah ini.
Perjuangan Rasulullah SAW tidak hanya menghancurkan berhala-berhala yang َ ‫ر ىِف ۡمُكَل‬
‫َانَك ۡدَقَّلٌَةنَسَح ٌة َوۡسُأ ِ َّٱَّلل ِلوُس‬
2. 5. 5 berjumlah 360 jenis itu sahaja tetapi perjuangan Rasulullah SAW itu meruntuhkan
berhala-berhala manusia,berhala-berhala idealogi, berhala-berhala sistem yang
menjadikan manusia hamba kepada manusia. Risalah Islam ini membawa manusia
kepada pengabdian yang sebenarnya kepada Allah SWT. Berhala-berhala ini menjadi
musuh kepada Islam hinggalah ke hari kiamat dan taklif risalah ini tertanggung di setiap
orang muslim di setiap zaman dan tempat. Rasulullah SAW telah mencanai suatu bentuk
rupa manusia Islam yang menjadi model di seluruh alam sebagai suatu alternatif kepada
keruntuhan tamadun manusia di setiap zaman dan masa. Contoh-contoh peribadi itu
adalah suri teladan yang hidup dan umpama mata air yang mengalir yang akan
menghilangkan dahaga bagi sesiapa yang meminumnya. Tamadun umat Islam ini akan
menjadi segar jika umat Islam menghirup mata air bersih yang telah ditunjukkan oleh
Rasulullah SAW ini. Dari seluruh huraian di atas, maka terbukti bahwa Rasulullah SAW
telah membangun suatu struktur pemerintahan negara Islam yang kukuh. Tuntasnya
tugasan ini berusaha merujuk kepada ayat-ayat al-Qur'an dan sunnah Rasul yang
kedua-dua sumber ini telah menggariskan berbagai asas utama kehidupan menurut
syariat Islam dari sudut politik, ekonomi, sosial, budaya, dan pertahanan dan keamanan
(jihad).
3. 6. 6 1.0 Konsep Kepimpinan Islam Islam adalah ‘al-din’ iaitu agama yang merangkumi
bukan sahaja ibadat khusus, tetapi ia juga suatu sistem hidup yang merangkumi bidang-
bidang lain seperti muamalat, sistem sosial dan sistem politik. Lantaran itu, konsep
kepimpinan juga menjadi tajuk yang diperbincangkan oleh para ulama’, sejarawan dan
ilmuwan-ilmuwan Islam dari dahulu hingga sekarang. Ia diperbincangkan di bawah tajuk
‘imamah’, ‘khalifah’ dan tajuk-tajuk lain seumpamanya. Kertas ini akan cuba melihat
konsep kepimpinan Islam serta tanggungjawab mereka seperti yang dibincangkan oleh
para sejarawan dan ilmuwan Islam . Islam menganggap setiap seorang Muslim yang
mukallaf sebagai pemimpin. Sekurang-kurangnya mereka adalah pemimpin bagi diri
mereka, dan keluarga mereka. Dengan sebab seseorang itu dianggap pemimpin bagi
dirinya, beliau tidak boleh mencampakkan dirinya dalam kemusnahan atau dalam
bahaya. Tetapi tumpuan kita ini adalah kepimpinan kepada masyarakat umum. Dalam
hal ini Rasulullah SAW ada bersabda yang maksudnya: “Jika tiga orang keluar
bermusafir, maka hendaklah salah seorang dari mereka di lantik menjadi ketua.” Kalau
bagi kumpulan tiga orang pun perlu dilantik seorang ketua, apa lagi keperluan bagi satu
kaum, bangsa, Negara dan Umat ini. Keperluan ketua atau pemimpin ini adalah jelas,
iaitu untuk menjalankan syariat Allah di muka bumi ini, terutama suruhan-suruhan yang
berkaitan dengan tugas penguasa, juga untuk memberi pengarahan, menjaga kebajikan
dan keselamatan mereka,mengatur penggunaan sumber,
4. 7. 7 menjalankan usaha untuk kemuslahatan ramai, dan mengelak dari berlakunya
pertelingkahan antara mereka. Di samping itu, jika kita melihat kepada
tanggungjawabnya, kita perlu mengambil perhatian kepada peringatan Rasulullah SAW,
di mana Baginda ada bersabda yang maksudnya ialah: “Setiap kamu adalah
pengembala dan setiap pengembala akan ditanya tentang pengembalaannya. Seorang
pemimpin adalah pengembala dan beliau akan ditanya tentang rakyatnya, seorang lelaki
(suami) adalah pemimpin keluarganya, dan beliau akan ditanya tentang anggota
keluarganya, seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya, dan beliau akan
ditanya tentang kepimpinannya, pembantu rumah adalah pemimpin (penjaga) harta-
benda tuannya, dan beliau akan ditanya tentang keselamatan harta-benda tersebut.”
Pada prinsipnya, walaupun seseorang itu dianggap pemimpin, mereka tetap tertakluk
kepada sifat-sifat mahmudah seperti yang dikehendaki bagi setiap orang Muslim, seperti
sifat amanah, ikhlas, jujur, tekun, dedikasi, rajin, suka beribadat, suka beribadat waktu
malam, belas kasihan, suka tolong menolong, suka berderma, bekerjasama, nasihat
menasihati dan pada umumnya menjalankan tugas amr makruf nahi mungkar.
Sebaliknya pula beliau hendaklah meninggalkan sifat-sifat buruk seperti nifaq, suka
melakukan atau merela orang melakukan perbuatan maksiat dan sifat-sifat lain yang
dibenci oleh Syara’. Di samping itu, beliau dipertanggungjawabkan bagi setiap perlakuan
dan perbuatannya sebagai pemimpin.
5. 8. 8 2.0 Prinsip pemerintahan Islam Politik atau perkara berkaitan dengan kepimpinan
dan kenegaraan merupakan satu bidang yang amat rumit serta berisiko tinggi. Setiap
individu yang melibatkan diri dalam bidang ini perlu bersedia menghadapi risiko apabila
gagal menunaikan tugas kepimpinan memerintah negara. Jawatan pemimpin dan
pemerintah bukan merupakan satu pekerjaan yang kekal atau berbentuk warisan.
Jawatan ini adalah berkaitan dengan amanah Allah kepada individu yang mempunyai
kebolehan, kepakaran dan kebijaksanaan dalam mengendalikan urusan kemasyarakatan
dan kenegaraan. Dalam arena politik dan kepimpinan, kerjasama di antara pemimpin
dan rakyat merupakan satu prinsip kepimpinan yang tidak boleh diabaikan. Islam
memperkenalkan sistem kepimpinan dan pemerintahan berlandaskan kepada amanah
sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Setiap umat Islam mempunyai tugas masing-
masing dalam mengendalikan urusan keduniaan berlandaskan kepada wahyu dan
kepimpinan Rasulullah SAW. Pemimpin atau pemerintah dianggap sebagai wakil rakyat
untuk mengendalikan urusan kenegaraan dan kemasyarakatan berdasarkan kepada
prinsip kepimpinan dalam Islam seperti mana dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para
sahabat baginda. Dalam Islam, pentadbiran dan pemerintahan mestilah berdasarkan
kepada prinsip- prinsip berikut: a) Keadilan. Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada
tempatnya. Dalam Al-Quran, adil bermaksud tidak zalim. Orang yang melanggar perintah
Allah dianggap zalim
6. 9. 9 (menzalimi) diri sendiri. Orang yang melakukan suruhan Allah dan meninggalkan
larangannya ialah orang yang adil. b) Mendapat keredhaan Allah. Aktiviti yang
dilaksanakan dalam pentadbiran bukan bertujuan duniawi atau untuk mendapatkan
penghormatan dari manusia. Apa yang penting menunaikan tanggungjawab untuk
mendapat keredhaan Allah. c) Menegakkan yang maaruf. Segala tindakan hendaklah
menuju kearah kebaikan tidak bertentangan dengan prinsip ajaran Islam dan mencegah
kemungkaran. Tidak berlaku dalam pemerintahan sesuatu sifat menentang dan
melakukan maksiat kepada Allah. Sebaliknya pentadbiran itu bertujuan menghapuskan
segala bentuk maksiat dan kezaliman d) Tunduk kepad perintah Allah. Segala
perancangan dan pelaksanaan hendaklah dengan perasaan tunduk kepada Allah
(melakukannya kerana menurut perintah Allah). Berdasarkan kepada prinsip dan konsep
kepimpinan dan pemerintahan dalam Islam maka diharapkan setiap pemimpin dan
pentadbir dalam negara ini menumpukan perhatian kepada tugas dengan sebaik
mungkin semoga sumbangan dan pengorbanan mereka direstui oleh rakyat dan diberkati
oleh Allah.
7. 10. 10 3.0 Peranan Rasulullah SAW sebagai Pemimpin Rasulullah adalah pemimpin
agung umat Islam. Baginda merupakan pemimpin pertama yang menegakkan negara
Islam di Madinah. Baginda juga pemimpin dalam masyarakat, pemimpin dalam solat,
pemerintah tentera dan panglima dalam peperangan. Maka demikian banyaknya tugas
dan tanggungjawab baginda sebagai pemimpin. Antaranya tugas dan tanggungjawab
yang dilakukan oleh Baginda bagi memantapkan kepimpinannya ialah: a) Membina
Masjid : Masjid merupakan institusi sosial yg cukup penting yg berfungsi sebagai pusat
pembentukan masyarakat, pembinaan komuniti, pusat ilmu, pusat pentadbiran,
perbincangan, mendamaikan pergaduhan, pengadilan (mahkamah) dan sebagainya. b)
Mengukuhkan Persaudaraan : Baginda menyatukan semua penduduk Madinah yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan agama di bawah panji-panji dan menghapuskan
asabiyah. c) Mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar : Baginda menggalakkan
mereka saling bantu membantu dalam apa jua keadaan. d) Membuat perjanjian dengan
orang bukan Islam : Baginda membuat perjanjian antara muslim dan kafir untuk
bersama-sama menjaga kedamaian Madinah yang baru ditubuhkan. e) Membentuk
Dasar : Baginda menyusun dan membentuk dasar pemerintahan kerajaan Islam yang
baru itu.
8. 11. 11 f) Meletakkan Sistem Masyarakat : Baginda meletakkan dasar bagi sistem sosial,
ekonomi dan politik bagi membentuk dan melahirkan masyarakat yang merangkumi hak-
hak keadilan dan kebebasan seluruh penduduk Madinah. g) Menubuhkan Stuktur
Pemerintahan : Baginda membentuk organisasi kerajaan yang merangkumi pelbagai
jawatan, melantik pegawai dan kakitangan di peringkat pusat dan wilayah. h)
Menubuhkan Institusi Percukaian : Baginda membentuk sistem kewangan yang
merangkumi sumber kewangan, percukaian, zakat, jizyah, sedekah, ghanumah dan lain-
lain. i) Mengembangkan Islam : Baginda menghantar utusan kpd penduduk-penduduk
luar Madinah, pembesar-pembesar Arab dan ketua-ketua negara di Semenanjung Tanah
Arab untuk menyeru mereka memeluk Islam. Sebahagian dari mereka menerima Islam
dan ada juga yang menolak Islam. j) Menunjuk contoh yang baik : Baginda sentiasa
menunjukkan contoh yang baik kepada orang Islam dan bukan Islam. Sikap dan peribadi
Baginda itu telah menawan hati ramai orang bukan Islam yang akhirnya mereka
memeluk agama Islam.
9. 12. 12 4.0 Strategi Rasulullah SAW Allah SWT mengutus Rasulullah SAW ketika
manusia berada dalam kegelapan, kezaliman dan kejahiliyahan. Rasulullah SAW datang
ke dunia ini dengan membawa agama Islam yang inti ajarannya dapat kita ringkas atas
tiga hal, yaitu akidah, ibadah dan sistem. Akidah dapat tegak dengan mentauhidkan
Allah dalam uluhiyah, rububiyah dan asma wa sifat. Uluhiyah adalah beribadah hanya
kepada Allah saja, rububiyah adalah mengesakan Allah dalam penciptaan dan
pengaturan semua urusan jagat raya, sedangkan asma wa sifat adalah meyakini bahawa
semua sifat Allah Esa dan Sempurna. Ibadah berkait dengan semua aktiviti, ucapan dan
fikiran yang ditujukan hanya bertujuan untuk mencari redha Allah. Dalam hal sistem,
selain mengajarkan akidah tauhid, Islam datang membawa sistem untuk mengatur
semua aspek kehidupan meliputi bidang agama, ekonomi, sosial, politik, budaya,
pendidikandan lain-lain. Rasulullah SAW telah mentadbir negara Islam sejak awal
turunnya wahyu Islam. Bahkan, baginda juga telah meletakkan urusan dalam negeri, dan
luar negeri.Strategi berikut ini dibuat sebelum dan setelah hijrah. i. Rasulullah SAW
memberikan motivasi kepada kaum Quraisy agar dapat memimpin dunia jika mau
mengucapkan dan mengamalkan la ilaha illallah. ii. Hijrah ke Habasyah. Ini adalah
strategi politik yang diambil oleh Rasulullah SAW, iaitu memerintahkan beberapa
sahabat hijrah ke Habasyah untuk menghindari seksaan dan intimidasi.
10. 13. 13 iii. Persaudaraan. Rasulullah SAW mengadakan sistem persaudaraan antar
sahabat muhajirin sebelum hijrah di Mekah. Hal itu tiada lain kecuali dalam rangka
program keagamaan, politik dan sosial yang bertujuan melenyapkan kesukuan dan
perbedaan status sosial. Hasilnya, terjadilah persaudaraan antara Paman Hamzah dan
Zaid bin Haritsah, antara Ubaidah bin Harits dan Bilal dan lain-lain. Langkah ini
merupakan fenomena yang sangat indah untuk persamaan manusia dalam pandangan
Islam. iv. Meminta bantuan dari kabilah, sebagaimana yang terjadi ketika Rasulullah
SAW pulang dari Taif dengan jaminan Al-Muthim bin Adi. v. Rasulullah SAW Hijrah
setelah Allah mengizinkan Rasulullah SAW hijrah kerana situasi dan kedudukan telah
meragukan. Apabila di Madinah Munawarah banyak orang masuk Islam termasuk orang-
orang Yahudi. 5.0 Kepimpinan di era Rasulullah s.a.w. Kepimpinan di bawah Rasulullah
SAW kerana mendapat wahyu dari Allah SWT. Rakyat dicorakkan melalui tauhid, melalui
usaha dakwah yang berterusan. Manakala, wilayah diperolehi dengan usaha mencari
tapak yang sesuai dan yang paling ‘subur’ iaitu Yathrib(Madinah), setelah usaha-usaha
mencari seperti di Habsyah, dan Taif didapati tidak sesuai. Demikian juga usaha
Rasulullah saw berjumpa penduduk Hadramaut dan Yaman yang datang ke Mekah di
musim haji juga tidak menghasilkan natijah yang diperlukan. Hijrah membuka peluang
untuk Rasulullah SAW merancang sebuah negara dengan pentadbiran yang mantap.
11. 14. 14 Setelah itu, Rasulullah SAW mewujudkan Perlembagaan bertulis yang pertama di
dunia iaitu Perlembagaan Madinah. Masjid Madinah menjadi pusat pemerintahan,
pentadbiran dan pengurusan negara Islam yang diterajui oleh Rasulullah SAW, di
samping menjadi pusat dakwah, agama, sosial, ibadat, menerima tetamu dan diplomat
asing dan hatta mengadakan perjanjian dengan suku kaum lain yang datang ke
Madinah, memeluk Islam dan berbai’ah. Rasulullah mengutamakan syura dalam
pengurusannya. Ahli Syura terdiri dari tujuh orang Muhajirin dan tujuh orang Ansar, di
antaranya Abu Bakar, Omar, Ali, Ibnu Mas’ud, Salman, Hamzah, Jaafar, Khuzaifah, Abu
Zar, Iqdad, Bilal dan lainnya. Kekuasaan Rasulullah SAW sebagai Ketua Negara.
Baginda juga Ketua Hakim dan Ketua Panglima Perang. Baginda mengamalkan
pengurusan secara decentralisasi. Walaubagaimanapun setiap perlantikan seperti
perlantikan Gabenor, Panglima Perang, hakim-hakim dan lain-lain dilakukan dengan
terancang dan secara hati-hati dengan mengambilkira kemampuan, wara’, ‘alim dan
mempunyai peribadi yang kuat dan berwibawa. Umpamanya Zaid bin Tsabit dilantik
sebagai penulis wahyu dan juga sebagai jurubahasa bahasa-bahasa asing, Ali bin Abi
Talib dan Mu’az bin Jabal dilantik sebagai hakim wilayah, Abu Sufyan sebagai Gabenor
di Najran, ‘Itab bin ‘Usaid sebagai Gabenor di Mekah dan sebagainya.
12. 15. 15 6.0 Syura Syura adalah suatu kaedah dan prinsip penting yang diajar oleh agama
Islam dalam melahirkan masyarakat Islam yang membangun, maju, stabil dan
adil.Konsep Syura sangat luas merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia,
dariperkara berkaitan kehidupan harian hingga pemerintahan negara. Syura adalah
prinsip fitrah yang wujud dalam jiwa manusia. Manusia sukakan urusan mereka
dibincangkandengan meneliti pelbagai pandangan. Manusia tidak suka dipaksa dengan
cara alim dan menekankan kepentingan mereka.Pelaksanaan Syura oleh pemerintahan
negara Islam menjadi fardhu yang telahsabit secara jelas oleh al-Quran, al-Sunnah serta
disepakati oleh para ulama. Para ulama menyatakan Syura adalah suatu keperluan.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan Syura diserahkan kepada kebijaksanaan
kepimpinan Islam yang perlu disesuaikan dengan keperluan dan tuntutan perubahan
zaman.Syura dianggap suatu keperluan kerana semua manusia
memerlukanperbincangan bahkan ianya boleh disifatkan suatu kemestian kerana
wujudnya perbezaan pendapat, pandangan dan pengalaman antara satu dengan yang
lainnya.Perbincangan mampu melahirkan suatu keputusan yang terbaik berbanding
pendapat individual. Syura mula diperkenalkan oleh Rasulullah SAW dan kemudiannya
diteruskan olehpara Khulafa’ ar-Rashidin selepas kewafatan beliau. Perintah
melaksanakan Syura didalam setiap urusan politik dan pemerintahan telah disebutkan
oleh Allah AWT melalui ayat: “... dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan
(peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam
(setelah bermesyuarat untuk berbuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah.
Sesungguhnya Allahmengasihi orang- orang yang bertawakal kepada-Nya.” (Surah Ali-
Imran 3:159)
13. 16. 16 7.0 Hisbah Pelaksanaan Hisbah di dalam tradisi Islam bermula sejak dari zaman
Rasulullah lagi. Baginda telah melantik pegawai-pegawai untuk mengawasi perjalanan
pasar dan urusan perdagangan. Mereka ini digelar ‘Penyelia Pasar’ (Sahib as-Suq) atau
‘Petugas di Pasar’ (al-Amil fil-Suq). Bidang tugas mereka pada masa itu bertumpu
kepada memastikan tidak berlaku penindasan atau penipuan dan semua pihak patuh
kepada sistem timbangan dan sukatan atau dengan kata lain menjamin berlaku keadilan
di dalam urusniaga. 7.1 Konsep Hisbah Dari segi konsep, hisbah memberi makna
mencongak, menyemak dan menilai pencapaian diri dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran yang telah diamanahkan. Amalan
muhasabah diri untuk mengatasi dan memperbaiki kelemahan, kekurangan , dan
kecacatan sifat diri yang dimiliki. 7.2 Prinsip-prinsip Hisbah Antara prinsip-prinsip hisbah
termasuk :  Mengawal, menyemak dan mengemas kini sistem pemerintahan dan
pentadbiran supaya dapat dipertingkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan khidmat
yang diberikan kepada rakyat.  Menilai pencapaian prestasi dalam pentadbiran dan
pengurusan supaya kelemahan, kekurangan dan kesilapan diri dapat diatasi dan dibaiki.
 Mengukur kejayaan pemerintahan dan pentadbiran supaya pelaksanaan perancangan
menepati kehendak sasaran dan memenuhi matlamat yang diingini.
14. 17. 17  Mengesan serta mengenal pasti masalah dan kesulitan yang menyebabkan
kegagalan, merancang tindakan dan mengatur strategi bagi mencari penyelesaian untuk
mencapai kejayaan.  Mengetahui kesilapan dan kesalahan diri supaya dapat dilakukan
pembetulan dan memastikan permasalahan yang sama tidak akan berulang lagi. 
Menunjau pandangan, pendapat dan komen rakyat terhadap sesuatu dasar atau
rancangan yang diperkenalkan dan dilaksanakan oleh pemerintah atau pemimpin dalam
pemerintahan dan pentadbiran.  Menyemak perkembangan serta menikuti perubahan
bagi menentukan kejayaan pelaksanaan sesuatu dasar atau perancangan.  Mencegah
dan membendung gejala-gejala buruk,amalan yang tidak sihat dan perbuatan salah laku
yang dihadapi dalam menerajui pemerintahan dan pentadbiran. Hisbah merupakan
aspek penting dalam sistem pemerintahan Islam. Amalan yang dituntut supaya
dipraktikan oleh seseorang ketua atau pemimpin dalam menerajui kepimpinan ummah.
Mekanisme penilaian yang paling berkesan bagi meningkatkan kecekapan pemimpin
dalam kepimpinan negara dan keberkesanan pentadbiran dalam pengurusan organisasi
kerajaan, Ciri penting pentadbiran dan pengurusan yang menentukan kejayaan,
kemajuan dan kecermelangan kepimpinan sesebuah kerajaan agensi atau organisasi.
Melalui muhasabah diri pemimpin terhadap kepimpinan segala permasalahan dan
kerumitan dapat ditangani. Kecacatan dan kepincangan pemerintahan dan pentadbiran
boleh diatasi dan diperbaiki.
15. 18. 18 8.0 Piagam Madinah Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua
golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari
suku kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar ( Golongan Penolong ) dan orang
Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar Muhajirin ( golongan
Pendatang ).Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa
kumpulan.Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir. Orang-orang Ansar dari
suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak zaman
berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka dihalau dari kampung
halaman mereka.Orang-orang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa
menghasut dan mengkhianati Rasullah s.a.w dan pengikutnya. Orang-orang Munafik
perlu menjadi musuh dalam selimut.Disamping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di
Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan
orang-orang Islam. Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w
membuat perjanjian dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam
negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.
16. 19. 19 8.1 Aspek utama Piagam Madinah Pengakuan terhadap Rasullah S.A.W sebagai
Ketua Negara madinah yang wajib dipatuhi dan dihormati. Apa -apa masalah besar
antara penduduk Islam dengan penduduk bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua
negara untuk diselesaikan. Walaubagaimana pun, semua ketua kaum mempunyai hak
untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri secara yang difikirkan berpatutan. Semua
penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah yang tidak terpengaruh
dengan apa – apa elemen yang tidak baik dari luar.Semua penduduk hendaklah bersatu-
pada, berkerjasama, dan bertanggungjawab mempertahankan negara dari apa -apa
serangan musuh.Wahyu sebagai sumber piagam termasuk tradisi .Semua penduduk
diberi kebebasan mengamalkan agama masing – masing, dan tiada gangguan dan
paksaan dalam hal keagamaan.Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama
mereka mematuhi perlembagaan tersebut. 8.2 Kepentingan Piagam Madinah
Penerimaan Rasullah S.A.W sebagi Ketua Negara Madinah telah menaikkan kedudukan
baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknyaterdiri dari
pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa- apa dasar negara
dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dari masa ke semasa.
Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan dengan
Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum-hukum Islam.
Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autority terhadap kaumnya dan Rasullah s.a.w
adalah
17. 20. 20 sebagai Ketua hakim yang akan memutuskan hukumaan terhadap kesalahan-
kesalahan di luar bidang kuasa ketua-ketua kaum berkenaan. Orang-orang Islam
diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan mereka hendaklah
membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada musuh-
musuh Islam.Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku
bangsa Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini. Memberi kebebasan
menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan ini dibuat untuk
mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti
yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah.
Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah
menarik minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah
telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu,
umat Islams ecara beransur-ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan
persekitarannya. Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan
dan keselamatan negara.Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi
boleh membuat sebarang pakatan dengan orang Quraisy Makkah dan mereka
diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman luar bersama-sama dengan orang
Islam. Piagam madinah memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu
penganut-penganut agama lain.Dengan kebebasan beragama ini, orang-orang Islam
bebas mengamalkan ajaran Islam. Ini memberi peluang kepada orang-orang bukan
Islam bergaul dengan orang-orang Islam dan memerhatikan akhlak dan personaliti
orang-orang Islam dan
18. 21. 21 juga ibadat mereka yang penuh dengan disiplin. Ini semua telah menarik minat
orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam. Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi
secara tidak langsungmengiktiraf kewujudan Islam sebagai satu agama, Madinah
sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah yang sebenar.
Sebelum ini, ketiga-tiga perkara ini ditolah oleh orang-orang Yahudi. Hak dan
keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang cuba
mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya tanpa
mengira bangsa atau agama. Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam,
seperti apa yang dikenakan ke atas Bani Qainuqa’ yang berkomplot dengan orang Arab
Quraaisy Mekkah dalam Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir,
mereka dihalau kerana berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud
dan membunuh kaum lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan
berkerjamasa dengan Quraisy Makkah dalam Perang Khandak. Piagam Madinah bersifat
perkembangan sebenar berbanding dengan tatacara pemerintahan kerajaan purba
Greek, China dan India.Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di
dunia.Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di
dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang
memerintah dunia selama tujuh abad.Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada
mana- mana piagam Islam yang baru, terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang
mempunyai penduduk berbilang bangsa.
19. 22. 22 Kesimpulan Dalam konteks pemerintahan dan pentadbiran Rasulullah adalah
sebaik-baik ikutan yang perlu diteladani. Namun, dewasa ini mengapa pejuang-pejuang
Islam tidak dapat lihat bahawa di dalam Islam itu sendiri ada sistem pemerintahannya
sendiri. Apalah ertinya hanya pandai melaungkan bahawa Islam itu syumul yang
mencakupi semua sistem hidup dari yang sekecil-kecilnya hinggalah kepada yang
sebesar-besarnya seperti sistem pemerintahan negara. Tetapi dalam hal pemerintahan
negara mereka merujuk kepada barat. Sebabnya mereka mengatakan bahawa ini
terpaksa. Tidak ada alternatif! Adakah kita menganggap Islam tidak ada jalan keluar
dalam sistem berpolitik. Di dalam Al Quran Allah berfirman, maksudnya: “Apakah kamu
mengambil sebahagian isi kitab dan menolak sebahagian yang lain. Tiadalah balasannya
bagi mereka yang berbuat demikian melainkan ditimpakan kehinaan di dunia manakala
di hari Kiamat dicampakkan ke dalam azab yang pedih. Allah tidak lalai terhadap apa
yang kamu lakukan” (Al Baqarah 85) Kini, dapat kita menyaksikan betapa bukan barat
sahaja yang musnah dik sistem politik ciptaan mereka malah mana-mana negara
sebelah timur yang menganut dan melaksanakan sistem mereka itu juga membawa
kemusnahan kepada kehidupan masyarakat mereka. Khususnya yang dapat dilihat hari
ini ialah bagaimana musnahnya negara-negara di Timur Tengah. Sistem pemerintahan
yang mereka amalkan bersandar kepada sistem barat nyata tidak membawa masyarakat
kepada kehidupan yang aman makmur. Bukan sahaja tidak mendapat pengampunan
Tuhan malah mendapat kemurkaan dan penghinaan dari Tuhan.
20. 23. 23 Sampai bilakah kita terus terbawa-bawa melaksanakan sistem politik sekular ini
dalam pemerintahan negara? Walaupun masyarakat kita sudah sedar akan segala
kepincangan dan kerosakannya, sampai bilakah kita hendak biarkannya berterusan?
Dan sanggupkah kita melabelkan Islam tidak ada jalan keluar untuk memerintah negara?
Sebenarnya dalam sistem pemeritahan dunia yang hiruk pikuk dan kacau bilau waktu ini,
pemerintahan Islam adalah pemerintahan alternatif. Ia bukan saja alternatif sebagai jalan
keluar tetapi ia adalah pilihan yang hakiki kerana ia bukan pemerintahan ciptaan
manusia. Ia adalah pemerintahan ciptaan Allah yang bersandar kepadan Al Quran dan
Sunnah. Ia ada jaminan dari Allah untuk membawa manusia selamat di dunia dan
selamat di akhirat. Allah berfirman dalam Al Quran, maksudnya: “Negara yang aman
makmur mendapat keampunan Tuhan” ( As Saba’: 15) Lantaran itu, seharusnya kita
menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan dalam kehidupan seharian dalam
segala urusan. Sebagai umat Islam sewajarnya kita yakin bahawa Rasulullah SAW
bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan baginda sebagai nabi dan
rasul tetapi baginda juga sangat berkaliber dari aspek politik, sosial, ekonomi dan
pertahanan. Kepimpinan Rasulullah SAW juga terbukti telah membawa masyarakat
Islam kepada kehidupan yang lebih baik dan teratur. Oleh itu rakyat dan pemimpin dalam
negara ini perlu bekerjasama untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang
maju.
https://www.slideshare.net/sitinurhaishahmohdrani/ass-citu
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
1. 1. TAJUK PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL-
KHATTAB ISI KANDUNGAN BIL TAJUK 1 PENGENALAN TENTANG KHALIFAH UMAR
ALKHATTAB 2 PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB 3 PEMBAHARUAN
DALAM SISTEM PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB 3.1
PEMBAHARUAN DALAM BIDANG PENTADBIRAN 3.1.1 MEMBENTUK MAJLIS
SYURA 3.1.2 MEMBAHAGIKAN WILAYAH- WILAYAH ISLAM 3.1.3 MEMPERBAHARUI
UNDANG- UNDANG PENTADBIRAN TANAH 3.2 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG
EKONOMI 3.2.1 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG EKONOMI 3.2.2 MEMAJUKAN
SISTEM PERTANIAN 4 5 3.3 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG SOSIAL 3.3.1
MELAKUKAN POLISI BARU UNTUK GOLONGAN DHIMMI 3.3.2 MEMPERBAHARUI
TARAF KEDUDUKAN HAMBA 3.4 MENGGALAKKAN KEGIATAN KEILMUAN DAN
PELAJARAN 3.5 STRUKTUR PENTADBIRAN KETENTERAAN 3.5.1
MEMPERKUKUHKAN PENTADBIRAN KETENTERAAN 3.6 STRUKTUR
PENTADBIRAN KEHAKIMAN 3.6.1 MELICINKAN PENTADBIRAN KEHAKIMAN
KESIMPULAN RUJUKAN MUKA SURAT 2- 3 4 5- 7 8 9 10 11 12 13 14
2. 2. 1 PENGENALAN TENTANG KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB Saidina Umar al-
Khattab, kadang-kadang dipanggil juga sebagai Umar al-Farooq ataupun Omar atau
Umar ialah daripada Bani Adi iaitu salah satu golongan Bani Adi Quraisy. Beliau menjadi
khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644 Masihi) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun
13 Hijrah dan merupakan salah seorang Khulafa al-Rasyidin. Saidina Umar dilahirkan di
Makkah. Bapanya bernama Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza. Beliau dikatakan terdiri
daripada golongan kelas pertengahan. Sewaktu kecilnya beliau pernah mengembala
kambing dan pada zaman dewasanya beliau berniaga dengan berulangalik ke Syam
membawa barang dagangan. Beliau juga berilmu, perkara yang amat jarang berlaku
pada masa tersebut, dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan
terkenal kerana kegagahannya. Saidina Umar bin al-Khattab telah mendapat hidayat
Islam pada tahun ke-6 kenabian ketika berumur 27 tahun. Beliau memeluk Islam setelah
mendengar adik perempuannya membaca ayat-ayat al-Quran . Dalam sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh At-Tabrani bahawa Rasulullah s.a.w juga pernah berdoa: Ya
Allah , kuatkanlah Islam dengan Umar. Sebuah hadis daripada Ibnu Abbas yang
diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila Umar
memeluk Islam, Jibrail pun datang dan berkata : Ya Muhammad , sesungguhnya seluruh
makhluk langit bergembira dengan Islamnya Umar. 1
3. 3. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan,
Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah
antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu. Menurut ahli sejarah
Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w.,
beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah
membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.
Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca al-
Quran dari Surah Taha. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul
adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan
beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu
apabila mendengar ayat-ayat alQuran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk
Islam pada hari itu juga. Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam
sehingga ke titisan darah terakhir. 2
4. 4. 2 PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB 1. Semasa pemerintah Saidina
Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat, orang Islam menawan Mesopotamia
dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar
Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada
Byzantine (Rom Timur). 2. Ada di antara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan
tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah
40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini
mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil. 3. Pada tahun 637 M, selepas
pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota
tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu
kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya
bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre.
Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada
gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat
keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina
di tempat Saidina Umar menunaikan solat. 4. Saidina Umar banyak melakukan reformasi
terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan
yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. 5.
Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina. 6. Saidina Umar juga amat
dikenali kerana kehidupannya yang sederhana 3
5. 5. 3 PEMBAHARUAN DALAM SISTEM PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR AL-
KHATTAB 3.1 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG PENTADBIRAN 3.1.1 MEMBENTUK
MAJLIS SYURA 1. Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan
lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis
Syura Tertinggi dan majlis Syura Am. 2. Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri
daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b.
Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. 3. Semua pekara yang melibatkan masalah politik,
keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut.
4. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal
pemerintahan dalaman dan hubungan luar. 5. Melalui amalan sistem syura, Khalifah
Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku kepada dalam semua segi.
Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua
orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan
Islam, sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan
pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah. 4
6. 6. 3.1.2 MEMBAHAGIKAN WILAYAH- WILAYAH ISLAM 1. Perkembangan Islam yang
semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru telah memerlukan
kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara. 2. Dengan perluasan kuasa ini,
Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa
wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam. 3. Umar meletakkan beberapa orang
pegawai untuk menjalankan pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke
Mekah pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan haji untuk membuat laporan. 4. Khalifah
Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawai-pegawai yang cekap bagi
melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. al-Ash,
Mughirah b. Syu’bah dan Zaid b. Sumyah. 5. Sebelum seorang Gabenor itu dilantik,
mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka bagi mengelakkan dari menerima
rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab bagi menjamin
keadilan dan kesucian Islam. 5
7. 7. 3.1.3 MEMPERBAHARUI UNDANG- UNDANG PENTADBIRAN TANAH 1. Perluasan
kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap
sistem tanah. 2. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah
menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan
untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. 3. Khalifah Umar
menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi
ianya akan dikenakan cukai. 4. Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak
dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza
dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada
tentera yang menyertai peperangan. 6
8. 8. 3.2 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG EKONOM 3.2.1 PEMBAHARUAN DALAM
BIDANG EKONOMI 1. Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi
mengagihkan pendapatan kepada rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. 2.
Kadar dan sistem cukai telah diubah. Cukai yang dikenakan mengikut jenis tanaman
yang ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan.
3. Beliau juga sering bertanyakan kepada golongan-golongan Dzimmi (orang bukan
Islam) untuk mengetahui samada cukai yang dikenakan membebankan mereka. 4. Inilah
langkah yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini diperbaharui. Kesemua ini
menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan negara bertambah
baik. 5. Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah
baru dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di
Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian. 3.2.2 MEMAJUKAN SISTEM
PERTANIAN 1. Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem
pertanian yang mana terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang
menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. 2.
Di Iraq pula, beliau telah membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai
Dujlah (Tigres) dengan bandar Basrah. 3. Tanah juga telah dikaji selidik bagi
menempatkan tanaman-tanaman yang bermutu. 4. Rakyat juga digalakan untuk
membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan hasil pertanian. 5. Tanah yang tidak
dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. 6.
Begitu juga beliau juga telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan pendapatan
negara. 7
9. 9. 3.3 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG SOSIAL 3.3.1 MELAKUKAN POLISI BARU
UNTUK GOLONGAN DHIMMI 1. Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga
jizyah kepada golongan ini. 2. Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan
tidak menyusahkan mereka. 3. Pernah suatu kali khalifah Umar memanggil 10 orang
Dzimmi dari Kufah dan 10 orang Dzimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah,
bahawa cukai yang dikenakan keatas mereka tidak membebankan. 4. Taraf dan hak
awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam. 5. Golongan
Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar negara. 6. Harta
mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti
ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam. 3.3.2 MEMPERBAHARUI TARAF
KEDUDUKAN HAMBA 1. Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak
kepentingan sosial dan taraf yang baik. 2. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka
boleh hidup bebas seperti orang-orang biasa, kecualilah bagi orang-orang yang benar
menentang Islam dalam peperangan. 3. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan
yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain.
Begitu juga dengan hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga
mereka. 4. Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal
tertentu, pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba
akan dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. 5. Sebagai contoh, Umar pernah
melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit. 8
10. 10. 3.4 MENGGALAKKAN KEGIATAN KEILMUAN DAN PELAJARAN 1. Pelbagai
langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran al-Quran.
2. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan
keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang
lumayan. 3. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi mengajar pelajaran Islam
di seluruh wilayah Islam. 4. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu
didalam al-Quran bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-
Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai
ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran. 9
11. 11. 3.5 STRUKTUR PENTADBIRAN KETENTERAAN 3.5.1 MEMPERKUKUHKAN
PENTADBIRAN KETENTERAAN 1. Memperkenalkan pasukan tentera tetap dan
sukarela. 2. Pasukan tentera tetap dibayar gaji- Mereka tidak dibenarkan melibatkan diri
dalam kegiatan sampingan seperti bertani bagi mengelakkan gangguan tumpuan
terhadap tugas. 3. Tentera tetap diberi latihan intensif. Contoh- berjalan tanpa pengalas
kaki, menunggang kuda dan memanah. 4. Setiap tentera direkodkan nama dan nombor
pendaftaran. 5. Pusat ketenteraan ditubuhkan, di bandar-bandar utama seperti Madinah,
Kufah, Basrah, Fustat dan Hims. 6. Membina kubu-kubu pertahananan sebagai langkah
berjaga-jaga. 10
12. 12. 3.6 STRUKTUR PENTADBIRAN KEHAKIMAN 3.6.1 MELICINKAN PENTADBIRAN
KEHAKIMAN 1. Menetapkan syarat-syarat perlantikan kadi atau hakim yang ketat.
Seperti berilmu, berperibadi tinggi, dikenali oleh masyarakat. 2. Jabatan kehakiman
ditubuhkan dan dipisahkan dari Jabatan lain untuk menjamin keadilan. 3. Prinsip
kehakiman berlandaskan syariat Islam. 4. Gaji Kadi/ hakim dibayar tinggi (500 dirham
sebulan) untuk mengelakkan berlaku tidak adil. 5. Kadi/ hakim tidak digalakkan untuk
terdedah kepada umum seperti di pasar atau tempat tumpuan ramai bagi menjamin
keadilan perundangan. 11
13. 13. 4 KESIMPULAN Kesimpulannya, pelaksanaan dan kejayaan dalam pentadbiran yang
telah diperkenalkan oleh khalifah Umar al- Khattab berkaitan dengan asas yang telah
dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. dan khalifah Abu Bakar as- Siddiq. Khalifah Umar al-
Khattab telah memperkenalkan sistem pemerintahan Islam secara meluas disamping
membentuk empayar Islam yang lebih kukuh. 12
14. 14. 5 RUJUKAN 1. 2. 3. 4. 5. Buku Rujukan Focus Ace Spm 2009 Sejarah, oleh Akashah
Ismail. Buku Khalifah-khalifah Yang Benar , 2010, oleh Abdul Latip Talib. Buku Rujukan
Focus Ace Spm 2009 Pendidikan Islam, oleh Mustafa Embong. Laman web,
ms.wikipedia.org/wiki/Umar_Al-Khattab Buku Rujukan Mutiara Hikayat (kumpulan kisah-
kisah penuh teladan hidup), oleh Saiful Hadi El- Sutha. 13
http://mohammadia5193.blogspot.com/2014/02/1_2296.html

1.5 Institusi Khalifah


1.5 Institusi Khalifah

Soalan 21: Bincangkan konsep dan tanggungjawab seorang khalifah.

Pendahuluan :

  Institusi khalifah sangat penting dalam sejarah pemerintahan Islam kerana ia merupakan lambang pembinaan sebuah
negara Islam sebenar yang berpandukan al-Quran dan sunnah. Ia ialah contoh pemerintahan terbaik sebagai
panduan untuk seorang pemimpin atau pemerintah bagi membentuk sebuah negara yang bertamadun.

  Sejarah khalifah bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, iaitu apabila Abu Bakar al-Siddiq dilantik menjadi
khalifah pertama, diikuti oleh tiga orang sahabat, iaitu Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib.
Era khalifah selepas itu ialah khalifah daripada kerajaan Umayyah dan Abbasiyah. Namun, institusi khalifah mulai
merosot selepas kerajaan Abbasiyah kerana kebanyakkan pemerintah telah menyeleweng daripada konsep
pemerintahan Islam sebenar.   

Isi-isi penting

a)    Konsep khalifah

  Istilah khalifah berasal daripada Bahasa Arab bermaksud pengganti Nabi Muhammad s.a.w. konsep khalifah merujuk
kepada jawatan sebagai ketua islam bagi menggantikan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w selepas kewafatan
baginda.

  Pelantikn khalifah mengikut syarat-syarat tertentu, iaitu seorang lelaki islam mempunyai istiqamah dalam akidah
mengeluarkan pendapat, tidak cacat anggota yang boleh menghalang daripada menjalankan tugas serta mempunyai
ilmu yang tinggi sama ada dalam bidang agama dan pentadbiran.

  Ciri-ciri khalifah mestilah baik, warak, dan mahir dalam ilmu keagamaan dan pentadbiran.

  Proses pelantikan khalifah mestilah melalui Majlis Syura seperti pelantikan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.

b)    Tanggungjawab khalifah

1.     Menurut Ibn Khaldun, tugas khalifah ialah “  menegakkan agama dan mentadbir dunia mengikut hokum syariah untuk
kebaikkan dunia dan akhirat”.

2.     Seorang khalifah bertanggungjawab dalam megendalikan urusan pentadbiran negara dan juga melaksanak hokum-
hukum agama dengan adil. Pelaksanaan hukuman tersebut pula mestilah mengikut hokum seperti yang telah
terkandung di dalam al-Quran. Di samping itu, perkara-perkara yang berkaitan dengan perundangan seperti
pelantikan hakim, saksi dan pelaksanaan hukuman mesti dikawal dengan betul.

3.     Khalifah juga bertanggungjawab menyebarkan ilmu kepada rakyat di samping menyediakan kemudahan awam
untuk kebajikan rakyat seperti sekolah, masjid dan hospital. Selain itu, beliau juga perlu memastikan perpaduan
dalam kalangan masyarakat adalah utuh.
4.     Khalifah juga bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan rakyat serta negara daripada ancaman musuh
sama ada dari dalam mahu pun luar negara. Contohnya, ketika pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, beliau
telah memperkemaskan pasukan tentera islam bagi melindungi keselamatan negara daripada ancaman kuasa asing,
iaitu Byzantine dan Parsi.

Kesimpulan :

  khalifah mempunyai tanggungjawab yang besar yang diamanahkan oleh rakyat terhadapnya. Oleh itu, seseorang
khalifah yang hendak dipilih sepatutnya memiliki keupayaan dan kemampuan dalam pelbagai aspek terutamanya
keagamaan dan kemahiran dalam mentadbir.

  Pelantikan khalifah  tanpa berdasarkan kelayakan akan memusnahkan dan menghancurkan sesebuah kerajaan dan
akan menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat jelata.

Soalan 22:  Bincangkan Kaedah Pemilihan Khalifah pada Zaman Pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin.

Pendahuluan

  Khalifah ialah institusi yang bertanggungjawab dalam pengurusan pentadbira dan pemerintahan Negara dan umat Islam
selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. Mahmood Mohd. Taib an-Najmi dalam Sejarah Tamadun Islam  menyatakan,
khalifah ialah satu jawatan menggantikan Nabi Muhammad s.a.w. selepas baginda wafat untuk memerintah dan
mentadbir Negara dan umat Islam.

  MahayudinHj. YahyadalamTamadun Islam menyatakan khalifah berasal daripada perkataan khulafa yang membawa
maksud pengganti, iaitu pengganti Nabi Muhammad s.a.w. Khalifah ialah satu gelaran yang diberikan kepada sesiapa
yang menjadi ketua (imam atau imamah) negara Islam menggantikan Nabi Muhammad s.a.w. dalam pengurusan
pemerintahan dan pentadbiran.

Isi-isi penting

1.     Perundingan beramai-ramai

  Cara ini dilakukan dengan mengadakan perundingan dan persetujuan tanpa ditetapkan calon terlebih dahulu. Sebelum
Nabi Muhammad s.a.w. wafat, baginda tidak meninggalkan sebarang wasiat atau pesanan kepada sesiapa untuk  
dicalonkan sebagai khalifah (pengganti). Untuk menentukan siapakah yang akan dilantik menjadi khalifah, umat
Islam yang diwakili oleh kaum Muhajirin dan Ansar telah berhimpun di Dewan Bani Saadah untuk berbincang dan
melantik khalifah pertama.

  Untuk mengelakkan sebarang permasalahan dalam kalangan kamu Muhajirin dan Ansar, Saidina Abu Bakar al-Siddiq
mencalonkan Saidina Umar al-Khattab mewakili golongan Muhajirin dan Abu Ubaidah mewakili Ansar untuk dipilih
sebagai khalifah. Saidina Umar al-Khattab menarik diri daripada pencalonan dan diikuti oleh Abu Ubaidah.

  Sebaliknya, Saidina Umar al-Khattab mencalonkan Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah dan disokong oleh Abu
Ubaidah. Cadangan tersebut disokong oleh umat Islam dan Saidina Abu Bakar al-Siddiq dibaiahkan dalam
musyawarah/syura sebagai khalifah pertama memerintah Negara dan umat Islam menggantikan Nabi Muhammad
s.a.w.

2.     Mengusul seseorang calon

  Apabila seseorang khalifah baharu hendak dipilih, namanya diusul atau dicalonkan oleh khalifah sebelumnya terlebih
dahulu sebelum musyawarah dalam majlis Syura dan dibaiahkan oleh umat Islam. Nama khalifah itu akan diputuskan
dalam majlis Syura. Contohnya, pelantikan Khalifah Umar al-Khattab sebagai khalifah kedua dalam khulafa al-
Rasyidin.

  Semasa Khalifah Abu Bakar al-Siddiq tengah gering, umat Islam berusaha pulih daripada masalah kemunculan nabi-
nabi palsu dan golongan murtad. Untuk mengelakkan masalah dalam negeri berlaku kembali, Khalifah Abu Bakar al-
Siddiq mencalonkan Saidina Umar al-Khattab untuk dipilih sebagai khalifah menggantinya memerintah Negara dan
umat Islam.

  Pencalonan itu dipersetujui oleh para sahabat dan umat Islam. Setelah wafatnya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq pada
tahun 644Masihi, pencalonan Saidina Umar al-Khattab dibawa ke Majlis Syura. Melalui musyawarah, para sahabat
dan ahli lembaga Majlis Syura, plantikan Saidina Umar al-Khattab dipersetujui oleh para sahabat dan menerima baiah
daripada umat Islam tanpa bantahan.

3.     Mengusul sekumpulan calon

  Khalifah terdahulu akan mengusulkan beberapa orang calon dalam kalangan para sahabat untuk dipilih salah seorang
daripada mereka sebagai khalifah seterusnya. Cara ini berlaku dalam pemilihan Saidina Uthman bin Affan sebagai
khalifah menggantikan Khalifah Umar al-Khattab. Khalifah Umar al-Khattab yang sedang tenat kerana ditikam oleh
seorang keturunan hamba dari Parsi telah mengemukakan nama enam orang calon, iaitu Saidina Uthman bin Affan,
Saidina Ali bin Abu Talib, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Zuber al-Awwam, dan Saad bin Abu Waqas.
Manakala puteranya, Abdullah bin Umar al-Khattab tidak dicalonkan sebagai khalifah. Pemilihan dan musyawarah
diadakan di rumah Saidatina Aishah bin Abu Bakar al-Siddiq.

  Tiga hari selepas wafatnya Khalifah Umar al-Khattab (644 Masihi), satu majlis diadakan untuk memilih pengganti
khalifah. Musyawarah tersebut dipengerusikan oleh Abdul Rahman bin Auf yang menarik diri sebagai calon khalifah.
Serentak dengan itu, Zuber al-Awwam, Saad bin Abu Waqas, dan Talhah bin Ubaidillah menarik diri daripada
pencalonan jawatan khalifah.

  Pemilihan diadakan antara Saidina Ali bin Abu Talib dan Saidina Uthman bin Affan. Dalam pemilihan tersebut, Saidina
Uthman bin Affan mendapat kelebihan undi. Dengan ini, Saidina Uthman bin Affan dibaiahkan sebagai menggantikan
Khalifah Umar al-Khattab sebagai khalifah ketiga dalam Khalifah al-Rasyidin memerintah negara dan umat Islam
berpusat di Madinah (644-656 Masihi).

4.     Penyusulan oleh sekumpulan masyarakat

  Masyarakat Islam telah mengusul dan mencadangkan keturunannya menjadi khalifah seterusnya memerintah negara
dan umat Islam berpusat di Madinah. Cara tersebut berlaku semasa pelantikan Saidina Ali bin Abu Talib dilantik
sebagai khalifah seterus memerintah Negara selepas kewafatan Khalifah Uthman bin Affan pada tahun 656 masihi.
Apabila wafatnya Khalifah Uthman bin Affan berlaku pergolakan dalam kalangan umat Islam untuk menentukan
siapakah khalifah yang akan menggantikannya.

  Pada masa tersebut, Madinah dikuasai oleh pemberontak. Penduduk Mesir mencadangkan Saidina Ali bin Abu Talib
dilantik sebagai khalifah, penduduk Basrah mencadangkan Talhah bin Ubaidillah sebagai khalifah, dan penduduk
Kufah mencadangkan Zuber al-Awwam sebagai khalifah.

  Oleh kerana terdapat tiga orang calon untuk jawatan khalifah, maka pemilihan dan musyawarah diadakan untuk
menentukan siapakah antara tiga orang calon tersebut  yang akan dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah
berikutnya. Keputusan pemilihan dalam musyawarah tersebut, Saidina Ali bin Abu Talib dibaiahkan sebagai khalifah
yang keempat.

Penutup

  Pelantikan khalifah-khalifah dalam Khulafa al-Rasyidin berlaku secara demokrasi. Pemilihan dilakukan oleh umat Islam
dalam majlis yang dikenali sebagai Majlis Syura yang ahli-ahlinya terdiri daripada para sahabat Nabi Muhammad
s.a.w. dan ketua-ketua kaum.
Soalan 23: Huraikan Sumbangan (Kejayaan) Khalifah Abu Bakar as-Siddiq

Pendahuluan

  Nama sebenar Abu Bakar al-siddiq ialah Abdullah bin Uthman. Beliau berasal daripada Bani Taim. Beliau dilahirkan di
kota Makkah. Khalifah  Abu Bakar al-siddiq dilahirkan dua tahun setengah setelah keputeraan Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu, sejak awal lagi, mereka telah mempunyai hubungan yang akrab.

  Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang terkenal dengan sifat seperti pemurah, jujur dan baik hati.

Isi-isi penting:

1.         Meneruskan Gerakan Tentera

  Sebelum Nabi Muhammad SAW wafat, baginda telah membentuk pasukan tentera yang     diketuai oleh Usamah bin Zaid
ke sempadan Syam untuk menyerang Ghassan yang ketika itu berada dibawah jajahan Byzantine. Tindakan tersebut
dilakukan kerana beberapa orang utusan Nabi Muhammad SAW telah dibunuh.

  Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, khalifah Abu Bakar al-siddiq berhasrat untuk menyambung semula usaha
baginda. Walaubagaimanapun, cadangan tersebut kurang dipersetujui oleh sesetengah para sahabat. Mereka
mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar al-siddiq supaya ekspedisi ketenteraan ke sempadan Syam ditangguhkan
memandangkan ancaman al-Riddah yang lebih berbahaya dan memerlukan penyelesaian segera. Namun, Khalifah
Abu Bakar al-siddiq tetap tegas dengan keputusan beliau.

  Setelah berperang selama 40 hari, pasukan perang Usamah bin Zaid peroleh kemenangan. Kemenangan ini
menyedarkan kaum yang berhasrat menyerang Madinah, tentera islam adalah kuat dan tidak mudah untuk
dikalahkan. Setelah pasukan Usamah bin Zaid kembali ke kota Madinah, pasukan beliau ditugaskan menjaga
keselamatan kota Madinah. Tindakan ini dapat menghindarkan kota Madinah daripada ancaman kaum Zubyan dan
lain-lain.

2.         Menentang Gerakan al-Riddah

  Khalifah Abu Bakar al-siddiq menyedari bahawa kewujudan golongan ini boleh menjadi anasir yang dapat
menghancurkan kerajaan islam. Oleh itu, suatu tindakan yang bersungguh-sungguh perlu dilaksanakan bagi
menangani masalah tersebut. Sebagai langkah awal untuk mengatasi ancaman tersebut, Khalifah Abu Bakar al-siddiq
telah menghantar para utusan kepada ketua kumpulan-kumpulan tersebut mengajak mereka kembali kepada Islam.

  Memandangkan golongan tersebut enggan kembali kepada islam, Khalifah Abu Bakar al-siddiq terpaksa mengambil
tindakan ketenteraan bagi menghadapi kedegilan golongan tersebut. Sebanyak 11 buah pasukan tentera yang
diketuai oleh panglima Islam yang terkenal seperti Khalid bin al-Walid, Ikramah bin Abi Jahal dan Amru bin al-‘ As
telah dibentuk oleh beliau.

  Pasukan tentera islam ini telah dihantar oleh Khalifah Abu Bakar al-siddiq ke luar kawasan Hijjaz bagi memerangi
golongan penentang Islam tersebut. Akhirnya, gerakan tentera tersebut beroleh kemenangan apabila berjaya
menundukan dan mengembalikan golongan al-Riddah kepangkuan islam.

3.         Penulisan al-Quran

  Peperangan bagi memerangi golongan al-Riddah telah menyebabkan ramai para sahabat yang juga merupakan huffaz
al-Quran terkorban. Keadaan ini menyebabkan timmbul kebimbangan dalam kalangan umat islam kemungkinan akan
hapusnya al-Quran. Selain itu, mereka juga bimbang berlakunya penyelewengan al-Quran.
  Ekoran keadaan tersebut, timbul cadangan daripada para sahabat supaya menubuhkan satu kumpulan khas bagi
menulis al-Quran. Khalifah Abu Bakar al-siddiq menerima dengan baik cadangan tersebut. Zaid bin Thabit telah
dipertanggungjawabkan oleh Khalifah Abu Bakar al-siddiq untuk mengetuai usaha mengumpul dan menulis semula
naskhah dari simpanan para sahabat dan juga dari para huffaz. Naskhah al-Quran yang telah ditulis semula itu
kemudiannya disimpan di rumah Khalifah Abu Bakar al-siddiq.

4.         Menentukan Bakal Khalifah

  Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah menamakan bakal pengganti beliau, iaitu Umar bin al-Khattab. Beliau telah
mengadakan suatu perundingan dengan para sahabat tentang bakal pengganti beliau. Perkara ini berlaku ketika
beliau sedang sakit. Dalam pertemuan tersebut, Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah mengcadangkan supaya Umar bin
al-Khattab dilantik menjadi Khalifah.

  Cadangan beliau mendapat tentangan daripada para sahabat. Oleh itu, Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah mengarahkan
supaya Uthman bin Affan menulis keputusan tersebut. Dengan cara ini, Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah berjaaya
mengukuhkan kedudukan politik Islam.

Kesimpulan :

  Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah membawa perubahan besar kepada tamadun Islam yang sampai ke hari ini dapat
memberi manfaat kepada umat Islam iaitu al-Quran.

  Kejayaan-kejayaan beliau merupakan kejayaan yang amat besar untuk dijadikan teladan oleh umat Islam. 

Soalan 24: Bincangkan pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh Umar bin Al-Khattab dalam bidang
pentadbiran.

A. Pendahuluan:

  Umar al-Khattab dipilih menjadi khalifah setelah dicalonkan oleh Abu Bakar al-Siddiq dengan persetujuan para sahabat
yang lain.   Antara ucapan dasar Umar semasa dilantik menjadi khalifah ialah beliau berjanji memimpin menurut
perintah Allah dan Rasulnya seperti yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar. 

  Khalifah Umar telah memerintah selama kira-kira 10 tahun iaitu antara 12-23 H/ (634-644 M).  Sepanjang
pemerintahannya, beliau telah mengotakan janjinya dengan mengadakan pelbagai pembaharuan dalam bidang
politik, ekonomi, sosial dan agama.

B. Isi-isi penting:

1. Memantapkan Majlis Syura

  Majlis syura merupakan majlis perunding negara yang tertinggi yang terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi
dan Majlis Syura Am.  Majlis ini dianggotai oleh enam tokoh Islam dan sahabat Nabi iaitu Uthman b. Affan, Ali b. Abi
Talib, Sa’ad b. Waqqas, Abd Rahman b. Auf, Talhah dan al-Zubair. 

  Fungsi utamanya ialah bagi menentukan jawatan khalifah. Beliau membuka peluang dan kebebasan untuk bersuara
dan mengemukakan pendapat di majlis ini
2. Pembahagian Wilayah-wilayah Islam

  Khalifah Umar telah menghadapi masalah kesan daripada kejayaan tentera Islam menakluki kawasan yang luas,
meliputi dari sempadan negeri China di sebelah timur hingga ke Eropah di sebelah barat.   Untuk mengatasi masalah
ini, Khalifah Umar membahagikan wilayah-wilayah Islam kepada beberapa bahagian bagi memudahkan
pentadbirannya. Wilayah-wilayah itu ialah Kufah, Basrah, Syam, Jazirah (Mesopotamia), Mawsil, Yaman dan Bahrain.

  Madinah menjadi pusat pemerintahan Islam

3. Perlantikan pegawai

  Setiap wilayah tersebut dilantik beberapa orang pegawai

  Ia terdiri daripada seorang wali gabenor dan seorang setiausaha dengan dibantu oleh pegawai-pegawai tertentu di
beberapa buah jabatan seperti Jabatan Setiausaha Tentera (Kitab al-Diwan), Jabatan Percukaian (Sahib al-Kharaj),
Pegawai Polis (Sahib al-Syurtah), Pegawai Perbendaharaan Negara (Sahib Bait al-Mal) dan seorang kadi.

4. Penyerahan surat perintah

  Semua pegawai itu termasuk gabenor telah diberikan surat perintah oleh Khalifah Umar.  Surat perintah ini
menyebutkan tugas-tugas dan kuasa mereka. Sebelum seseorang pegawai itu dihantar ke wilayah-wilayah
berkenaan, rakyat terlebih dahulu diberitahu tentang kuasa dan tugas-tugas pegawai tersebut supaya tidak timbul
kekeliruan semasa mereka menjalankan tugas. 

  Begitu juga apabila seseorang pegawai itu dilantik ia terlebih dahulu diperiksa harta benda dan juga peribadinya
sebagai langkah ke arah mencegah berlakunya penyalahgunaan kuasa.  Apabila seorang pegawai berhenti kerja
segala hartanya dihitung sekali lagi. Jika terdapat hartanya berlebihan dan terbukti harta itu didapatinya dengan cara
melanggar peraturan negara, maka harta itu akan diambil dan diserahkan kepada perbendaharaan Negara (Baitul-
Mal).

5. Laporan setiap tahun

  Setiap tahun pada musim haji pegawai-pegawai kerajaan diminta hadir ke tanah suci Makkah untuk memberikan
laporan tentang sebarang perkara berhubung dengan pentadbiran wilayah.

  Disamping itu, rakyat jelata yang mengerjakan ibadat haji diberikan hak untuk menyuarakan sebarang kezaliman yang
dilakukan oleh pegawai-pegawai berkenaan.   Khalifah Umar tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas
mereka.

6. Memantapkan Penubuhan Baitul Mal

  Khalifah Umar merupakan orang yang pertama menubuhkan institusi Baitul Mal atau Perbendaharaan Negara, iaitu
tempat semua harta kerajaan disimpan.  Sebuah buku kira-kira negara disediakan untuk mengetahui wang keluar
masuk dari segi pendapatan dan perbelanjaan negara. 

  Sumber-sumber kewangan negara berpunca daripada pendapatan bayaran zakat, ghanimah (harta rampasan perang),
fay (harta rampasan tanpa perang), jizyah (cukai perlindungan), kharaj (cukai tanah), usyur (cukai perniagaan) dan
harta peninggalan orang mati yang tidak mempunyai waris.
7. Memantapkan Pentadbiran tanah

  Pentadbiran tanah yang teratur dan sistematik juga telah diperkenalkan oleh Khalifah Umar. Tanah-tanah yang
dikuasai oleh tentera Islam telah dibahagikan kepada dua jenis;  Pertama, tanah dhimmah iaitu tanah yang bertuan. 
Tanah Dhimmah ditadbir oleh pemilik-pemilik asal. 

  Kedua, tanah sawafi ditadbir oleh pemegang-pemegang amanah yang dilantik daripada golongan Ahl al-Ayyam iaitu
golongan peneroka (Ahl al-Fay). Tanah-tanah ini tidak boleh dibeli atau dimiliki oleh sesiapa bagi mengelakkan
berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam.

8. Penubuhan Dewan Tentera

  Tentera terbahagi kepada dua iaitu tentera tetap dan simpanan. Tentera tetap diberi gaji dan pakaian seragam serta
keluarga mereka turut diberi bantuan  Khalifah pertama yang memberi gaji kepada tentera. Muhajirin dan Ansar
menerima sebanyak 3000 – 5000 dirham setahun. Ahl al-Ayyam menerima sebanyak 3000 dirham setahun

  Peserta-peserta dalam Perangan Yarmuk dan Qadisyah menerima Sebanyak 2000 dirham setahun. Pendatang-
pendatang baru (Rawalif) yang tiba selepas Perang Yarmuk dan Qadisyah menerima antara 1500 – 2000 dirham
setahun.

9. Pembinaan bandar tentera

  Bandar-bandar tentera telah dibina seperti Kufah, Basrah, Damsyik dan Fustat.  Bandar-bandar ini dijadikan pusat
tentera dan didirikan khemah-khemah tentera. 

  Tujuannya untuk kemudahan tentera Islam apabila selesai menjalankan ekspedisi dan untuk mengawal sempadan-
sempadan wilayah yang sudah ditakluki dan bandar-bandar tersebut.

10. Pembaharuan Bidang Kehakiman

  Beliau mengetatkan syarat-syarat untuk menjadi seorang hakim. Gaji hakim dinaikkan bagi mengelakkan terjadinya
rasuah. Hakim/Kadi tidak dibenarkan terlibat dalam kegiatan perniagaan/ membeli belah seperti orang ramai di
pasar pasar

  Mahkamah keadilan diwujudkan dan ia dipisahkan daripada jabatan-jabatan lain.

11. Memperkenalkan takwim Islam

  Khalifah Umar memperkenalkan takwim Islam berdasarkan tahun Hijrah iaitu bermula pada 1 Muharram. 

  Penubuhan takwim Islam ini dibuat pada tahun 17H. Tujuannya bagi memudahkan urusan pentadbiran negara.

Kesimpulan  
  Khalifah Umar al-Khattab banyak memberikan sumbangan kepada usaha meninggikan martabat Islam. Ia tidak terhad
kepada perluasan jajahan sahaja, malahan pembaharuan dan pembangunan meliputi semua aspek agama, politik,
ekonomi dan sosial. 

  Kejayaan ini adalah hasil kecekapan dan kebijaksanaannya di samping kestabilan dan keamanan yang diwarisi dari
Khalifah Abu Bakar.  Kemajuan dan keamanan semasa pemerintahan Khalifah Umar ini selanjutnya

https://mykhilafah.com/kelemahan-pemimpin-umat-islam-dalam-isu-palestin/
Kelemahan Pemimpin Umat Islam Dalam Isu Palestin
Pada Mar 20, 2012

 Kongsi

Secara amnya, seluruh dunia telah menyaksikan kejahatan dan


sifat kebinatangan Israel ke atas umat Islam di Palestin. Sejak
tertegaknya negara haram tersebut pada 15 Mei 1948, pelbagai
episod sedih melanda umat Islam di Palestin. Sudah ratusan ribu
nyawa dan darah umat Islam di Palestin menjadi korban
kekejaman tentera Zionis. Sudah kering air mata umat Islam di
Palestin yang dipaksa dan yang terpaksa untuk ditumpahkan
bagi meratapi sifat keji dan buas Israel yang tidak pernah mengenal erti belas kesihan dan 
nilai kemanusiaan. Dunia, terutamanya para pemimpin  umat Islam yang khianat masih
terus berpeluk tubuh sehingga ke saat ini tanpa melakukan apa-apa.
Jika adapun sebarang tindakan yang diambil, ia hanyalah sekadar kutukan dan kecaman
yang dilontarkan kepada  tindakan keji entiti haram Israel tersebut. Kerajaan sekular
Malaysia juga nampaknya tidak terkecuali. Melihatkan jawapan dan kenyataan Menteri
Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam isu  Israel ini, ianya membuktikan tentang kekeliruan
dan kecelaruan sikap yang diambil oleh kerajaan Malaysia.

Apakah cukup dengan sekadar mengeluarkan  kenyataan penafian bahawa Malaysia tidak
mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, maka kita merasakan ianya sesuatu yang
wajar. Dan, apakah sudah memadai dengan kenyataan bahawa Malaysia telah memberi
sokongan dari segi sosial, politik dan ekonomi kepada Palestin? Apakah itu sahaja
bantuan yang diperlukan oleh umat Islam Palestin? Bagaimana dengan bantuan tentera?
Persoalan utamanya adalah; apakah segala bentuk tindakan Malaysia itu sudah mampu
untuk menghalang Israel daripada terus membunuh dan menumpahkan darah umat Islam
di Palestin?

Ini menunjukkan bahawa para pemimpin sekular di Malaysia sudah melupai catatan emas
kegemilangan Islam yang telah mencatatkan bagaimana kehebatan Khalifah Sayyidina
Umar Al-Khattab membuka kota Palestin dengan tindakan jihad. Keberanian Salehuddin
Al-Ayubi sehingga dapat mengambil kembali Palestin daripada tentera salib, juga dengan
jalan jihad. Keteguhan Sultan Abdul Hamid II yang telah menunjukkan izzahnya sebagai
pemimpin yang menjaga Islam dan umat Islam untuk tidak menyerahkan walau seinci
tanah Palestin kepada kaum Yahudi. Lihatlah betapa jauhnya perbedaan kata-kata beliau
jika kita ingin bandingkan dengan kata-kata Anifah. “Aku tidak akan melepaskan
walaupun segenggam tanah ini (Palestin), kerana ia bukan milikku. Tanah ini adalah milik
umat Islam.

Umat ini telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya
dengan darah-darah mereka…Yahudi, simpan sahajalah harta mereka itu. Jika Khilafah
telah dimusnahkan suatu hari nanti, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa
membayar harganya. Akan tetapi, selagi aku masih hidup, aku lebih rela tertusuknya pisau
ke tubuhku ini daripada melihat tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah
Islam. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai
pemisahan tubuh kami selama kami masih hidup!” Begitulah jawaban tegas Khalifah Abdul
Hamid II kepada Theodore Hertzel, pemimpin Zionis Yahudi yang menawarkan jutaan
wang kepada beliau untuk membeli tanah Palestin dalam rangka untuk mendirikan negara
Israel di bumi Palestin.

Persoalannya kini adalah, apakah kita masih mengharap pemimpin  yang sedia ada pada
hari untuk menyelesaikan isu Palestin? Hanya mereka yang bertakwa sahajalah yang
mengetahui jawabannya.

Anda mungkin juga menyukai