Anda di halaman 1dari 1

IKTIBAR.

Khulafa’ Ar-Rasyidin adalah generasi pertama dan golongan yang terbaik kerana mereka
menghayati Islam sepenuhnya. Banyak perkara yang kita perlu contohi daripada khalifah-
khalifah ini dalam pelbagai jenis aspek. Pertama, sebagai umat Islam wajiblah kita menjalani
kehidupan yang berlandaskan syariat Islam. Ini kerana, kehidupan para khalifah ini
berpandukan akidah yang benar dan bersih daripada amalan khurafat dan bid’ah. Kita juga
seharusnya berpegang teguh kepada agama Islam dan ajarannya tanpa rasa ragu-ragu serta
meningkatkan tahap keimanan kepada Allah SWT. Khalifah-khalifah ini juga mempunyai sifat
yang berani kerana mereka sanggup berjihad dan mengorbankkan nyawa serta harta demi
memperoleh keredaan Allah SWT dan berjuang demi menjaga nama Islam. Seterusnya, mereka
diberi gelaran ‘QUDWATUN HASANAH’ kerana mereka adalah golongan yang merealisasikan
tuntutan Al-Quran melalui perkataan dan perbuatan. Kita juga haruslah hidup dengan
berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah agar hidup kita diredai Allah SWT dan dapat dijauhkan
dari segala musibah.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Jaatsiyah, ayat 20 yang bermaksud:


“Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang menyakini.”
Rasulullah SAW pernah mengingatkan umatnya, “Aku tinggalkan pada kalian dua perkara,
kalian tidak akan tersesat selagi berpegang teguh pada kedua-duanya iaitu kitab Allah (al-
Quran) dan sunahku (as-sunnah).” (Hadis riwayat Imam al-Hakim)
Khulafa’ Ar-Rasyidin amat mengutamakan ilmu pengetahuan dalam kehidupan mereka. Selepas
kewafatan Nabi Muhammad SAW, umat Islam sering menjadikan mereka sebagai sumber
rujukan kerana mereka merupakan tokoh-tokoh terkemuka dalam pelbagai jenis bidang dan
ilmu. Ini kerana, mereka dikenali dengan sifat yang bijaksana, berilmu, amanah, adil, berani,
tawaduk, ikhlas dan berpendirian tegas. Selain itu, para khalifah ini sering melaksanakan
keputusan berdasarkan konsep syura dan tidak membuat keputusan dengan sendiri.
Seterusnya, mereka sentiasa berusaha keras bagi membangunkan ekonomi untuk
memperluaskan dakwah dan memajukan negara. Semua lapisan masyarakat mendapat
perhatian yang adil dan saksama tanpa sebarang penindasan serta golongan yang tidak
bernasib baik juga sentiasa mendapat pembelaan daripada pemimpin.
Semua rakyat sama ada Islam atau bukan Islam diberi kebebasan untuk mengamalkan sebarang
jenis agama dan tidak membuat sebarang diskriminasi terhadap seseorang individu kerana
ianya seperti menafikan hak individu itu daripada mengamalkan agamanya. Penyebaran
dakwah semasa zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin dilakukan oleh individu dan kerajaan. Mereka
sanggup merentasi daratan yang jauh dan mengharungi lautan semata- mata ingin
meyampaikan dakwah agar manusia-manusia keluar dari belenggu syirik dan kekufuran.

Anda mungkin juga menyukai