Anda di halaman 1dari 2

AR-RAHNU

Ar Rahnu, dikenali jugak sebagai Ar Rahn, adalah pajak gadai Islam bagi pinjaman bercagar
jangka pendek. Pembangunan Ar Rahnu kat Malaysia telah memberi perkhidmatan pajak
gadai alternatif bagi peminjam yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah.

Sistem Ar Rahnu adalah berdasarkan konsep-konsep Islam berikut:

1. Qardhul Hasan - peminjam dikehendaki membayar hanya jumlah yang dipinjamnya.

2. Ar Rahnu dan Al-Wadi'ah - peminjam dikehendaki untuk meletakkan aset yang berharga
sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman dan untuk memastikan pembayaran balik
(seperti pinjaman perumahan gadai janji).

3. Al-Ujrah - Pemberi pinjaman dibenarkan untuk mengenakan bayaran bagi penyimpanan


barang-barang gadaian.

Apa dia mekanisme Ar Rahnu kat Malaysia?

Di Malaysia, Ar Rahnu merupakan satu instrumen pinjaman mikro yang agak baru. Hanya
emas dan barang kemas yang diperbuat daripada emas tanpa batu permata boleh digadaikan.
Perkhidmatan ni boleh digunakan oleh sesiapa je, tak kisah lah warga tempatan tau asing,
Muslim atau pun tak.

Peminjam mempunyai pilihan sama ada untuk membayar balik melalui sekali gus atau secara
ansuran bulanan. Secara amnya, margin pembiayaan adalah dari minimum RM100 sehingga
60% hingga 70% daripada nilai emas. Caj simpanan yang dikenakan pulak adalah lebih
kurang RM0.70 sen bagi setiap RM100 nilai emas yang dipajak, bergantung kepada setiap Ar
Rahnu. Satu perkara yang korang kena ingat, kadar caj simpanan yang harus dibayar adalah
tetap walaupun harga emas akan turun dan naik.

Tempoh pinjaman yang diberikan adalah 1 hingga 6 bulan. Kebiasaannya, Ar Rahnu bagi je
kalau peminjam nak lanjutkan tempoh pinjaman sehingga 12 bulan. Jadinya, kalau peminjam
tak mampu nak selesaikan jumlah pinjaman dalam tempoh 6 bulan, peminjam kena pergi
balik ke Ar Rahnu tersebut dan memohon untuk lanjutkan tempoh pinjaman. Tapinya,
sebelum lanjutkan tempoh pinjaman, caj simpanan selama 6 bulan tu kenalah kasi settle dulu.

Sekiranya peminjam masih tak dapat tebus balik barang gadaian lepas habis tempoh lanjutan
pinjaman, barang gadaian tersebut akan dilelong dan sebarang lebihan daripada jumlah
gadaian yang telah ditolak dari jumlah caj simpanan akan dikembalikan semula kepada
peminjam.

Ni tips untuk peminjam, lagi cepat barang gadaian ditebus, lagi sikit jumlah caj simpanan
yang harus dibayar. Tengok pengiraan ni kalau masih kurang faham.

Caj simpanan sebulan: RM0.70


RM0.70 x 6 bulan = RM4.20

Tapi, kalau korang lanjutkan tempoh pinjaman sampai 12 bulan, caj yang dikenakan pun akan
lagi banyaklah.
RM0.70 x 12 bulan = RM8.40
Kat mana nak dapatkan perkhidmatan Ar Rahnu?
Di Malaysia, terdapat dua jenis ejen yang menawarkan kemudahan Ar Rahnu:

BANK/DFI INSTITUSI KEWANGAN LAIN


Bank Rakyat Pos Malaysia Ar Rahnu
Agrobank Koperasi Tentera
Bank Muamalat YAPEIM
Bank Islam Permodalan Kelantan Berhad
Tekun Nasional
Ar Rahnu X’Change

Apa pulak kelebihan Ar Rahnu ni?


Apa yang membuatkan Ar Rahnu ni berbeza dari pajak gadai konvensional dan pinjaman
peribadi tak bercagar adalah:

1. Tiada faedah (riba) yang terlibat


Faedah (riba) adalah dilarang dalam Islam. Hanya yuran penyimpanan seperti yang
dipersetujui dalam perjanjian akan dikenakan pada barang yang dicagarkan.
2. Barang gadaian akan berada dalam keadaan yang sama seperti sebelumnya.
Apabila barang gadaian ditebus, tak akan berlaku masalah seperti rantai emas lebih
pendek atau lebih ringan, di mana kadang-kadang boleh berlaku pada kedai pajak gadai
konvensional.
3. Notis Lelong
Jika peminjam tak dapat membayar balik hutang, mereka akan dimaklumkan terlebih
dahulu sebelum barang pajak gadai mereka dilelong.
4. Lebihan akan dikembalikan
Jika harga jualan melebihi baki hutang, lebihan tersebut akan dikembalikan kepada
peminjam.
5. Nilai pajak gadai yang munasabah
Walaupun Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 tak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk
menilai barang gadaian, peminjam masih boleh mengharapkan nilai pajak gadai yang
munasabah daripada ejen Ar Rahnu.

Anda mungkin juga menyukai