Anda di halaman 1dari 2

Riba Al-Qard

 Si A meminjamkan duit RM 1,000 kepada si B, dan meletakkan syarat si B mesti


memulangkan balik sebanyak RM 1,200 nanti. Lebihan RM 200 tersebut adalah riba.

 Si B nak meminjam duit si A sebanyak RM 1,000. Untuk memastikan si A memberi


pinjam duit tersebut, si B menawarkan akan memulangkan sebanyak RM 1,200 nanti.
Walaupun ditawarkan sendiri oleh si peminjam, riba tetap berlaku kerana berlaku
persetujuan sebelum pinjaman dibuat. Jika si B sememangnya berhasrat nak membalas
budi si A dengan memberi duit lebih, janganlah diberitahu atau ditawarkan sebelum
pinjaman. Sebaliknya, berikan sahaja sebagai hadiah semasa membayar pinjaman itu
semula tanpa memberitahu apa-apa kepada si A.

 Si C meminjamkan duit kepada si D sebanyak RM 1,000 dan menetapkan syarat yang si D


mesti memulangkan semula duit dengan jumlah yang sama dan mesti menyiapkan
tugasan-tugasan si C selama seminggu. Walaupun tiada tambahan duit, namun manfaat
tambahan (menyiapkan tugasan selama seminggu) juga adalah riba.

 Si E meminjamkan keretanya kepada si F, dan menyatakan bahawa si F mesti


memulangkan kereta tersebut dengan minyak penuh, walhal minyak kereta tersebut adalah
tidak penuh semasa diberi pinjam.

 Si G berkata kepada si H,”Lusa hari jadi kau, jadi aku akan belikan kau hadiah berharga
RM 100, tetapi dengan syarat minggu depan semasa hari jadi aku, kau belikan hadiah
berharga RM 150 kepada aku”. Walaupun niat asalnya adalah hadiah, tetapi oleh kerana
wujud syarat meminta manfaat tambahan, maka riba berlaku.

 Pihak pengantin perempuan bersetuju untuk memberikan 9 dulang hantaran dengan nilai
RM 10,000 manakala pihak lelaki bersetuju membalas 7 dulang hantaran bernilai RM
13,000. Dalam situasi ini, riba berlaku kerana persetujuan berlaku untuk manfaat dibalas
manfaat yang lebih. Tidak salah untuk menetapkan bilangan dulang sahaja, tetapi apabila
menetapkan nilai yang berbeza seperti ini, riba boleh berlaku.
Riba Al-Fadhl

 Menukarkan 15g emas 916 dengan 10g emas 999; walaupun kualitinya berbeza, tetapi
oleh kerana kedua-duanya adalah emas, maka berat mestilah sama semasa pertukaran.

 Menukarkan 10kg beras biasa dengan 5kg beras basmathi; kedua-duanya adalah beras,
walaupun berlainan kualiti, pertukaran mesti pada berat yang sama.

Untuk elakkan riba al-Fadhl, pertukaran bagi item ribawi sama jenis mesti dilakukan dalam
berat atau kuantiti yang sama.

Bagaimana nak tukar item ribawi yang sama jenis, tetapi berlainan kualiti atau nilai dengan
berat yang berbeza.

Contoh, nak tukar 10kg beras biasa dengan 5kg beras basmathi.

Boleh, kena tukar dengan item ribawi lain jenis dulu seperti matawang.

Jual dulu 10kg beras dengan dan dapatkan wang, kemudian beli 5kg beras basmathi dengan
wang tersebut.

Riba’ An-Nasiah

 Membeli emas secara bertangguh atau berhutang; dapat emas hari ini, bayaran dibuat
selepas beberapa hari atau buat bayaran hari ini, emas dapat minggu depan. Situasi ini
juga terlibat dengan item ribawi lain seperti perak, beras, tamar dan gandum.

 Membuat pertukaran beras secara bertangguh; si K dan si L bersetuju nak bertukar beras
tetapi secara bertangguh. Jadi, hari ini si K serahkan 10kg beras basmathi kepada si L,
manakala si L berjanji akan memberi 10kg beras biasa pada keesokan hari. Berlainan
kualiti atau jenis beras tidak mengapa, tetapi jika dilakukan secara bertangguh, adalah
tidak dibenarkan.

Untuk elakkan riba al-Nasak, kena ingat perkara ini; transaksi pertukaran item ribawi
mesti dilakukan serentak dalam satu masa atau majlis; kedua-dua penjual dan pembeli
mesti menyerahkan item masing-masing sebelum berpisah.

Tidak boleh berhutang, tidak boleh bertangguh.

Anda mungkin juga menyukai