Anda di halaman 1dari 12

Esei KKP EKONOMI 2010

1.0 PENGENALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan wang? Terdapat beberapa sumber yang


menerangkan mengenai pendefinisian wang itu sendiri. Menurut sumber dari laman
sesawang ensiklopedia iaitu Wikipedia, wang bermaksud benda yang secara umum
diterima sebagai bayaran untuk barangan dan perkhidmatan dan pembayaran hutang
dalam suatu negara atau konteks sosial-ekonomi. [1] Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka, perkataan wang bermaksud alat
pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah. [2]

Dengan ini, wang membawa maksud sesuatu barangan ataupun alat yang
mempunyai nilai dan harga yang tertentu dan diakui sah oleh umum yang diberikan
sebagai pertukaran dengan barangan yang hendak dimiliki ataupun ingin membayar
suatu hutang yang disukat menggunakan nilai alat yang bergelar wang tersebut.
Menurut Nor Eaizan Bin Mohd Noor, Ketua Panitia Prinsip Perakaunan dan Ekonomi
Asas SMK Jelai, wang bermaksud sebarang benda (komoditi) yang boleh diterima
umum sebagai alat perantaraan pertukaran barang dan perkhidmatan. [3] Menurut nota
STPM bagi subjek Prinsip Ekonomi yang dipetik dari portal http://tutor.com.my, wang
boleh didefinisikan sebagai suatu barang yang diterima umum oleh masyarakat sebagai
alat perantaraan dalam kegiatan jual beli dan urusniaga lain. Misalnya, wang kertas dan
duit syiling telah diterima oleh masyarakat Malaysia sebagai alat perantaraan dalam
melakukan jual beli atau tukar menukar. [4]

Menurut sumber dari laman sesawang ensiklopedia iaitu Wikipedia, perkataan


money adalah dipercayai berasal dari nama sebuah kuil Hera, terletak di Capitoline,
salah satu dari tujuh bukit Rom. Dalam dunia kuno Hera sering dikaitkan dengan wang.
Pusat penyembahan Juno Moneta di Rom adalah tempat di mana wang Rom kuno
diperbuat.

[1]
Tanpa Nama. Money. Dilayari pada 1 Oktober 2010 di URL http://en.wikipedia.org/wiki/Money
[2]
Hajah Noresah Bt. Baharom et. al (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
[3]
Nor Eaizan Bin Mohd Noor. Wang. Dilayari pada 15 September 2010 di URL http://www.scribd.com/doc/18323853/Wang
[4]
Tanpa Nama. Peranan Wang. Dilayari pada 15 September 2010 di URL http://www.scribd.com/doc/13746496/peranan-wang

Mukasurat |1
Esei KKP EKONOMI 2010

Nama "Juno" mungkin berasal dari dewi Etruscan (yang bermaksud "satu",
"unik", "unit", "kesatuan", "bersatu") dan "Moneta" etimologi bagi money berasal dari
perkataan "monere" iaitu Bahasa Latin (bermaksud mengingatkan, amaran, atau
mengarahkan) atau kata Yunani "moneres" (bermaksud saja, unik). Di dunia Barat,
sebuah istilah yang umum digunakan untuk syiling logam, berasal dari bahasa Latin
dalam logam, yang bererti 'dalam bentuk'

Menurut Nor Eaizan Bin Mohd Noor, wang telah mengalami beberapa evolusi
sebelum wang kertas bernilai dan duit syiling logam digunakan pada masa kini. Wang
digunakan secara meluas untuk menyelesaikan beberapa masalah pertukaran barang
antara individu yang sukar untuk ditentukan dengan melakukan sistem barter seperti
sebelum kewujudan wang bernilai. Pada zaman dahulu, untuk menggantikan sistem
barter, penduduk menggunakan wang komoditi seperti ayam, lembu, kulit siput, ketulan
garam, anak panah dan tengkorak. Setelah itu penduduk mengalami masalah
berkenaan kaedah pertukaran barang yang ringkas ini, maka diciptakan wang logam
iaitu diperbuat dari perak, emas, gangsa dan timah. Dengan itu pertukaran barang
menjadi lebih mudah dan dapat disesuaikan nilai. Setelah beberapa ketika, evolusi
berlaku lagi dalam penggunaan wang dalam perbelanjaan dengan pengenalan resit
tukang emas.

Zaman dahulu orang ramai menyimpan barangan kemas, wang emas dan perak
pada tukang-tukang emas kerana mereka mempunyai peti besi untuk tujuan
menyimpan dengan selamat. Tukang emas akan mengeluarkan resit untuk mudah
memulangkan simpanan tersebut. Amnya itulah cara tukang emas menjadi pelopor
sistem bank moden. Ada yang mengatakan resit-resit itu akhirnya menjadi sistem buku
cek dan juga menjadi asas sistem wang kertas yang mewakili simpanan. Paling penting
diingat ialah tukang emas itu mestilah menjamin kuantiti dan kualiti harta atau wang
yang disimpan.

Tukang emas dapat menjamin nilai simpanan kerana berat emas dan perak tidak
akan berubah kecualilah dikikis oleh tukang emas tersebut. Tukang emas boleh menipu
dengan mengadakan resit berlebihan daripada deposit emas. Bank moden juga boleh
Mukasurat |2
Esei KKP EKONOMI 2010

mencetak kertas berlebihan daripada simpanan emas kemudian meminjamkan kepada


orang lain sambil mengenakan faedah. Ini dikatakan penciptaan kredit (wang). Inilah
juga asas sistem riba bank moden yakni keupayaan mencipta wang tanpa sandaran.

Penciptaan wang tanpa sandaran boleh dikaitkan dengan Presiden Nixon yang
memutuskan ikatan emas dengan dolar pada tahun 1971 kerana dolar Amerika dicetak
berlebihan daripada simpanan emas. Tindakan tersebut membebaskan pihak bank
Amerika mencetak wang sebanyak mungkin tanpa memerlukan deposit emas lagi. Kini
dolar sah menjadi paksi 'sistem wang palsu yang dihalalkan'. Perhatikan kenyataan
oleh Government Securities, U.S. Bureau of Engraving yang dipetik dari buku Economic
Solutions oleh Peter Kershaw (1994).[5]

''Biro (mata wang Amerika) mencetak anggaran 16 juta wang kertas setiap hari.
Biro ini berkuasa mencipta wang sebanyak mana sekalipun. Yang membataskannya
ialah kelajuan alat cetak dan kesediaan orang ramai untuk menerimanya.''

2.0 JENIS DAN CIRI WANG

2.1 Jenis-jenis Wang

Menurut Nor Eaizan Bin Mohd Noor dalam nota perbentangannya. Terdapat
beberapa jenis wang yang digunakan dalam sistem kewangan seluruh negara secara
umum. Kebanyakan negara kapilatis malah negara komunis dan sosialis turut
menerima sistem ini. Antara jenis wang yang digunakan ialah wang syiling, wang kertas
dan deposit semasa dalam akaun simpanan di bank.

Antaranya ialah duit syiling yang bertujuan untuk memudahkan aktiviti urus niaga
yang melibatkan nilai muka yang kecil seperti 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang
diperbuat daripada campuran logam.

[5]
Tanpa Nama. Bank Islam & Pembebasan Sistem Riba. Dilayari pada 1 Oktober 2010 di URL
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0813&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=ot_02.htm&arc=hive

Mukasurat |3
Esei KKP EKONOMI 2010

Duit syiling merupakan wang tanda iaitu mempunyai nilai muka yang lebih tinggi
berbanding nilai sebenar bahan untuk membuatnya. Ini bermaksud kos untuk membuat
sekeping duit syiling itu lebih kecil berbanding nilai yang dipaparkan pada syiling
tersebut. Duit syiling merupakan wang sah iaitu wang yang mesti diterima untuk
sebarang pembayaran dalam negara pengeluar wang tersebut.

Jenis yang kedua ialah wang kertas. Wang yang diperbuat dari polimer khas
yang tertera nilai bagi setiap keping di atasnya. Wang ini digunakan dalam urus niaga
yang lebih besar nilainya. Mempunyai nilai muka RM1, RM5, RM10, RM50, RM100
Mesti disandarkan kepada rizab antarabangsa dalam bentuk emas dan pertukaran
asing bagi menjamin nilainya dan mengelakkan inflasi. Merupakan wang tanda dan
wang sah.

Selain duit syiling dan wang kertas digunakan dalam sistem kewangan, terdapat
juga sejenis lagi wang iaitu deposit semasa. Deposit semasa merupakan suatu
kemudahan yang ditawarkan oleh bank perdagangan sahaja. Pemegang akaun deposit
semasa diberi buku cek dan boleh membuat pembayaran dengan menggunakan cek.
Penerima cek berkenaan akan menunaikannya di bank perdagangan dan apabila
ditunaikan jumlah deposit semasa pemegang akaun tersebut akan berkurang. Antara
kelebihan deposit semasa ialah ianya boleh membuat pembayaran bila-bila masa,
mudah dibawa (tidak perlu membawa wang tunai dengan banyak), dan selamat
dikendalikan. Namun deposit semasa bukanlah wang sah, oleh itu pembayaran
menggunakan cek boleh ditolak oleh penerima.

Mukasurat |4
Esei KKP EKONOMI 2010

2.2 Ciri-ciri Wang

Wang mempunyai nilai yang tersendiri pada setiap keping yang berlainan.
Menurut sumber dari laman sesawang www.tutor.com.my, Nilai wang boleh
didefinisikan sebagai keupayaan atau kuasa beli wang tertentu untuk membeli barang
dan perkhidmatan. Apabila seunit mata wang dapat membeli lebih banyak barang dan
perkhidmatan berbanding dengan seunit mata wang yang lain, maka nilai mata wang
tersebut adalah lebih tinggi dari nilai mata wang yang lain. Oleh itu, dapat dikatakan
bahawa perubahan tingkat harga akan mengubah nilai mata wang. Nilai wang atau
kuasa beli wang mempunyai hubungan songsang dengan tingkat harga. Apabila tingkat
harga umum meningkat, nilai wang akan turun. Ini adalah kerana dengan sejumlah
wang tertentu, jumlah barang dan perkhidmatan yang dapat dibeli akan berkurangan
apabila tingkat harga umum meningkat dan sebaliknya.

Menurut Nor Eaizan Bin Mohd Noor dalam nota pembentangannya


menerangkan terdapat beberapa ciri-ciri wang secara umum. Antaranya ialah diterima
umum, penawaran terhad, kestabilan nilai, tahan lama, mudah dibawa dan boleh
dibahagikan kepada unit yang lebih kecil. Sebuah wang itu haruslah diterima pakai oleh
umum dengan mengiktirafkan nilainya secara realiti. Benda yang hendak dijadikan
wang mestilah diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran
barang/perkhidmatan. Selain itu wang mestilah kuantitinya tidak terlalu banyak
sehingga menjejaskan nilainya dan tidak terlalu kurang hingga menjejaskan aktiviti
ekonomi.

Ciri seterusnya ialah benda yang hendak dijadikan wang mestilah nilainya tidak
mudah berubah dalam jangka masa pendek atau panjang. Sekiranya nilainya berubah,
ini akan menyebabkan masalah yang besar di masa hadapan. Ciri seterusnya ialah
benda yang hendak dijadikan wang mestilah tahan lama dan tidak mudah rosak supaya
boleh digunakan untuk suatu jangka masa yang panjang. Oleh sebab itu kebanyakan
wang kertas malah duit syiling diperbuat dari bahan yang diperkuat dan tahan lasak
untuk digunakan dalam pelbagai keadaan dari satu tangan kepada satu tangan yang
lain.
Mukasurat |5
Esei KKP EKONOMI 2010

Benda yang hendak dijadikan wang juga mestilah bersaiz kecil dan ringan
supaya mudah dibawa kemana-mana sahaja. Kerana wang merupakan suatu solusi
kepada emas dan perak. Sekiranya setiap individu masih menggunakan emas untuk
proses jual beli, sudah tentunya mereka tidak mampu membawanya pada kadar yang
banyak. Ini sudah pastinya mendatangkan masalah selain memikirkan soal
keselamatan sepanjang membawa wang berbentuk batuan seperti emas dan perak. Ciri
yang terakhir bagi wang ialah benda yang hendak dijadikan wang mestilah boleh
dibahagikan kepada unit-unit nilai yang lebih kecil bagi membolehkan urus niaga dapat
dijalankan dengan mudah dan tepat.

3.0 FUNGSI-FUNGSI WANG

Menurut Lai Mooi Chang dan Hew Yoke Foong dalam buku karangan mereka
bertajuk Makroekonomi,[6] wang mempunyai beberapa fungsi yang penting bagi
mengatasi masalah yang timbul dengan penggunaan sistem barter dalam berurusniaga.
Dengan menggunakan wang, segala masalah dapat dipermudahkan dan proses
urusniaga berjalan dengan lancar mengikut piawai yang telah ditetapkan. Antara fungsi
wang ialah sebagai alat perantaraan pertukaran, sebagai alat pengukur nilai, sebagai
alat menyimpan nilai dan akhir sekali sebagai alat pembayaran tertunda.

Fungsi wang sebagai alat perantaraan pertukaran bermaksud wang digunakan


oleh kesemua individu dalam sesuatu kawasan bagi urusan jual beli dan ianya harus
diterima pakai antara kedua-dua individu yang berurus niaga. Setiap orang masyarakat
moden sedia menukarkan barang dan perkhidmatan jika dibayar dengan wang.
Sebagai contohnya, seorang pembeli yang mempunyai barang X dan hendak
mendapatkan barang Y tidak perlu bersusah payah mencari seorang penjual barang Y
yang hendakkan barang X. Pembeli tersebut hanya perlu membayar wang kepada
penjual berkenaan untuk mendapatkan barang Y. Penjual berkenaan juga boleh
mendapatkan barang lain yang dikehendakinya daripada penjual lain.

[6]
Lai Mooi Chang & Hew Yoke Foong. (2009). Teks Pra-U STPM : Makroekonomi. Petaling Jaya. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Mukasurat |6
Esei KKP EKONOMI 2010

Fungsi kedua wang adalah sebagai alat pengukur nilai. Ini kerana wang
mempunyai unit ukuran tertentu. Misalnya unit ukuran wang di Malaysia ialah ringgit
dan sen. Seseorang pembeli yang ingin mendapatkan seunit barang Y tidak perlu
bersusah payah menentukan nilai seunit barang Y berbanding dengan nilai barang lain.
Misalnya satu unit barang Y sama dengan dua unit barang Z. Wang dapat mengukut
nilai barang secara langsung, misalnya, barang Y bernilai RM20 dan barang Z bernilai
RM10. Oleh sebab nilai semua barang dalam negara dapat dinyatakan dengan unit
ukuran yang sama, maka wang juga dijadikan satu unit akaun. Misalnya, perbelanjaan
terhadap satu unit barang Y dan satu unit barang Z dapat dicatatkan dalam akaun
sebagai RM20 + RM10 = RM30. Wang memudahkan perbandingan nilai antara satu
barang dengan barang yang lain. Wang tersebut mestilah mempunyai ciri boleh
dibahagikan kepada unit yang lebih kecil bagi membolehkannya

Fungsi ketiga wang ialah sebagai alat penyimpan nilai kerana nilainya stabil dan
sifatnya yang tahan lama. Wang membolehkan orang ramai menyimpan nilai pada
jangka masa yang panjang. Dalam keadaan ekonomi yang stabil, orang ramai
cenderung menyimpan wang dalam bentuk simpanan tabungan, simpanan tetap dan
simpanan semasa di institusi kewangan. Orang ramai juga menyimpan wang tunai bagi
tujuan memenuhi perbelanjaan dalam kehidupan seharian. Disamping itu, wang yang
disimpan di institusi kewangan akan memperoleh faedah atau dividen. Ini
menggalakkan orang ramai membuat tabungan/pelaburan.

Fungsi keempat wang adalah sebagai alat pembayaran tertunda kerana nilainya
stabil. Wang membolehkan urusniaga pada zaman moden dilakukan secara
pembayaran tertunda, iaitu pembeli mendapatkan barang/perkhidmatan terlebih dahulu
dan membayarnya pada masa hadapan. Dalam keadaan ekonomi yang stabil tanpa
inflasi, peniaga rela menjual barang/perkhidmatan mereka secara kredit. Ini kerana nilai
benar pembayaran yang diterima pada masa hadapan adalah sama dengan nilai benar
jualanpada ketika urusniaga kredit dilakukan. Penjual sanggup menerima bayaran
ansuran kerana yakin bahawa wang mempunyai nilai yang stabil untuk satu jangka
masa yang lama.

Mukasurat |7
Esei KKP EKONOMI 2010

4.0 MASALAH SISTEM BARTER & PENYELESAIAN MELALUI WANG

Menurut sumber dari laman sesawang www.tutor.com.my, sistem barter boleh


didefinisikan sebagai Sistem barter boleh didefinisikan sebagai suatu sistem ekonomi di
mana jual beli barang dilakukan secara pertukaran barang dengan barang. Wang tidak
digunakan sebagai alat perantaraan sebaliknya setiap individu saling bertukar barang
antara satu sama lain untuk memenuhi keperluan masing-masing. Namun begitu,
sistem barter ini mempunyai beberapa kelemahan, antaranya ialah memerlukan
penemuan dua kehendak serentak, masalah penentuan nilai pertukaran, membatasi
pilihan pembeli, bayaran tertunda sukar dilakukan, kesukaran membahagi barang ke
unit yang lebih kecil dan kesukaran menyimpan kekayaan dengan barang.

Untuk menjalankan urusniaga secara sistem barter, ia memerlukan penemuan


dua pihak yang masing-masing mempunyai dua barang yang saling inginkan barang
tersebut. Misalnya, individu A inginkan barang milik individu B dan individu B inginkan
barang milik individu A. Keperluan penemuan dua kehendak serentak ini adalah sukar
kerana kehendak individu adalah adalah berbeza dan berbagai. Oleh itu jika kehendak
kedua-dua individu adalah berbeza, maka sistem barter tidak dapat dijalankan. Selain
itu, dalam sistem barter, pertukaran barang dengan barang adalah mengikut nilai
pertukaran yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak. Misalnya, nilai seekor ayam
sama dengan nilai lima ekor ikan yang sederhana besarnya. Oleh kerana sesuatu
barang juga boleh ditukar dengan barang yang lain, maka nilai pertukaran lain pula
harus ditetapkan. Dengan ini tiada suatu penentuan nilai pertukaran yang seragam
terdapat dalam sistem barter.

Dalam sistem barter, pertukaran barang hanya berlaku antara dua barang yang
dimiliki oleh individu masing-masing. Oleh itu setiap individu tiada pilihan barang yang
lain yang boleh mereka perolehi untuk memenuhi kehendak mereka. Untuk
memperolehi barang lain, individu perlu mencari individu lain yang mempunyai dua
kehendak serentak. Dalam urusniaga kredit yang menggunakan wang sebagai alat
pertukaran, sesuatu pembayaran akan dilakukan pada suatu tarikh tertentu selepas

Mukasurat |8
Esei KKP EKONOMI 2010

penjualan barang. Dalam sistem barter, bayaran tertunda ini sukar dilakukan kerana
sifat barang itu sendiri yang tidak tahan lama dan mudah rosak.

Urusniaga yang dijalankan melalui sistem barter akan dilakukan mengikut nilai
pertukaran yang telah ditetapkan. Misalnya, lima unit beras sama dengan satu unit
kambing. Oleh itu pemilik kambing terpaksa menukarkan kambingnya untuk
mendapatkan lima unit beras walaupun ia hanya memerlukan dua unit beras sahaja.
Untuk menyimpan kekayaan dalam bentuk barang memerlukan tempat dan kos untuk
menyimpannya. Ini akan membebankan pemilik barang untuk menyediakannya. Selain
dari itu barang yang akan disimpan ini tidak tahan lama dan cepat rosak.

Namun setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Menurut Lai Mooi Chang dan
Hew Yoke Foong dalam buku karangan mereka bertajuk Makroekonomi, pengenalan
wang dalam urusniaga merupakan suatu penyelesaian bijak kepada masalah dalam
sistem barter ini. Fungsi wang sebagai alat perantaraan pertukaran telah mengatasi
masalah kehendak serentak yang perlu wujud dalam sistem barter. Oleh itu wang
memudahkan dan memperkembangkan perdagangan. Maka dengan itu, setiap individu
boleh menjalankan pengkhususan pekerjaan mereka.

Menurut Nor Eaizan Bin Mohd Noor dalam nota pembentangannya, fungsi wang
sebagai alat pengukur nilai telah mengatasi masalah ketiadaan unit ukuran yang
seragam dalam sistem barter dan seterusnya melicinkan kegiatan perdagangan. Ini
kerana setiap barangan diperdagangkan menggunakan nilai yang sama. Sebagai
contohnya di Malaysia menggunakan ringgit. Maka setiap barang yang dipasarkan akan
menggunakan nilai ringgit dan mudah untuk dibeli oleh pembeli.

Selain itu, fungsi wang sebagai alat menyimpan nilai telah mengatasi masalah
kerosakan barang tak tahan lama dalam sistem barter. Wang juga mengatasi masalah
menyimpan haiwan yang akan menjadi tua, jatuh sakit dan mati. Oleh sebab wang
mempunyai nilai, penyimpanan wang bermakna penyimpanan kekayaan. Kekayaan
para penabung akan bertambah kerana dibayar faedah/dividen atas tabungan mereka

Mukasurat |9
Esei KKP EKONOMI 2010

di institusi kewangan. Wang yang bersifat tahan lama dan tidak mudah rosak
menjadikan wang berfungsi sebagai alat penyimpan nilai yang amat berguna.

Fungsi wang sebagai alat pembayaran tertunda/tertangguh telah mengatasi


masalah ketiadaan pembayaran tertunda/tertangguh dalam sistem barter. Fungsi ini
secara tidak langsung memajukan urusniaga kredit dan kegiatan pelaburan. Banyak
kegiatan ekonomi berkembang kerana adanya kredit pinjaman daripada bank-bank
perdagangan. Ini menyebabkan pembeli boleh membeli pada masa sekarang dan
membayar pada masa hadapan dengan kadar yang sama.

M u k a s u r a t | 10
Esei KKP EKONOMI 2010

5.0 PENUTUP

Dengan ini jelas sekali bahawa pengenalan sistem wang kertas dan duit syiling
telah memudahkan penduduk seluruh dunia untuk berurusniaga. Ini kerana dengan
pengekalan penggunaan sistem barter dalam berurusniaga bermakna kita sebagai
pembeli dan penjual akan menghadapi pelbagai masalah yang merumitkan. Secara
umumnya terdapat beberapa masalah sistem barter iaitu memerlukan penemuan dua
kehendak serentak, masalah penentuan nilai pertukaran, membatasi pilihan pembeli,
bayaran tertunda sukar dilakukan, kesukaran membahagi barang ke unit yang lebih
kecil dan kesukaran menyimpan kekayaan dengan barang.

Dengan pengenalan wang kertas dan juga duit syiling, maka segala masalah
sistem barter dapat dikurangkan malah dihapuskan dengan kepelbagaian fungsi wang
yang meliputi beberapa aspek. Antara fungsi wang yang melenyapkan masalah sistem
barter ialah wang sentiasa berfungsi sebagai alat pertukaran yang diterima umum,
wang berfungsi sebagai alat pengukur nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan melalui
nilai piawai, wang berfungsi sebagai alat penyimpan nilai yang kekal dan stabil dan
akhir sekali fungsi wang sebagai alat pembayaran tertunda kerana nilainya yang
sentiasa stabil.

M u k a s u r a t | 11
Esei KKP EKONOMI 2010

BIBLIOGRAFI

Buku Ilmiah

Hajah Noresah Bt. Baharom et. al (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buku Rujukan

Lai Mooi Chang & Hew Yoke Foong. (2009). Teks Pra-U STPM : Makroekonomi.
Petaling Jaya. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Laman Sesawang

Nor Eaizan Bin Mohd Noor. Wang. Dilayari pada 15 September 2010 di URL
http://www.scribd.com/doc/18323853/Wang
Tanpa Nama. Money. Dilayari pada 1 Oktober 2010 di URL
http://en.wikipedia.org/wiki/Money
Tanpa Nama. Peranan Wang. Dilayari pada 15 September 2010 di URL
http://www.scribd.com/doc/13746496/peranan-wang
Tanpa Nama. Bank Islam & Pembebasan Sistem Riba. Dilayari pada 1 Oktober 2010 di
URL http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0813&pub=utusan_
malaysia&sec=rencana&pg=ot_02.htm&arc=hive

M u k a s u r a t | 12

Anda mungkin juga menyukai