Anda di halaman 1dari 5

SYARAHAN SPONTAN ADAB MENUNTUT ILMU

Assalamualaikum wbt

Terima kasih saudara bentara bicara,kombinasi panel hakim yang arif lagi
berkarisma, saudara penjaga masa yang setia pada saat dan
ketikanya,seterusnya warga dewan pemacu aspirasi negara.

Tampilnya saya pada petang yang penuh barakah ini demi melakarkan
sebuah syarahan yang bertemakan Adab Menuntut Ilmu.

Sebelum hujahan saya meledak seisi dewan,izinkan saya membentangkan


dahulu intepretasi yang membina mauduk syarahan.Berpaksikan Kamus
Dewan Edisi Keempat Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,adab membawa
konotasi tingkah laku yang sopan.Menuntut pula membawa pengertian
berusaha dengan keras untuk mencapai sesuatu.Ilmu pula ditarifkan
sebagai pengetahuan dalam perkara dunia,akhirat,zahir dan batin.

Fokus syarahan saya yang pertama ialah menuntut ilmu dengan


niat yang ikhlas kerana Allah.Setiap amalan dalam islam terdapat adab-
adab yang perlu dipatuhi kerana adab umpama roh kepada jasad.Niat
bukanlah sekadar di bibir atau awal perbuatan tetapi merupakan gabungan
seluruh potensi hati,fikiran dan perbuatan.Menjadi kewajipan bagi setiap
muslim dalam memastikan niat yang ikhlas kerana Allah,bukannya mencari
habuan dunia semata-mata.Rasulullah pernah member amaran bahawa Allah
mengugut manusia yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia tanpa
memikirkan maslahat umat islam.Rasulullah bersabda daripada riwayat
Ahmad,AbuDaud dan Ibnu Majah:

Barangsiapa yang menuntut ilmu bukan kerana Allah akan tetapi


menuntutnya untuk dunia semata-mata,ia tidakn akan mendapatkan
bau syurga.

Fokus syarahan saya yang kedua ialah menuntut ilmu dengan


menghormati guru.Kita diwajibkan menghormati guru dan mematuhi
segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak islam.Kita harus
patuh kepada mereka walaupun fikrah dan pendapat kita
berbeza.Walaubagaimana tingginya pankat atau kedudukan seseorang itu
mereka tetap bekas pelajar yang sangat terhutang budi terhadap
gurunya.Saidina Ali Karamallahuwajhah pernah berkata:

Sesiapa yang mengajarkan aku satu huruf,aku akan menjadi hambanya.

Dalam satu cerita mengenai Imam Syafie,apabila beliau sedang berguru


dengan imam mazhab iaitu Imam Malik,beliau sangat menjaga suara dan
perlakuannya sehinggakan Imam Syafie menyelak halaman sebelah dengan
perlahan-lahan agar tidak menganggu pengajaran Imam Malik.Lihatlah
bagaimana seorang imam yang berguru dengan seorang imam yang sama
tarafnya,tetap menjaga adab-adab sebagai seorang pelajar.

Tuntasnya,ikutilah resmi padi,semakin berisi semakin menunduk merendah


diri.Bukannya seperti lalang,semakin tinggi semakin mendongak ke langit.
SYARAHAN SPONTAN IHSAN TERHADAP ALAM
SEKITAR
Assalamualaikum wbt

Terima kasih saudara bentara bicara,kombinasi panel hakim yang arif lagi
berkarisma, saudara penjaga masa yang setia pada saat dan
ketikanya,seterusnya warga dewan pemacu aspirasi negara.

Tampilnya saya pada petang yang penuh barakah ini demi melakarkan
sebuah syarahan yang bertemakan Ihsan Terhadap Alam Sekitar.

Sebelum hujahan saya meledak seisi dewan,izinkan saya membentangkan


dahulu intepretasi yang membina mauduk syarahan.Berpaksikan Kamus
Dewan Edisi Keempat Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,ihsan membawa
konotasi beribadah kepada Allah dengan menyedari bahawa Allah Maha
Melihat.Alam pula bermaksud segala yang berada di langit dan di
bumi.Manakala,sekitar membawa pengertian sekeliling.

Fokus syarahan saya yang pertama ialah cara-cara ihsan terhadap


alam sekitar.Manusia diciptakan sebagai sebahagian daripada kosmik
kehidupan yang bertanggungjawab dalam memenuhi keperluan antara satu
sama lain.Justeru,Allah telah menganugerahkan jawatan khalifah kepada
manusia untuk mentadbir bumi dengan kebijaksanaan demi kebaikan
manusia sejagat selain bersikap ihsan terhadap makhluk lain trmasuklah
haiwan dan tumbuh-tumbuhan.Allah telah berfirman dalam Surah Hud ayat
61:

Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menkehendaki


kamu memakmurkannnya.

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah telah melantik manusia untuk
memakmurkan alam sekitar.Kempen-kempen penjagaan alam sekitar yang
giat dilaksanakan amat digalakkan. Kempen seperti Hargai Paya Bakau Kita
dan Cintai Sungai Kita merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam
memastikan pemeliharaan alam sekitar terjaga.Secara tidak langsung,dapat
mengekang daripada kebejatan kepupusan fauna yang semakin
membimbangkan.

Fokus syarahan saya yang kedua ialah kesan mengabaikan ihsan


terhadap alam sekitar.Alam sekitar menyediakan sumber untuk dinikmati
oleh semua makhluk Allah.Namun sifat manusia yang tamak dan rakus telah
menodaii alam sekitar untuk kemajuan dan kepentingan masing-masing.Allah
telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 11:

Dan apabila dikatakan kepada mereka janganlah berbuat kerosakan di


bumi,mereka menjawab sesungguhnya kami orang yang melakukan
perbaikan.
Ayat ini menjelaskan bahawa manusialah yang bersalah serta tidak
mengamalkan konsep ihsan terhadap alam sekitar.Tamsilnya,pembangunan
yang begitu padat di Kuala Lumpur telah menyebabkan Sungai Gombak dan
Sungai Klang menjadi sungai mati.

Tuntasnya,semua pihak haruslah menerapkan sifat ihsan terhadap alam


sekitar dam mengamalkan sikap ke bukit sama didaki,kelurah sama dituruni
agar tidak menyesal di kemudian hari.

SYARAHAN SPONTAN HARGAI MASA


Assalamualaikum wbt

Terima kasih saudara bentara bicara,kombinasi panel hakim yang arif lagi
berkarisma, saudara penjaga masa yang setia pada saat dan
ketikanya,seterusnya warga dewan pemacu aspirasi negara.

Tampilnya saya pada petang yang penuh barakah ini demi melakarkan
sebuah syarahan yang bertemakan Hargai Masa.

Sebelum hujahan saya meledak seisi dewan,izinkan saya membentangkan


dahulu intepretasi yang membina mauduk syarahan.Berpaksikan Kamus
Dewan Edisi Keempat Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,hargai membawa
konotasi memberi penghormatan dan menganggap penting.Masa pula
bermaksud waktu dan ketika.

Fokus syarahan saya yang pertama ialah cara pengurusan


masa.Pengurusan adalah penting kerana masa adalah asset yang bernilai
dalam hidup manusia.Semua perkara bergantung kepada ketentuan masa
sama ada member keuntungan ataupun kerugian.Allah berfirman:














Demi masa.Sesungguhnya manusia sedang dalam kerugian melainkan


mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka berpesan-pesan
dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Al-Asr 1-3

Berdasarkan ayat di atas,Allah menerangkan bahawa manusia dalam


kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara tersebut.Budaya
bertangguh hendaklah dibuang jauh daripada diri insan yang bergelar hamba
dalam mengejar kecemerlangan diri di dunia mahupun di akhirat kelak.

Fokus syarahan saya yang kedua ialah kerugian masa.Allah telah


memberikan manusia 24 jam sehari 12 bulan setahun dan 60 minit
sejam.Orang-orang yang beriman tidak akan membiarkan setiap keuntungan
berlalu sia-sia.Meraka sentiasa menggunakan ruang masa dengan melakukan
perkara yang berfaedah.Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:

Rebutlah lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain iaitu hidup sebelum
mati,sihat sebelum sakit,lapang sebelum sibuk,muda sebelum tua dan kaya
sebelum fakir.
Hadith ini jelas menunjukkan bahawa hanya mereka yang menghargai
masa tidak akan mensia-siakannya.Manusia di akhirat kelak akan ditanya
oleh Allah tentang segala amalan yang dilakukan sepanjang tempoh umurnya
di dunia.

Tuntasnya,menghargai masa dalam islam adalah tanda beriman kepada


Allah.Suka saya membawa pendekatan akan kata-kata seorang penyair
arab,Assyarif Almurtada pernah berkata, kita mengagumi setiap hari yang
berlalu,sedag hari yang berlalu itu semakin menyusutkan umur kita.

SYARAHAN SPONTAN AKHLAK TERPUJI


RASULULLAH SAW
Assalamualaikum wbt

Terima kasih saudara bentara bicara,kombinasi panel hakim yang arif lagi
berkarisma, saudara penjaga masa yang setia pada saat dan
ketikanya,seterusnya warga dewan pemacu aspirasi negara.

Tampilnya saya pada petang yang penuh barakah ini demi melakarkan
sebuah syarahan yang bertemakan Akhlak Terpuji Rasulullah SAW.

Sebelum hujahan saya meledak seisi dewan,izinkan saya membentangkan


dahulu intepretasi yang membina mauduk syarahan.Berpaksikan Kamus
Dewan Edisi Keempat Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,akhlak membawa
konotasi budi pekerti ,kelakuan dan tabiat.Rasulullah pula seorang lelaki
yang bernama Muhammad yang diutus oleh Allah SWT sebagai rahmat
kepada sekalian alam.

Fokus syarahan saya yang pertama ialah akhlak Rasulullah dari


segi pergaulan.Rasulullah merupakan modal insan yang unggul yang sesuai
dicontohi dalam setiap lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan
bangsa.Rasulullah pernah bersabda:

Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.

Baginda sentiasa menjaga tutur katanya jika berbual dengan para


sahabat.Rasulullah hanya menggunakan bahasa yang sopan santun dalam
berdakwah.Hal ini menyebabkan para sahabat mudah menerima dakwah
yang disampaikan oleh baginda.

Terdapat sebuah kisah yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-


Hakim,seorang Arab badwi telah membuang air kecil dalam masjid.Namun
Rasulullah tidak terus memarahi badwi tersebut malah membiarkan badwi
tersebut menyelesaikan qodo hajatnya terlebih dahulu.Setelah selesai
barulah Rasulullah mengingatkan badwi tersebut.Hikmah Rasulullah
menangani masalah tersebut menyebabkan badwi tersebut memeluk islam.

Fokus syarahan saya yang kedua ialah akhlak RasulullahSAW dari


segi perbuatan.Rasulullah adalah insan yang istiqamah dalam
mengamalkan akhlak yang mulia.Rasulullah bukan sahaja mempamerkan
akhlak yang terpuji kepada para sahabat malah kepada kaum Quraisy.Ini
dapat dibuktikan dalam peristiwa pembukaan Mekah.Selepas berjaya
memerangi kaum Quraisy di Mekah, baginda telah menghimpunkan
penduduk Mekah di sebuah tempat yang luas.Pada ketika itu, perasaan
bercampur baur,resah menunggu hukuman daripada Rasulullah SAW.Namun
Rasulullah bukanlah insan yang bertindak mengikut hawa nafsu.Baginda
telah memaafkan seluruh penduduk Mekah malah baginda memberi
kebebasan untuk menganut agama masing-masing.Lihatlah,sifat Rasulullah
SAW yang penyabar dan memaafkan orang lain walaupun mereka telah
berusaha untuk membunuh Rasulullah Allah berfirman dalam Surah Annur
ayat 22:

Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapangan dada.

Tuntasnya,akhlak Rasulullah SAW merupakan akhlak yang terbaik


sepanjang zaman dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Anda mungkin juga menyukai