Anda di halaman 1dari 26

KELEBIHAN BERKAITAN ALQURAN

DISEDIAKAN OLEH:

NOOR AISAH BINTI DIN SOLEHAH BINTI AHMAD PISMP SEM3 PENDIDIKAN ISLAM 1 PQE3106

1. Kelebihan al-quran kepada manusia

3. Kelebihan membaca dan mendengar alquran

KELEBIHAN AL-QURAN

2. Kelebihan mengajar dan belajar alquran

1. KELEBIHAN AL-QURAN KEPADA MANUSIA

1. AL-QURAN SEBAGAI PENSYAFAAT DAN PENGHUJAH


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Al-Quran adalah pemberi syafaat (yang mana) syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah (yang mana) hujahnya disokong. Barangsiapa meletakkan al-Quran dihadapannya maka alQuran akan memandunya ke syurga dan barangsiapa yang meletakkan al-Quran dibelakangnya maka al-Quran akan mencampakkannya ke neraka.

2. AL-QURAN SEBAGAI SUMBER MENGHAMPIRKAN DIRI KEPADA ALLAH S.W.T. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kembali kepada Allah s.w.t (menghampir diri kepadaNya) melainkan dengan sesuatu yang terlebih utama yang datang terus daripada-Nya yakni al-Quran

3. AL-QURAN SEBAGAI CAHAYA KEHIDUPAN DAN BEKALAN KE AKHIRAT.


Sebuah hadis daripada Rasulullah s.a.w. : Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.

4. AL-QURAN SEBAGAI KEMEGAHAN BAGI UMAT ISLAM


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Daripada Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah AlQuran yang mulia.

5. AL-QURAN ADALAH SATU PERLEMBAGAAN YANG LENGKAP BAGI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN
Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan lurus.
(Surah Al-Maidah: 15 &16

6. AL-QURAN JUGA MERUPAKAN SENJATA YANG PALING BERKESAN UNTUK MEMBERSIHKAN JIWA DAN MENYINARKANNYA

Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya. ( Riwayat Muslim )

7. MEMBACA AL-QURAN SEBAGAI SANTAPAN ROHANI KEPADA ORANG ISLAM

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh.

2. KELEBIHAN MEMBACA DAN MENDENGAR AL-QURAN

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya.

( Riwayat Muslim )

Daripada Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka baginya dua pahala. ( Riwayat Muslim )

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan (digandakan) dengan sepuluh seumpamanya. Tidak aku katakan (Alif Lam Mim) itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf ( Riwayat al-Tirmidzi )

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sebaik-baik ibadat (sunat) umatku ialah membaca al-Quran. ( Riwayat al-Tirmidzi )

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Barangsiapa mendengar satu ayat dari kitab Allah (al-Quran) maka ia akan menjadi cahaya untuknya pada hari qiamat ( Riwayat Ahmad )

3. KELEBIHAN MENGAJAR DAN BELAJAR AL-QURAN

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya. ( Riwayat al-Bukhari )

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Orang yang mahir dengan al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya dalam keadaan sulit (susah) dan merangkak-rangkak maka baginya dua pahala (kebajikan). (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesiapa yang mangajarkan anaknya Al-Quran dengan melihat, maka diampunkan baginya dosanya yang lalu dan yang akan datang dan sesiapa yang mengajarnya dengan hafalan maka setiap anaknya itu membaca satu ayat, Allah menaikkan ayahnya satu darjat hingga akhir ayat yang diamalkannya. ( Riwayat At Tabrani )

: ": ." ) ( Daripada Aishah ra berkata , Rasulullah SAW bersabda :orang yang mahir dengan al-Quran, bersama Malaikat Safarah yang mulia lagi taat. Dan orang yang membaca al-Quran sedangkan dia tergagap-gagap (tidak lancar) ketika membacanya dan dia sukar (membacanya kerana tidak mahir), maka baginya dua pahala

Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Dzar: "Wahai Abu Dzar!Jika kamu pergi ke suatu pagi untuk belajar satu ayat dari kitab Allah adalah lebih baik bagi kamu daripada mengerjakan sembahyang sunat seratus rakaat dan jika kamu belajar satu bab daripada ilmu yang mana kamu dapat beramal dengannya ataupun tidak adalah lebih baik bagi kamu daripada mengerjakan sembahyang sunat seribu rakaat" ( Riwayat Ibnu Majjah)

Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Hurairah:

"Wahai Abu Hurairah!Belajarlah Al Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia dan berkekalan atas yang demikian itu sehingga datang kepadamu kematian.Sesungguhnya jika datang kepadamu kematian padahal engkau berada dalam keadaan demikian maka malaikat akan menziarahi kuburmu sepertimana orang-orang yang beriman akan menziarahi Baitullah alHaram". ( Riwayat al-Dailami)

RUJUKAN
Al-Quran Rosmawati Ali (2010). Pengantar Ulum alQuran. Kuala Lumpur, Pustaka Salam Sdn.Bhd http://ulumalquran.blogspot.com http://halidabaharuldin.blogspot.com

KESIMPULAN
Belajarlah al-quran, sesungguhnya al quran itu akan memberi hidayah dan petunjuk kepada pembacanya. Rasailah kenikmatan dan kemanisan iman melalui al quran.

SEKIAN TERIMA KASIH!!!!

ASSALAMUALAIKUM.

Anda mungkin juga menyukai