Anda di halaman 1dari 50

TAFSIR AYAT HUKUM

Disediakan oleh: Nur Hidayah Binti Rosli Nufariza Hanim Binti Hashim

TALAK
Surah al-Baqarah ayat 228 hingga 230

ASBAB AN-NUZUL
1.Riwayat dari Ibnu Jarir dari Ibnu Juraij Asma bin Yazid bin as Sakam Al Anshariyyah berkata aku telah diceraikan oleh suamiku di zaman Rasulullah s.a.w, tetapi pada waktu itu belum ada lagi hukum iddah bagi wanita yang diceraikan. Maka dengan turunnya ayat ini Allah telah menetapkan hukum iddah bagi wanita yang diceraikan iaitu menunggu selama 3 kali haidh atau 3 kali suci.

2.Riwayat Abu Daud dan Ibnu Abi Hatim dari Asma Binti Yazid
Ismail bin Abdillah Al Ghifari telah menceraikan isterinya Qathilah pada zaman Rasulullah s.a.w akan tetapi dia tidak mengetahui bahawa isterinya sedang hamil. Setelah mengetahui dia merujuk kembali isterinya. Malangnya isteri dan anaknya meninggal dunia ketika melahirkan.. Maka turunlah ayat ini untuk mengetahui betapa pentingnya masa iddah bagi wanita untuk mengetahui sama ada hamil atau tidak.

Pengajaran ayat
Ayat ini menerangkan tentang tempoh iddah bagi seorang wanita yang diceraikan oleh suaminya iaitu selama 3 kali quru Suami boleh merujuk kembali isteri yang telah diceraikan

ASBAB AN NUZUL
1. Riwayat at-Tsalabi dan Hibatullah bin Salamah (an- Nasikh) dari al Kalbi dan Muqatil Dalam satu riwayat seoang lelaki telah menceraikan istei sesuka hatinya. Dia beanggapan bahawa selama ruju itu boleh dilakukan dalam waktu iddah walaupun seratus kali dia telah menceraikan isterinya. Lelaki itu berkata kepada isterinya demi Allah aku tidak akan menceraikanmu dan engkau tetap berada disampingku sebagai isteriku dan aku tidak akan menggauli engkau sama sekali. Lalu isteri bertanya apa yang engkau akan lakukan? Suaminya menjawab Aku menceraimu kemudian apabia hampir habis iddah aku akan merujukmu kembali. Maka wanita itu menghadap Rasulullah s.a.w dan menceritakannya. Lalu baginda terdiam sehingga turun ayat ini pada perkataan bi ihsan

2.Riwayat Abu Daud (an-NasikhMansukh) dari Ibnu Abbas)


Pengaduan Habibah kepada Rasulullah s.a.w tentang suaminya Tsabit bin Qais. Rasulullah s.a.w bersabda apakah engkau sanggup memberi kembali kebunnya? kemudian baginda s.a.w memanggil Tsabit menerangkan tentang pengaduan isterinya untuk mengembalikan kebun miliknya. Tsabit bertanya apakah kebun itu halal bagiku? baginda menjawab Ya tsabit berkat Saya pun menerima

3.Riwayat at-Tarmizi, al Hakim dan lainnya dari Aisyah


Seorang lelaki telah memakan harta benda isterinya hasil daripada maskahwin yang telah diberikan sebelum mereka berkahwin. Dia beranggapan bahawa perbuatannya itu tidak berdosa maka turunlah ayat wala yahillu lakum an takhudzu hingga habis yang melarang mengambil hak isteri

Pengajaran ayat
Suami dilarang merampas hak isteri Suami boleh menerima kembali maskahwin yang dikembalikan oleh isterinya sebagai tanda sahnya isteri memutuskan ikatan perkahwinan. Suami perlu berlaku ihsan terhadap isteri ketika menceraikan atau merujuk kembali

ASBAB AN NUZUL
Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu Juraij Pengaduan Aisyah Binti Abd Rahman bin Atik kepada Rasulullah s.a.w bahawa dia telah diceraikan oleh suaminya yang kedua iaitu Abd Rahman Bin Zubair al Quradzi dan akan rujuk kembali dengan suaminya yang pertama iaitu Rifaah bin Wahab bin Atik namun Rifaah telah menceraikan dengan talak bain (talak 3). Aisyah bekata Abd Rahman bin Zubair telah menceraikanku sebelum menggauliku apakah saya boleh kembali kepada suami yang pertama? Nabi menjawab Tidak boleh kecuali kamu telah dicampuri oleh suami yang kedua.

Pengajaran ayat
Suami yang telah menceraikan isterinya dengan talak bain boleh mengahwini isterinya semula dengan syarat isterinya telah dicampuri dan diceraikan oleh suaminya yang kedua.

TALAK

DEFINISI TALAK
Bahasa: dari perkataan arab talaqa beerti menceraikan atau melepaskan. Istilah: melepaskan ikatan pernikahan atau perkahwinan dengan kalimah atau lafaz tertentu yang menunjukkan talak atau perceraian.

JENIS-JENIS LAFAZ TALAK

Talak sarih Talak Kinayah

Nyata atau jelas Contohnya: Aku ceraikan engkau dengan talak satu

Menggunakan perkataan secara tidak langsung yang mempunyai 2 makna atau lebih Contohnya: Kita berdua sudah tiada apa-apa hubungan lagi

Talak Rajie

Talak Battah

Menjatuhkan talak tiga sekaligus

JENISJENIS TALAK
Talak Bain

- Sughra
-kubra

Talak Sunni

Talak Bidie

KAHWIN KAFIR

PENGERTIAN

PERKAHWINAN
BAHASA:Bersatu atau berkumpul.
ISTILAH:Satu akad yang menghalalkan istimta (bersetubuh atau berseronok-seronok) di antara suami isteri dengan cara yang dibenarkan oleh syarak.

KAFIR
BAHASA: Berasal dari bahasa Arab yang ertinya ingkar, menutupi sesuatu, atau menyembunyikan kebaikan yang telah diterima atau tidak berterima kasih.

ISTILAH:Tidak ada kepercayaan pada salah satu daripada rukun iman yang enam

Seseorang muslim yang mendirikan rumah tangga dengan seseorang yang bergelar kafir (orang yang ingkar terhadap suruhan Allah) hukumnya adalah haram dan tidak sah

KAHWIN KAFIR
Surah al-Baqarah ayat 221

1. Diriwayatkan oleh Ibnu Munzir, Ibnu Abi Hatim dan al-Wahidi dari Muqatil
Turunnya ayat wala tunkihul musyrikati hatta yukmin merupakan petunjuk kepada permohonan Ibnu Abi Murtsid al Ghanawi yang meminta izin kepada Nabi s.a.w.cuntuk menikahi seorang wanita musyrik yang cantik lagi terkenal

2. Diriwayatkan oleh al-Wahidi dari asSuddi dari Abi Malik dari Ibnu Abbas
Sambungan dari ayat tersebut mulai dari wala amatun mukminatun khairun hingga akhir surah al-Baqarah ayat 221 adalah berkaitan dengan peristiwa Abdullah bin Rawahah. - Dia mempunyai seorang hamba sahaya wanita yang amat hitam. - Pada suatu hari dia telah memarahi dan menampar hamba sahayanya. - Abdullah bin Rawahah menyesali tindakannya dan menceritakan kepada Rasulullah lalu berkata: Saya akan memerdekakan dia serta mengahwininya - Maka Abdullah bin Rawahah melaksanakan apa yang diperkatakan olehnya. Tetapi orang ramai telah mencela dan mengejek perbuatan tersebut. - Lalu turunlah ayat 221 Surah al-Baqarah menjelaskan bahawa berkahwin dengan hamba sahaya Muslimah itu lebih baik dari mengahwini wanita musyrik.

Pengajaran ayat
Janganlah kita berkahwin dengan orang kafir musyrik sehinggalah mereka memeluk agama Islam Mereka tiada halal bagi orang-orang kafir itu dan orang-orang kafir itu tiada halal pula bagi mereka. (Al-Mumtahanah: 10) Sesungguhnya seorang hamba yang beriman itu adalah lebih baik daripada seorang lelaki atau perempuan musyrik

KES-KES YANG BERKAITAN DENGAN ISU SEMASA

Berita Harian online 6/6/12

Info
Perkahwinan Wanita Kitabiah dengan Lelaki Islam Hukumnya sah tetapi dengan syarat: - Wanita Kitabiah itu datang dari keturunan Nabi Yaakub - Jika perkahwinan wanita Kitabiah bukan berketurunan Nabi Yaakub a.s, wanita itu mestilah mengetahui datuk neneknya pemeluk agama Kitabi sebelum dinasakhkan (dibatalkan).

Secara ringkas nikah hukum beza agama menjadi demikian: Suami Islam , Isteri Ahli Kitab = Boleh Suami Islam, Isteri Kafir/ Bukan Ahli Kitab = Haram Suami Ahli Kitab, Isteri Islam = Haram Suami Kafir Bukan Ahli Kitab, Isteri Islam = Haram Suami Islam, Isteri Islam= Boleh

TIRKAH
Surah an Nisak ayat 11-12

ASBAB AN NUZUL
1.Riwayat Abu Syeikh dan Ibnu Hibban ( Al Faraidh) dari Abi Salleh dari Ibnu Abbas Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar berjalan kaki menziarahi Jabir biun Abdullah yang sakit tenat di kampung bani Salamah. Dia tidak sedarkan diri lalu diminta air wudhuk dan dipercikkan ke atas mukanya sehingga sedar. Jabir berkata: apa yang tuan perintahklan kepadaku tentang hartaku kemudian turunlah ayat sebagai panduan pembahagian harta waris

2. Riwayat Imam al Bukhari, Muslim, Ibnu Majjah, At Tirmizi, An Nasaie, dan Abu Daud dari Jabir Bin Abdullah Isteri Saad bin Ar Rabi berjumpa Rasulullah s.a.w dan berkata Kedua puteri ini anak Saad bin ar Rabi yang menyertai perang uhud dan syahid bersama tuan. Pak ciknya mengambil semua harta dan tidak meninggal sedikitpun kepada mereka sedangkan puteriku sukar mendapatkan jodoh jika tidak berharta. Rasulullah s.a.w bersabda Allah akan memutuskan hukumnya . Maka turunlah ayat ini.

3. Dalam riwayat lain, Abd Rahman saudaa kepada Hassan bin Tsabit gugur di dalam peperangan dan meninggalkan Ummu Kuhhah dan 5 orang anak. Keluarga suami Ummu Kuhhah mengambil semua hartanya. Maka turunlah ayat ini menegaskan hak waris bagi anak dan isteri

Pengajaran ayat
Pembahagian harta tinggalan si mati yang ditetapkan oleh Allah kepada isteri, atau suami, anak-anak dan juga orang tua (ibu dan bapa). Wajib kepada pihak tertentu untuk membahagikan harta pusaka mengikut hukum faraidh yang ditetapkan.

Keterangan ayat
Ayat waris untuk anak

Ayat waris untuk kalalah

Ayat waris untuk ibu bapa

Ayat waris untuk suami atau isteri

Bahagian untuk anak sekiranya ibu bapa meninggal dunia


1:2

Seorang anak peempuan :1/2

2 atau lebih anak perempuan :2/3

Si mati mempunya anak, ibu bapa mendapat 1/6

AYAT WARIS UNTUK IBU BAPA

Si mati tidak mempunyai anak ibu mendapat 1/3 harta manakala ayah mendapat baki daripada harta

Tiada anak tetapi si mati mepunyai saudara lain ibu mendapat 1/6 manakala ayah mendapat baki daripada harta

AYAT WARIS UNTUK SUAMI ATAU ISTERI


*Isteri kematian suami:- ada anak : isteri mendapat 1/6 Suami kematian isteri:- Ada anak: suami mendapat

- Tiada anak: isteri mendapat 1/4

- Tiada anak: suami mendapat 1/2

*seorang saudara seibu lelaki atau perempuan :1/6

AYAT WARIS UNTUK KALALAH: seorang yang mati tanpa meninggalkan ayah dan anaktetapi mempunyai saudara lelaki/peempuan

*Saudara lebih dari seorang : 1/3 dan dibahagi antara mereka.

RUJUKAN
Dato Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen. (2009). Indahnya Hidup Bersyariat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. H.A Fuad Said. (1995), Perceraian Menurut Hukum Islam. Johor Baharu: Badan Bookstore Sdn. Bhd. Imam Nawawi. (2009). Bustanul Arifin. Pokok Sena: Khazanah Banjariah. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Panduan Untuk Pengantin Baru. Kuala Lumpur: Bangunan Lembaga Penduduk dan pembangunan Keluarga dan Negara. Mustafa Abd Rahman. (2009). Hadis 40. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar. Majlis Tinggi Agama Islam Negeri Kedah. (2007). Nota Ringkas Fiqh dan Faraidh SMRA. Kupang: Penerbitan Al Azhari. Syeikh Abdullah Bin Abd Rahim. (2007). Kitab Muhimmah. Pattani: Matbaah Bin Halabi. Ustaz Abd Latif Muda, Dr Rosmawati Ali. (1997). Pengantar Feqah. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd.

Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal, dimana mereka berdua tidak melarang hanya memkaruhkan menikahi wanita kitabiyah selama ada wanita muslimah.

jumhur Ulama tetap mengatakan bahwa wanita kitabiyah itu boleh dinikahi, meski ada perbedaan dalam tingkat kebolehannya.

Imam Syafii dalam kitab klasiknya, Al-Umm, mendefinisikan Kitabiyah dan non Kitabiyah sebagai berikut, Yang dimaksud dengan ahlul kitab adalah orang-orang Yahudi dan Nasrani yang berasal dari keturunan bangsa Israel asli. Adapun umat-umat lain yang menganut agama Yahudi dan Nasrani, rnaka mereka tidak termasuk dalam kata ahlul kitab. Sebab, Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. tidak diutus kecuali untuk Israil dan dakwah mereka juga bukan ditujukan bagi umatumat setelah Bani israil.
Umar bin Al-Khattab, Ustman bin Affan, Jabir, Thalhah, Huzaifah

Anda mungkin juga menyukai