Anda di halaman 1dari 19

DIPLOMA IN ISLAMIC STUDIES WITH EDUCATION

MEI / 2019

ADSM2103

PRINSIP FIQH MUAMALAT


Isi Kandungan Mukasurat

1.0 Pengenalan.....................................................................................................2
1.1 Objektif....................................................................................................2
2.0 Kedudukan Fiqh Muamalat Dalam Syariat Islam………….........................2
2.1 Fungsi Fiqh Muamalat……………….……………………………..2
2.2 Kepentingan Fiqh Muamalat……………………………………….3
2.3 Produk-Produk Kewangan Berasaskan Fiqh Muamalat……………3
3.0 Larangan Asas Dalam Fiqh Muamalat………………………......................6
3.1 Riba…..…….....................................................................................6
3.2 Gharar..…..........................................................................................9
3.3 Maisir………………………………………………………………10
4.0 Cadangan Bacaan Laman Web Dan Buku....................................................12
4.1 Rujukan Laman Web………………………………………………12
4.2 Rujukan Buku……………………………………………………...13
5.0 Penutup….....................................................................................................16

1
1.0 Pendahuluan
Tugasan ini bertujuan menjelaskan cabang ilmu-ilmu fiqh muamalat beserta
kepentingan memahaminya bagi masyarakat awam. Ini kerana bidang muamalat
beroreintasikan aktiviti harian dan bukan dapat difahami dengan teori semata-mata.
Selain itu, tugasan ini juga membahaskan contoh produk-produk perbankan Islam masa
kini yang berteraskan syariah sebagai pilihan kepada masyarakat untuk
menggunakannya. (Abdul Halim, 2008)

1.1 Objektif
Melalui tugasan ini, beberapa objektif digariskan bagi memastikan tugasan ini
tidak tersasar dari tujuan asalnya. Berikut adalah objektif khusus yang telah
dirangka bagi tujuan tugasan ini:

1.1.1 Memberi kefahaman tentang kedudukan, fungsi dan kepentingan Fiqh


Muamalat dalam syariat Islam serta contoh-contoh produk kewangan
Islam di bank-bank di Malaysia.
1.1.2 Menjelaskan kaedah asas berkaitan larangan-larangan dalam Fiqh
Muamalat.
1.1.3 Mengemukakan cadangan lama web dan buku berkaitan Fiqh Muamalat
yang sesuai untuk dijadikan rujukan masyarakat awam.

2.0 Kedudukan Fiqh Muamalat Dalam Syariat Islam


Kedudukan Fiqh Muamalat adalah terletak di bawah cabang ilmu Syariah di
antara cabang-cabang asas dalam Islam (Aqidah dan Akhlak) yang menjadi
pegang umat Islam dalam kehidupan (Azhar Hashim, 2015).

2.1 Fungsi Fiqh Muamalat


Antara fungsi Fiqh Muamalat dalam syariat Islam adalah seperti berikut
(Mohamad Ismail, 2015):
i. Memberi jaminan kestabilan sistem kewangan demi memenuhi kehendak
sesama para pengguna.
ii. Membina masyarakat yang aman dan sejahtera. Muamalat yang di
jalankan berlandaskan syariat Islam akan melahirkan masyarakat yang

2
aman dan jauh daripada sebarang penipuan, pemerasan, ketidakadilan,
memonopoli harta dan sebagainya,inilah matlamat muamalat dalam Islam
demi kesejahteraan umat manusia.
iii. Supaya semua kegiatan ekonomi yang dijalankan bersih daripada
sebarang perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT, kita hendaklah
meninggalkan perkara-perkara yang keji seperti riba, rasuah, menipu atau
sebagainya yang dilarang oleh Allah SWT.

2.2 Kepentingan Fiqh Muamalat


Menurut Mohamad Ismail, (2013) memberi penerangan berkaitan
kelebihan sistem Islam yang ketara berbanding pengamal sistem
konvensional seperti justifikasi berikut;
i. Menjana dan mengembangkan harta kekayaan berlandaskan prinsip-
prinsip syariat dan dipayungi dengan keredhaan Allah SWT.
ii. Menyumbangkan sebahagian harta ke jalan kebaikan untuk mendapatkan
kemanisan iman.
iii. Menginfaqkan sebahagian harta untuk kegunaan dan kemasalahan orang
lain untuk mengharapkan ganjaran pahaja daripada Allah SWT.

2.3 Produk-Produk Kewangan Berasaskan Fiqh Muamalat


Di antara produk-produk kewangan Islam adalah seperti berikut
(Mohamad Ismail, 2013):

2.3.1 Konsep Mudharabah


Latif Muda & Rosmawati, (2015) menjelaskan mudharabah
adalah satu perniagaan berlandaskan persetujuan kedua-dua belah
pihak untuk menanggung keuntungan dan kerugian bersama-
sama. Menurut pengertian istilah ialah pelaburan, yakni suatu
akad yang dilakukan oleh dua belah pihak yang mana satu pihak
mengeluarkan modal kepada satu pihak lain untuk berniaga dan
keuntungan dibahagikan mengikut persetujuan semasa akad
(Mohamad Ismail, 2015).

3
Ulama’ bersepakat bahawa hukum mudharabah adalah harus dan
ianya merupakan suatu Sunnah Nabi SAW selaras dengan
pensyariatan dalil dari al-Quran melalui firman Allah SWT:
Bermaksud: “…dan yang lainnya orang-orang yang bermusafir
di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah
SWT….”
(Surah al-Muzzammil 73:20)

Contohnya, Bank Muamalat telah memperkenalkan produk


Mudharabah General Investment Account-I (GIA) yang
berkonsepkan mudharabah. Pihak bank telah menetapkan kadar
tertentu dan jelas pembahagian keuntungan yang diperolehi hasil
perdagangan yang diusahakan iaitu dengan kadar nisbah 60:40,
iaitu 40 peratus daripada keuntungan adalah milik bank dan 70
peratus lagi milik pemodal (Bank Muamalat, 2019).

2.3.2 Konsep Wadi’ah

Menurut Latif& Rosmawati, (2015) menerangkan bahawa


wadi’ah adalah suatu akad atau perjanjian dengan mewakilkan
orang lain untuk menjaga harta termaktub yang menjadi haknya
agar dijaga dengan sebaik mungkin dengan cara tertentu
berlandaskan syarat yang diharuskan oleh syarak.
Ulamak bersepakat bahawa hukum wadiah adalah diharuskan
berlandaskan Firman Allah SWT:
Bermaksud:“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya
menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak
menerimanya)…”
(Surah al-Nisa’ 4:58)
Wadiah yang dimaksudkan dalam konteks perbankan Islam
adalah akaun semasa dan akaun simpanan iaitu amanah yang
diberikan kepada pihak bank sebagai pemegang amanah untuk
menyimpannya (Latif Muda & Rosmawati, 2015).
Contohnya, Bank Muamalat menawarkan produk al-Wadiah
saving - I yang berlandaskan konsep Islam iaitu Wadi’ah Yad
4
Dhamanah. Pendeposit itu memberi kebenaran kepada Bank
menggunakan wang untuk apa jua tujuan yang dibenarkan oleh
Syariah. Sebagai jaminan kepada pendeposit, bank mewujudkan
kontrak wadiah yad dhamanah (Bank Muamalat, 2019).

2.3.3 Konsep Ar-Rahnu


Mohamad Ismail, (2015) menjelaskan ar-Rahnu ialah pegangan
yang diberikan sebagai jaminan terhadap hutang dan jaminan itu
boleh diambil penghutang tidak mampu untuk menebus semula
wang yang dipinjamkan.
Jumhur ulama’ menjelaskan bahawa konsep gadaian adalah
diharuskan berdasarkan firman Allah SWT:
Bermaksud: “Dan jika berada dalam musafir (lalu kamu
berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedangkan
kamu tidak mendapati juru tulis, hendaklah diadakan barang
gadaian untuk dipegang. Kemudian kalau yang memberi hutang
percaya kepada yang berhutang, maka hendaklah orang yang
dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang
diamanahkan kepadanya… ” .
(Surah al-Baqarah 2:282)
Contohnya, Bank Rakyat telah memperkenalkan produk Pajak
Gadai-I Ar Rahnu yang dilaksanakan mengikut kehendak
syara’. Pihak bank akan menyimpan barang kemas tertentu dalam
jangka masa tertentu. Pihak pemegang tidak melakukan apa-apa
perubahan terhadap barang gadaian dan hanya sebagai pemegang
amanah. Upah simpan dikira berdasarkan nilai marhun dan
tempoh bilangan bulan gadaian ditebus dan sangat berpatutan
berbanding pajak gadai konvensional (Bank Rakyat, 2019).

2.3.4 Konsep Bai’ Inah (Jual Beli Kontrak)


Bai’ Inah merupakan pembiayaan yang melibatkan akad jual beli
dan pembelian semua oleh penjual dengan harga yang berbeza. Di
dalam transaksi ini, penjual menjual aset kepada pembeli secara

5
bayaran tertangguh dan kemudian membelinya semula secara
tunai pada harga yang lebih rendah daripada harga jualan secara
tertangguh (Abdul Halim, 2008).
Hujah kepada pengharusan produk ini diambil dari firman Allah
SWT: Bermaksud: “Orang-orang yang memakan riba tidak dapat
berdiri melainkan seperti berdirinya orang kemasukan syaitan
kerana gila. Yang demikian itu mereka berkata bahawa jual beli
seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan
mengharamkan riba…”
(Al-Baqarah: 275)
Dapat disimpulkan bahawa bank bertindak sebagai pemiutang dan
mendapat faedah berlandaskan harga kredit dan tunai daripada
transaksi tersebut. Dengan berpindahnya kontrak pinjaman
kepada kontrak jual beli barangan yang dibenarkan syara’ dan
menjauhi unsur riba (Musoza, 2013).

3.0 Larangan Asas Dalam Fiqh Muamalat


3.1 Larangan Riba
Menurut kajian Zaharuddin, (2008) definisi lengkap riba ialah sebarang
pertambahan dalam barangan tertentu dan tambahan di atas hutang
akibat penangguhan tempoh. Dalam maksud lain riba, iaitu penambahan
pendapatan secara tidak sah (batil) antara lain dalam transaksi pertukaran
barang sejenis yang tidak serupa kualiti, kuantiti, dan waktu penyerahan,
atau dalam transaksi pinjaman yang menetapkan faedah bayaran balik
melebihi jumlah pinjaman sekiranya tamat tempoh.

3.1.1 Pengsyariatan Larangan Riba


Al-Qur’an menjelaskan tentang larangan tegas kepada umat Islam
daripada melakukan urus niaga berunsur riba yang sangat dibenci
Allah SWT. Firman Allah SWT:
Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah
kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah
kepada Allah agar kamu beruntung.”
(Ali ‘imran [3]: 130)
6
3.1.2 Jenis-Jenis Riba
Jumhur ulama’ berpendapat jenis riba dapat diklasifikasikan
kepada dua kategori utama iaitu riba al-Duyun dan riba al-
Buyu.(Mohamad Ismail, 2013) Namum begitu, berdasarkan
pandangan mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali, riba
dikategorikan kepada dua jenis iaitu riba al-fadhl dan riba an-
nasi’ah manakala Mazhab Syafie membahagikan riba kepada tiga
(3) bahagian iaitu riba al-fadhl, riba an-nasi’ah dan riba al- yad
(Zaharuddin, 2008).

3.1.2.1 Riba ad-Duyun


Riba ini diertikan sebagai kadar lebihan faedah yang
terhasil oleh sebab tempoh. Riba ini juga dibahagikan
kepada dua jenis iaitu (Mohamad Ismail, 2013):

i. Riba al-Qardh
Bermaksud kadar bunga yang disyaratkan atas pemberian
jumlah pinjaman pokok. Biasa syarat diletakkan ketika
diawal kontrak perjanjian yang dikenakan kepada
peminjam. Contohnya transaksi pinjaman perumahan yang
berlaku di bank konvensional di mana pihak bank akan
menetapkan kadar bunga atau faedah sebagai imbalan atas
pinjaman kepada peminjam.

ii. Riba al-Jahiliyyah


Bermaksud kadar bunga yang lebih dari jumlah pinjaman
pokok yang dikenakan kepada peminjam kerana gagal
membayar jumlah yang ditetapkan dalam tempoh yang
dipersetujui. Contoh: Riba jahiliyyah pada perbankan
konvensional dapat dilihat dalam bayaran bunga pada
transaksi kad kredit yang tidak dibayar penuh pada waktu
yang ditetapkan.

7
3.1.2.2 Riba al-Buyu’
Maksud riba ini adalah ketidaksamaan pada berat dan
kualiti pertukaran dua barang ribawi secara bertangguh.
Ianya mempunya dua jenis iaitu;

i. Riba an-Nasa’
Al-Fatani, (2018) menjelaskan riba ini bermaksud jual beli
atau pertukaran antara dua barang ribawi yang sama jenis
secara bertangguh. Contohnya 10 gram emas dijual
dengan nilai harga RM 4,000 secara tangguh. Riba ini
berlaku apabila seorang wanita membeli emas secara
tangguh pembayaran.

ii. Riba al-Fadhl


Bermaksud jual beli atau pertukaran antara dua barang
ribawi yang sama jenis dengan berbeza kadar berat atau
kualitinya. Contohnya riba ini berlaku dalam Insuran
Konvensional kerana wang daripada pencarum berbalas
wang daripada syarikat dengan jumlah berbeza, sedangkan
wang itu adalah barangan ribawi (Zaharuddin, 2008). Ini
bermakna pencarum mendapat pulangan wang dengan
jumlah yang berbeza.

Riba terjadi hampir dalam semua transaksi kewangan.


Oleh yang demikian, Sistem Kewangan Islam adalah
sebagai altenatif yang terbaik untuk diterjemahkan dalam
menguruskan transaksi-transaksi kewangan berlandaskan
syarak. (Nahar, 2007)

8
3.2 Larangan Gharar

Maksud larangan gharar ialah pihak yang melakukan akad tidak


mengetahui dengan jelas benda yang dijadikan sebagai akad (Mohamad
Ismail, 2013). Penjelasan daripada Profesor Dr. Wahbah Zuhaili
menjelaskan gharar diertikan sebagai satu pertaruhan berhubung
kewujudan sesuatu barang yang tidak jelas dan tidak kukuh (Firdaus,
Hilman & Shahidan, 2016).
Dalam pada itu, Zaharuddin, (2008) mengambil pandangan bahawa
gharar adalah setiap sesuatu yang tidak diketahui pengakhirannya dan
kebarangkalian risiko yang bakal berlaku atau sebaliknya. Dari
penjelasan tersebut dapat disimpulkan bahawa gharar adalah transaksi
jual-beli yang berunsur penipuan dan pengkhianatan kerana
ketidakpastian dalam pelaksanaannya.

3.2.1 Penghujahan Larangan Gharar


Larangan gharar merupakan suatu hukum yang ditetapkan oleh
Islam kerana berunsur penganiayaan dan pengzaliman kerana
memakan harta orang lain dengan cara batil. Allah SWT
menegaskan dalam firman-Nya:
Bermaksud: “Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu
dengan jalan yang batil, dan (janganlah) kamu menyuap dengan
harta itu kepada para hakim, dengan maksud agar kamu dapat
memakan sebagian harta orang lain itu dengan jalan dosa,
padahal kamu mengetahui”
(QS. Al-Baqarah 2: 188)

Rasulullah SAW juga menegaskan dalam hadits Abu Hurairah


yang berbunyi:“Rasulullah SAW melarang daripada jual beli
dengan wujudnya ghara”
(Riwayat Muslim)

9
3.2.2 Jenis-Jenis Gharar
Gharar boleh dikategorikan seperti berikut:
i. Gharar Kecil (Yasir) Gharar kecil tidak menyebabkan
kontrak jualan cacat kerana tidak memberi kesan kepada
komponen-komponen utama (rukun atau unsur-unsur
penting) kontrak dan syarat-syarat yang perlu bagi
elemen-elemen penting (contohnya syarat-syarat yang
berkaitan dengan aset, harga, bahasa yang digunakan
dalam kontrak dan sebagainya). Contohnya dalam
pengikhlanan, seorang ejen mengiklankan rumah untuk
dijual dalam buku katalog tetapi pembeli tidak mengetahui
keadaan rumah tersebut.
ii. Gharar Besar (Fahish) Secara amnya, gharar besar adalah
ketidakpastian yang terlalu nyata sehingga ia tidak boleh
diterima, atau Ia terlalu kabur sehingga sukar dinilai.
Gharar besar menyebabkan kontrak tidak sah. Contohnya
seorang penjual ingin menjual burung yang bertebangan
dilangit. Ternyata perkara ini tidak jelas dan tidak diyakini
kebenarannya.

3.3 Larangan Maisir (Judi)


Kata maisir didefinisikan sebagai mendapat sesuatu dengan sangat
mudah tanpa kerja keras atau mendapat keuntungan tanpa bekerja.
Menurut Mohamad Ismail, (2013) Maisir atau judi bermaksud segala
bentuk aktiviti berunsur judi misalnya urus niaga yang mempertaruhkan
imbuhan yang lebih dan membolehkan orang yang terlibat itu menjadi
ketagih untuk terus membelinya dengan mengharapkan ganjaran tersebut.
(Jakim, 2007). Larang ini jelas diterang oleh Allah SWT melalui
firmanNya:
Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai
arak dan judi. Katakanlah: pada keduanya adalah dosa besar dan ada
pula beberapa manfaatnya bagi manusia, tetapi dosa keduanya besar
dari manfaatnya”. Dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang
mereka belanjakan? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang lebih
10
dari keperluan (kamu). “Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu
ayat-ayatNya supaya kami berfikir”.
(Surah al-Baqarah: 219)

Ayat di atas secara tegas menjelaskan keharaman berjudi dan rijs yang
bermaksud busuk, kotor dan termasuk perbuatan syaitan yang memberi
impak negatif dalam semua aspek kehidupan. Bahkan, akhirnya
merosakan keharmonian kehidupan pelbagai bangsa dan negara.
Tuntas, setiap perbuatan yang melampaui jangkauan perintah Allah
SWT pasti mendatangkan celaka dan malapetaka.
Contoh yang paling ketara pada mutakhir ini adalah maisir dalam
bentuk pertandingan seperti peraduan melalui Sistem Pesanan Ringkas
(SMS) yang jelas difatwakan haram kerana mempunyai unsur perjudian
kerana peserta mempertaruhkan sejumlah wang bertujuan untuk
mencapai kemenangan (Zaharuddin, 2008).
Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah
mengeluarkan Garis Panduan Peraduan Berasaskan Hadiah yang
dijelaskan melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan bahawa sebarang peraduan yang mengandungi unsur-unsur
eksploitasi, kesamaran, pertaruhan adalah tergolong dalam pengertian
judi dan haram di sisi syarak (Jakim, 2015). Justifikasi pengharaman
disebabkan perkara tersebut:

i. Semua peserta berserah nasib untuk menentukan kemenangan


dengan membayar sejumlah wang pendaftaran untuk
menyertai sesuatu pertandingan atau peraduan.

ii. Wang dari hasil yuran pendaftaran atau penyertaan dijadikan


hadiah.

11
4.0 Cadangan Bacaan Laman Web Dan Buku

4.1 Rujukan Laman Web


Melalui tugasan ini saya mencadangkan dua rujukan laman web bagi
rujukan masyarakat umum iaitu;

4.1.1 Laman Web E-Muamalat (http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/


)
Laman web ini adalah portal rasmi muamalat dan kewangan Islam
yang dibangunkan oleh Bahagian Penyelidikan, JAKIM sebagai
modul rujukan dan informasi kepada masyarakat umum yang
bertepatan dengan prinsip-prinsip syariah serta perkembangan
produk kewangan Islam masa kini. Di antara kelebihan portal ini
adalah seperti berikut:
i. Memuatkan pelbagai perbahasan fiqh muamalat yang
melibatkan pengisbatan hukum hakam dalam kewangan
berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah.
ii. Memberikan penjelasan berkaitan permasalahan dan
kemusykilan di kalangan masyarakat berhubung isu-isu dan
transaksi-transaksi kewangan masa kini..
iii. Menyediakan rujukan ilmiah berbentuk kertas-kertas kerja
seminar, persidangan, jurnal muamalat dan keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
iv. Memberikan maklumat berkaitan produk-produk kewangan
Islam yang terdapat di bank-bank di seluruh Malaysia sebagai
contoh Bank Islam menyediakan produk Leasing-i yang
menggunakan konsep Ijarah.

4.1.2 Tajuk Laman Web: Zaharuddin.net (www.zaharuddin.net )


Laman web ini sebagai medan bicara ilmiah kepada masyarakat
umum yang berlatar belakangkan rujukan informasi. Berhubung
dengan permasalahan fiqh muamalat dan kewangan Islam, penulis
sangat menitik beratkan persoalan hukum-hakam mengikut

12
kaedah semasa bagi menyelesaikan masalah atau isu
kontemporari dengan menggunakan gaya bahasa yang mudah
difahami sejajar dengan kredibiliti penulis.Justeru, di antara
kelebihan dari laman web ini ialah:

i. Menyediakan rujukan informasi Islam yang lengkap


merangkumi bab Ibadah, Akidah, al-Quran dan Hadis,
Politik dan Dakwah, Rumahtangga dan Kekeluargaan,
Kewangan, Kerjaya, Pelaburan dan Perniagaan, Perbankan
dan Insuran.
ii. Mengulas isu-isu terkini dengan kupasan nas dan dalil
daripada al-Quran dan As-Sunnah serta pandangan
penulis.
iii. Menyediakan artikel ilmiah yang mengandungi tiga
Bahasa utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan
Bahasa Arab.
iv. Menghurai artikel dan isu-isu yang memberi tumpuan
kepada fiqh Mualamat dan kewangan Islam dengan
contoh-contoh kontemporari.
v. Menyediakan koleksi ceramah dan soal jawab
khususnya dalam bidang muamalat dan kewangan Islam.

4.2 Rujukan Buku


Tugasan ini mengambil pendekatan dengan mencadangkan dua
(2) buah buku sebagai sumber rujukan dan bacaan masyarakat umum
iaitu;

4.2.1 Tajuk : Wang, Anda dan Islam: Halal dan


Haram Dalam Kewangan dan
Perbankan
Penulis : Dr. Zaharuddin bin Abd Rahman
Penerbit : True Wealth Sdn Bhd
Muka Surat : 324

13
Kandungan buku ini membicarakan kemampuan Islam
untuk menangani isu halal dan haram dalam sistem
kewangan dan perbankan. Gaya penulisan yang beliau
ketengahkan dalam buku ini banyak menggunakan
contoh-contoh persoalan dan penyelesaian terkini yang
beliau ingin utarakan dalam menyampaikan dalam buku
ini.
Buku ini mengandungi 12 Bab, yang mana setiap bab
mempunyai kesinambungan tersendiri. Saya dapat
bahagikan buku ini kepada dua bahagian. Iaitu Bab 1
hingga Bab 5 mengupas tentang prinsip asas dalam
muamalat yang diterjemahkan dalam konteks masa kini.
Manakala Bab 6 hingga Bab 12 lebih mencabar dengan
olahan dan pandangan sistem kewangan dan perbankan
terkini yang berlaku di sekitar negara ini.
Setelah menghayati keseluruhan buku ini, dapatlah
disimpulkan antara kelebihan buku ini adalah seperti
berikut:
i. Ulasan dan kupasan pada setiap Bab dalam buku ini
menggunakan Gaya Bahasa yang sangat mudah untuk
difahami oleh masyarakat umum sekalipun bagi mereka
yang tidak mempunyai latar belakang kewangan dan
perbankan.
ii. Membincangkan aspek-aspek asas muamalat Islam dalam
konteks perkembangan intrumen kewangan Islam dan
perbankan berserta contoh mudah.
iii. Memberi pendedahan yang sangat efektif kepada
masyarakat umum tentang kebangkitan perbankan Islam
adalah satu pilihan.
iv. Memfokuskan kepada pendedahan skim dan urusniaga
haram kepada masyarakat agar tidak terjebak yang boleh
mengakibatkan kerosakan iman dan amal.

14
4.2.2 Tajuk : Undang-Undang Muamalat &
Aplikasinya Kepada Produk-Produk
Perbankan Islam
Penulis : Prof Madya Dr. Abdul Halim Muhammad
Penerbit : Aras Mega Sdn Bhd
Muka Surat : 322

Kandungan buku ini menyingkap secara terus


berhubung Fiqh Muamalat dan penjelasan matlamat
produk-produk perbankan Islam masa kini. Buku ini
menganduni lapan (8) bab keseluruhannya dan saya
membahagikan kandungan bab dalam buku ini kepada tiga
iaitu:
i. Bab 1 dan Bab 2: Pengenalan secara tuntas
berkaitan harta.
ii. Bab 3 hingga Bab 6: Penjelasan utama yang
dibawa oleh penulis berkaitan konsep kontrak.
iii. Bab 7 dan Bab 8: Maklumat bonus kepada
pembaca.

Secara keseluruhannya, saya mencadangkan buku


ini sebagai rujukan yang fleksibal bagi bacaan masyarakat
umum yang ingin mendalami sistem muamalat dan
perbankan Islam. Di antara kelebihan yang dapat
disingkap daripada buku ini ialah:

i. Mengandungi pecahan bab-bab dan perincian tajuk


yang sangat relevan untuk bacaan masyarakat
umum.
ii. Menjelaskan gabungan secara terperinci berkaitan
teori dan jenis kontrak komersil dalam fiqh dengan
kontrak kormesil perbankan Islam masa ini.

15
iii. Menggunakan penghujahan al-Quran, Hadis dan
pandangan ulamak serta akta sebagai rujukan
kepada penjelasan sesuatu masalah.
iv. Pengasingan rujukan dalil dan nas di bahagian
lampiran penghujung buku ini dan menggunakan
rujukan kitab-kitab muktabar dalam ilmu Islam.

5.0 Penutup
Dalam pengakhirtan tugasan ini dapatlah dirumuskan bahawa masyarakat awam
khususnya perlu mengambil langkah proaktif untuk memilih sistem muamalah Islam
dalam konteks kewangan dan perbankan. Berazam untuk menjauhi larangan Allah SWT
dengan tidak mengamalkan segala urusan muamalah yang berunsurkan riba, gharar dan
maisir.
Sejarah penubuhan perbankan Islam di Malaysia yang dipelopori oleh Bank
Islam Malaysia Berhad selepas wujudnya Akta Perbankan Islam pada tahun 1983.
Sistem perbankan masa kini banyak menyediakan produk-produk yang berkonsepkan
Islam seperti Mudharabah, Wadiah, Ar-Rahnu dan sebagainya bagi mengelak daripada
terjemak dalam sistem konvesional.
Semoga dengan munculnya pelbagai jenis bahan bacaan dan lawan web
berasaskan kewangan dan perbankan Islam dapat digarap oleh masyarakat awam
sebagai sumber rujukan dan bacaan pemangkin kepada ilmu pengetahuan yang diredhai
oleh Allah SWT.

(PATAH PERKATAAN: 2945)

16
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Bank Muamalat Malaysia Berhad. (2019). Deposit Product. Dicapai dari
https://www.muamalat.com.my/business-banking/treasury-and-capital
markets/deposit/general-investment-account.html
Bank Rakyat. (2019). Produk Peribadi. Dicapai dari
https://www.bankrakyat.com.my/c/perbankan/pembiayaan_i/pajak_gadai_i_ar_rahnu-
39/pawn
Dr. Ab. Latif Muda & Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin. (2015). Pengantar Fiqh (Cetakan 2015).
Batu Caves: Pustaka Salam Sdn Bhd.
Ilham Bahakamah, et.al (2013). Tafsir Al-Quran Muhaimin (2013). Puchong: Dar Hakamah.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2015). Garis Panduan Peraduan Berasaskan Hadiah.
Dicapai dari http://www.islam.gov.my/rujukan/garis-panduan/109-garis-panduan-
peraduan- berasaskan-hadiah
Mohamad Azhar Hashim (Ed). (2015). Kewangan Islam: Peranan Perbankan Islam. Kuala
Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Mohd Nahar Mohd Arshad. (2007). Hidup Kaya Tanpa Riba (Edisi Pertama 2007). Kuala
Lumpur: PTS Mellennia Sdn. Bhd.
Muhammad Firdaus, Muhammad Alif Hilman & Muhammad Shahidan. (2016). Tajuk
Pengharaman Gharar Dalam Muamalat. Dicapai dari
https://www.slideshare.net/ShahidanAziz/pengharaman-gharar-dalam-muamalat
Musoza. (2013, November 28). Konsep Bai’ Inah. Musoza@com. Dicapai dari
http://muhammadsofiyuddin.blogspot.com/2013/11/konsep-bai-inah.html
Prof. Madya Dr. Abdul Halim Muhammad. (2008). Undang-Undang Muamalat & Aplikasinya
Kepada Produk-Produk Perbankan Islam (Cetakan Kelima 2008). Kajang: Aras Mega
(M) Sdn Bhd.
Prof. Madya Dr. Mohamad Ismail Mohamad Yunus. (2013). ADSM2103 Prinsip Fiqh
Muamalat (Edisi Pertama 2013). Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Prof. Madya Dr. Mohamad Ismail Mohamad Yunus. (2015). AMSS5403 Transaksi Dalam
Sistem Muamalat Di Malaysia (Edisi Kedua 2015). Seri Kembangan: Meteor Doc Sdn
Bhd.

17
Syeikh Muhammad bin Ismail Daud Al-Fatani. (2018). Kitab Jual Beli: Riba. Dlm. Pejabat
Mufti Wilayah Persekutuan. Matla’ Badrain: Panduan Lengkap Figh Sepanjang Zaman
(hlmn. 54-90). Shah Alam: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
Zaharuddin Abd Rahman. (2008). Wang, Anda dan Islam: Halal dan Haram Kewangan dan
Perbankan (Cetakan Mei 2008). Petaling Jaya: True Wealth Sdn Bhd.

18

Anda mungkin juga menyukai