Anda di halaman 1dari 1

Apa yang saya belajar daripada kursus ini?

Saya klasifikasikan matapelajaran ini sebagai teras pengetahuan sebagai seorang Warganegara Malaysia
kerana ianya menjelaskan sejarah dan politik dalam pembentukan Malaysia. Intipati yang sangat saya
nantikan adalah berkaitan dengan Perlembagaan Malaysia. Di sini saya dapat meningkatkan
pemahaman dan menelusuri prinsip keluhuran perlembangan dan juga prinsip Rukun Negara. Dengan
adanya perlembagaan, kita dapat memperkukuhkan perpaduan dan menjaga keharmonian hidup
berbilang bangsa. Dalam pada itu, saya dapat menghayati bagaimana perjalanan system dan struktur
pentadbiran serta pembangunan negara. Akhirnya, saya dapat mengenali populasi etnik yang wujud di
Malaysia disamping memahami kepercayaan dan pemikiran mereka.

Bagaimanakah pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini?

Pengalaman pembelajaran sepanjang kursus ini ialah saya dapat memupuk semangat cintakan negara
dan membangkitkan semangat patriotik di samping berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan
terutamanya rakan sekerja. Saya juga diberi peluang untuk berkongsi pandangan dalam pembelajaran
‘face to face’ (tutorial) yang menyeronokkan dan tutor online yang sangat membantu pemahaman serta
merungkai segenap persoalan yang diutarakan. Selain itu, kemudahan fasiliti yang kondusif seperti kelas
pembelajaran yang selesa, modul pembelajaran yang padat dan sistematik yang sangat bersuaian
dengan kehendak pembelajaran saya.

Apakah cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus ini?

Untuk meningkatkan kualiti dan pemahaman pembelajaran bagi kursus ini, saya mencadangkan
beberapa langkah yang perlu diambil seperti berikut:

i. Menambah waktu tutorial dan forum online.


ii. Memperbanyakkan contoh-contoh soalan peperiksaan bagi tujuan rujukan pelajar.
iii. Mempelbagaikan contoh task online sebagai rujukan.
iv. Mengadakan forum atau wacana minda berkaitan kursus ini.
v. Mewujudkan aplikasi untuk pelajar berinteraksi dan soal jawab bagi mempertajamkan
minda seperti aplikasi ‘kahoot!’.

Anda mungkin juga menyukai